Monday 2 April 2012

RAWANG 4X4 X- Challanger Trail

Marcapada, aktiviti Xtreme 4X4 semakin mendapat tempat di hati penggemar. Kalau dulu pasukan Camel Throphy yang paling glamour membelah hutan belantara menguji kelasakan jentera dan kemahiran pemandu. Selain itu, Pasukan Petronas Advanture Team ( PAT ) juga turut menjadi pelopor kepada aktiviti lasak ini suatu masa lalu. Kini, pelbagai jenis jentera 4X4 menjadi idaman dan buruan penggemar kelab lasak ini. Berpuluh-puluh kelab 4x4 telah ditubuh untuk memenuhi permintaan ramai antaranya 4 Wheels Malaysia, Lipan Bara, One Ten, Radak Adventure, TCT, EAT Advanture dan sebagainya. Bagi yang mempunyai minat mendalam terhadap aktiviti ini tetapi tidak mampu memiliki jentera 4X4, mereka boleh menjadi ko'pilot atau krew saja.

Pada kebiasaannya, kelab ini disertai oleh mereka yang berduit atau mekanik 4X4 dan mempunyai minat yang hard core terhadapa aktiviti extreme ini. Bagi yang berkemampuan, tidak menjadi masalah buat mereka untuk memiliki beberapa buah 4X4 dan sentiasa upgrade jentera mereka supaya kelihatan lebih perkasa. Walaupun harga sebuah 4X4 ni tidak begitu mahal tetapi kos untuk menambah baik jentera tersebut boleh memeningkan kepala bagi mereka yang berpendapatan biasa. Tambahan pula, jentera ini cepat rosak kerana aktiviti ini memerlukan cara pemanduan yang ganas. Dan yang paling memeningkan tentunya apabila kerosakan dialami pada bahagian Gear Box. Tayar pula perlu yang besar dan berbunga mencengkam ( tayar lipan ). eksesori2 lain juga tinggi harganya dan kadangkala ada yang perlu di'order' terlebih dahulu.

Aku merupakan salah seorang yang meminati aktiviti ini tetapi masih tidak berkemampuan untuk memiliki jentera ini. Walau bagaimanapun, jentera ini aku sentiasa buat servey dalam Mudah.com dan majalah Motor Trader. Baru-baru ini aku berkesempatan menjadi ko'pilot kepada kawan aku yang mengikuti XPDC Kelab 4 Wheel Malaysia di Rawang advanture trail. Memang aku akui bahawa aktiviti ni memerlukan kecekapan pemandu terutamanya semasa menggunakan gear. Mereka amat jarang menggunakan brek semasa menuruni bukit yang mencanak atau menuruni lurah yang dalam dan licin sebaliknya mereka hanya menggunakan gear rendah dan mengawal streng dengan baik. ko pilot membantu sekiranya jentera mereka perlu melalui titi atau jentera lekat di dalam lumpur.




Cuba Pandu Uji


Kalau tak cuba, tak tau dia punya kenikmatan memandu jentera ni




Add caption



Pepatah ada mengatakan tak kenal maka tak cinta. Kalau kita sekadar mendengar cerita atau membaca laman blog ahli 4X4  memang tak ada apa, tetapi kalau kita sertai sendiri aktiviti atau XPDC yang mereka anjurkan barulah betul-betul datang 'feel'nya.Sekali mencuba, mahu terus mencuba.

Berdasarkan apa yang aku perhatikan selepas mengikuti aktiviti ini adalah, yang pertama jentera kita perlu complete atau dalam keadaan bersedia untuk meredah hutan, bergelumbang dengan lumpur dan mendaki serta menuruni bukit yang mencanak. Yang kedua, kita mesti bersedia dari segi fizikal dan mental. Kita juga perlu bersedia untuk saling membantu antara satu sama lain. Kita juga sekurang-kurangnya mempunyai kemahiran asas mengendalikan jentera 4X4. Bagi mereka yang baru berjinak dengan aktiviti ini, eloklah mengikuti kursus asas mengendalikan 4X4. Biasanya, bagi mereka yang dah Otai dalam aktiviti ini, akan sudi menurunkan ilmu mereka kepada yang baru. Mereka juga sering terlibat dalam meneroka laluan-laluan baru.

Biasanya, dalam jentera mereka, telah dilengkapi dengan Alat Radio Komunikasi (VHF) yang telah di set untuk berhubung sesama ahli kelab. Sekiranya ada ahli mengalami sebarang masalah yang memerlukan bantuan segera, mereka akan cuba mendapatkan bantuan ahli kelab dengan menguar-uarkan melalui semboyan wyerless. Mana-mana ahli yang mendapat isyarat akan terus mendapatkan maklumat lengkap lokasi kejadian dan mereka terus pergi untuk menghulurkan bantuan.

Jentera tersangkut dalam lumpur, jentera terbalik, jentera mati secara tiba-tiba, grand shaft patah atau bengkok, tidur dalam hujan dan kesejukan, terperangkap dangan kenaikan arus sungai, terserempak dengan binatang liar, luka-luka kecil dan sebagainnya sudah sinonim dan menjadi perkara biasa kepada mereka yang hardcore mengikuti aktiviti ini. Pengalaman-pengalaman sebegini biasanya membuatkan mereka lebih terasa akan kenikmatan mengikuti aktiviti ekstrem seperti ini. sesungguhnya pengalaman-pengalaman sebegini perlu dicari dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.4x4 Ekstreme Adventure Team