Sunday 11 October 2020

ANDAI KEBUN INI AKU YANG PUNYA EPISOD 3

       Assalamualaikumm..
Lama kekneh aku dok update tentang kebun boss member aku yang ada kat Kalumpang, Tanjung Malim.. seingat aku sudah 4 tahun aku lupa nak update walau boleh dikatakan beberapa kali setahun aku masuk dalam kebun tu untuk menghabiskan segala macam buah-buahan yang terdapat dalam kebun tersebut.

 

Apa dah jadi dengan kebun tu sekarang eh?

 

Baik.. ni aku nak cerita tentang perkembangan kebun tu.. semalam jer aku pergi. Sekarang baru jer abiss musim durin. Durian kat sini isinya sedap walaupun status durian kampung, tapi yang tak tahannya terpaksa berkongsi dengan binatang yang diberi nama tupai. Sekarang ni boss Fadil sudah membeli sebahagian lagi tanah kebun di sebelah kebunnya yang asal. Bertambah luas laa sikit jadinya. Tapi.. sekarang sedang giat dilakukan renovetion menaik taraf secara besar-besaran untuk dijadikan resort.. tapi resort ni bukan untuk disewa oleh orang luar.. cuma untuk privasi family dia dan kawan-kawan dia.. mungkin termasuk aku sekali hahaha..

 

Sungai yang mengalir di tepi kebun ini telah dinaik taraf menjadi jeram semata-mata untuk mendengar bunyi deruan air yang menenangkan.. Kolam yang ada dalam kebun ni telah dibersihkan dan diperlebar sedikit lagi. Di sebelah kolam ini dibina landscape bertingkat dan dihiasi dengan pokok Jepun.. akan di atur kayu selipar kereta api sebagai tapak pejalan kaki untuk menghirup udara nyaman di sekeling taman itu.. pokok buah-buahan juga turut ditanam sebagai tambahan pokok buah-buah yang sedia ada antaranya termasuklah pokok durian musang king, durian black torn, pokok kelapa mantap dan beberapa jenis pokok lagi.. gazebo juga turut dibina beberapa buah lagi selain upgraded gazebo yang sedia ada. Katanya akan dibina 4 buah rumah resort. Pendek kata, dalam hujung tahun hadapan kita bolehlah lihat betapa tanah kebun ini yang dulunya sekadar kebun semata-mata, akan bertukar wajah menjadi resort dalam kebun. Sekarang ni kerja-kerja penaiktarafan kebun ini sedang giat dijalankan. Katanya Fadil, bossnya ini bakal menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk menaik taraf kebun ini. Fadil telah dilantik sebagai floor manager untuk memantau kerja-kerja menaik taraf tersebut. Semalam aku pergi pun atas dasar menemani Fadil memantau beberapa orang pekerja indosia yang sedang bekerja. Sambil tu.. aku singgah dulu kat padang Golf di Lembah Beringin dulu untuk melepaskan gian main golf.. Padang Golf Lembah Beringin tak jauh dari kebun ini lebih kurang 10km sahaja. Sungguh enak dan segar, penat-penat main golf, terus mandi dan berendam dalam air jeram dalam kebun ni yang airnya sungguh jernih dan dingin sekali.. air bukit katakan.. kaya dengan mineral semulajadi. Fadil sempat menebarkan jala sambil-sambil mengajar Alim menjala.. dapatlah beberapa puluh ekor ikan. Mudahnya nak mencari rezeki.. asal rajin mencari.




Penat-penat balik main golf.. terus berendam dalam air yang sejuk perghhh.. segar badan

Hasil yang dapat terus bagi kat aku untuk disiang dan dilumur garam kunyit.Biasalaa.. mana-mana aku pergi, akulah quater master sebab tu ramai yang nak ikut kalau aku yang buat program camping santai.. Sambil mereka menjala, aku masak nasi dan goreng dulu ikan-ikan yang dapat hasil daripada menjala. Ada macam-macam jenis ikan yang dapat antaranya sebarau, pperah, siar, baung, rong, tengas dan beberapa spesis lagi yang aku tak kenal. Nasi dah masak, ikan dah siap digoreng, sambil tunggu Fadil dan Alim balik menjala.. aku mandi-manda dulu. Tidak lama kemudian, Fadil dengan Alim bawa balik lagi hasil yang lebih banyak.. malas dah aku nak siang.. banyak sangat sapa nak makan nanti..









 

Long Fadil perturun ilmu menjala ko Abe Alim
Pelbagai jenis ikan yang berjaya dibawa naik hasil daripada menjala
Genius jugok budak botak ni.. sekejap jer belajar terus pandai
Perut pun dah lapar.. dah pukul 3.30 ptg, kami pun terus makan.. perghhhhhh.. sedap betul makan nasi tepi sungai dengan lauk ikan fresh dari ladang hasil daripada usaha sendiri.. makan dengan sambal belacan sebagai lauk sampingan.. bertambah-tambah Alim makan macam orang bela hantu raya..
Banyak budak botak ni mkn nasik.. mentang-mentang hasil tu dia yang bawak naik
Lauk mcm ni pun cukup setakat nak tambah 3 kali.. makan kat tepi sungai cam ni cukup lauk cam gini ajerr..
Lepas menjamu selera ikan-ikan segar.. pegi pulak mancing di tasik dalam kebun tu.. waaa, banyak ikan rupanya dalam tasik ni.. dapat banyak ikan puyu saiz giant.. ikan haruan pun dapat banyak. Alim nak tarik pukat dalam tasik ni.. aku tak bagi sebab takut banyak sangat, nanti membazir.. ambik sekadar untuk makan saja.. simpan baki yang ada untuk next time..Lepas puas mandi manda dan mancing.. kami pun baliklaaa dengan riangnya. Sayang, kami cuma 3 orang, kalau ramai lagi angkut geng.. bertambah-tambah seronok. Dah ajak dalam group, cuma mereka tak nak datang, masing-masing ada hal.. sombongg.. bila tengok gambar dlm group yang Alim hantar.. mula laaa " uishh, tak ajak.. "alamakkk..ruginyaa tak gi.." "minggu depan jom repeat..gi pulak " hahaha.. program ad hoc macam ni mana boleh ulang sokmo-sokmo.. dah tak best.. kita mesti buat tanpa dirancang baru best kannn..??
Ikan haruan dan pepuyu yang berjaya dibawa naik dari dalam kolam
Terima kasih Datuk Naem boss Fadil.. terima kasih Fadil ajak aku datang sisi selalu.. terima kasih Alim sebab sudi nak follow.. Untung yerr jadi orang kaya, sebut saja dimulut nak buat apa.. jadiii.. untung juga jadi sahabat orang kaya dapat sikit tempias.. untung juga yang ada sahabat yang sahabatnya orang kaya.. juga sedikit sebanyak dapat tempias.. macam aku hahahahaah. Aku tak kenal Datuk Naem pemilik kebun ini.. apatah lagi nak berhabat dengannya.. tapi aku kenal Fadil yang bersahabat dengan Datuk Naem.. tapi kebun milik Datuk Naem aku dapat manfaat sedikit sebanyak hasil daripada bersahabat dengan Fadil iaitu sahabat Datuk Naem.. dan sahabat-sahabat aku yang selalu ikut aku juga sedikit sebanyak dapat manfaat sebab aku bersahabat dengan Fadil hahahaha

Friday 25 September 2020

SAHABAT BUDOK LONI VS SAHABAT BUDOK DULU

 Assalamualaikum..

    Tak sangka jugok, rupanya masih ada lagi orang yang nak baca blog. Biasanya sekarang orang dah tak suka baca cerita yang panjang-panjang.. mereka suka baca summary saja atau sinopsis. Ringkas tapi padat. Macam budak sekolah, suruh baca keseluruhan novel, dia gi baca sinopsis novel jah yang satu muka tu. Sebenarnya, setakat nak karang cerita untuk dimuat dalam blog tu.. sikit pun tak jadi masalah buatku. Penulis blog ni lebih kurang pencipta lagu lahh.. bila dia dah dapat feel.. idea datang tak putus-putus.. Tengah karang cerita untuk entri ni.. sudah ada idea untuk tulis entri selepas ni.

    Hari ni aku nak buat cerita pasal budak-budak sekarang bersahabat dengan gajet kesayangannya.. Mana-mana kita pergi, pasti kita biasa dengar kawan-kawan kita mengeluh pasal anak-anak dia yang tak lekang daripada gajet. Contoh yang paling mudah, Sahabat aku Alim.. sokmo-sokmo mengeluh pasal anak-anak dia terutama si Akil tu, yang di tangannya tak pernah terlepas daripada gajet. Sehinggakan sekarang baru tingkatan satu tapi sudah pakai cermin mata yang berkanta tebal sebab mata dah rosak teruk akibat layan gajet sepanjang hari dan sepanjang malam yang selalunya meleret ke tengah malam. Bapa keluar mancing di laut, bawa balik ikan siakap besar, upah tukang masak termasohor di restoren tersohor yang masak.. bawa balik rumah ajak anak-anak makan nasi lauk Siakap 3 rasa spesel.. masing-masing tak layan.. asyik dengan Mobile Lejennya dan PukG.. panggil untuk makan pun marah.. sah kan nak panggil untuk buat kerja.. Mengeluh Abe Alim dengan sikap anak-anaknya sekarang yang kecanduan gajet.

    Pojer, seorang lagi sahabat aku sering mengadu pasal anak sulungnya. Sanggup lari dari sekolah Tahfiz semata-mata nak fokus kepada Gajet. Kat sekolah tahfiz biasanya ada outing setiap hujung minggu.. boleh ambik anak bawa keluar asrama sehingga pukul 6 petang.. kalau lewat pegi ambik sikit jahh.. muncung mulut, tanya pun tak nak jawab marah kat ayah sebab dah buang banyak masa dia nak layan Mobile Lejen. Petang bila nak pegi hantar masuk ke asrama semula.. mula lah liat nak pegi. Kadang-kadang nanggis tak nak pegi. Akhirnya ambik keputusan tukar ke sekolah biasa sebab dah tak boleh nak  kawal perangai kecanduannya terhadap gajet.

    Aku pun sama.. nak nasihat kat kawan pun susah sebab anak-anak aku sendiri pun sama. Cuma masih boleh kawal. Si Athir tu yang duk kat sekolah tahfiz, asal balik cuti jah... Mobile Lejen. Tapi Alhamdulillah.. masih boleh kawal, kesnya dia tak ada telefon bimbit personal. Dia ambik telefon yang umi dia punya buat main. Masa PKP hari tu, kelas online jarang masuk, sebab alasan line putus-putus.. padahal kat rumah aku pakai Unifi. Time dia main game Mobile Lejen tak de pulak putus-putus.. tu ya heran..cakap sorang-sorang macam orang tak betul. Setakat ni Athir belum lagi sampai tahap meragam tiap kali nak hantar semula ke asrama bahkan tak sabar-sabar nak ke asrama. Mungkin ramai kawan kamceng dia kat dorm asrama kot. Abang sulong dia pun sama, ada bilik sendiri, berkurung dalam bilik takde orang ganggu, layan PUkG. Malam tidur pukul 3 pagi, bangun solat subuh kul 6.45 pagi kemudian sambung tidur sampai tengah hari.. begitulah rutin hari-hari kalau dia tak ada kelas online. Senangnyaa hidup budak sekarang. Anak aku yang perempuan pun sejak pandai layan game sekarang dah malas tolong mak dia. Nak jaga adik kejap pun berkira.. terperap dalam bilik. Telefon kat tangan dia, laptop kat tangan dia.. turun bila dipanggil makan. Sib baik lepas makan masih lagi ada saki baki kerajinan lalu yang dia tak buang semua.. kemas meja, basuh pinggan mangkuk dan kemas dapur terlebih dahulu sebelum berkurung semula dalam bilik. Walaupun begitu, anak-anak aku masih lagi terkawal dan belum sampai tahap kecanduan gejet lagi. Masih lagi punyai ruang untuk bermain di taman bersama kawan-kawan. Masih lagi keluar bersosial di rumah sedara mara. Kat meja makan, tak de dibawanya telefon. Sedara mara datang rumah, masih lagi turun sembang-sembang.

       Kadang-kadang masa aku bawa anak bongsu aku main-main kat taman petang-petang... sambil-sambil layan anak kecik aku main kat playground, mata aku jeling-jeling Athir main futsal dengan geng-geng dia kat court bola keranjang bersebelahan dengan playground budak-budak kecik main. Ada juga yang main futsal sambil kat tangan ada gajet.. kejar bola tapi mata kat gejet.. anak kawan aku sendiri tu. Ini memang dah level hardcore punya budak. Oleh sebab budak-budak yang nak main ramai, maka mereka buat penggiliran tiga team.. team yang bolos akan keluar ganti dengan team yang satu lagi.. sambil-sambil menunggu team yang sedang main tu bolos, mereka yang menunggu giliran kat luar ni masing-masing mengadap telefon. Tak tengok pun kawan-kawan mereka berhempas pulas untuk mendapatkan gol atau tak nak pun main pasing-pasing dalam bulatan atau main 'monyet' sebagai pemanas badan.

    Ada satu kelompok lagi budak-budak pasif yang datang dari flet berdekatan duk melepak kat pondok dalam taman tu yang tidak jauh dari gelanggang anak aku main futsal, sambil isap vape atas motor. Ni mat motor la ni.. mereka tak main apa-apa, sekadar melepak saja sambil layan telefon.. lepas tu gelak.. lepas tu tunjuk skrin telefon kat kawan-kawan.. lepas tu gelak.. kemudian kawan yang lain pulak tunjuk skrin telefon kepada kawan-kawan lain.. kemudian gelak. Mereka kurang bersembang tapi gelak manjang. Bagus juga ada gajet ni yer.. tak perlu perah otak cari modal nak buat lawak untuk bagi kawan-kawan gelak.. cuma tunjuk skrin telefon saja, kawan-kawan boleh gelak. Aku pun nak tergelak hahahaha.. sib baik dalam kelompok tu tak de anak aku.

    Rosak betul teknologi ni dari segi hubungan sosial. Teknologi ni membuatkan budak jadi pasif, budak jadi malas, pelajaran budak jadi jatuh, budak jadi kurang ajar, budak jadi anti sosial, budak jadi tak betul, budak jadi sewel, mata budak jadi rosak, pemikiran budak dikontrol, budak jadi malas membaca, budak jadi rajin mintak duit dengan mak bapak untuk beli topup, budak jadi suka mencuri sebab nak cari wang untuk upgraded telefon, budak jadi malas sekolah sebab nak kerja untuk dapatkan duit nak beli telefon dan yang hardcore budak jadi melawan ibu bapa.. jadi agresif.. Ada kawan aku pecahkan telefon anak dia sebab geram sangat, hampir ditamparnya kawan aku tu oleh anak dia.. lepas tu anak dia keluar rumah tak balik 3 hari.. merajuk la tu konon.. Nauzubillah.. banyak kalau aku nak huraikan pasal keburukan gajet ni..

 

 


                                         


   Alhamdulillah.. masa aku budak-budak dulu telefon bimbit masih tidak dicipta lagi.. apatah lagi game-game online.. internet tak ade, yang ada cuma pc di sekolah, tu pun kalau masuk Kelab Komputer tapi tak ada internet. Boleh main game solitare saja. Seingat aku, komputer mula di bawa masuk ke sekolah aku masa aku tingkatan satu. Aku bersyukur hidup zaman kurang dari segi ketamadunan kerana memberi peluang yang luas untuk aku berfikiran kreatif, pandai berdikari, dan bijak mencipta kawan bahkan akrab sampai sekarang. 

       Budak-budak dulu aktiviti dia yang paling nakal sekadar mencuri buah-buah kayu di kebun orang saja. Dari segi hubungan dengan kawan-kawan, memang tidak boleh dinafi, hubungan mereka cukup akrab sebab mereka tinggal satu kampung, mereka belajar satu sekolah dan mungkin mereka satu kelas, mereka bermain satu padang, mereka mandi satu sungai, mereka sembahyang satu masjid, mereka mengaji quran satu guru dan mereka lepak satu pondok, dan satu lagi.. mungkin masa raya mereka memakai kasut raya yang satu patern, iaitu kasut sekolah.. hahahahaha..

     Kalau aku nak cerita kisah hidup aku dan budak-budak dulu secara terperinci memang panjang cerita laa. aku boleh cerita semua tapi panjang ceritanyaa.. Aku skip-skip je lah.. sekadar imbaun sepintas lalu.. dalam bahasa sastera cakap 'flashback'. 

                              Persoalan yang timbul...

Budak kampung dulu aktiviti dia apa?

Mainlah.. apa lagi.. 

Main apa?.. 

Banyak yang dia main...macam-macam yang dia main.. 

Mak bapak dia tak marah ke main kuat-kuat? 

Ah.. takdelah.. mak bapak dia ok jer.. sebab masa dulu-dulu erimin 5 takde.. pakalolo/ kurap takde..ubat batuk campur pepsi tak wujud lagi.. pil kuda belum dicipta.. syabu..ice..dan pelbagai jenis butir masih takde apatah lagi gajet.. daun ketum pun masih belum tahu lagi manfaatnya pada masa dulu..mak bapak tak perlu bimbang.

Abiss.. budak-budak dulu main ape?

Main macam-macam.. main kejar-kejar.. main gaduh-gaduh.. main terajang-terajang.. main tembak-tembak.. main guli.. main gurah.. main sorok-sorok.. main lastik burung.. main pondok-pondok.. main air kat sungai.. main getah.. main laga buah getah.. main laga ikan laga.. dan macam-macam main lagi lah..

Tu je ker? Mereka tak main bola?

Eh.. main bola tu wajib.. petang-petang mereka main la bola. Main kat padang sekolah. Budak kampung padang bola dia cuma kat sekolah jer.. masa dulu sekolah tak de pagar pun.. boleh keluar masuk sesuka hati. Jaga sekolah cuma ada malam saja.. siang takde pok guard.

Malam mereka buat apa? tak keluar lepak-lepak?

Eh..ada.. banyak aktiviti malam mereka. Biasanya, malam budak-budak kampung ke masjid untuk berjemaah maghrib dan isyak. Balik masjid gi nyudu buleh strik.. intai anak dara mandi hahaha.. kadang-kadang lepas maghrib mereka pegi ngaji quran rumah tok guru.. balik ngaji ramai-ramai, sekali nga awek.. masa ni laa nak tunjuk mancho.. jaga awek-awek daripada diganggu hantu masa balik ngaji..hahaha.

Budak-budak dulu tak pernah buat kerja-kerja jahat langsung ke?

Eh.. ada..ada...mesti ada punyalah.. nama lagi budak-budak.. perangai nakal mesti nak kena ada. Jahat sangat tu tak de laa kot. Skodeng tu biasa.. rumah kayu kan banyak choice yang nak dihendap. Kat mana-mana dinding boleh ditebuk buat lubang. Curi buah di kebun orang pun enak juga makan malam-malam sambil-sambil lepak. Curi ayam orang pun bagus juga.. lepas tu gi bakar kat tempat-tempat yang jauh daripada pandangan penduduk kampung.. cicah sos cili pun sedap. tak perlu perap dengan apa-apa perencah.. Ayam curi memang sedap lebih pade kfc.. tapi ayam yang dicuri tu biasanya ayam mak kawan-kawan kita juga.. 

Masa dulu tak ada filem biru ke?

Eh.. mana pulak takde.. ingat budak-budak dulu kolot sangat ke? ada..ada..ada.. tapi tidak laa macam sekarang. Filem biru ada di hujung jari. Masa dulu, nak layan filem macam tu kena tubuh satu squad 'teamwork'.. mana tidaknya.. perakam video ambik rumah Isan, tv ambik kat rumah aku, masa bapak aku tidur baru bermula operasi memindahkan tv.. sib baik tv 14" senang nak angkut.. buka tingkap, hulur tv ikut tingkap, kawan-kawan tunggu nanti sambut kat luar jendela..kerja ni kena profesional sikit, sebab bapak aku tidur kat depan tv.. mesti hati-hati.. bawak tv tu ke rumah Jihan..pawagam nonton rumah Jihan, yang nak nonton penuh rumah hahaha.. bapak dia selalu takde kat rumah.. kerja luar manjang.. video tape kadang-kadang pinjam dengan askar yang menyewa kat kampung aku, kadang-kadang pinjam dengan kawan sekelas dari kampung lain. Kawan tu bawa kat sekolah pass masuk dalam beg sekolah. Kawan ni bila habis tengok dia bagi pinjam kat kawan lain pulak.. pass..pass gitu sebelum hantar kat owner. Bagi la tips sikit.. rm2 dah cukup.. Kalau dapat kat cikgu.. makan tak abissssss.. kawan aku yang bertugas selaku supply dan pinjam tape ni kena rahsia nama dia.. bahaya..sebab nanti entri ni dia turut baca, kot-kot bini dia turut terbaca hahahaha.. lepas layan cerita habis dalam 2 tape.. angkut balik tv masuk kat rumah aku.. bukan boleh tinggal macam tu saja sebab nanti lain kali kalau ada peluang, ada barang.. nak nonton lagi.. hahahahahahah.. sebab tu budak-budak dulu berkawan cukup-cukup rapat. Takde berkawan macam budak sekarang, berkawan di alam maya.


                             

Contoh TV 14' aku punya
             


                              

Contoh pemain video yang Isan punya

   

                                     

Contoh video tape cerita Jaka Sembong


 

Oklah.. cukup setakat ni. Malas nak cerita panjang-panjang nanti keluar abiss kenakalan-kenakalan aku masa dulu-dulu. Cukup sedikit ini sahaja rahsia kenakalan aku terdedah. Tak nakal, tak best.. tak banyak kenangan. Jadi budak sivik, anti sosial.. sahabat dia adalah buku.. jadi ulat buku. Bila dah kerja tak sempat nak berkawan sebab terlalu fokus kerja tak de masa nak berkawan.. asyik keja obertime manjang... balik kerja fokus kepada family.. takde kawan nak keluar ngeteh sebab tak biasa berkawan dan tak banyak kawan.. kalau ada pun yang jenis macam dia jugak. Passstuuu.. takut pulak kat bini... hahahahahhaha

 

Opppsss,, nak tanya satu lagi.. soalan last.. soalan cepu emas .. masa dulu budak-budak malas macam budak sekarang juga ke? tidur tengah malam bangun tengah hari..?

 

    Asyhhhhh.. mana ada.. mana ada budak-budak dulu pemalas macam budak sekarang. Kalau aku laaa.. ayah aku balik daripada solat subuh di masjid... terus jer kejut aku bangun. Suruh breakfast dulu dengan apa yang ada, nasik goreng ke.. nasi putih ke.. nasi berlauk ke.. nasik kerabu ke.. atau apa saja.. lepas tu mana ada ruang nak suruh sambung tidur.. ada-ada kerja yang dia suruh buat.. gali lubang jamban laa.. gali telaga laa.. bacuh simen laa.. ngecat rumah sewa laa.. tolong dia buat rumah laa.. atau masuk kebun getah menebas di dada-dada getah laa.. tak diberi ruang langsung cuti hujung minggu nak bersosial dengan kawan-kawan berkonvoi naik motor Yamaha RXS pegi ke Pantai Semerak ke.. Pantai Sri Tujoh ke.. Pantai Irama ke.. atau ke Hutan Lipur Jeram Linang. Kalau nak pergi juga.. petang boleh laa.. lepas buat kerja. Petang kena ambik lembu buat masuk kandang.. sebelum tu kena bagi minum air lembu dulu kat telaga.. atau kena pegi cerut rumput lembu.. masa air paip tak ada dulu.. mesti punggah air di telaga wak naik kat atas rumah isi penuh-penuh dalam tong air atau baldi.. masa belum guna dapur gas dulu.. mesti punggah kayu api masukkan kat bawah dapur kayu. Masa buat padi dulu.. menyemai, ccedong, mencabut semai, memukul padi, pikul padi, tunggu jemuran padi semua tu aku kena buat. Masa mak aku menoreh getah dulu.. hanya menoreh jer aku tak buat sebab makan kayu, yang lain aku buat dan yang paling hardcore pikul pok getoh wakgi jual di kedai pok.. berat lagi membusukkan. pendek kata.. budak-budak dulu jauh langit dengan bumi berbanding budak sekarang. Kerja lasak, tak berkira, pantang di suruh buat segera, hormat ibu ayah.. tak pernah melawan mereka.. mereka berleter kita lari, kalau ayah pukul pun kita lari.... takde nak melawan

 

Kesimpulannya.. baik jadi budak dulu daripada jadi budak sekarang.. budak sekarang takde life.. sahabat sejati dia ialah GAJET. Berkawan di alam maya.. bergurau pun di atas talian.. ada kawan tapi tidak pernah bersua muka.. dah besar esok-esok, tak tahu nak buat kerja. Tak de kerja, tak tau nak mencari kerja akhirnya jadilah anak yang berterusan menyusahkan mak bapak.. menyara anak-anak sampai ke tua termasuk cucu-cucu dan anak menatu sekali. 

    Kawan-kawan aku yang nakal-nakal dulu, semuanya ada kerja.. pandai buat kerja walaupun ada sesetengahnya sekolah tak berapa pandai. Ada yang tak pass SRP pun.. Ada yang buat duit dengan jadi pemandu lori, ada yang jadi drebar jentera berat bergaji mahal..ada kawan yang jadi askar sekarang sedang makan duit pencen,. yang berniaga bertambah maju perniagaannya..ada yang jadi tokey dan banyak pitih..ada yang kerja gomen.. Tapi sayangnyaa.. ada sikit yang tergelincir landasan, jadi penagih dadah.. sekarang ada yang dah jadi arwah.... Al-fatihah buat mereka semoga Allah ampunkan dosa-dosanya.

Maafkan aku kawan kalau aku petik nama kalian dalam entri ni.. Tak marah kan???hahahaha

                    Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada yang baca blog aku.. semoga idea dangkal aku ni sedikit sebanyak memberi hiburan kepada tuan-tuan dan kalau elok boleh jer nak share dengan kawan-kawan kongsi link melalui fb ke atau group whatapps atau insta. Sebelum tamat.. aku nak bawa korang menghayati apa yang pernah kita lalui suatu masa dulu.. masa kita budak-budak dulu. Layanlah ilustrasi di bawah dan baca satu persatu, kredit untuk pencipta ilustrasi tu.. aku tak tau  sape.. aku ceduk dlm google saja.. Stokin Tidur" kot..


 























       Sekian.. semoga anda terhibur. Kredit buat Stokin Tidur