Monday 15 December 2014

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP LAVENDER

Tanggal 14 Disember 2014, satu Kejohanan Badminton Tertutup Lavender telah diadakan dengan jayanya. Kejohanan yang kali kedua ini diadakan bertujuan untuk merapatkan ukhwah kejiranan penghuni taman perumahan jenis Lavender di samping untuk mengcukil bakat-bakat pemain badminton dalam kalangan ahli. Kejohanan ini diadakan di Dewan Tasek Cyber Jaya.

Sebelum kejohanan bermula, pelbagai persediaan telah dibuat oleh setiap peserta bagi memastikan piala kejohanan berada di dalam gengaman mereka. Ada yang berlatih secara terbuka bersama rakan setaman, ada juga yang berlatih bersama keluarga dan ada juga yang berlatih secara diam-diam dengan rakan di tempat kerja. Pendek kata, masing-masing ada strategi dan perancangan tertentu. Ada juga dalam kalangan peserta yang merujuk 'you tube' teknik membuat servis, teknik smash ataupun gerakan kawalan gelanggang.

Sebanyak sepuluh pasukan telah mendaftarkan diri untuk bertarung bagi merebut Piala Pusingan Sumbangan Datok Penghulu Lavender. Antara pasukan yang dimaksudkan ialah SONIC, RINJIN, 2 ALAM, BAYMAX, KAKASHI, MUJAHID, NAZAM, KJ MALL, TOYODA & JUMPDIN.


PIALA PUSINGAN YANG MENETUKAN SIAPA JAGUH SEBENAR PEMAIN BADMINTON TERHANDAL LAVENDER

PIALA IRINGAN UNTUK JOHAN, NAIB JOHAN DAN KETIGA

Format pertandingan adalah mengikut format yang digunakan dalam pertandingan Rugbi iaitu juara dan naib juara kumpulan akan berentap pada perlawanan separuh akhir manakala ketiga dan keempat kumpulan akan berentap untuk menentukan tempat kelima hingga kelapan. Setiap pasukan bermain sekurang-kurangnya 4 game dalam liga kumpulan kemudian akan berentap dua game lagi sekiranya layak ke pusingan yang kedua. Maknanya.. memang penatlah permainan ni. Kiraan mata adalah sebanyak 30. Pasukan yang menang akan mendapat 2 mata. Pemilihan pasangan adalah berdasarkan jiran yang terdekat atau jiran sebelah menyebelah.

 AHLI JAWATANKUASA
PENAUNG KEJOHANAN : JAI PENGHULU LAVENDER


PENGURUS KEJOHANAN - KHAI DE MARIA
PENOLONG PENGURUS - JEDDI LAVENDER
PENGURUS GELANGGANG - EN NAJIB
PENGURUS HADIAH KEJOHANAN- CIKGU DIN

ANTARA BARISAN PEMAIN

TEAM 2 ALAM

TEAM RINJIN

TEAM SONIC

KJ MALL

BAYMAX

KAKASHI

TEAM NAZAM

MUJAHID

JUMPDIN
Sejujurnya bahawa kebanyakan peserta amat bersedia untuk menyertai kejohanan yang berprestij ini.Masing-masing hebat bertarung. Peluang untuk menjadi JUARA hampir sama rata.Persaingan begitu sengit sekali. 

BARISAN JAGUH YANG SUDAH SEDIA UNTUK BERTARUNG


GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PERLAWANAN

Jeddi sedang warm up

Warm up smash

Bulu Tangkis Untuk Kejohanan

Masih sesi warm up

test..test..test...
  
Bacaan doa sebelum memulakan kejohanan

sesi taklimat yang disampaikan oleh Naib Pengerusi

Kejohanan bermula

Servis pertama


Pengadil Kejohanan

Pasangan yang amat serasi Khai & Najib

Amer & Che Din juga serasi

Jai dan Azhar pasangan mantop

Servis daripada Amer

Che Din bersedia untuk mematikan servis pihak lawan

Penghulu Jai

Semangat Berpasukan

Bersedia untuk jumping smash

siap kau.. bulu tangkis sudah mariii

Nah !!! ambik kauu..

Smashhhh!!!!


Isteri-isteri juga turut datang untuk memberi sokongan moral kepada cik-cik abang yang bertarung

Barisan pelapis

Isteri Khai sedang melakar strategi untuk suaminya


Dah tukar jersi lain nampaknya team SONIC



Che Din sangat bersedia
pasukan bertarung untuk menentukan tempat Ketiga dan Keempat iaitu Team 2 Alam bertemu BAYMAX

Penentuan Juara antara pasukan RINJIN menentang pasukan SONIC
Berikut merupakan keputusan penuh Kejohanan Badminton Tertutup Lavender Series 2 

JUARA - TEAM SONIC
NAIB JUARA - TEAM RINJIN
KE-3 : TEAM 2 ALAM
KE-4 : TEAM BAYMAX
KE-5 : KAKASHI
KE-6 : MUJAHID
KE-7 : NAZAM
KE-8 : KJ MALL

Begitulah keputusan penuh perlawanan setelah bertarung dengan penuh dramatik. Kalah dan menang adalah adat perlawanan. Yang menang bergembira dan berbaloi dengan persediaan rapi yang dibuat manakala yang tewas pula tidak kecewa sebaliknya berazam ntuk meningkatkan prestasi bagi menghadapi kejohanan siri 3 yang bakal diadakan pertengahan tahun hadapan.

 Tahniah diucapkan kepada pemenang dan tahniah kepada semua yang menyertai kejohanan ini. Sesungguhnya kejohanan ini mampu mengeratkan hubungan silaraturahim dalam kalangan komuniti Lavender.

TAHNIAH GENG LAVENDER.. GROUP KITA MEMANG TERBAEKKK..

Sekian Terima Kasih..
Matdingunung.Blogspot.com