Tuesday 19 April 2016

HARI KELUARGA LAVENDER EDISI 1

Alhamdulillah..

Pada 16 & 17 April 2016, Komuniti Taman Perumahan tempat aku tinggal telah menganjurkan Hari Keluarga. Sebanyak 7 keluarga telah mengikuti program yang dianjurkan buat julung kalinya ini. Program ini berjaya menyatukan dan merapatkan hubungan silaturahim antara kami sebagai penghuni setaman terutamanya anak-anak yang begitu menyerlah keseronokannya. Pelbagai aktiviti telah dirancang terutamanya aktiviti air di Taman Tema Bayou Lagoon, Bukit Katil Melaka. Sempena dengan musim panas, aktiviti air dilihat paling sesuai.




Bersiap siaga sebelum berlepas

Kami bertolak dari taman perumahan pada pukul 9.30 pagi. Anak-anak aku pagi-pagi lagi sudah bangun dan bersiap. Tak sabar-sabar untuk mandi. Berkumpul di rumah ketua kontijen iaitu penghulu kami En. Faisal. Aktiviti pertama ialah makan nasi campur kari Kepala Ikan dan Asam Pedas Special di kedai makan Hajah Rahmah Bukit Katil. Kami makan dengan begitu berselera sekali, kemudian terus check in di Bayou Resort.. Seronok tak terkata anak-anak kerana setiap bilik ada mempunyai Jakuzi untuk berendam. Aktiviti pada petang ni ialah mandi manda main air di Bayou Lagoon.


Perghhh.. Najib, selera betul kena Asam Pedas Kepala Ikan Merah







Selepas mandi, kami berkumpul untuk ke D' Muara Ikan Bakar di Umai. Selaku ketua, En Jai sudah siap-siap membuat tempahan meja dan makanan berupa Seafood untuk dimakan. Wah.. Hebat sekali makanan yang dihidangkan. Beberapa kali aku makan ikan bakar, inilah baharu kali pertama aku jumpa makanan terpaksa di tapau kerana berlebihan terutamanya Ketam Masak Sweet Sour dan Ketam Masak Lada Hitam.. Sotong celup tepung pun tak kehabisan., Ikan Pari Bakar juga ada yang terpaksa dibungkus untuk dibawa pulang ke bilik. Memang puas hati makan.. 'Makan sampai Kenyang, Makan sampai Puas'.. Itu slogan Jai Penghulu selaku penganjur. Kepuasan Peserta diUtamakan.

                


                

                

               

                

                

                

                


Balik daripada makan ikan bakar, Program seterusnya ialah naik River Cruiser. Seronoknya budak-budak dapat naik perahu ronda-ronda Sungai Melaka. Balik ke bilik semula lebih kurang pukul 12.00 tengah malam. Badan melekit-lekit kerana suhu agak membahang walaupun malam. So.. sampai bilik, anak-anak terus terkam untuk berendam dalam Tab Mandi.


Terpaksa berbaris panjang untuk menaiki Cruise

Menghayati lampu-lampu neon di sepanjang Sungai Melaka pada waktu malam




Anak-anak Jai berendam dalam Jakuzi
Amsyar sedang menghayati mandi di dalam Tab yang jarang-jarang ditemui
Bangun pagi, masing-masing bawa keluarga bersarapan. Lepas bersarapan turun semula main air. Ibu bapa boleh pakai gelang pakej hotel tetapi untuk anak-anak sekali lagi kena bayar untuk masuk ke Taman Tema air Bayou.. Duit..Duit.. Duit.. zaman sekarang zaman duit. Situ sini kena duit..Duit senang di cari tetapi amat mudah untuk dihabiskan.

Pukul 12.00, kami check out hotel. Dalam perjalanan balik ke rumah, kami singgah di Melaka Outlet di Air Keroh, untuk kaum-kaum ibu cuci mata.












Family Khai
Family Ajib
Family Najim
Family Jam
Family Jeddi
Family Jai
Family Matdin





Program ini walaupun sangat simple saja aktivitinya tapi agak meriah. Mungkin kalau banyak family yang ikut serta akan jadi bertambah meriah dan lebih grand. Walau bagaimanapun, program seperti ini akan diteruskan lagi kerana sudah terbukti Program Family Day merupakan satu platform untuk merapatkan ukhwah sesama jiran setaman ibarat kata peribahasa Jiran Sepakat Membawa Berkat. Sekian terima kasih... 

* kredit untuk Jai kerana agak banyak gambar disedut daripada kamera beliau.

Sunday 3 April 2016

SELAMAT BERSEMADI DI ALAM BARZAKH ANAK SAUDARAKU..UDEEN

Al-Fatihah buat arwah Zahiruddin bin Hadi iaitu anak saudara aku akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengorbankan seluruh keluarga. Apabila ajal sudah sampai, sedetikpun tidak terlebih dan terkurang.

Pada saat aku tulis entri ini, tepat seminggu kemalangan yang berlaku ke atas Udeen sekeluarga yang mana isteri dan anak tunggalnya meninggal di tempat kejadian, manakala arwah Udeen meninggal sehari kemudian selepas koma akibat kecederan serius. Takziah diucapkan kepada keluarga Udeen terutamanya Emak Udeen yang begitu rapat dengan Udeen. Segala harapan dan tempat bergantung dikala usia semakin tua, sepenuhnya bergantung kepada Udeen. Seorang anak yang cukup bertanggungjawab dan sangat mengambil berat tentang ibu dan adik beradiknya. Udeen menjadi tempat kakak dan adik-adiknya mengadu masalah dan tempat untuk menyelesaikan masalah keluarga walaupun Udeen merupakan anak yang ketiga dalam keluarga. Udeen juga begitu rapat dengan sepupu-sepupu serta mak-mak sedara dan bapa-bapa sedara. 

Udeen begitu pakar dalam hal-hal yang melibatkan hutan termasuk berburu binatang hutan yang menjadi makanan eksotik. Dalam bidang sukan, Udeen adalah pemain hoki sekolah yang mewakili negeri selain mewakili sekolah dalam permainan bola sepak. Udeen menjelajah seluruh negara untuk mewakili Felda dalam permainan Pentaque. Udeen juga sudah beberapa kali menaiki podium untuk menerima hadiah sebagai jaguh kayuh beskal.

Kehilangan Udeen benar-benar meninggalkan kesan terutamanya kepada keluarga dan mereka yang rapat dengannya. Udeen mempunyai ramai kenalan di seluruh negeri kerana beliau seorang yang peramah dan aktif bersukan. Aku juga turut terasa kehilangannya kerana aku dan Udeen mempunyai minat yang hampir 90% sama terutamanya melibatkan aktiviti-aktiviti memburu binatang eksotik di dalam hutan termasuk memasang jaring.

Aku doakan agar roh arwah Udeen dan arwah anak isterinya akan damai di 'sana'. Semoga roh mereka di tempatkan dalam kalangan roh orang-orang yang beriman. Aminnn... 


Udeen.. Dirimu Dalam Kenangan





  







Kenangan Bersama Udeen

Add caption

Al-Fatihah buat arwah Udeen