Friday 3 August 2012

CADANGAN LAUK PAUK UNTUK BERBUKA

Sedar tak sedar, kita sudah berada di pertengahan ramadhan. Seperti biasa, apabila sampai ke tahap ni jemaah-jemaah teraweh di masjid atau surau semakin surut. Tidak terkecuali surau tempat aku sembahyang teraweh, pada malam ni juga jemaahnya sudah susut sehingga ada tiga saf sahaja. Kalau dibandingkan pada awal-awal puasa dulu, tok siak masjid atau surau terpaksa bentangkan tikar tambahan sampai ke luar untuk menampung jumlah jemaah yang ramai tetapi sejak akhir-akhir ni jemaahnya sudah semakin maju ke depan.

Biasanya juga apabila sudah sampai pertengahan ramadhan, kaum ibu mula pening kepala memilih menu yang nak dihidangkan untuk berbuka atau bersahur. Kalau pergi ke pasar, kaum ibu mula blur bahan mentah apa yang hendak dibeli untuk dimasak. Bila masuk ke dapur pula, satu lagi masalah timbul memikirkan apa yang hendak dimasak untuk juadah berbuka atau bersahur.
Alhamdulillah, syukur juga aku pada tuhan kerana mendapat seorang isteri yang pandai masak. Cakap saja makanan yang terlintas di hati aku untuk makan semuanya mampu disediakan.Masalahnya, aku  lebih suka makan lauk yang simple-simple saja untuk berbuka atau bersahur.Yang peliknya, lauk yang aku suka makan tu tak payah ada kemahiran untuk disediakan antaranya sambal mangga muda, ikan bakar tawar, sambal belacan, sotong rebus, kerang rebus, telur masin, budu dan ulam-ulam. Lauk yang moden-moden aku kurang suka. Kadang-kadang berlaku konflik aku dengan bini aku pasal penyediaan makanan. Bini aku tu suka makan lauk yang pelbagai bila berbuka tapi aku kalau dia masak lauk yang pelik-pelik tak sentuh pun. Kadang-kadang kecik hati jugak dia, tapi apa boleh buat.Anak-anak aku jenis tak kisah, hidang lauk apapun, dia bedal je.
Kalau orang bujang tak susah, pegi je kat bazar ramadhan semuanya ada. Tapi aku memang tak suka berbelanja kat bazar ramadhan, sekali sekala bolehlah layan anak-anak. Biar mereka pilih sendiri makanan yang dia nak makan. Anak-anak bila pegi kat bazar ramadhan bukan lauk-pauk yang diutamakan tetapi makanan lain seperti ayam bakar, roti john, murtabak, pizza atau kebab.
Sebenarnya bukan apa, aku kurang percaya dengan makanan yang dijual di bazar ramadhan. Maklumlah, bila masak banyak-banyak siapa tahu macam mana yang dia buat. Dari segi kebersihan memang la susah kita nak jangka, tawwakal sajalah. Orang yang jual air pula, kalau kuantiti yang banyak mana dia nak campur dengan air yang dimasak atau air proses, belasah air paip syabas aje. Mungkin tak semua, tapi kebanyakan macam tu.

Biasanya setiap tahun di mana-mana bazar ramadan pun akan ada orang sakit perut atau cirit-birit selepas makan makanan yang dibeli di bazar ramadhan. Peniaga lauk pauk biasanya akan mencampurkan lauk yang tak habis dijual semalam dengan lauk yang baru dimasak untuk dijual pada hari ni bagi mengelakkan berlakunya kerugian, sebab tulah perkara begini biasa terjadi. 
Dalam harian metro baru ni pun ada dilaporkan tentang pekerja campur arak dalam makanan yang di masak untuk dijadikan juadah berbuka. Lagi dashyatttt. Kita mana tahu kan?



So, untuk lebih selamat dan lebih bersih adalah lebih baik kita masak sendiri juadah untuk kita makan.Sayur yang kita potong, kita basuh beberapa kali, siap dengan siram lagi. Ikan yang kita siang, kita bersih betul-betul sebelum dimasak. Air yang kita buat kat rumah, kita campur dengan air tapis atau air masak.Kita nak suap ke mulut sendiri, takkan kita nak buat cincai-cincai. Nanti gelap perut anak-anak kita nak belajar.

Okeylah, kepada ibu-ibu yang pening kepala tak tau nak masak apa untuk juadah berbuka, ni aku nak share lauk pauk yang boleh anda pilih. Koleksi gambar ni adalah aku ambil yang bini aku masak. 


Sup Gear Box, ni memang lauk kegemaranku. Sesuai untuk berbuka atau bersahur

Tomyam Campur
Asam Pedas Melaka Kepala Ikan Salamon

Udang Celup Tepung

Siakap Masak Masam Manis

Kerabu Kacang Botol

Sambal Petai Ikan Bilis 
Pajeri Terung
Sotong Goreng Petai
Udang goreng pedas petai

Paru Goreng Kicap

Ayam Celup Tepung

Kari Kupang

Sotong Celup Tepung

Kerabu Nangka
Air asam perut lembu
Kerabu mangga campur sotong


Gulai Lemak Ikan Merah

Kerabu Cendawan Campur Taugeh
Salmon Pangang Black paper

Ikan Terubuk Bakar
Cencaru Sumbat

Air Asam untuk Cicah Terubuk Bakar
Asam Pedas Ikan Kerisi
Ayam Goreng Kunyit

Ikan Goreng Bersama Sos Cili
Kari Sotong

Sambal Mangga Muda dengan Udang Kering. Lauk yang paling aku gemar

Budu Tumis. Lauk kegemaranku
Kerang Rebus

Paru Goreng Bercili

Ketam Goreng Dalam Soso Cili

Goreng Lala Bersos Tiram

Sambal Belacan untuk dicicah dengan ikan bakar tawar

Ikan Kerisi Bakar Tawar Cicah Sambal Belacan atau Budu Tumis

Solok Lada

Kambing Panggang

Kerutuk Paru

Sup Ekor

Acar Timun

Nasi Ayam

Ayam Panggang Tandoori

Sayur Air Petola dengan Fucuk

Ikan Gelama Kering
Gulai Lemak Kuning Ikan Jenahak
Singgang ikan Tonggkol

Ulam Jering dan Timun
Asam Laksa

Meehon Bakso
Nasi Kerabu Kuning

Makaroni Bakar

Mi Goreng Mamak
Kuew Teaw Goreng Basah

Nekbab

Ketupat Sotong
Mi Meggi Ketam
Kuew Teaw Pattaya

Murtabak Raja
Mi Bandung Muar
Air Tembikai
Air Teh Bunga
Air Longgang


Air Manggo Special


Okeylah.. semua lauk pauk dan pencuci mulut ni bini aku yang masak dan buat sendiri. Tak de satu pun yang beli  kat bazar ramadhan kecuali teh bunga dan murtabak raja saja yang orang lain buat. Banyak-banyak makanan yang aku upload tu, cuma ada segelintir saja yang aku paling suka. Yang lain tu makan sekadar ambik hati bini. Harap entri aku ini banyak memberi manfaat dan idea kepada kaum hawa yang pening kepala pikir untuk menyediakan juadah buat suami dan anak-anak tercinta. Sekian terima kasih. Selamat Berpuasa 

4 comments:

  1. boleh bukak restoran dah wife tu...pelbagai juadah disediankan..pandai..

    ReplyDelete
  2. Banyak komitmen lain Nik.. tak leh nk niaga lagi. Bagi orang yang masih tak de kerja je lah yg berniaga. Nanti tutup periuk nasi dia orang plak. he..he..

    ReplyDelete
  3. Dapat idea terus nak msk ape menu berbuka arini....ngeee. ;)
    Thanks up resepi2 dlm blog...

    ReplyDelete
  4. waaa... rasa nak ambek bini u jadi cikgu ajar memasak den.. sedap.. banyak yang xpernah try lagi nie.. hehhe.. nanti mintak bini u tulis resepi eh.. syok weh..

    ReplyDelete