Beranjaknya tahun 2013, bermakna tambah satu tahun lagi umur aku dalam tahun masehi. Satu sejarah buatku apabila anak sulung aku sudah melangkah ke sekolah menengah dalam tingkatan satu manakala anak yang ketiga masuk prasekolah. Ramai kawan aku yang mengajar sama dengan aku dan sekolah anak aku di tempatkan dalam tingkatan satu, tersenyum sinis padaku dan mereka seolah tidak percaya bahawa anak aku sudah remaja dan masuk ke sekolah menengah. Mungkin mereka nampak aku masih muda dan seolah tak layak untuk mempunyai anak yang sudah remaja. Walau bagaimanapun, itulah kenyataan dan hakikat sebenar bahawa aku sudah berumur dan anak aku sudah remaja. Aku kena memainkan peranan sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab mendidik anak remaja ke jalan yang benar dan lurus. Anak remaja sekarang bukan senang nak dibentuk akibat daripada persekitaran yang semakin kompleks dan mencabar. Berada di sekeliling mereka adalah jalan-jalan ke arah menjahanamkan jati diri mereka lebih-lebih lagi berada di bandar besar yang penuh dengan gejala sosial. Lubang-lubang maksiat bertaburan sana sini, kawan-kawan yang samseng dan nakal senang diperoleh, pusat-pusat hiburan bersepah, tempat-tempat untuk menghabiskan duit juga ada merata-rata. Kalau seseorang remaja itu tidak kuat jati diri untuk menempuh cabaran dan godaan serta tidak kuat keimanan untuk menghadapi semua itu, maka amat mudahlah mereka terjerumus menjadi seorang anak yang memeningkan kepala kedua ibu bapanya, menjadi seorang pelajar yang memberi masalah kepada guru-guru di sekolah, menjadi anggota masyarakat yang tidak bermanfaat serta menjadi rakyat yang tidak berguna kepada negara. Oleh sebab itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorak anak-anak remaja agar menjadi seorang anak yang berjaya dalam kehidupan dan berjasa untuk agama, bangsa dan negara.
Aku berdoa pada tuhan agar anak aku menjadi anak yang beradab, bersopan santun, tidak derhaka kepada kedua ibu bapa serta boleh memberi jasa dan manfaat kepada agama dan seluruh masyarakat. Kata orang tua-tua " sejuk perut ibu mengandung kalau dapat anak yang taat suruhan Allah dan baik budi pekertinya".
Aku sangat berharap agar tuhan lembutkan hati anak aku untuk ke Sekolah Tahfiz Sains kat Kolej Universiti Islam Selangor, Bangi. Anak aku sebenarnya sudah mendapat tawaran untuk ke sekolah tu selepas lulus dalam ujian bertulis dan temuduga, tapi dia rasa berat hati untuk ke sekolah tu atas sebab jadual yang padat. Lagi satu, dia tak mahu tinggalkan kawan-kawan dia kat sini yang bersekolah di sekolah sekular tempat aku mengajar sekarang.
Sebagai ibu bapa, aku sangat berkeinginan untuk menempatkan anak aku di sekolah agama kerana di sekolah ni mereka hanya bercampur dengan rakan-rakan yang sebangsa dengan kita serta dikelilingi oleh ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah. Pemakanan juga dijaga, pergaulan dikawal rapi, disiplin lebih menjurus ke arah Islamik dan banyak lagi kelebihan yang ada di sekolah agama seperti ini. Aku percaya, ramai ibu bapa sangat berkeinginan menempatkan anak-anak mereka di sekolah agama. Walaupun sekolah agama bukan jaminan anak-anak kita akan jadi baik, tapi sekurang-kurangnya sebagai satu ikhtiar untuk anak kita terbina jati diri dan terbentuk akhlak mulia.
Para ibu bapa bersemangat untuk menempatkan anak mereka dalam tingkatan satu 2013 di sekolah biasa |
Para ibu bapa berbaris untuk membeli buku latihan dan amali anak-anak |
Guru-guru tingkatan dibantu oleh para pengawas |
Anak aku.. Mat Adib sedang beratur dalam barisan kelasnya, 1 Gigih. |
Pelajar secara beratur menuju ke kelas masing-masing untuk orientasi |
Para ibu bapa melihat di papan kenyataan dalam kelas mana anak-anak mereka di tempatkan |
Pendaftaran bermula |
Para ibu bapa dikumpulkan di dewan sekolah untuk sesi taklimat |
Dari sekolah rendah, masuk sekolah menengah |
Kelas anak aku di sekolah sementara, tingkatan 1 Gigih |
Nilah anak aku dok di belakang sekali. Dah jumpa kawan kot. |
Puan Rahimah, guru kelas anak aku. Tengok muka garang cikgu ni, tapi.. baik garang daripada lembut. Budak sekarang kalau bersikap lembut cepat 'naik kepala' |
No comments:
Post a Comment