Sunday, 2 December 2012

TRAGEDI DI KOLAM PANCING


Kih..kih..kih... dengar tajuk dah seram. Sebenarnya tak de apa pun yang seram cuma GERAM. Mana tak geram, lebih 3 jam memancing seekor ikan pun tak dapat. Pegi dah la ramai iaitu 8 orang bermakna ada lapan batang joran. Bawa umpan bukan main banyak, ada roti berperisa pandan, ada dedak dan cacing gelang pun ada. Bekal untuk pemancing-pemancing mengunyah pun banyak. Ada kuaci, ada buah rambutan, air Ginseng Tongkat Ali Poweroot ( tak nak bagi megantuk la konon), ada gula-gula berperisa kopi, ada chewing gum, ada kacang, ada twisties, ada kentang goreng dan sebagainya. Rokok buat bekal sampai 2 bungkus. Dunhill satu bungkus, Surya satu bungkus. Dalam perjalanan ke lombong memancing singgah dulu kat gerai tom yam pekena nasi goreng dengan sup ekor panas. Kebetulan malam baru lepas hujan, so.. irup sup ekor panas memang terangkatlah. Isi perut dulu sebelum berjuang. Bila dah ada tenaga, tak de masalah la nak lawan rohu, patin atau toman yang bakal sangkut kat mata pancing kita orang. Tapi habukkk pun tarak. 8 orang pemancing, 8 batang pancing, 3 jam memancing, 3 jenis umpan. semuanya tak guna. Di mana silapnya??? umpan dah lengkap, mahal pulak tu. Batang pancing pun beli yang beharga, lombong tempat memancing pun luas. Apa lagi nak?? tapi hasil yang dapat??? rujuk gambar kat bawah.


Firstly... beli batang pancing dulu. Pastikan pilih yang mahal dan berkualiti agar tidak mudah patah bila bawa naik ikan BESAR


Sebelum turun ke lapang sasar, CREW akan check dulu kelengkapan. Pastikan biar betul-betul complete
Sebaik sampai ke lapang sasar, tanpa berlengah lagi, masing-masing bubuh umpan. Nampaknya dah tak sabar nak buat naik segala macam ikan yang menghuni lombong tersebut.
Lepas satu jam memancing, masih boleh bertahan walau sudah nak KO
Habis umpan.. pasang lain. Umpan banyak, tak kisah. Boh banyak-banyak kat mata pancing. Kat belakang tu macam director.
Macam Director Ahmad Nisfu daaaa


Selepas 2 jam memancing, ada yang dah penat. Tapi aku masih boleh bertahan.  Umpan  untuk para  pemancing pun masih lagi banyak. Semuanya ditaja oleh Mydin Holding SDN BHD
Habis umpan?? dont worry, sangkut lagi bro. Umpan masih banyak
3 jam memancing, dah mula nak tumbang. Menyenggeng dulu. Tak pernah dibuat orang memancing sambil baring-baring. Ada yang makan, ada yang memancing sambil layan Fantasy Football.


Tidak lama kemudian... wah ada kutisan. Matdingunung terus sentap dan gulung kekili. Nampaknya  3 jam menunggu  baru nak ada hasil. Apa hasilnya?? rujuk gambar bawah.

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Haaa... ni lah hasilnya yang dapat setelah 3 jam bertarung.  Tak pernah ada pemancing yang dapat benda ni  semasa memancing, tup..tup.. aku pulak yang dapat. Ingat ke dapat ikan kelah.

Haaa.. tulah cerita sebenar TRAGEDI DI LOMBONG PANCING. Walau bagaimanapun, aku ucapkan TAHNIAH kepada Jiman, Baini, Kuwar, Amer, Awie, Mijie dan Zuha kerana sabar menunggu batang pancing yang tak pernah dikutis ikan selama lebih 3 jam. Diharap jangan berputus asa, hujung minggu ni kita cuba lagi dengan persediaan yang lebih rapi. 

Sebelum berangkat pulang selepas pukul 3 pagi, MIJIE dengan GERAMMNYA telah menghadiahkan segala umpan-umpan yang di bawa dengan membaling jauh ke tengah lombong kiub-kiub roti berperisa pandan dan sebekas cacing gelang untuk breakfast ikan-ikan dan cengkerang yang menghuni lombong tersebut.
Sekian Terima kasih.. jumpa lagi minggu depan.

1 comment: