Thursday 6 September 2018

XPDC ENDAU-ROMPIN

Assalamualaikum.. 

Bersua kembali kita dengan entri kembara terbaharu daripada Din Gunung. Kali ni Din Gunung nak bercerita tentang XPDC terbaharu  iaitu Menakluk Hutan Simpan Endau Rompin. Sebut saja nama Endau Rompin terbayang dibenak fikiran kita bahawa tempat ini sangat sinonim dengan aktiviti hardcore main 4X4, meneroka hutan dara serta aktiviti mencari raja ikan iaitu Ikan Kelah. Hutan dara ini juga padat dengan binatang-binatang liar yang tak tahu ke mana lagi nak pergi sebab habitatnya semakin mengecil dek aktiviti pembalakan yang di luar kawalan.

Bukan sahaja Pak Belang.. beruang Matahari juga menetap di dalam hutan ini selain gajah liar, babi hutan, kijang, pelanduk dan sebagainya malahan BigFoot pun ada. Makhluk halus tak usah cakap laaaa...paling banyak ialah Pacat.. nk solat pun susah. Hanya mereka yang betul-betul minat dan hati kering saja sanggup meredah hutan untuk bermalam di sini lebih-lebih lagi kalau anggota yang mengikutinya sedikit saja.

Yakkkk.. melarat pulak intro aku punya mukadimmah blog.. ok.. baru-baru ni sempena cuti hari kemerdekaan yang berlanjutan selama 3 hari, aku bersama 3 orang lagi yang 'kaki hutan' telah memberanikan diri masuk ke Hutan Belantara Endau Rompin untuk menghayati keindahan dan ketenangan hutan serta panorama hutan di samping untuk memancing raja ikan. mana tau kot..kot..nk ada rezki. 




 kami pergi selama 3 hari 2 malam.. dengan berbekalkan 5 utas jaring dan beberapa batang joran, kami memasuki hutan ini dengan penuh harapan. Tidaklah jauh sangat ke dalam.. cuma satu jam lebih saja perjalanan masuk. kira kaki hutan laaa..tapi.. sudah jauh dari petempatan orang. line internet langsung takde.. kira berserah saja kalau ada apa-apa yang tak diingini berlaku. 








 Oleh sebab sampai pun dah lewat dan hampir malam kerana mengambil masa perjalanan yang panjang untuk sampai.. maka kami hanya sempat melabuhkan 2 utas pukat saja ke dalam sungai. Tempat tidur pun belum pasti mana nak landing..  selongkar-punya selongkar dalam kegelapan, terjumpa chalet tinggal yang boleh laa tinggal kat dalam.. tapi perlu mempunyai hati kering.. kami sapu serba sedikit kemudian bentang kain khemah untuk buat alas.. bukan untuk keselesaan.. tetapi cuma untuk berlindung daripada binatang buas, binatang merayap, hujan dan kesejukan.



Laluan nak ke tempat tinggal pun sudah ngeri melihatnyaaa...



Posing dulu satuuu...





Waaa... rumah yang ni seram.. tapi tak bocor..

Oleh sebab tak bocor walau nampak seram.. maka kami pilih rumah ni untuk berlindung selama dua malam

Mula-mula menjejakkan kaki ke dalam rumah ni.. meremang bulu tekuk.. tapi buat bodoh jerr.. 








Kalau tengok pondok yang menjadi pilihan terakhir untuk melelapkan mata memang rare.. berdebar-debar dan berdegup kencang jantung di dalam dada.. boleh buat tempat penggambaran cerita hantu.. tapi sebab dah tak ada pilihan.. masuk laa juga. Tempat ni dulu merupakan tempat rekreasi.. tetapi sudah lebih 2 tahun ditutup dan ditinggalkan. Luar memang nampak seramm.. tetapi kat dalam boleh laa tidur kalu sapu-sapu.. cuma banyak daun-daun saja.

Malam tu kami kurang tidur kerana melayan pancing umpan buah sawit peram.. memang niat nak buat naik Kelah kalau dapat sebab kata otai kat situ masih banyak Kelah. Mmmmmmm...mcm tak dapat jerr.. sikitpun tak mau kutis. membangau jer lebih. Lama-lama dah jadi bosan. Balik pondok tidur. Nyamuk tak ada sangat tapi sejuk amat bangat.. dua lapis pakai baju sejuk. Malam pertama sukar nak lelap mata.. bunyi macam-macam dan tempat baru memang susah nak lelapkan mata.. tapi lama-lama lena juga akhirnyaa..

Lepas solat subuh.. pergi laa angkat jaring yang sempat pasang dua utas petang semalam.. Ok.. ada hasil.. alhamdulillah.. dapat la buat lauk ikan fresh untuk breakfast dan lunch.. Ikan yang hidup liar dalam hutan ni isi nya lain kan.. manis semacam. Enak bangat..




sebahagian daripada hasil yang dapat pada pagi tu






Air takde laa dalam sangat.. tapi tempat laluan ikan.. memang mengena laaa



Hasil yang dapat pagi ni terus disiang dan dikelar serta dibubuh garam kunyit. Lepas masak nasi.. terus goreng ikan.













Selera sungguh makan nasi panas dengan ikan goreng kunyit serta air asam kicap dimayang lada dan diperah asam limau serta dimayang bawang. Bertambah-tambah nasi dibuatnya.. Naik sikit berat badan. Ini pun sudah dikira berbaloi datang walau menempuh perjalanan beratus-ratus kilometer untuk sampai. Tak dapat raja ikan pun takpe.. janji ada juga hasil untuk dimakan.

Tengah hari tu.. kami melayan casting.. dapatla spesis Kelah seekor dan sembarau seekor.. kira ok laaa.. dapat buat lauk untuk dinner.







Malam tu kawan datang lepak kat kem kita orang.. layan kawan sembang sampai kul 9 malam.. lepas kawan balik.. kami terus masak untuk dinner.. Lepas dinner.. mood untuk mancing dah tak de sebab payah dapat ikan melalui hasil pancing. so.. kami pun masuk sarang awal untuk tidur. Tidur malam kedua lebih lena walaupun sejuk tak berkurangan.. sedap betul tidur kat dalam hutan.. banyak terapi.. dengan unggas bersahutan dan deruan air jeram di tepi telinga berhampiran pondok. 

Bangun pagi selepas solat subuh.. aku mengemas barang untuk pulang manakala Pojer dan Iwer pergi angkat jaring. Pagi ni hasilnya lebih lumayan dan saiz ikan yang dapat agak besar terutamanya ikan Toman Galan yang enak.. Dapat laa bawa balik sorang skit untuk santap bersama anak isteri di rumah. 






Jambatan gantung ni kalau lalu tengah malam.. ke bawah kita, jatuh sungai





Masuk hutan keluar hutan nak sampai ke destinasi memancing




Sekian dulu.. nanti akan ada lagi ulangan ke tempat ini.. tapi akan lebihhhh jauuuhhhhh masuk ke dalam. tempat yang memang banyak ikan kelah.




Taman Negeri Endau-Rompin.. mung tunggu.. aku datang lagi untuk balas dendam