Monday 8 November 2021

PERSEDIAAN BUKA SEKOLAH : BAWA ANAK-ANAK BERCUTI

 Assalamualaikum..

Semenjak buka sempadan negeri, nafsu untuk pergi bercuti membuak-buak.  Baru jer lepas pergi ke Melaka, aku pergi pula bercuti secara solo tanpa bawa family ke Taiping Perak selama tiga hari dua malam. Dua hari kemudian, aku bawa pula sekali lagi anak-anak aku pergi bercuti ke Resort Hujung Kampung, Janda Baik, Bentong Pahang. Maklumlah, sikit lagi dah nak buka sekolah maka anak-anak perlu diberi peluang rehat dan gembira yang mencukupi. Beginilah ayah zaman moden yang bertanggungjawab, sentiasa seronok melihat anak-anak seronok. Mudah-mudahan bila kita dah tua nanti, mereka akan menyeronokkan kita pula.. InShaaAllah..

Resort yang aku pilih ni takdelah baik sangat. Malas nak preview kat sini tapi cerita sikit-sikit sajalah. Owner resort ni sebenarnya bakal besan kakak aku. Dia mewarisi tanah seluas 3 ekar di hujung kampung yang dikongsi 4 beradik. Maknanya resort ni boleh dikatakan perkongsian keluarga. Alahamdulillah.. nampaknya mereka 4 beradik nampak rapat dan mesra. Harap takde yang bergaduh demi harta. Sama-sama urus harta peninggalan orang tua. 






Resort ada 9 buah pelbagai saiz dan harga.. ada yang sebesar reban ayam dan ada yang jenis moden rumah batu siap ada pendingin hawa dan ruangan dapur untuk memasak. Dari segi rumah, memang sendatlah dan kurang selesa sebab sempit kecuali Guest House Utama yang agak selesa sedikit, tapi dari segi fasilities agak selesa sebab banyak disediakan ruang makan asing dan tandas kat luar. Kawasan pun luas dan bersih. Ruang parking yang luas dan berada dalam pagar serta ada tempat mandi yang khusus tak bercampur dengan orang luar. Ada juga disediakan tempat perkhemahan bagi mereka yang nak melatih anak-anak tidur di bawah khemah dan melakukan aktiviti perkhemahan seperti perkhemahan badan beruniform kat sekolah.




Ni ada sebuah guest house berkonsep moden TokdoAnis nama dia





Air Jeram yang mengalir ni agak bersih sebab kat atas tu dah takde resort



Aku bercuti kat sini selama tiga hari dua malam. Rumah yang aku sewa dua tingkat tetapi sempit jer. Takde ruang dapur dan cuma ada satu bilik air. Katil ada 4.. 2 katil kelamin dan 2 katil bujang. Memang sesuai untuk singgah tidur saja kemudian makan dan minum kat luar. Kat Janda Baik ada banyak tempat makan yang boleh laaa.. yang paling top ialah Kopi Ladang.. menjadi tumpuan mat-mat motor bersantai. Kalau yang jenis suka aktiviti outdoor, boleh lah panjat bukit. Udara kat sini nyaman bangat sebab dikelilingi bukit bukau dan menjadi laluan kedua untuk mendaki gunung Nuang. 


Rumah dua tingkat tempat penginapan aku sekeluarga. Rm 200 satu malam. Bawah macam reban ayam, atas macam rumah burung

Kat bahagian atas ada dua katil bujang dan satu katil kelamin qeen


Kakak aku yang sewa rumah utama tu.. bawa makanan mentah banyak. So.. kami tak keluar pun untuk makan kat luar. Masak kat situ jer..Malam pertama makn sate..abang aku order sate mentah. Kami bakar ramai-ramai. Isteri aku goreng meehon tambah menu. Jemput sekali owner resort makan. Sporting owner resort, siap bawa set karaoke bagai untuk berhibur. Pagi esok, kami masak nasi Dagang versi Terengganu yang lazat. Aku yang buat.. memang paduuulah nasi dagang aku.. 4 kilo beras SOLD OUT sekejap jer. Lepas breakfast kami terus mandi jeram, berendam dalam tu sampai tengahari. Tengahari tu bini aku masak Kari Ikan Jenahak yang aku pancing kat Kuala Gula Perak.. ada dapat 5 ekor. Sedap makan ikan fresh terbaik dari ladang. Bini aku pula memang pakar masak kari.. memang terangkatlahhh..

Ni gulai nasik dagang disediakan oleh Chef DinGunung


Petang tu sembang-sembang jer.. tak keluar gi memana. Anak-anak sambung mandi sampai nak maghrib baru naik. Malam tu acara potong kek hari jadi biras aku berlangsung. Malam tu kami dihidangkan dengan bakar-bakar ayam dan isteri aku goreng 8 bungkus kue teaw sebagai menu tambahan. Owner resort pun join sekali siap bawa kamera video untuk rakam. Seperti malam semalam, set karaoke owner tinggal kat situ dan kami belasah bersilih ganti pakat nyayi. Aku menyumbang dua buah lagu sebab anak-anak cabar nak dengar bapa dia nyanyi. Mereka tak tahu masa muda ayah dia ni kaki clubbing, kaki head biging dan kaki keluar masuk karok. Terlopong mereka bila aku mampu bawa lagu bernada tinggi. Tengah sedap aku berduet dgn kakak ipar aku, hujan turun.. hilang mood nak nyanyi lagi lepas hujan berhenti.. Ingat aku nak belasah beberapa buah lagu XPDC dan MAY.. biar terlopong mulut mereka.. ah nak cabar otaiii.




Karok.. belasah lagu apa pun.. tempat tu kami punya 3 hari 2 malam



Esok pagi kami makan meehon goreng dan roti bakar. Cadang nak buat nasik lemak, tapi leceh sb nak kena kemas balik lepas tu. Perabis jer makanan yang mudah-mudah untuk disediakan. Banyak lagi makanan yang tak dimasak. Lepas breakfast, kami layan mandi sampai kul 12 tghari.  Kami check out pukul 12.30 tengahri sebab ada lagi owner baru yang menunggu bilik untuk bertukar shift. 

Percutian santai dan bajet ni memang santai dan oklah.. boleh bagi 3 ha.. ha..ha..ha.. Kalau ramai kelaurga yang datang.. tentu jadi lebih seronok. Tempat.. makan.. itu tidak penting.. yang penting berkumpul bersama family induk dah cukup seronok setelah lama sangat tak berjumpa akibat pkp. sekian sahaja cerita santai aku pasal pergi bercuti selama 3 hari 2 malam di Teratak Hujung Kampung Janda Baik sempena cuti perayaan Deepavali.  


Monday 1 November 2021

AKTIVITI OUTDOOR PERTAMA SELEPAS BUKA SEMPADAN NEGERI

 Assalamualaikumm..

Alhamdulillah.. lama benar tunggu nak melempiaskan nafsu beroutdoor bersama kawan-kawan, akhirnya terlaksana pada hari ini sabtu 30 Oktober 2021. Nilah aktiviti out door pertama aku selepas PKP pada tahun ini iaitu Memancing Di Kuala Gula, Krian, Perak.. rindu sangat nak keluar bersosial bersama kawan-kawan.

Oleh sebab masih musim pkp, maka banyak sop yang harus dipatuhi. Salah satunya ialah setiap aktiviti outdoor ada limit dari segi kapasiti penumpang di atas bot sekiranya mengikuti aktiviti memancing di laut. Satu bot hanya dibenarkan muatan maksimum 5 orang termasuk tekong bot. Biasa aku pergi ke Kelong Singai Udang kat Peneng, tapi tahun ni nak tukar selera pula, ubah lokasi ke Sangkar Ikan Kuala Gula, Perak.. tempat sama tak best kan, nak rasa tempat baru.. cam main golf juga, selera kalau tukar-tukar lobang kat corse golf lain-lain tempat.. taklaa bosan sangat main.. ada lain-lain cabaran..

Sepatutnya aku pegi 4 orang, saat akhir MawaD tarik diri sebab nama naik untuk on duty pada hari minggu. Malas aku nak cari ganti, aku ambil keputusan pegi jer mana yang ada.. lagipun bukan mahal sangat kos. Aku, Pojer dan Cikgu Asrol sedia menyahut cabaran untuk menaikkan seberapa banyak ikan pada kali ini. Alim tak nak pegi sebab tak biasa tempat baru, takut mabuk laut katanya. 

Tiga sahabat sejati dulu..kini.. dan selamanya...


Ok, kami bertolak dari KL pukul 3.30 ptg jumaat dan sampai di Taiping pada pukul 7.30 malam.. Cikgu Asrol yang sedia menanti membawa aku dan Pojer di Hotel penginapan iaitu Kimal Hotel untuk mandi dan solat maghrib. Lepas isyak cikgu Asrol bawa kami makan di Medan Selera Taman Tasek Taiping sambil menikmati alunan muzik daripada kumpulan buskers.Lepas makan malam, cikgu asrol bawa kami bersiar-siar di sekitar Taman Tasek Taiping dan pusing-pusing bandar Taiping. Kul 10.30 malam kami pulang ke hotel untuk berehat dan bersembang.

Check In Kimal Hotel.. Cikgu Asrol sponsor


Pukul 6.30 pagi sabtu, Cikgu Serol siap tunggu kat bawah hotel. Kami naik kereta Wish cikgu Serol kemudian pegi beli umpan di pasar Taiping. Selepas beli umpan, kami terus bergerak ke destinasi iaitu Jeti Kuala Gula. Sampai jeti pukul 7.40. Kami beli nasi lemak untuk bekal. Kami bergerak keluar dari jeti Kuala Gula pada pukul 8.10 pagi. Perjalanan ke destinasi pemancingan mengambil masa lebih kurang 25 minit saja. Sampai di Sangkar tersebut, terkejut aku kerana hampir semua bot pemancing yang membawa pemancing hanya tertumpu di satu sangkar tu ajer.. berhimpit-himpit kedudukan bot-bot pemancing.. nak baling batu ladung pun susah takut terkadah dengan tali pancing jiran sebelah.. Oooo begini rupanya mancing kat Kuala Gula.. kat Sangkar Sungai Udang takdelah pakat kerumun satu sangkar macam ni.. 



Turun jer sauh.. aku breakfast dulu dengan nasi lemak untuk ambik tenaga. Belum habis makan sebungkus nasi lemak, tekong bot sudah dapat seekor hasil sulong berupa seekor jenahak dekat sekilo. Lepas tu giliran aku pula berjaya menaikkan jenahak yang hampir sama besar.. Beberapa minit kemudian, Cg Asrol pula tarik hasil.. uishhh.. kalau macam ni, sarat perahu dengan ikan nanti.. tak sampai setengah jam sudah dapat 3 ekor jenahak. Nak balik pukul 6 petang, cuba bayangkanlah berapa ratus ekor yang dapat nanti. Baru aku berkira-kira nak bawa naik ikan seterusnya.. tiba-tiba kelam kabut tekong-tekong bot menaikkan sauh masing-masing.. aku kebingungan apa hal semua kelam kabut pakat nak lari.. ingatkan ada polis marin yang datang nak buat operasi SOP.. rupa-rupanya pengurus sangkar yang datang.. Oooo,  baru aku faham bahawa kami memancing tanpa kebenaran dan kerelaan tuan sangkar.. mereka halau pemancing-pemancing daripada mendekati sangkar mereka.. baru aku faham kenapa di sangkar tersebut diletakkan besi-besi tajam, bertujuan tidak mahu bot-bot pemancing menghampiri sangkar mereka. kalau bot pemancing hanyut ditiup angin lalu terhimpit kat sangkar tu.. alamatnya tembuslah bot pemancing tersebut.


Ramai tekong bot bergerak ke belakang dan tidak mendekati sangkar tersebut tetapi tetap sabar menunggu agar pengurus sangkar tersebut cepat berlalu pergi, tapi harapan tinggal harapan, pengurus sangkar sanggup tunggu sangkar ikan mereka agar tidak diceroboh. Dia tidak mahu tekong bot menggunakan tali pengikat sangkar sebagai tempat mereka menambat sauh. Hanya mereka yang mempunyai sauh unjang sahaja boleh memancing.. itu pun dibenarkan hanya di kawasan belakang sangkar sahaja. Dekat 2 jam kami membuang masa menunggu pengurus sangkar pulang. Tapi, seorang sahaja pengurus berangkat pulang sementara seorang pengurus lagi ditinggal kat tempat tu bertujuan untuk menghalau pemancing mendekati sangkar mereka. Waduh.. begini rupanya peseng memancing kat sini.. lain padang lain belalang. 

Pemancing Kental.. panas.. hujan.. ribut melanda tak ku hirau..


Bila seorang pengurus dah blah, tekong-tekong bot mula berani untuk mendekatkan bot mereka dan menghimpit ke sangkar. Maka bermula kembali pesta memancing. Tapi terlalu padat la pulak.. susah nak baling mata pancing. Rupanya ada masa-masa juga ikan kat sini makan umpan. Time mambangau tetap membangau. Tapi ikan tetap ada, ramai juga pemancing berjaya menaikkan hasil. Kat sampan sebelah aku, mereka berjaya menaikkan ikan siakap yang agak besar, rasanya dalam 5 kilo lebih sehingga tak muat sauk. Bot Pemancing sebelah kanan aku juga tidak kurang juga bersilih ganti menaikkan hasil tapi aku masih sabar membangau. Sekali sekala tekong aku berjaya menaikkan hasil. Pukul 12.30 tengahari, barulah tekong bot aku pindah tempat.. haaa, baru ada hasil. Pojer dan cikgu Asrol berjaya membawa naik jenahak. Tidak lama kemudian, angin sejuk mula melanda, itu tanda-tanda hujan nak datang. Di belah daratan, jelas kelihatan hujan sudah turun dengan lebatnya membasahi bumi. Kami tak boleh memancing lagi sebab batu ladung hanyut.. arus bawah mula deras. Tekong bot mula menaikkan sauh sebab nak pegi berlindung di sebalik sangkar sebelah arus lalu.. tak boleh berada berlawanan arus bimbang bot hanyut menghentak kayu sangkar.

Beberapa minit beralih tempat, hujan pun mula turun.. tekong bot seakan tahu ribut bakal membadai, mula mengikat kemas tali bot pada tali sangkar. Jaket keselamatan dikeluarkan dan dipakai oleh semua awak-awak. Hujan semakin lebat disusuli angin dan petir. Kami kebasahan dan redha untuk mandi hujan. Segala dokumen penting termasuk telefon bimbit dimasukkan ke dalam tong. So.. tak dapat nak rakam suasana kami dibadai angin ribut di lautan sebagai salah satu penambah perisa pengalaman baru. Alun agak kuat dan mengoncang bot pemancing-pemancing. Sape-sape yang tak tahan tentu akan mengeluarkan isi perut.. fuhhh.. nasib baik Alim tak datang.. tapi.. aku, pojer dan cikgu Asrol steady saja layan alunan bot dalam hujan lebat kerana kami sangat biasa. Mencandat sotong kat belah perairan Tengganu jauh lebih ganas kucahan ombak walau takde angin dan ribut. Seronok juga aku melayan angin kuat dan ombak.. ada feel.. sambil-sambil mandi hujan. Cikgu Serol kata, hujan di laut tak lama, lebih kurang sejam saja.. rupanya bohong.. lebih pader tu.. lebih 2 jam kami mandi hujan tapi alun semakin berkurangan.. cuma berakhir dengan satu dentuman petir yang amat kuat sebagai penutup.. lepas tu hujan mula reda, guruh pun sudah tiada. Semua pemancing mula memasang umpan dan terus memancing.. Aku cukup jelous melihat seorang pakcik selang 4 bot di sebelahku asyik menaikkan ikan.. tak menang tangan dia.. dah laa dia seorang saja satu bot.. ohhh rupanya dia kena jackpot.. tempat dia berlabuh tu adalah laluan GT pada masa tu sedangkan pemancing di kiri kanan dia langsung tak ada hasil.. cuma dia sahaja silih berganti menaikkan ikan.. aku agak dalam 20 ekor lebih dia dapat masa itu sahaja. 

Tidak lama kemudian, aku dikejutkan dengan satu tragedi tekong terjun dari bot terus ke dalam laut.. aku ingatkan dia kejar joran dia dilarikan ikan, rupanya dia berusaha menaikkan seseorang yang terjatuh. Fuhhh.. rupanya salah seorang ahli bot dia kena sawan masa sedang memancing terus terjunam ke dalam air.. keras terpacak macam kena karan eletrik.. fuhh.. sib baik tekong tu cepat bertindak.. boleh bagi pingat Hang Tuah sebab menyelamatkan seseorang daripada mati lemas. 20 minit kemudian, keadaan kembali normal..legaaa semua pemancing yang ada termasuk aku. Ikan ada banyak kat situ, pemancing-pemancing lain silih berganti menaikkan ikan Jenahak Merah atau MJ.. tapi kami masih membangau walau pakai bermacam jenis umpan.. ada udang hidup, ada pakai anak belanak hidup dan isi ikan pelaling tetapi masih belum ada rezeki. Cuma dapat beberapa ekor jenahak sepanjang 4 jam berada di tempat tu tanpa beralih. 

Dah bosan dengan tak ada ikan, tekong mengajak rakannya pindah kat tempat lain.. kami sama-sama beralih tetapi bot kawan tu ke depan sikit saja.. dia parking dulu..bot kami di tepi dia tapi di penjuru sangkar.. tak de ruang nak baling mata pancing sebab dihimpit.. Nasib bot kawan tekong tu baik betul..memang rezeki dia, mungkin sangkar pecah kat lubang tu.. letak je mata pancing terus mengena.. kesemua awak-awak dalam bot tu silih berganti menaikkan ikan jenahak. Memang paduu gila.. letak dua joran, kedua-dua joran membongkok ditarik ikan..aku ingat dalam 40 ekor lebih.. memang mereka dapat kat tempat tu sahaja.. Tauke cina terus datang nak tengok ikan yang dia dapat tapi masing-masing buat bodoh.. tak layan.. tauke cina tu pun panggil semua pekerjanya untuk memeriksa setiap sangkar takut ada sangkar yang pecah dihentam ribut tadi.. rupanya mancing kat situ kita kena selalu cari lubang.. kalau bernasib baik, memang ikan akan ada dan banyak pula tu.. ikan jenahak ni jenis berkumpulan rupanya.. walau aku berada kat sebelah saja bot yang jackpot tadi.. tapi sekor buta tak dapat hasil.. binawe betuiii laa.. 

Tidak lama kemudian, kami beralih tempat lagi.. sambil labuh mata joran, sambil makan sebab dah lapar.. masa makan ni laa pulak ikan-ikan tu makan umpan. Dapat laa dua ekor jenahak kat situ. Pakcik yang mancing sorang diri tadi datang himpit bot kami dan tumpang ikat bot dia di bot kami.. lima pancing dia guna.. memang otai laa pakcik tu.. tak lama tunggu, silih berganti rod joran dia membongkok.. banyak laa juga hasil yang berjaya dia bawa naik kat situ walau duduk sekejap saja.. Patutlaa tempat tu menjadi rebutan tekong-tekong bot, rupanya sangat banyak ikan, cuma kena sabar dan kena selalu beralih mengelilingi sangkar tersebut. 

Kul 6 petang kami bergerak pulang ke Jeti.. hujan sepanjang hari rupanya hari ni.. cikgu serol cakap, mancing dalam hujan lagi baik daripada mancing tengah panas ceng.. ye laa tuuu..Hasil macam mana? Alhamdulillah.. ada la jugak berbelas-belas ekor yang dapat bawa balik. Kalau kena jackpot.. mau penuh tong merah rasanya.. banyak sungguh ikan kat situ bergantung kepada rezeki yang Allah tetapkan.

Sampai kat hotel lebih kurang pukul 8 malam.. lepas solat isyak dan maghrib, kami terus keluar makan. Kali ni cikgu serol bawa kami makan yong tau foo kat tepi balai Bomba Taiping. Katanya kat sini femes dan ada masuk dalam senarai makanan terkenal di Taiping.. kat situ banyak kiosk-kiosk yang banyak jual young tau foo.. kalau kena pilihan tepat, dapat laa yong tau foo sedap. Lepas dinner, kami bergerak balik ke hotel. Kami berehat dan tidur dengan senang hati sebab ada hasil yang mencukupi untuk dibawa pulang tunjuk kat anak bini kat umah.. 

Cikgu Asrol berbahagi hasil tangkapan sama adil dan sama rata

Hasil yang diperoleh tidak mengecewakan.. berbaloi disirami hujan

Ikan fresh dari ladang

Wrapping kemas-kemas agar sentiasa segar

 Bangun pagi, Cikgu asrol jemput untuk breakfast di tepi Bukit Larut.. makan nasi lemak dan roti bakar telur goyang.. best laa jugak. Segar udara sebab makan di kaki bukit yang berkabus, kebetulan pagi tu hujan gerimis. Makan sambil layan gesekan biola buskers yang main lagu2 instrumental berentak jazz. Boleh tengok ragam orang Taiping beriadah hiking naik Bukit Larut.. Balik dari breakfast, kami roda-ronda di pasar Taiping, Pasar Kemunting dan Pasar Changkat Jering cari ole-ole untuk dibawa balik. Selepas tu terus pergi lunch di Nasi Kandar Azeem Padupoikk kat Pekan Kemunting.. selepas tu kami balik check out bilik kat hotel. Sebelum berangkat ke Shah Alam, sempat lagi cikgu Asrol belanja Air Cendol Rare 1960 di Restoran Ansari Famous Cendol dalam Bandar Taiping.. waduh.. kenyangnya dijamu oleh sahabatku cikgu Asrol.. nak bayar dia marah pulak.. Kami pulang pukul 2.30 petang dan selamat sampai sebelum maghrib. Alhamdulillah.. misi memancing sambil melancong dan berziarah tercapai dengan jayanya. Maaf, tak banyak gambar mancing sebab hujan sepanjang hari, sorok telepon dalam tong kalis hujan. T. Kasih sahabat sebab layan kami dengan bagus sekali.. Sape2 nak pegi melancong ke Bandar Taiping bawa family jalan-jalan, silakan.. banyak tempat menarik yang boleh dilawati.. bandar no 4 teraman di dunia.
sekian.. jumpa lagi di lain siaran.