Friday 20 December 2013

RINTIHAN SEORANG SI TUKANG URUT


Alkisahnya begini.. dengar ambo nak cerita... masa balik kampung ari tu, bini ambo terkena penyakit medu angin. Kesannya habis sakit seluruh badan. Nak bernafas pun sukar dan semput. Lalu ambo pun gi lah cari tukang urut untuk membuang angin medu tuu..

Kebetulan kat kampung ambo ada seorang tukang urut tersohor. Umurnya masih lagi pertengahan 40-an, sekelas dengan abang ambo masa zaman sekolah dulu. Ambo nak gi booking tapi siang hari jadualnya sudah penuh, tinggal slot yang malam hari saja. Kalau nak juga mesti kena datang jemput sebab dia takut bawa motor malam-malam. Lagipun kedudukan rumah dia jauh terpecil daripada rumah orang lain.

Malam tu akupun datanglah ke rumah dia untuk menjemputnya. Jarak rumah aku dengan rumah dia lebih kurang 8 kilometer. Masa dalam kereta aku sempat bersembang dengan tukang urut tersebut. Bunyi sembangnya lebih kurang begini..

Ambo ( aku ): Lamo doh Kak Na ngurut orang ?

Tukang Urut : Eh.. lamo doh, lebih kurang 10 tahun.

Ambo : Berapo ringgit orang bayar satu jam ngurut?

Tukang urut : Orang kampung biasanya bagi RM 10.00 satu jam. Satu sesi mengurut 2 hingga 3 jam. Dapatlah antara 20 hingga 30 puluh ringgit satu sesi. Kalau sehari boleh dapat dalam RM80.00

Ambo: Wah!! lumayan juga tu Kak Na. Sebulan dah boleh dapat lebih Dua Ribu Ringgit. Sama gaji dengan guru lepasan ijazah yang baru posting. Tapi kalau kat Kolumpo, satu jam lebih RM50.00.

Tukang urut : Eh, tak de lah mewah sangat, pendapatan tak menentu. Kalau pelanggan ramai mewahlah sikit, tapi adakalanya dalam satu hari langsung tak ada pelanggan. Lagipun kerja mengurut ni tak boleh nak tamak, satu hari cuma mampu urut maksimum empat pelanggan saja. Lenguh juga badan kalau ramai sangat.

Ambo: tapi dok kat kampung, pendapatan sebanyak tu sudah lebih daripada mencukupi. Apatah lagi dengan makanan yang ada di kampung, banyak benda free. Ikan boleh cari kat dalam sungai, sayur boleh tanam sendiri. Ulam-ulaman boleh cari sendiri kat hutan. Pucuk paku kat tepi sungai tak berhabisan.

Tukang urut : Atas kertas orang dok baca memang nampak senang, hakikat sebenarnya saya ni masih miskin tegar. Pendapatan yang dapat macam kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pagi ni dapat wang hasil mengurut, tengah hari sudah habis dibelanjakan untuk makan tengah hari anak-anak. Petang dapat duit hasil mengurut, petang tu juga turut habis dibelanjakan untuk mebeli keperluan makan malam anak-anak. Kalau badan tak sihat.. tak berasap la dapur. Sekarang ni.. cikgu pun tahu kan.. barang-barang serba-serbi naik, bawa duit RM50.00 untuk berbelanja, apa sangat barang yang kita boleh beli.

Ambo: Anak Kak Na ada berapa orang ?

Tukang Urut : Ada 7 orang anak, suami kerja kampung.. pendapatannya juga tak menentu. Ni Kak Na dok pening nak sediakan baju, seluar, kasut dan buku sekolah anak-anak. Mana nak korek duit? Duit belanja sekolah anak setiap seorang RM 3 hingga 5 ringgit satu hari. Bayar bas sekolah anak-anak lagi. Anak yang sekolah menengah semuanya pakai motor sendiri, nak kena tuang minyak untuk diaorang.

Ambo : Perghh.. Kak Na tak payah mengeluh.. orang lain pun sama saja macam Kak Na malahan ada yang lebih susah lagi. Ambo sendiri pun dok kat bandar walau dua-dua suami isteri kerja, ciput juga. Banyak yang nak kena bayar.

Perbualan aku berakhir kat situ sebab sudah sampai depan rumah aku...

Tulah.. rintihan sebenar golongan marhaen yang tersepit dan dihimpit dengan kos sara hidup yang meningkat saban bulan dan tahun. Kenaikan harga barangan tanpa kawalan dan tak henti-henti menyebabkan orang miskin menjadi lagi miskin dan papa, golongan sederhana menjadi miskin, golongan kaya menjadi sederhana dan golongan mewah tidak memberi kesan apa-apa manakala yang mewah tahap hardcore menjadi semakin berharta. Orang kaya tak merasa kesempitan hidup macam ni setelah dia kaya sebab dia bernasib baik. Anak orang kaya juga turut bernasib baik sebab ayah dia berharta dan berwang. Nak apa saja boleh minta, semuanya mampu ditunaikan. Tapi orang yang cari makan seperti tukang urut tersebut yang kais pagi makan pagi untuk menyara kehidupan keluarga sudah tentu pening kepala memikirkan cara-cara untuk membesarkan anak-anaknya yang 7 orang tu dalam keadaan hari ini. Tu pun masih lagi untung berbanding dengan orang yang lumpuh ataupun terlantar sakit.. mana nak dapat duit untuk buat belanja? sampai bila nak mengharap ikhsan daripada orang?

Mari kita sama-sama congak ke mana duit kita pergi selepas mendapat gaji.. bayar bil eletrik, bil air, bil astro, bil Internet Unifi, bil telefon, bayar duit sekolah agama anak-anak, bayar duit pengasuh anak, bayar duit tambang pengangkutan anak-anak ke sekolah, duit sewa rumah atau duit beli rumah, bayar duit kereta, duit belanja sekolah anak-anak, beli susu anak, beli pampers anak dan beli barang keperluan untuk makan dan kegunaan sehari-hari. Itu bayaran yang wajib dibayar setiap hari dan bulan.

Ok.. mari kita congak pula bayaran-bayaran yang harus dibuat bukan permanent, maknanya bayaran yang wajib kita bayar tetapi dalam keadaan tertentu. Bayaran Indah Water, Bayar Cukai tanah, bayar cukai pintu, kos rawatan anak-anak di klinik swasta sekiranya anak-anak dan kita suami isteri jatuh sakit, isi minyak kenderaan, bayar tol, bayar parking, baiki kereta rosak, baiki rumah rosak, tukar peralatan eletrik yang rosak, anak-anak minta duit tambahan untuk pegi lawatan atau kem anjuran sekolah, beli pakaian anak-anak dan kita sendiri. Kalau anak besar dan berada di universiti, lagi banyak nak pakai wang. Kalau anak nak kahwin, lagi parah. Wang hantaran kahwin sekarang ni mendadak naiknya serta berbagai-bagai bayaran sampingan lagi.





Dengan bayaran-bayaran yang disebut, berapa perlu gaji kita dalam sebulan? mungkin paling kurang RM3500.000. Kalau pendapatan kurang daripada tu, kita seorang miskin tegar yang hidup dibandar. Beli ikan seekor untuk nak bagi makan kat kucing pun dah RM3.00, apatah lagi beli sekilo untuk makan satu keluarga.Beli sedikit lagi sayur mayur dan telur dan sedikit keperluan lain dah RM45.00 sekali kita berbelanja untuk sekali makan satu keluarga.

Pak-Pak Menteri dan golongan kenamaan tak merasa benda pahit jerih macam ni sebab keperluan harian banyak yang ditaja. Ada perjalanan yang boleh claim duit kerajaan. Pergi melawat ke sesuatu tempat boleh makan free yang penganjur sediakan. Kadang-kadang pegi beli ikan di pasar pun banyak yang dapat free sebab tauke-teuke ikan sedekahkan. Maklumlah.. orang kenamaan yang dikenali, tentu segan nak ambik duit.

Ada seorang kawan aku, dia anak DATO'. Ayah dia bukan orang politik dan tidak terkenal pun. Bila disebut nama, aku pun tak kenal. Tak pernah masuk TV gamaknya..tapi beliau pegawai tinggi kerajaan.  Dia kata kat aku, kalau ayah dia ke pasar borong, hampir semua dapat free. Kebanyakan tauke ikan, ayam, daging kat pasar tu kenal dia. Ikan-ikan dan makanan laut yang lain orang kasi free saja. Kadang-kadang mak dia terpaksa buang ikan, sotong, ketam kat dalam peti ais sebab terlalu lama membeku kat dalam tu.

Wah.. aku kata membazir tu.. kalau tak mahu bawa kat aku. Bini aku boleh masakkan.

Keesokan hari, satu tong besar ikan dan makanan laut dia bawa kat rumah aku. Semuanya yang saiz besar. Ikan yang pelik-pelik pun ada. Sotong, udang saiz besar dan ketam saiz besar pun turut ada. Perghh.. aku ingatkan mamat tu cakap besar, rupanya betul-betul. Sungguh mewah makan anak DATO' ni sampai tak termakan. Semuanya orang sedekahkan. Orang kaya lagi kaya lah kalau macam ni.

Itu baru DATO' tak tak berapa tersohor.. apatah lagi pak-pak menteri yang glamour-glamour. Patut le mereka selalu melancong ke luar negara, sebab banyak duit lebih. Duit gaji tak terusik, buat belanja dengan elaun dan claim bulanan sahaja. Aku bukan dengki dengan depa tapi sesekali ada rasa kecik hati bila ada menteri yang kata " kalau tak nak bayar tol.. lalu je jalan yang tak ada tol. Kalau tak nak bayar eletrik, pasang je pelita minyak tanah. Kalau tak nak bayar air, mandi je kat sungai".



Malas nak cakap banyak, nanti panjang cerita. Soal kenaikan harga barang seperti minyak petrol, tol, eletrik, rumah, cukai, tambang  dan segala-galanya itu semua orang sudah maklum sebab surat khabar, fb, blog, tweet dok cerita hari-hari. Tak de orang boleh halang segala kenaikan. Yang naik tetap naik, yang nak naik pun tetap akan naik, dan yang belum naik menunggu masa akan naik. Yang turun cuma air hujan dan kapal terbang yang landing.














* Gambar-gambar dan grafik diambil daripada GOOGLE.

Monday 9 December 2013

PROGRAM POLIS BERSAMA KOMUNITI

Hari minggu baru ni, satu program polis bersama komuniti telah diadakan di tempat aku tinggal. Program ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat betapa pentingnya kerjasama untuk membanteras jenayah. Yelah kan.. sekarang ni kadar jenayah sentiasa meningkat dan berlaku setiap saat. Kalau nak mengharapkan polis semata-mata, memang tak terlayan dibuatnya. Oleh sebab itu, memang patut masyarakat ikut sama membantu polis agar kadar jenayah disesuatu tempat dapat dikurangkan.

Banyak aktiviti yang dirancang untuk menarik minat komuniti setempat datang beramai-ramai menyertainya dan secara tidak langsung dapat mencapai objektif program, antaranya pameran keselamatan, sukaneka, pertandingan mewarna, acara tarik tali, berbasikal, pertandingan bola jaring, demo akademi football kids dan ceramah keselamatan. Malang sekali, walau banyak program yang menarik telah diatur, tetapi masih tidak berjaya memikat hati penduduk tempatan untuk sama-sama menyertainya. Mungkin kurang promosi kot.. atau memang masyarakat kat sini malas nak joint program, lebih senang duk kat rumah.

Acara Tarik Tali telah dimulakan oleh Pegawai Polis

Para Penyokong memberi semangat


Tarikkkk..tarikkk...tarikkk..

Pacak kat situ..mbikk ko

Penonton mencari tempat teduh


Pertandingan Sepak Raga Bulatan
Pertandingan Rebut Kerusi Kanak-kanak bawah 12 tahun


Pertandingan Mewarna & Melukis

Aksi peserta cilik

Tekun 

Fokus

Dua Beradik

Ramai ibu bapa memberi sokongan, ada yang sampai terjelir kou..

Amer setia memberi sokongan kepada anak-anaknya manakala pengadil sudah pun mengira markah bagi yang hantar dulu

He..he.. Tok Ngulu Halim pun setia menemani dan memberi tunjuk ajar kepada anak-anaknya

Aina begitu khusyuk sekali

Athir selamberr jee

Matdingunung pun turut memantau anak-anaknya mewarna


Hasilnya... Aina dapat no 2.. dapat 2 hadiah sumbangan korporat. Athir dapat no 4 dapat cuma satu hadiah. Tak kisahlah menang atau kalah, yang penting penyertaan.
 Itulah dia kesudahannya.. walau proram dirancang bagai nak rak.. tapi penyertaan komuniti agak mengecewakan. Sepatutnya program macam ni kita perlu ambil peluang untuk menyokong pihak polis yang tak jemu-jemu cuba untuk mengawal kadar jenayah daripada terus meningkat di tempat kita agar komuniti kita hidup dengan aman dan tenteram.

Sunday 1 December 2013

KISAH HOSPITAL SATU RINGGIT


Assalamualaikum.. hai, lama benar rasanya tak update blog. Semenjak dua menjak ni.. slow sikit nak berkarya walaupun mempunyai banyak masa terluang. Aku pun tak tahu kenapa perkara begini boleh berlaku. Tup.. tup.. hari ni rasa nak menulis la pulak untuk berkongsi pengalaman pahit sebelum cerita ini aku terlupa.

Kisahnya begini, masa sedap aku dok layan pasukan kegemaran aku Arsenal membelasah pasukan lawan iaitu Cardiff City dengan jaringan 3-0 di Ar-Rashid Bistro, tetiba aku mendapat panggilan kecemasan daripada warden asrama anak sulong aku mengatakan Adib terpaksa dikejarkan ke Hospital Kerajaan ( malas nak sebut nama hospital ) kerana sesak nafas yang kritikal. Masa tu jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Sebaik mendapat berita tu, aku bersama anak-anak buah aku iaitu Iwan, Zaim dan Farouk terus berkejar ke hospital berkenaan. 

Tiba di bahagian KECEMASAN kat hospital tu, aku lihat anak aku tu sudah pulih sedikit setelah diberi 2 biji ubat telan oleh petugas di kaunter. Walau bagaimanapun dia perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. No panggilan dia ialah 2888 Time: 1.37 pagi. Ada tiga bilik rawatan yang beroperasi pada masa tu iaitu bilik no 2, 3 dan 5. Pesakit yang menunggu giliran pada masa tu cukup ramai. Aku perhatikan setiap no giliran begitu lembab sekali bertukar seolah-olah doktor mengambil masa tidak kurang 20 minit untuk memeriksa setiap pacient. Ada yang mula sudah tidak boleh sabar dan merunggut-runggut. Pukul 4 pagi no anak aku masih tidak naik. Ada akak yang sebelah kerusi tempat duduk aku sudah beberapa kali bertukar tangan menahan lengguh mendokong anaknya yang mengiggil-gigil menahan sakit sebab demam panas yang keterlaluan. Aku cuba nak bagi no panggilan Adib kat dia untuk membolehkan anak dia mendapatkan rawatan terlebih dahulu tapi no panggilan dia cuma beza satu mata dengan no panggilan Adib, so dia pun kata tak apelah..

Seketika, datang seorang lelaki berbangsa India betubuh sasa dan bertatu penuh kat lengan dan pakai rantai leher besar, mungkin geng 36 atau geng 38 kot datang sapa akak tu  " akak.. akak jangan tunggu, akak masuk je terus jumpa doktor. Tak sampai hati saya tengok anak akak yang mengiggil-giggil tu. Tenat sangat dah budak tu. Kalau akak nak tunggu nombor, mati dulu budak tu karang"


Wah!! ada hati budi juga mamat ni walau pun muka nampak cam samseng. Semua orang yang berada di ruang menunggu tu terpegun dengan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh mamat tu.

Akak tu pun pegi laa jumpa doktor tanpa ikut nombor sebab ikut nasihat mamat tu. Tetiba je keluar balik dengan tergesa-gesa. Aku tanya akak tu kenapa dia keluar cepat. Akak tu kata dia telah dimarah oleh doktor sebab doktor suruh ikut giliran. Perghh.. sudah 3 jam lebih menunggu, sampai bila budak tu nak mendapat rawatan. Sekurang-kurangnya bagi la ubat dulu dua biji. Bukan budak tu saja yang bernasib malang, bahkan ramai lagi budak-budak yang sakit dan perlukan rawatan segera. Aku tengok ada juga pesakit yang tergesa-gesa dibawa dengan ambulan siap bunyi siren lagi, tapi bila sampai kat kaunter pendaftaran di wad kecemasan, ambik rekod pesakit dan tetap diberi nombor menunggu untuk bertemu doktor. perghh.. buang masa pengguna jalan raya ketepikan kereta mereka beri laluan tup..tup.. bila sampai kat hospital kecemasan, dah tak cemas lagi sebab mungkin petugas dan doktor kat sana  dah biasa sangat dengan pesakit. Dah tak ada perasaan belas kasihan dahh.

Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu sampai merah bijik mata, tup..tup..Pukul 4. 55 pagi baru no 2888 naik kat bilik rawatan no 2. Aku dengan Adib masuk jumpa doktor. Cerita serba sedikit situasi masa nak jadi semput nafas dan ubat-ubatan yang telah diambil sebelum ni. Doktor buat pemeriksaan asas, check tekanan darah, denyutan nadi, kadar denyutan jantung dan picit sikit-sikit perut adib. Buat pemeriksaan di dalam mulut dan pernafasan kemudian arahkan untuk membuat X-ray paru-paru. Aku dan Adib tanpa membuang masa terus berkejar ke bilik X-ray mengikut arah anak panah yang ditunjukkan tapi hampa sebab bilik x-ray pula tutup. Di pintu bilik tu tertulis pada cardboard yang digantung " MAAF, BILIK X-RAY DITUTUP SEMENTARA UNTUK PROSES PENGOPERASIAN, HARAP SABAR MENUNGGU"

"Alamakkkk.. tunggu lagi kita Dib.." kata aku pada Adib. Hampir satu jam menunggu, barulah bilik x-ray dibuka untuk meneruskan operasi. Selepas melakukan x-ray, Adib diarahkan agar berjumpa semula dengan doktor di bilik no 2 semula tanpa mengambil no baru. Bila aku masuk kat bilik tu, aku lihat doktor dah tak ada. Aku tunggu kat luar semula. Sambil menunggu aku terpandang no Adib 2888 masih lagi tertera kat papan panggilan eletronik di atas pintu bilik no 2. Maknanya doktor tu tak panggil orang baru selepas Adib diarahkan untuk membuat ujian x-ray walaupun mengambil masa yang agak lama. Sepatutnya doktor tu mampu membereskan lebih 10 orang pacient lain lagi kalaulah.. kalaulah.. itu klinik swasta yang berbayar sebelum Adib kembali.

Perghhh.. begini rupanya cara doktor kerajaan bekerja walau tidak semua. Patut le banyak orang komen. Oleh sebab tunggu terlalu lama, aku dan Adib pegi menunaikan sembahyang subuh dulu kat surau. Lepas sembahyang subuh aku terus ke bilik no 2. Buka pintu bilik, masih tak ada doktor. Kerusi disorong kemas di bawah meja. Dah sejam setengah menunggu doktor tu kembali tapi pergi tak kembali juga rupanya. Tengok no panggilan kat atas pintu tu still 2888. Alamak.. ngulau ke ape doktor ni. Takkan ambik masa sampai 3 jam kot untuk merawat seorang pesakit. Bila tiba no panggilan bilik sebelah.. aku terus menerpa masuk. Ada seorang doktor wanita yang matanya pun dah kuyu " ya encik, silakan duduk encik".

Aku jawab " saya masuk ni bukan nak duduk, tapi nak tanya mana pegi doktor bilik no 2. Dari pukul 5.40 saya tunggu sampai sekarang dah dekat pukul 7. 00 doktor tu tah mana pegi tidur saya tak tau. Dah hilang sabar dah ni"

Doktor perempuan tu jawab " sabar encik.. doktor tu pegi sembahyang kot. tunggu aje kat kerusi dalam bilik dia, jap agi datanglah tu"

Aku jawab " masalahnya.. berapa lama ambik masa untuk sembahyang subuh.? pesakit kat luar masih bersusun tunggu no dipanggil. Bilik beroperasi cuma satu je lagi, saya tunggu dari tadi lagi ni. Nombor anak saya pun tak berubah-ubah sejak dekat pukul 5 tadi lagi tu.. dok tertera 2888 lagi kat papan tu sampai cerah".

Aku keluar dari bilik doktor perempuan tu terus masuk semula bilik no 2.. Aik ada la pulak mamat tu buat-buat kemaskan file. Dia terkejut dari tidur kot sebab aku dok marah-marah kat bilik doktor no 3 bersebelah dengan bilik dia.

Aaa.. mana awak pegi.. sejak dari tadi saya tunggu ni baru jumpa.?? tanya aku kat doktor tu

Pertanyaan aku tu dia buat bodoh aje lepas tu alih topik lain.. " dah buat x-ray?"

Dia tengok gambar x-ray kat komputer lepas tu bagitahu aku
" saya sudah check dia punya keputusan x-ray. Jangkitan kuman dalam paru-paru tak ada dan dia normal.. tapi saya akan bagi dia sedut gas oksigenlah untuk setengah jam"

Adib diberi masa setengah jam untuk sedut oksigen walaupun Adib dah tak perlu lagi sebenarnya oksigen tu. Adib sihat dengan menunggu sahaja. Pukul 7.30 pagi doktor tu datang bukak pemekup oksigen kat hidung Adib, lepas tu suruh pegi farmasi ambik ubat pencair kahak. Semalaman tak tidur menunggu cuma untuk mengambil ubat pencair kahak saja yang harganya 5 henggit kat farmasi.Perghhh... itulah nasib golongan marhaen yang mampu membayar 1 ringgit untuk mendapatkan rawatan di dalam negara yang kaya raya. Semasa aku melangkah nak pulang.. sempat aku jeling kat papan eletronik atas pintu bilik rawatan no 2.. masih lagi 2888.. Ahhhh...!!! apa kau buat doktor kerajaannnn.. dekat 3 jam ambik masa untuk merawat seorang pacienttt.

Itulah kisah dan situasi sebenar karenah untuk mendapat khidmat rawatan hampir percuma di hospital kerajaan WALAUPUN KAT BILIK KECEMASAN. Tak sama dengan kata-kata hikmat yang tertera kat bawah no panggilan pada tiket panggilan " terima kasih, ANDA AKAN DILAYAN SEBENTAR LAGI" .

Kesiann kepada orang sakit, dahlah sakit, kena menunggu lama la pulak. Kalau tak betul-betul sakit, buat apa la mereka nak datang untuk mendapatkan rawatan pukul 1, 2,3 ,4 ,5 pagi.. kan lebih baik tidur dulu kemudian datang esok kat klinik swasta. Itulah kisah hospital satu henggit.