Tuesday 17 March 2015

PERTANDINGAN MEMANCING ANAK CUCU HJ CHE SOH

Assalamualaikum...



Entri kali ni sekadar nak berkongsi aktiviti family aku dengan pembaca blog MatdinGunung. Manalah tahu, pembaca blog MatDin Gunung boleh mendapat idea nak buat aktiviti yang sama selepas medapat panduan daripada aktiviti yang dianjurkan ini kerana aktiviti sebegini bukan sahaja menyeronokkan bahkan turut mengeratkan hubungan kekeluargaan. 

Pada dasarnya, aktiviti kali ini sebagai 'rematch' kepada aktiviti memancing Anak Cucu Hj Che Soh yang telah aku jalankan sebelum raya cina tempoh hari. Mungkin terlalu seronok kerana pada aktiviti pertama hari tu semua peserta mendapat hasil, telah mendesak aku untuk diadakan sekali lagi aktiviti memancing di Kelong. 

"Tak Kenal maka tak cinta, bila dah kenal..mulalah ingin selalu". Dulu masa aku ajak, masing-masing jual mahal.. siap kutuk-kutuk lagi aku. Kata membazir laa.. buang masa laa..tak dak paedah laa.. dan macam-macam kutukan lagi.. Tup..tup sekarang, belum lagi balik dari kelong, dah suruh rancang tarikh yang seterusnyaa..

Yelah.. aktiviti macam ni bukan soal besar kecik.. banyak sedikit hasil yang dapat, tapi 'feel' tu yang penting. Bila dah mata pancing tersangkut ikan, anak gelama sebesar ibu jari pun seronok apabila dah dapat. Lagipun.. kat kelong tu kita boleh santai sembang-sembang, masak-masak, makan-makan dan sebagainya. Tinggal anak bini sekali sekala best jugak kan? Pergi tenangkan fikiran menghirup udara segar dari laut.

 Tak sangka pulak aku.. aktiviti memancing kali ini mendapat sambutan yang amat-amat menggalakkan. Semuanya nak ikut. Mungkin mereka dengar cerita keseronokan daripada peserta yang pergi sebelum ni kot. Pening aku dibuatnya. Bukan apa.. tuan kelong tu dah pesan awal-awal bahawa kelong tu cuma maksimum untuk 10 orang sahaja, tapi peserta yang nak pergi seorang demi seorang bertambah. Nak tolak.. tak tergamak la pulak sebab mereka semua ada hak merasa keseronokan di atas muka bumi tuhan ini. 

Bila aku telefon tuan kelong bagitahu peserta trip aku kali ini dekat 20 orang.. terkejut beruk tuan kelong. Lantaklah.. nak marah pun marahlah.. aku tak kisah. Janji aktiviti aku kali ini berjalan dengan sempurna. Oleh sebab sambutan yang luar biasa, telah memberi aku idea untuk mengadakan pertandingan memancing. Bukan senang nak dapat kumpul peserta seramai ni. Ada peserta yang datang terus dari Kelantan semata-mata nak mengikuti aktiviti memancing ni. Aku juga dapat idea nak buat t'shirt khas supaya aktiviti memancing keluarga aku yang julung-julung kali diadakan ini nampak gah dan meriah.

Malas la nak tulis panjang-panjang.. ada banyak hal yang nak dibuat. So.. jom kita layan gambar-gambar keterujaan dan kemeriahan peserta yang terdiri daripada anak-anak sedara dan adik beradik Matdin Gunung.

Perghhh.. macam nak pegi ke medan tempur

Terpaksa guna dua bot dan 3 trip untuk mengangkut peserta yang ramai.. masam mengcuka muka tuan kelong ha..ha..ha..

Sampai jer atas Kelong.. terus buat persiapan

Tak kira Kecik besar tua muda, semuanya ghairah nak merebut hadiah yang ditawarkan mengikut beberapa kategori

Eksited semuanya nak merangkul hadiah



Saling mambantu.. yang tahu, bantu yang tak tahu





Hadiah yang ditawarkan ialah :

1) PEMANCING TERBAIK IAITU HASIL PALING BANYAK YANG DIBAWA NAIK.
2) HASIL PALING BESAR
3) HASIL PALING PANTAS
4) HASIL PALING BESAR KATEGORI JUNIOR
5) HASIL PALING PANTAS KATEGORI JUNIOR

di samping itu, terdapat banyak hadiah sampingan berupa free gift yang diberi dari semasa ke semasa


Masing-masing teruja untuk mendapatkan hadiah kerana semua peserta ada peluang untuk memenangi hadiah.

Tepat pukul 5 Petang.. wisel ditiup oleh pengadil menandakan acara pertandingan telahpun bermula. Hadiah pertama yang menjadi rebutan ialah HASIL TERPANTAS. Tidak sampai seminit acara bermula, Mat Lajim berjaya menaikkan ikan tetapi kemenangan itu tidak dikira kerana hasil yang dibawa naik ialah IKAN BUNTAL. 2 Minit kemudian, Mr. Kuwar berjaya membawa naik hasil pertama iaitu seekor anak gelama seterusnya melayakkan beliau memenangi hadiah pertama iaitu HASIL PALING PANTAS.


Apih Luta-Lutar merangkul hadiah hasil paling pantas kategori junior

20 minit kemudian Mizi berjaya mendaratkan ikan yang agak besar dan sukar untuk ditandingi oleh peserta lain. Untuk makluman.. Mizilah yang paling banyak kutuk aku sebelum ni.. 

Bulan lepas ikan ni dah.. Hari ni ikan ni lagi yang Iwan dapat. Belut laut

Hasil susah mau dapat.. terpaksa tukar mata pancing yang saiznya lebih kecil



Pukul 6.30 petang.. kalau ikut tentetif di dalam buku program.. waktu ni masa untuk makan

Peserta yang datang dari Kota Bharu, semata-mata untuk mengikuti aktiviti ini, masih menunggu umpannya dimakan ikan
Makan lah dengan apa jenis lauk sekalipun.. semuanya selera makan. Asyik tambah saja..

Termasuklah BUDU.....

Oleh sebab kekurangan pinggan.. kuali dijadikan mengkuk BUDU. Kreatif bukan?

Woiii.. malaun ni bawak naik ikan ni lagi. Cinabeng..

Cuaca trip ni memang A+. Canteekkkk.. air tenang pun lama

Peserta ni masih lagi mencuba...

Perghhhh... hasil daripada Awie
Kalau nak tidur sedap.. baik jangan datang. Tempat camni.. asal dapat letak kepala je boleh terlelap




Ikan kat kelong ni memang banyak tetapi spesis gelama sahaja yang banyak. Setiap peserta saling besilih ganti menaikkan gelama sehingga kehabisan umpan umpun-umpun. Telefon tuan kelong suruh datang ambik sebab nak pegi beli umpan. Guna daging ikan kembong tak berapa laju hasil yang dibawa naik. Nasib baik pembantu tuan kelong datang untuk ambik Jaim, Jime dan Kuwar pegi beli umpan. Kuwar bagi tips RM15 buat beli rokok Dunhill kepada pemandu bot atas kesudiannya datang malam-malam buta.

Sebaik saja bekalan umpan umpun-umpun tiba, para pemancing terus menyerbu umpan tersebut kerana guna umpan umpun-umpun memang dapat banyak hasil. Pukul 2 pagi, umpun-umpun mula kehabisan, mulalah para pemancing 'membangau'. Ada yang sudah mula lelapkan mata.

Hasil yang dapat... boleh tahan walaupun semua pemancing level amatur

Bakal dijadikan lauk untuk makan pagi




Lauk sampingan.. 

MatdinGunung.. masak boleh laa.. mancing tewasss.. tak reti. 

Hasil terakhir daripada Pok Bai... Buntarrrrrr

Siapkan juadah untuk breakfast para peserta

Mizi inilah kerjanya.. ambik gambar bagi dibuat modal untuk mengenakan orang lain. Mentang-mentang hasil dia paling besar

Hasil sudah masuk dalam kuali...

Jom makannn...kita breakfast dulu sebelum upacara  penutup diadakan

Sape2 yg tak hadir kali ni memang rugi

Satu hati.. satu kepala.. satu pinggan.. Inilah kekuatan Family Anak Cucu Cicit Hj Che Soh


Isan kata lauk hasil yang dipancing memang terbaekkk... fresh dari ladang

Pinggan tak cukup.. makan dalam periuk pun boleh laaa...

Kalau nak selesa baik tak yah datang..

Peserta cilik yang hebat sedang menjamu selera

Tambah lagi nasi tuuuu...

Iwer masih mencuba untuk menewaskan Mizi.. mencari ikan saiz XXXL

Kelong depan tu lagi besar.. kalau dapat yang tu selesa sikit kalau ramai cam ni. Tapi dapat yang ni pun dah kira oklah sangat

Gelas tak cukup.. boleh gunakan bahan kitar semula. KeKreatifan datang dengan sendiri

Perghh.. Awie makan hasil yang dipancingnya

Depan botol.. abangnya yang guna, belakang botol.. adik yang guna. Tak payah susah-susah bawa gelas dari rumah

Sempat lagi mamat ni check point fantasy premier league.. tak yah nak mimpi.. ko punya captain dapat 2 point jerkk
Santai sementara majlis penyampaian hadiah



T'Shirt khas..Logo depan Ciptaan Matdin Gunung..  Belakang baju Ubah suai daripada logo yang terdapat dalam google.. Kredit kepada pencipta design tersebut


Pemenang kategori Hasil Terbesar



Pemenang HASIL TERPANTAS



Pemenang PEMANCING TERBAEKKK.. Mat Lajimm yang berupaya membawa naik sebanyak 35 ekor gelama pelbagai saiz



Pemenang HASIL TERPANTAS KATEGORI JUNIOR. Mat Apih Lutar

Pemenang Hasil Terbesar kategori junior

Hadiah Khas.. peserta bersemangat WAJA. Mr. Isan

MatdinGunung pun boleh hadiah misteri rupanya sumbangan penaja.. Tak yah cakap ah kategori aper.. malu ah..

Awie.. mendapat hadiah misteri sebabsecara tidak sengaja berjaya membawa naik ikan lain daripada yang lain

Iwer pun boleh hadiah misteri sumbangan penaja kerana satu-satunya pemancing yang berjaya membawa naik belut

Hadiah Khas yang ditawarkan oleh penaja kepada Pok Riey kerana beliau satu-satunya peserta bukan daripada keluarga induk aku. Tapi sentiasa mengikut setiap aktiviti yang keluarga aku anjurkan. TAHNIAH POK RIEY

Mat Jaim.. Peserta paling berdedikasi. Sanggup pergi beli umpan walau dah tengah malam semata-mata tidak mahu menghampakan peserta lain setelah masing-masing membangau akibat kehabisan umpan.

Bai.. mendapat hadiah peserta paling akhir menaikkan ikan walaupun IKAN BUNTAL
Upacara penutup dan pembahagian hadiah selesai pukul 9.45 pagi. Kami bersiap-siap untuk pulang. Ikan hasil tangkapan yang banyak itu dibahagi-bahagi sama rata. 10.15 pagi, pembantu tuan kelong sampai untuk mengangkut kami pulang dengan membawa hasil yang lumayan dan kepusan serta keseronokan.



Okeylah.. setakat itu sahaja laporan daripada aku pada aktiviti kali ini. Kesempatan ini aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada family aku yang ramai ni sebab support aku punya program. Selain tu aku nak ucapkan jutaan terima kasih juga kepada En Mohd Robi kerana sudi menaja banyak barangan untuk memeriahkan aktiviti ini. Kuwar juga menghabiskan banyak duit poket untuk menyediakan umpan berupa umpun-umpun yang agak mahal harganya. Lain-lain peserta juga memang tidak kedekut wang dan tenaga.. terima kasih semua. Tidak lupa juga terima kasih kepada pencetak baju yang bagi harga kawan-kawan untuk aku kerana aku kenal mak dia. Sape-sape nak tempah baju.. bolehlah call dia 013-3337867.. RAHMAN. 


Senarai peserta : Robi, MatdinGunung, Kuwar, Awie, Iwer, Baini, Pok Rie, Arif, Sazwan, Mat Lajim, Adib, Jaim, Jimer, Mizie, Faizol, Isan, Apih, Mirul dan Ridwan.

LOGO RASMI DESIGN BY MATDINGUNUNG