Wednesday 11 November 2015

GOTONG ROYONG KACAU ASURA DI BSP

Assalamualaikum..

Bubur asyura.. sebut kata bubur asyura, ada pelbagai versi bubur asyura. Boleh dikatakan setiap negeri, ada versinya yang tersendiri. Bubur asyura yang bewarna hitam sudah sinonim dengan masyarakat Kelantan sejak berzaman. Dengan campuran beberapa bahan seperti kacang hijau, beras usang, biji jagung, santan, gula, garam, gula melaka, daging, ubi keledek termasuk adunan rempah ratus dan dikacau selama lebih kurang 6-8 jam maka bubur asyura sedia untuk dimakan. Ada orang suka makan panas-panas masa bubur asyura masih lembik dan ada juga sesetengahnnya suka makan yang sudah keras.

Kelazatan bubur asyura banyak bergantung kepada kemahiran seseorang mencampur aduk bahan. Ada juga bubur asyura yang salah bikin, maknanya tidak keras walau seharian dimasukkan ke dalam bekas talam. Bubur asyura yang enak ialah bubur sura yang tidaklah manis sangat, daging yang dimasukkan banyak dan orang Kelantan panggil 'lemok manih leit molep'.

Baru-baru ni, Persatuan Anak-Anak Pantai Timur BSP telah menganjurkan aktiviti Gotong Royong Kacau Suro. Aktiviti ini bertujuan untuk berkenal-kenalan di samping untuk mempromosi Persatuan yang baharu ditubuhkan yang secara tidak langsung merapatkan hubungan silaturahim sesama penduduk setaman. Sebanyak sepuluh kawah telah disumbangkan. Program yang julung-julung kali diadakan ini turut dihadiri oleh Wakil Rakat yang turun padang untuk bersama penduduk setempat.

Program ini dikira berjaya kerana mendapat sambutan hangat bukan sahaja oleh ahli Persatuan, bahkan turut disertai oleh seluruh warga BSP. Semoga program seperti ini menjadi acara tahunan kerana sudah terbukti dapat merapatkah ukhuwah sesama jiran dan warga setaman..


Program Gotong Royong Asyura BSP



Kerjasama Berpasukan



MatdinGunung sedang beraksi





Semangat gotong royong terserlah dengan aktiviti seperti ini


Orang Kuat Persatuan Anak-Anak Pantai Timur, BSP

Rempah ratus yang dibawa khas dari Kelantan



Kacau sehingga 6 hingga 8 jam tanpa henti

Pengacau bubur asyura memerlukan kesabaran yang tinggi

Bubur Asyura Versi Kelantan

Kacau sura ni perlu ada keserasian dengan pasangan.. baharu pengayuh tidak bertembung dalam kawah..




Hebat WanR berkayuh.. berpengalaman luas. Orang lama


Perghhh.. Maskulin betul pengacau sura ni..

Skill Mat Yie.. 



Halim.. Timbalan Pengerusi Persatuan Anak-Anak Pantai Timur turut mencemar duli berkayuh..



SEKIAN TERIMA KASIH. JUMPA LAGI DILAIN SIARAN.

Saturday 10 October 2015

PRA RE-UNION ' MAJLIS JALINAN MESRA TAUTAN KASIH'

Assalamualaikum...

Setelah lebih 25 terpisah selepas meninggalkan alam persekolahan, kini dengan menggunakan sebaik mungkin kemudahan what apps, instagram, dan face book.. rakan-rakan satu sekolah dahulu telah berjaya dikumpul dan disatukan.

Kadang-kadang kita jelous melihat rakan-rakan di sekeliling kita mengadakan majlis jejak kasih kembali bertaut atau nama glamer Re-union. Tetapi, rupa-rupanya semua orang boleh melakukan majlis tautan kasih ini sekiranya ada kesungguhan dan kemahuan.

Macam tak caya, kawan satu tingkatan yang sangat lama ditinggal dan dibiarkan rupanya berjaya disatukan walaupun tidak 100%. Selepas tamat SPM, masing-masing membawa diri. Ada yang sudah berkeluarga, ada yang bekerja di merata tempat dan merata negeri mencari rezeki. Dengan adanya kemudahan what apps, sesuatu yang kita tidak terfikir boleh bertemu mata semula setelah berpuluh-puluh tahun berpisah kemudian menjalinkan kembali ikatan ukhwah rupanya boleh menjadi kenyataan.

Apabila berpeluang bertemu, banyaklah cerita-cerita lama yang menggamit kenangan lampau dikongsi untuk sama-sama mengembalikan nostalgia lalu iaitu zaman kenakalan anak-anak remaja dulu. Di samping dapat bertanya khabar, peluang ini juga dapat menjalin semula ikatan silaturahim..

Ye lah.. sekolah kampung di kawasan yang agak terpecil, tidak ramai dalam kalangan kami yang betul-betul berjaya dan bekerjaya. Cukuplah sekadar cari makan untuk menyara keluarga sendiri. Kalau ada lebih, sekadar untuk simpanan anak-anak belajar masa depan. Tambahan pula, rata-rata dalam kalangan kami terdiri daripada latar belakang keluarga yang susah iaitu kebanyakannya anak peneroka, anak petani, anak penoreh getah dan anak orang yang ayahnya hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Walau bagaimanapun, kami boleh bersyukur kerana tidak ada dalam kalangan kami ini yang menjadi penghuni pusat serenti, penghuni penjara Sungai Buluh, Penjara Kajang atau Penjara Simpang Renggam mahupun Penjara Pengkalan Chepa walaupun kelulusan yang kami ada ala kadar. Kami boleh berdikari untuk menyara keluarga sendiri tanpa meminta-minta. Kami juga mampu memberi keselesaan kepada anak-anak walaupun tidak mewah.

Bertempat di salah sebuah kedai makan kepunyaan rakan sekelas dulu, dengan inisiatif beberapa rakan dalam group whatapps, kami berjaya mengadakan satu majlis Pra-reUnion. Oleh sebab terlalu lama tidak berjumpa, semangat rakan-rakan untuk menghadiri majlis ini begitu berkobar-kobar. Walau jauh beratus-ratus kilometer, mereka sanggup redah untuk datang 'bertemu mata'. Ada rakan yang datang dari Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Kelantan selain di sekitar Lembah Klang. Ada yang sakit dan demam, tetapi demi semangat untuk bertemu rakan lama, mereka sanggup datang.

Tak nak cerita panjang.. sesungguhnya banyak manfaat daripada majlis yang dianjurkan ini dan segala susah payah datang dari jauh amat berbaloi-baloi. Biarlah gambar-gambar berbicara keceriaan wajah seseorang apabila kasih yang sekian lama terpinggir kembali bertaut setelah berjaya dijejak..











Majlis Pra Re-union berjaya mengumpulkan hampir 40 orang rakan satu tingkatan dalam tahun yang sama


Fatah Abe Kawasan 







Ikatan mesra kembali berpaut






Sahababat setia

Sahabat Sejati 25-30 tahun yang lalu






Pok 6 Penjejak Kasih bersama Jeme

Bob Riezalman - Floor Manager Pra-Reunion

Bertanya Khabar

Mat Jari & Cikgu Noriah



Mahadie..dan Izani


Robi Abe Long


Abe Baha datang dari Kem Terendak Melaka dan Azhar

Kasih kembali bertaut

Usop dan Sudiman


Rasa cam tak nak berpisah


Abe Mede lenguh bahu.. Shaari tolong urut.. Sahabat sejati

Abe Mud.. Pegawai Bank dan seorang ahli Riders Club



MatdinGunung bersama sahabatnya Sarbini.. ahli bina badan

Abe Meder.. walaupun demam tapi tetap datang dari jauh semata-mata nak berjumpa mata dgn rakan-rakan lama





Menu yang disediakan tak penting.. yang lebih penting dapat bertemu rakan satu tingkatan yang terlalu lama terpisah



masih ada lagi wajah yang tak dimamah usia

Happy floor manager.. perancangan berjaya

Pok War.. datang dari Kedah.. Penaja Tapai



Madi Piccaso.. Usahawan Kedai Makan yang berjaya bersama Riezalman Usahawan Lembu 


Cikgu Leha bersama Mak Suzen juga usahawan yang berjaya




Kasih bertaut kembali setelah lebih 25 tahun tak jumpa


Busy floor manager melayan tetamu



Hasnan dah punya cucu..

Dena.. masa sekolah dulu diminati ramai wanita

Wari.. ahli perniagaan berjaya


Sambil menjamu selera.. sambil bertanya khabar


Pok Leh.. kontraktor berjaya



Salam Pertemuan sahabat...


Berkongsi cerita lampau






Sekian...

Kredit untuk penganjur : Bob Riezalman &  Ab. Fatah..

Lokasi : Kedai Kilat Picaso, Taman Medan
Sajian   : Ismadi Kilat Piccaso
Gambar: MatdinGunung
Penaja Tapai Beras Pulut : Pok War
Penaja Air Cuka Epal : Abg Kawasan Fatah
Penaja Kuih Ambon : Cikgu Leha
Penjejak Kasih : Adnan @ Pok 6

Turut dihadiri oleh : Mede, Pok Leh, Wari, Baha, Robi Abe Long, Sudiman, Sarbini, Jeme, Shaari, Mat Jari, Mahadi, Janie, Adly, Abe Yie, Zahar MatNor, Usop, Abe Mud, Denar, Hasnan, Cikgu Noriah, Mek Suzen, Atini dan beberapa orang yang bawa family.

Tahniah! semoga yang jauh kita dekatkan, yang terpisah kita satukan dan yang rindu kita ubatkan.
Semoga bertemu lagi pada Re-Union pada tahun hadapan dengan perancangan yang lebih rapi dan penyertaan yang lebih ramai.