Wednesday 24 June 2020

NORMA BAHARU MASUK KERJA

Assalamualaikumm..

Hari ni 24 Jun 2020, dengan rasminya budak-budak telah dibenarkan datang ke sekolah setelah sekian lama dikurung akibat PKP. Budak yang datang tu bukan semua, cuma murid tingkatan 5 sahaja. Walau bagaimanapun, murid perlu ikut SOP yang amat ketat terutamanya bab penjarakan sosial. Kerusi meja dijarakkan satu meter. Pelajar tidak dibenarkan bergerak dari tempat duduk masing-masing. Sebelum masuk sekolah dan balik sekolah, bacaan suhu diambil untuk setiap orang murid. Nama perlu dicatat semasa datang dan semasa balik dari sekolah. Nak ke tandas sekalipun kena catat nama. waktu rehat, murid tidak dibenarkan ke kantin sebaliknya makan di dalam kelas. Murid digalakkan bawa bekal dari rumah. Bagi murid yang tak bawa bekal, AJK makanan yang di lantik akan turun ke kantin dengan diiringi oleh seorang guru bertugas untuk ambil order makanan dari kantin yang ditempah pelajar sehari lebih awal. Borang tempahan makanan diedarkan untuk murid menempah makanan. Guru kelas akan berada di dalam kelas untuk mengawal murid makan sepanjang waktu rehat. Guru mata pelajaran tidak boleh meninggalkan kelas sekiranya guru waktu pertukaran waktu tidak hadir. Pendek kata, kelas tidak boleh dibiarkan tanpa guru walau seminit. Kelas pendidikan jasmani tidak diadakan dan diganti dengan kelas Pendidikan Kesihatan. Setiap kelas telah diatur laluan-laluan khas semasa pergerakan agar tidak banyak berlaku pertembungan terutama semasa masuk kelas dan semasa balik. Hand senitizer setiap kelas ada dibekalkan..Memang ketat Prosedur Operasi Standard yang harus dipatuhi oleh setiap murid dan guru serta staff sekolah. Harap perkara begini tidak lama dan kita doakan semoga dapat kembali normal sepertimana sebelum PKP dulu.. rimas betul duduk dalam keadaan macam ni.

Cikgu-cikgu yang hadir ke sekolah ditembak di dahi dengan pembaca suhu oleh security guard di depan pintu pagar sekolah selain wajib scan bar code untuk rekod bacaan suhu dan kehadiran. Cikgu-cikgu tidak dibenarkan makan di kantin tetapi boleh tempah makanan di kantin kemudian bawa makanan yang ditempah itu untuk makan di dalam bilik guru. Pengamalan penjarakan sosial amat dititikberatkan. Sepanjang berada di sekolah, cikgu-cikgu diwajibkan memakai 'mask'. Di dalam bilik guru, kuantiti guru dikurangkan. Banyak meja guru dipangkah dan dikosongkan. Guru-guru yang ada bilik khas, digalakkan berada di dalam bilik khas tersebut walaupun bersendirian. Guru sesi pagi masuk kerja pukul 7.30 pagi dan balik pukul 2 ptg.. manakala guru sesi petang masuk pukul 9.30 pagi dan balik pada pukul 3.30 petang. Oleh sebab guru sesi petang murid-muridnya belum dibenarkan datang ke sekolah, maka.. cikgu-cikgu tetap mengajar secara atas talian menggunakan ekses internet yang ada di sekolah berdasarkan jadual waktu yang dibekalkan. Manakala, mereka yang pada hari itu bukan giliran dia mengajar online.. akan bertindak sebagai guru pendamping untuk membantu guru-guru pagi yang mengajar di kelas tingkatan 5. Guru petang yang nak solat di surau, wajib bawa sejadah sendiri dan mengamalkan penjarakan sosial di dalam surau.

Tak sangka pula sebaik saja cuti sekolah awal penggal pada 14 Mac dulu.. murid-murid dan guru-guru serta semua kakitangan sekolah diberi cuti paksa selama hampir 4 bulan. Sepanjang hidup aku, tak pernah dapat cuti sekolah sepanjang ni. Paling lama pun 2 bulan masa aku sekolah rendah dulu-dulu. Sekarang ni cuti sekolah paling lama pun cuma sebulan lebih saja iaitu pada cuti hujung tahun. Tapi, cuti panjang yang MAHApanjang ini bukan sebarang cuti.. orang kata cuti wabak begini berlaku cuma 100 tahun sekali. Maknanya generasi akan datang kalau nak merasa cuti panjang begini akibat wabak penyakit berjangkit kena tunggu 100 tahun lagi laa. Ramai orang di luar sana yang jeles dengan cikgu2 sebab mereka beranggapan cikgu ni anak emas kerajaan.. duduk melanggok di rumah sambil tengok tv sambil makan super ringgg.. gaji masuk penuh tiap bulan siap dapat bonus lagi rm500. Haa.. jangan jeles kawan2.. rakyat jelata.. masyarakat yang bukan guru.. frontliner.. dan lain-lain. Cikgu ada tugasan sepanjang cuti paksa ni.. kuat juga mereka memerah otak mencari bahan untuk mengajar murid-murid melalui atas talian. Mungkin ada laa sesetengah guru yang tak mengajar sebab terperangkap kat kampung masa PKP. Cuti panjang yang diberi ni.. bukan cuti biyase-biyase kawan.. Aku dah tempah 2 hotel di Melaka pada 18 dan 19 hb Mac iaitu bersempena cuti sekolah..ingat nak bawak family jalan-jalan makan angin, rupa-rupanya cuti sekolah telah bertukar menjadi cuti PKP yang tak dapat bergerak ke mana-mana, atau dengan kata lain, cuti yang dikurung. Hangus saja duit booking hotel selama dua hari tu sebab.. pegi boleh, nak balik memang tak lepas sebab dah rentas negeri. Mahu 3 bulan aku sekeluarga berada dalam hotel tu kalau berkeras nak pegi jugak. Cuti yang diberi kalau dikurung macam ni, takde sape nak kan?? dah la sentiasa duduk dalam kebimbangan, nak keluar beli barang keperluan asas pun macam nak lari dari penjara.. mata melilau ke kiri ke kanan takut- takut terserempak dengan polis atau askar. Dalam berita asyik siar orang kena denda atau kena tangkap saja. Bilangan kes Covid pun makin bertambah setiap hari.. kes sembuh pula kurang.. kes kematian hampir setiap hari ada.. Video-video tentang jururawat dan doktor menanggis serta merayu pun banyak yang tersebar melalui setiap group whatsupp. Pihak-pihak polis pun tak menang tangan melakukan sekatan jalan raya di setiap pintu keluar.. Ada yang menengking, ada yang kena tengking dan ada yang kena maki.. Hakim-hakim pun galak mengenakan denda sebanyak rm1000 kepada mereka yang ingkar dan tak patuh PKP bahkan ada yang dipenjara. Kakitangan awam pula diuar-uarkan dengan tindakan tamatkan perkhidmatan, dilucut pemberian wang pencen atau dikenakan tindakan tatatertib sekiranya melanggar PKP, maka... apa maknanya cuti ini... ????? semua orang tak mahu kan???

Jadi, oleh sebab perkara ini amat jarang berlaku, bolehlah aku abadikan dalam blog aku apa yang sebenarnya telah berlaku, sedang berlaku, atau sudah berlaku dan mungkin akan berlaku lagi.. Sepanjang 5 bulan hidup bersama Virus Covid 19 ni, telinga kita disajikan dengan bahasa-bahasa yang tak asing lagi didengar setiap hari antaranya.. kerja dari rumah.. stay at home..penjarakan sosial atau social distancing.. Perintah Kawalan Pergerakan(PKP).. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat(PKPD)..Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB).. Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP)..HandSanitaizer,masker..SOP.. PPE.. frontliner..jarak satu meter..ke sana, ke sini.. kuarantin.. kuarantin di rumah..kluster tabligh.. kluster Sendayan.. dan sebagainya..

Hari ni.. kes di negara kita semakin kurang bahkan ada hari-hari tertentu mencatat bilangan kes sebanyak cuma 3 kes sahaja.. harap-harap lepas ni kerajaan akan benarkan rakyat ke masjid untuk berjemaah, untuk dengar ceramah agama dan untuk solat jumaat..rindu sangat kat masjid.. lama sangat rasanya tak pegi sembahyang jumaat sebab aku tak pernah tinggalkan solat jumaat lebih daripada 3 kali berturut-turut..sejak dulu lagi. Semenjak aku mula akil baligh dulu.. Aku rindu nak mengajar budak-budak di dalam kelas.. nak bagi latihan kepada murid, nak tanda buku latihan murid.. nak sembang dengan murid-murid.. Malas dah rasa nak mengajar atas talian melalui Whatsapps, Google Classroom, Google Meet dan lain-lain apps.. susah nak tanda latihan budak.. kadang-kadang nak kena pujuk budak suruh masuk link.. ada budak-budak yang masuk link, pastu hilang entah ke mana tak keluar-keluar.. ada yang tekan link, kemudian tidur.. susahh..susahh.. baik mengajar dalam kelas, boleh marah-marah budak yang malas.. Di Online, payah nak marah budak. Mengajar secara satu hala.. macam kita yang syok sendiri. Tapi, kena redho sebab kejadian ini berlaku bukan kehendak kita.. Kita kena banyak bersyukur sebab negara kita semakin pulih dan semakin bebas, sedangkan di negara-negara lain macam sudah tak terkawal.. sudah putus harapan.. frontliner mereka sudah tertewas..Syukur Alhamdulillah.. setakat ni negara kita hampir menang berperang dengan Covid 19. Apa yang pihak kerajaan harapkan agar rakyat terus istiqomah ikut SOP yang digariskan terutamanya penjarakan sosial selagi negara kita belum betul-betul bebas daripada virus covid 19.  
 

Saturday 13 June 2020

NIKON D80 VS KAMERA BARU D800

Assalamualaikum..

NIKON D800 FULL FRAME

Post ni saje jer ni.. nk test kamera yang baru aku beli.. beli second hand iaitu NIKON D800 FULL FRAME.. kamera ni memang canggih dah lebih terkini. Tapi takde video. Kalau tengok harga masa mula-mula keluar dulu, memang harga Yahudi.. Rm7800 owner dia beli. Tapi aku beli second dlm Mudah.Com dengan harga rm1800 shj ( Body Only ). Tapi bila aku cuba tera test tengok, pic dia tak sharp laa.. tak puas hati betul mutu gambar dia.. byk noise, bila besarkan dia pecah2 gitu. Cuba main2 dengan ISO pun tetap sama.. mungkin banyak benda aku tak eksplore kott.. nk baca buku manual malas.. tebal sangat. Dah ada orang nak bayar, tapi masih tak mahu jual.. nk eksplore betul2 dulu.. nk tanya kawan aku dululah..JAHA NAVY.. dia pakai Nikon D750 Full Frame. Kalau lama pakai, gambar masih tahap tu jugak.. bikin aku sakit hati dengan mutu gambar, aku letgo jugak rasanya mur2...















NIKON D80

Kamera ni memang klasik laa.. tak pasti keluaran tahun berapa. Dah tak de dalam pasaran. Kamera ni aku beli lama sangat dah.. rasanya tahun 2009. Beli dengan pekerja kentin tempat aku kerja Rm600. Masa ni belum kaya lagi, so.. aku keluarkan duit Tabung Haji untuk bayar kamera ni. Selepas aku memiliki kamera ni, aku jadi minat ambik gambar dan belajar main DSLR dengan pakar2. Selepas aku beli Lens Nikkor 18mm-200mm, mutu gambar aku lagi sharp dan cantik. Masa ni laa aku mula berjinak dengan ambik gambar model2 dan majlis2 kahwin keluarga dan kawan2 terdekat. Aku juga jadi jurufoto sekolah yang mengambil gambar event2 penting. Hasil dia memang puas hatilah.. gambar2 yang aku ambik memang cun.. Aku pakai kamera ni sampai lunyai.. tak tahu aku berapa ratus ribu shutter count.. aku tak pernah check. Tapi.. bila aku beli kamera baru jenama NIKON D7100 pada tahun 2019.. aku mula abaikan kamera D80 buruk ni. Aku letak merata.. anak-anak duk buat main.. letak tempat tiris. Bila hujan, air tiris dari bumbung timpa kamera aku tu.. kesannya, kamera berkarat, screen LCD rosak, tak nampak paparan selepas ambik gambar, Motor lens rosak dan banyak kulat dalam lens kamera. Last kamera ni boleh guna masa aku ambik gambar boss aku bersara tahun lepas. Ngam-ngam dia rosak masa aku ambik gambar paling last boss aku naik kereta meninggalkan kawasan pejabat dengan melambai tangan. Shutter dia jeng.. tak turun sb karat dalam. Masa ni aku bawak 2 kamera, D7100 pun aku bawa. Bila aku bandingkan gambar antara D80 aku dengan gambar daripada kamera D7100.. aku lebih suka gambar dari kamera D80 aku.. jauh lebih baik. Aku menyesal abaikan kamera ni selepas aku beli D7100.

Aku dah serasi dengan D80.. maka aku cari dalam Mudah.Com untuk beli kamera model D80 yang baru untuk menggantikan model D80 aku yang rosak. Aku beli dengan orang Rawang Rm600. Dia bagi aku Lens 50mm dan satu speed light ( flash ). Kira murah dah ni. Aku main kamera ni, tapi memang tak boleh lawan kamera aku dulu.. lagi cantik gambar-gambar yang dulu. Itulah punca aku beli D800 sebab nak menandingi kualiti gambar D80 aku dulu.. sekarang aku dah miliki 5 kamera. Tetapi, aku tetap rindukan kamera first aku dulu.. aku menyesal abaikan dia. Aku ambik keputusan nak repair kamera tu. Bawa pegi kedai kamera dia check.. dia baiki asas jer iaitu shutter yang turun tapi tak naik..naik tu.. yang karat tu.. dan aku servis lens, buang fungus. Dia cakap.. upah repair jauh lebih mahal daripada kamera yang aku miliki.. adakah aku setuju nk repair? Ya.. aku setuju tak kira berapa harga sebab aku sayang kamera ni.. Dalam masa PKP tu, dia call aku cakap kamera dah siap tapi aku tak pergi ambik sebab akur dengan perintah kawalan pergerakan Covid 19. Dua hari sebelum raya.. aku pegi ambik sebab dah boleh pegi jauh masa PKPB.. kena RM680. Hari raya aku guna kamera lama aku ambik beberapa keping gambar anak bongsu aku.. Alhamdulillah.. walau tidak sehebat kualiti gambar masa dulu, tapi pic dia lebih baik daripada pic daripada kamera D800..

Konklusinya, kalau kita dah kahwin muda, Bini lama jangan cerai dan abaikan.. sayanglah bini lama sama seperti kita baru kahwin dulu..menyesal tiada guna selepas tu.. hahahahah.. kemah ritorik punnn.. byeee..