Tuesday 12 June 2012

MANFAATKAN MUSIM CUTI SEKOLAH


Cuti sekolah merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh para pelajar dan para pendidik. Setiap kali tibanya musim cuti sekolah maka akan ramailah ibu bapa yang merancang untuk ke destinasi percutian. Bagi golongan yang berduit, peluang ini diambil untuk membawa anak-anak mereka melancong ke luar negara. Tidak kurang juga yang membawa anak-anak pergi membuat umrah di Tanah Suci Makkah. Oleh sebab itu, setiap kali tibanya cuti sekolah harga hotel, pakej umrah dan sebagainya naik mendadak. Hotel dan Resort tempat pelancongan domestik seperti Langkawi, Cameron Highlands, Pulau Redang, Pulau Tioman, Pulau Perhentian, Genting Highland, Port Dickson dan sebagainya penuh ditempah.Pengusaha akan mengambil kesempatan untuk melipatgandakan keuntungan pada musim cuti ini. Begitu juga kedai-kedai yang menjadi tumpuan seperti Uptown Wakaf Che Yeh, Pasar Rantau Panjang, Pasar Bebas Cukai Pangkalan Kubor, Pasar Payang dan sebagainya telah menjadi lubuk emas bagi peniaga-peniaga. Orang kata, pada musim cuti sekolah para peniaga akan jadi sombong sebab kurang layan orang yang tawar untuk kurangkan harga. Pada masa cuti sekolah juga ramai orang menamatkan zaman bujang mereka. Jurugambar, jurusolek pegantin, artis pelamin, catering, khemah dan sebagainya juga menjadi rebutan. Pendek kata, pada musim cuti sekolah inilah majikan akan pening kepala sebab terlalu ramai staff mohon untuk mengambil cuti tahunan mereka.(cikgu tak payah pohon cuti sebab terpaksa cuti)

Pada cuti sekolah pertengahan tahun ni aku terpaksa terperap kat rumah seminggu sebab anak sulung aku ada kelas tambahan. Kesempatan ni aku ambik untuk menanda kertas soalan peperiksaan pertengahan tahun budak-budak. Selepas anak aku habis kelas tambahan, aku terus balik ke kampung. Cuti ni aku tak pegi panjat gunung sebab tak de geng. Alhamdulillah.. sampai kat kampung, anak buah ada buat kenduri akikah . Dapatlah makan Nasi Arab ditimbus kambing dua ekor ( terima kasih Kuwa).
Gotong royong melapah daging kambing

Ni bukan sembelih tapi potong kepala

Guano ayah Jat suko sorang

Kata orang kepala kambing sedap dimasak kari
Berbudi kepada tanah adalah amalan yang mulia. Banyak rezeki boleh diperoleh berasaskan kepada tanah. Kalau nak cepat kaya, boleh lah jual tanah. Itupun kepada mereka yang ada tanah. Kalau nak dapat hasil yang berpanjangan, boleh buat rumah sewa di atas tanah pusaka tapi perlu banyak pakai modal. Kalau tanah yang ada tetapi terbiar begitu sahaja memang amat merugikan. Akupun ada tanah sekangkang kera hadiah pemberian arwah ayah. Tanah aku ni kalau di bahagian depan amat sesuai untuk dirikan banglo tapi di belakang sikit penuh dengan semak dan berair. sesuai untuk tanam kelapa sawit. Tapi aku tak buat apa-apa pun lagi. Dok tengah usaha untuk pecahkan lot.

Ni lah tanah yang aku dapat. keluasan hampir satu ekar. NOT FOR SALE

Penuh dengan semak samun sampai pokok rambutan pun nak kojol. Tak productif 
Dua hari aku ambik masa untuk tebas dan meracun semak samun dalam tanah pusaka kepunyaanku. Peluh keluar berderai-derai tanpa henti. Terasa sehat sikit badan berbanding dengan kerja hakiki aku yang sedikitpun tak mengeluarkan peluh.Penat bekerja siang hari, kita santai main Royal atau main Tee atau main Poker pada malam hari. Kalau kena dengan regu yang hebat, boleh layan sampai subuh benda ni. Beranda rumah aku kat kampung ni amat sesuai untuk berkumpul dan bersantai.Mak aku pun sporting, kadang-kadang sampai dua jug dia sediakan kopi panas. Tempat ni jugalah bilik ekslusif aku. Habis layan Royal, terus tarik kusyen landing kat sini sampai pagi esok.

Ahli Kelab Royal sedang tekun menelaah daun terup.
Dua hari berkubu di kampung sendiri, tibalah pulak giliran di rumah mertua  kat Pasir Mas. Kat sini pun aku ada tanah pemberian mertua buat sagu hati seluas setengah ekar. Tanah ni lebih cantik tapi sayangnya agak ke dalam kampung sedikit. Tanah ni aku usahakan dengan tanaman getah. Sementara menunggu getah besar, aku tanam pelbagai jenis pisang di tengah-tengah banjaran anak-anak getah. Orang kata " berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak". di celah-celah pokok pisang, aku selitkan pokok lada dan tanaman serai. Setakat nak makan tu boleh laaa.. tapi kalau jual nak kaya memang tak dapat kaya punya. serius...

Haaa.. ni lah rupa kebun pemberian mertua untuk ku
Pokok getah baru sebesar ni. kena tunggu lima tahun lagi baru boleh ditoreh 
Cantas pelepah pisang biar nampak kemas sikit
Kat umbi pokok ni pun nak kena clear jugak
Di tengah dada pisang, di selit lagi dengan tanaman serai
Mahasiswa lepasan Universiti Pertanian Malaysia ni memang tak de masalah  pegang cangkul
Antara pokok serai dengan pokok pisang, diselitnya lagi pokok-pokok lada
Kat tengah-tengah kebun getah aku ni ada sepokok petai yang berbuah lebat
Boleh la buat sambal petai ikan bilis
Lada fresh po sudah tersedia, cuma bawa BUDU je laa..
Jiran kebun aku adalah kebun milik sepupu aku, boleh share facilities
Master Chef Adib. Pakar masak mee meggie 
Sambutan hangat.. terpaksa beratur

Makan apapun dalam kebun macam ni semuanya menyelerakan
Okey.. hari nak hujan. jom balik semua. Kita datang pagi esok pulak
Tiga hari aku berkampung dalam kebun getah aku untuk mencuci semak samun dan menggembur tanah di umbi anak getah. Selepas gembur, tabur sedikit baja di sekelilingnya. Rumput yang menjalar harus diracun supaya tidak membelit batang anak getah.Pendek kata memang banyak kerja kalau kita nak jadi pekebun. Tapi tidak jemu rasanya berada sepanjang hari di dalam kebun getah. Mungkin kerja ni sangat sesuai dengan jiwa ragaku. Badan banyak keluar peluh, tak tertekan. Kitalah boss. Tak ada pengarah yang nak arah kita. Nak masuk kebun lewat pun tak apa. Tak nak masuk kebun langsung pun tak payah ambik MC atau CRK. Tak sabar pulak rasa nak bersara.

Cuti dah hampir sampai ke penghujung. Kesian anak-anak cuma bercuti dan berkelah dalam kebun getah setiap hari. Maklumlah... aku busy gila nak uruskan kebun yang berbeza tempat. Tu pun tak sempat nak pegi meracun di lot banglo kepunyaan isteri kat Smubal. Lot orang lain dah naik banglo tapi lot aku penuh dengan lalang dan senduduk.

Aku pulang ke Subang Jaya awal sedikit. Dalam perjalanan pulang, aku lencongkan keretaku ke kg Janda Baik. Anak-anak ku hairan kenapa aku lalu di laluan yang tak biasa mereka lalui. Sebenarnya aku nak buat surprise untuk mereka. Saja aku tak bagi tahu anak-anak supaya mereka tidak terlalu mengharap sebab aku pegi secara redah macam tu je tanpa boking. Nasib aaa..Biasanya musim cuti sekolah setiap resort di Kg Janda Baik penuh dengan pelanggan. Kalau ada rezeki dapat. Kata orang belum cuba belum tahu.

Alhamdulillah... memang rezeki anak-anak. di Cheringin Hill Resort & Spa masih terdapat dua kekosongan bilik deluxe yang orang tolak. So, dapatla kat aku anak beranak. Seronok sungguh anak-anak aku melihat ada kolam mandi mengadap sliding door bilik ku Mereka pun macam tak percaya kat tengah-tengah hutan macam ni rupanya ada hotel yang indah. Memang menjadi surprise ku kepada anak-anak. Athir macam budak darat asyik main air panas dalam tab mandi. Mungkin dia tak pernah jumpa benda ni. Aina pulak telompat-lompat atas tilam spring yang tebal. Untung jugak anak-anak aku jadi anak aku. setahun dua kali confirm aku akan bawa pergi berkelah atau tidur kat mana-mana hotel. Kalau mereka jadi adik aku, sah tak jumpa benda-benda seronok macam ni sebab bapak aku dulu sejak  mula aku dilahirkan sehingga aku dewasa tak pernah bawa aku dan kelurgaku pergi tidur kat hotel atau pergi berkelah. Bawa pergi tidur kat masjid ada laa. ikut jemaah tabligh.
Ceringin Hill Resort and Spa Janda Baik

Selepas makan petang kat restoran, aku bawa anak-anak aku mandi air jeram kat Hawa Trainee Resort. Tempat yang aku  bawa budak-budak fotografi aku dulu tuu..Wah, mereka mandi dengan begitu riang sekali. Athir mandi sampai mengigil-gigil. Amsyar tak leh mandi sebab dia selsema.

Ha.. kita mandi sini dulu petang ni. Pagi esok baru mandi kolam.

Semuanya pandang Amsyar yang menangis nak mandi juga

Cantik, Tenang, Nyaman dan Bersih

Posing dulu

Pukul 7.30 barulah selesai mandi dan balik semula ke tempat penginapan. Puas anak-anak aku mandi.
Breakfast

Macam-macam menu ada
Lepag breakfast terus mandi kolam

Mandilah puas-puas. kejap lagi dah nak balik

Kolan mandi berlatarbelakangkan bukit bukau gunung ganang
Ambik gambar kenang-kenangan sebelum betolak balik ke Subang Jaya

Boleh tahan view tempat ni
Gambar terakhir sebelum balik. Dari koridor tempat penginapan
Pukul 12.00 tengah hari aku pun check out. Dalam perjalanan pulang aku meninjau-ninjau chalet-chalet yang tedapat di tempat ini. Memang banyak chalet yang tedapat di sini. Hampir semuanya cantik-cantik belaka. Ada satu tempat yang menjadi pujaan hatiku. Letaknya di puncak bukit yang terpecil melalui jalan yang sempit membelah kebun-kebun sayur yang terbentang luas. Udaranya memang dingin dan nyaman seperti Genting Highlands. Viewnya amat indah. Memang menepati cita rasaku yang cintakan kedamaian di tanah tinggi.Insya Allah, kalau panjang umur akan bermalam juga aku di tempat ini suatu hari nanti. Tungguuuu...

Okey.. sampai sini dulu catatan aktiviti ku sepanjang cuti persekolahan. Agak banyak aku membuang masa merapu kat sini. Hujung bulan ni ada lagi satu program yang lebih hebat aku anjurkan. Jumpa lagi bulan depan. Terima Kasih. Assalamualaikummm..