Monday 3 August 2020

RIADAH HUJUNG MINGGU BERSAMA FAMILY

Assalamualaikumm...

Rasa nak berceloteh laa skit..lama sgt dah tak berceloteh. Nanti peminat setia blog DinGunung bosan dan lari sebab takdok cerita baru.. 

Tapi.. hok sgotinya memang blog MatdinGunung takdok peminat setia pun. Sb Din Gunung tak suka publish untuk tontonan umum.. sebab takdok apa-apa kepentingan pun. Syarikat You Tube tok bayar sesen pun kalu peminat ramai.. Lainlah kalau you tuber yang mendapat byk subcriber.. ada jugok income.

Din Gunung menulis sekadar hobi jah.. kalau ada mana-mana pembaca tersesat.. jumpa laa blog yg tak femes ni secara tak sengaja. Tulis..tulis..tulis.. kemudian tekan publish..kemudian biarkan begitu.. takde nak share link melalui FaceBook atau Insta atau Group Whatsapps.. mungkin kalau ada yang entri agak banyak orang view, pembaca yang tersesat ini ada share link.. mungkin dia beranggapan entri ni patut dibaca dan tak rugi kalau dibaca sebagai perkongsian ilmu.. T.ksih laaa

Orang nama yang tak timbul.. tak terkenal langsung mana laa orang nak cari.. nak baca cerita kita.. walaupun ada banyak idea untuk mengarang.. Lainlah blogger-blogger terkenal seperti Ben Ashaari ke.. Beutifulnara ke.. Siakap Keli ke dan sebagainya.. semua orang tertunggu-tunggu entri baru mereka. 

Ok..takpe, bukan nk luah perasaan pun.. tapi sebagai intro atau dalam bahasa cikgu dia panggil Set Induksi.. kita mula dengan main perasaan dulu hahaha.. selepas tu kita mula dengan perkara pokok apa yang nak ditulis.

Kita tulis bahasa santai je lah sebab nama tajuk pun riadah.. riadah bermaksud santai-santai.. hujung minggu baru ni dingunung bawa laa isteri dan anak-anak termasuk sorang anak buak pegi santai-santai di Taman Hijau, Putrajaya. Matlamat utama pada mulanya sekadar nak pegi jogging.. bakar lemak buang kolestrol.. maklumlah lepas raya korban, banyak mkn daging.. Aku bawa laa kamera boh dlm beg sandang ingat sambil-sambil joging, sambil berphotoshoot.. maklumlah, lama sangat dah tak keluar outing atau dengan kata lain tak outdoor fotoshooting.  

Indah juga kawasan dia.. banyak kawasan hijau.. ni baru pertama kali aku pergi. Rupanya kat Putrajaya ada banyak taman tasik dan taman hijau. Seronok nampak anak-anak..menghayati indah permainya alam semulajadi. Anak bongsu pun galak semacam.. nk dokong tak mau.. nak berlari jer kerja. Jenuh kita org tua ni nk mengejar.. bukan apa.. bimbang tersadung kaki rebah atas tar jer.. banyak kali juga jatuh dan bangun.. tapi yang klimaks paling tragis.. dah dekat nk balik sangat dah.. kaki kanan tersepak kaki kiri, rebah terguling.. benjol kat dahi, calar kat tapak tangan dan hidung.. sib baik nanggis kejap jer. 







Apapun.. nak bagitau, seronok rupanya bawak anak-anak keluar walau sekadar berjoging.. asal mereka dapat keluar, tentu mereka seronok.. sebab lama terkurung masa pkp barangkali.. kalau bawa ke luar negara, lagi seronok gamaknyaa.. ahaksss.. bawa main salji kat Swizealand ke.. atau bawa pegi menghayati musim Sonata di Korea ke.. hahaha..huuhuuhuu.. 

Ok..sampai sini dululah short story drp DinGunung.. cerita pepanjang pun bukan org baca.. syok sendiri saja hahahahahaha.. Shahmi Sazlee buat cerita tah apa-apa berdurasi tak lebih 12 minit pun berjuta orang view.. tak perlu buat pjg mcm filem hindi pun.. 

Sebagai penamat..kita share sinilah sikit gambar2 photoshoot selepas kamera direpair.. masih lagi ok walau tak sehebat dulu dia punya kualiti gambar.. boleh laaaaaaaa. Kamela mulah maaa.. skrin dia pecah..tak boleh tengok selepas snap.. perlu kemahiran yang tinggi utk ejass shuttle speed dan iso dan epeture dan mode