Sunday 24 May 2015

ULASAN TENTANG PIALA FA 2015

Assalamualaikum...

BOLA OH BOLA
SUNGGUH KEJAM DIKAU WAHAI BOLA
KAU BIARKAN JUTAAN INSAN YANG BERNAMA PENYOKONG TEGAR
MENITISKAN AIR MATA KERANAMU
KAU SEKSA MEREKA YANG HADIR BERATUS-RATUS KILOMETER
KAU SEKSA ANAK-ANAK KECIL YANG DIBAWA IBU BAPA MEREKA
KAU BUANG MASA MEREKA 
KAU BUANG DUIT MEREKA
KAU BUANG TENAGA MEREKA

TAPI.. TIDAK MENGAPA
HANYA SEGELINTIR YANG BERDUKA
MASIH RAMAI YANG SUKA 
BERTEPUK TANGAN TANDA GEMBIRA
KERANA ADAT BERTANDING ITU BIASA
YANG MENANG ITU PASTI ADA
YANG TEWAS PUN PASTI ADA
SEKALUNG TAHNIAH BUAT SINGAPURA


BAHANG FINAL

Tamat sudah perlawanan Akhir Piala FA antara Pasukan Kelantan bertemu Singapura. Atas kertas, hampir 98% menyatakan bahawa pasukan Kelantan mudah untuk menjinakkan Singapura termasuk rakyat Singapura sendiri yang tidak yakin pasukan mereka mampu menewaskan salah satu pasukan gergasi bola sepak tanah air. Salah sebuah pasukan yang terkenal dengan dibarisi pemainnya yang berpengalaman dan mempunyai penyokong yang amat hebat. Namun.. hakikat sebenar tidak begitu. 
Biasa ayat dalam akhbar mengatakan kehadiran ramai penonton yang menjadi pemain ke-12 pasukan adalah satu kelebihan.
Pengalaman bermain di pentas final bertahun-tahun lamanya adalah satu kelebihan.

Segala-galanya sudah dibuktikan oleh Pasukan Lion VII bahawa itu semua MITOS dan MENGARUT. Pasukan yang kuat, pintar, bijak merebut peluang, berdisiplin adalah pasukan yang layak untuk menang. Manakala pasukan yang terlalu yakin dan memandang lekeh kepada pihak lawan akhirnya memerangkap diri sendiri. Permainan sedap dan menarik serta serangan bertubi-tubi yang dilakukan oleh sesebuah pasukan bukan satu teket untuk menang kerana pasukan yang menang dikira melalui jaringan melebihi pihak lawan walaupun sangat kurang melakukan ancaman. 

Dalam perlawanan berprofil tinggi seperti dalam perlawanan akhir ini, hanya seorang individu dalam kalangan pemain yang buat 'mistake', padahnya amat besar. Melibatkan hati dan perasaan bukan saja para pemain, pegawai pasukan, penyokong sesebuah pasukan bahkan melibatkan maruah seluruh negeri atau negara. Itulah bola sepak.. sukan terbesar di dunia.

Apapun.. TAHNIAH buat pasukan negeriku kerana mampu melangkah sehingga ke pentas FINAL walaupun dalam keadaan pembentukan pasukan yang tidak menentu serta pengurusan yang penyokong tidak tahu apa masalah yang berlaku di balik tabir. Di permukaan nampak tenang tetapi berolak di dasarnya.

TAHNIAH buat penyokong pasukan Kelantan yang sangat setia. Datang beratus-ratus kilometer untuk melihat kekalahan itu biasa kerana sebelum ini pun fenomena kekalahan di pentas final sudah beberapa kali berlaku. Dengan kata lain, kita juga mempunyai penonton yang berpengalaman menonton pasukan kita yang tewas di pentas final. Tapi... sebelum tiup wisel bermula dan tiup wisel penamat, kita tidak tahu pasukan mana yang akan menang dan akan tewas kerana kita mampu merancang, tapi Allah SWT juga merancang.. Perancangan Allah itu yang sebaik-baiknya.

Itu saja ulasan ringkas tentang perlawanan akhir Piala FA 2015 daripada kacamata MatDinGunung. Kalau ada yang kecil hati dan tidak puas hati dengan sedikit ulasan ini.. admin minta maaf. "Berkatalah yang benar walaupun pahit".


Tahun ni harga tiket kena GST.. 


Penyokong cilik

Conteng muka.. tak baik dik.. bila masa nak sembahyang

Gelagat penonton

Baharu pukul 5.15 petang.. para penyokong sudah berpusu-pusu masuk stadium untuk mendapat tempat duduk yang terbaekkk dari segi view

Tak perlu tolak-tolak.. sila beratur bang.. tunjukkan kita sekarang adalah penyokong yang bersopan. Amanat daripada Allahyarham TGNA

Bermusyawarah.. arah mana tempat yang nak duduk. Kalau tengah-tengah confirm dah padat. Duduk je di tempat duduk melalui pintu 3G. Belakang gol

Yang dah masuk stadium mulai sesak.. yang kat luar pun sedang sesak dan bersesak


Pukul 5.45 petang.. hanya bahagian belakang gol tingkat atas masih ada tempat kosong

Kat luar masih ramai yang belum masuk

MatDinGunung bergambar kenangan dengan group kelab penyokong ACCHCS

Seronok sebelum perlawanan.. Halim menunjukkan tanda terbaekkk..

Kawe mari monggek dengan Halim.. tak jem.. pantas dan lancar

Seronok dulu.. duka kemudian nanti.. selepas wisel penamat


Baharu pukul 6 petang.. para penyokong sudah memenuhi setiap ruang tempat duduk. Tebal kantung FAM


Fenomena biasa setiap kali pasukan Kelantan masuk final

Menang sorak...

Ultras Kelantan
Penyokong pasukan Kelantan lebih kurang 88,000 manakala penyokong pasukan LION XII tidak sampai 3000 orang. Penyokong pasukan Kelantan sekarang dah baik dan berdisiplin. Tak ada yang buat onar bakar mercun dalam stadium, tak ada yang bakar-bakar stadium dan gaduh-gaduh. Terima kekalahan dengan hati yang terbuka. Tahniah sep kito.. sep kito jange pecoh. Gomo Klate Gomo.

Tuesday 12 May 2015

KEJOHANAN BOLING MUHIBBAH, SURAU AL-HIDAYAH. BSP

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah, tuhan pencipta sekalian alam. Selesai sudah Kejohanan Boling Muhibbah, anjuran AJK Surau Al-Hidayah. BSP yang diadakan pada 10 Mei 2015. Kejohanan yang diadakan ini sebagai satu usaha pihak surau untuk merapatkan ukhwah antara komuniti atau kariah BSP khususnya untuk mendekatkan anak-anak muda dengan aktiviti surau.






Kejohanan yang diatur rapi ini disertai oleh 57 orang peserta termasuk peserta jemputan iaitu PU FAIZ yang dibawa khas dari Damansara untuk menyerikan lagi kejohanan yang berprestij ini. Setiap peserta bermain secara individu dan berkumpulan, yang mana kumpulan mereka ditentukan melalui undian. Hal ini bertujuan, setiap peserta akan saling berkenalan dengan kariah lain, secara tidak langsung boleh menambahkan kenalan atau kawan baru.  Sebanyak 19 kumpulan yang bertanding terdiri daripada 3 orang untuk satu kumpulan. Bagi peserta yang membawa keluarga, mereka digalakkan bermain satu kumpulan dengan keluarga mereka untuk merapatkan hubungan kekeluargaan kerana tujuan kejohanan ini diadakan bukannya untuk mencari siapa jaguh boling, tetapi lebih kepada sesi suai kenal untuk mewujudkan perasaan muhibbah dalam kalangan penduduk BSP khususnya para peserta.




Sebelum kejohanan.. bergambar beramai-ramai diadakan

Mengikut perancangan awal, pihak penganjur mengehadkan seramai 66 orang peserta. Namun demikian, ramai peserta yang tidak mendaftar awal. Mereka tunggu dan lihat sehingga pada saat-saat akhir baharulah  berlumba-lumba untuk mendaftar. Pihak penganjur terpaksa menolak permohonan lewat kerana t'shirt kejohanan sudah siap ditempah mengikut kapasiti peserta.


Antara hadiah yang ditawarkan..Trofi, Medal dan Hamper termasuk hadiah misteri

Litar yang menanti para peserta Kejohanan Boling Muhibbah, Surau Al-Hidayah BSP

Bena yang disumbangkan oleh salah seorang peserta ( En Azlan )

Orang kuat Kejohanan,. Pengerusi Surau iaitu Ustaz Napi dan En Azlisham

Alhamdulillahhh... proses kejohanan berjalan lancar. Bagusss

Proses pendaftaran para peserta 

Wan Asrol memastikan namanya tidak tercicir dan berada di dalam senarai peserta



Cikgu Din.. bergambar kenangan dengan hadiah-hadiah hasil daripada usahanya sebelum bertukar tangan selepas kejohanan nanti.

Tepat jam 10.00 pagi, kejohanan telah dimulakan. Sebagai simbolik perasmian, PU FAIZ telah membuat balingan awal pada lorong 28. Semua peserta memberi tumpuan terhadap lorong tersebut tetapi malangnya balingan pertama PU FAIZ tepat menuju ke longkang. Walau bagaimanapun, itu tidak menjadi masalah kerana PU FAIZ mahir memberi ceramah agama, bukannya bermain boling. Beliau datang itu pun sudah dikira bagus kerana support aktiviti surau Al-Hidayah.


Semua peserta memberi tumpuan terhadap balingan pertama PU sebagai simbolik memulakan kejohanan

Gubra nampak PU Faiz sebab semua mata peserta tertumpu padanya

Yeah... tepat menuju ke longkang.. Tak per Syeikh.. terima kasih kerana memberi kerjasama. Kita bermain untuk riadah sahaja.

Selepas acara perasmian berakhir, para peserta balik ke lorong masing-masing untuk memulakan kejohanan. Semua peserta begitu bersemangat. Ada yang bawa bola sendiri, tetapi ramai peserta menggunakan 'house ball' kerana ramai dalam kalangan peserta adalah bowler amatur. Menyertai kejohanan sekadar suka-suka dan ingin menambah kenalan. Mereka tidak mengharap untuk menang. 


Gaya peserta Helwani...

Peserta paling cilik..

Gaya balingan amatur.. jauh lagi tu Rolll.. depan sikit baru berlepasss..

Man Kembara dengan gaya balingan tersendiri.. ada class

Uihhh... ke longkang gamaknya tuu..

Perghhhh... gaya balingan seorang pemain boling yang biasa main tetapi tewassss pada kejohanan ini.

Gaya ni hebattt..

Cek Den sedang fokusss..

Support ahli kumpulan yang dapat Strikeee..

Wow.. En Azlan sedang memberi fokus terhadap anak panah di atas lane 

Gaya salah seorang AJK Kejohanan..

Macam-macam gaya boleh dilihat..
 Yang sedang melempar... biarlah dia fokus melempar.. yang menunggu giliran melempar, mereka mengambil peluang berkenal-kenalan. Manalah tahu suatu hari nanti kenalan kita ni bakal menjadi rakan kongsi perniagaan kita atau bakal menjadi ipar duai kita, atau menjadi jiran kita yang paling akrab.





Semangat berpasukan walau baru pertama kali bersua muka





Kejohanan berakhir tepat pukul 12.00 tengah hari. Sementara menunggu keputusan diumumkan, PU FAIZ diminta oleh pengerusi surau untuk memberi sedikit tazkirah. 







Selesai tazkirah ringkas... acara yang ditunggu-tunggu telah tiba iaitu sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang. Banyak kejutan berlaku terhadap keputusan yang mana ramai pemain hebat kecundang termasuk aku...ha.ha.,ha..

Hadiah bagi kategori berkumpulan diberi sehingga tempat ke-5

Tempat Pertama : Kumpulan Hidayah 8
Tempat Kedua    : Kumpulan Hidayah 15
Tempat Ketiga    : Kumpulan Hidayah 17
Tempat Keempat : Kumpulan Hidayah 5
Tempat Kelima    : Kumpulah Hidayah 6






















 Bagi keputusan Individu pula..

1. En Azlisham
2. En Nizam
3. En Rosli
4. En Zaiham
5. En Fahmi
6. En Hasrul Nash
7. En Mie
8. En Razi
9. En Jai Lavender
10. En Aiman















Johan keseluruhan.. En Azlisham

Sebagai penghargaan.. Ustaz Napi menyampaikan cenderahati kepada PU FAIZ. 
Selesai majlis penyampaian hadiah, maka berakhirlah satu kejohanan boling yang mampu menyatukan kariah. Melihat kepada kemesraan yang ditunjukkan oleh para peserta, jelas terbukti bahawa usaha pihak surau untuk merapatkan hubungan silaturahim terlaksana. Sebelum bersurai.. PU FAIZ mencadangkan agar pihak pengurusan surau Al-Hidayah menganjurkan kejohanan futsal pula. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para peserta, tahniah juga diucapkan kepada AJK Surau yang banyak membantu dalam kejohanan yang dianjurkan ini. Semoga kita berjumpa lagi dilain kali. In Shaa Allah...


Sebelum pulang.. PU FAIZ sempat berpesan kepada pengerusi surau supaya dianjurkan sekali lagi kejohanan seperti ini,
PU FAIZ bergambar kenangan dengan MatdinGunung.  




               SEKIAN TERIMA KASIH... ASSALAMUALAIKUMM..