Wednesday 19 August 2015

BERBUDI KEPADA TANAH

Assalamualaikum...

Hari-hari minggu yang lepas, aku tidak banyak masa berkurung di rumah sebab banyak memenuhi jemputan raya jiran-jiran dan sahabat handai. (takdelah banyak sangat.. 5 hingga 6 buah je sehari) Minggu ni tamat sudah syawal, bermakna sudah tidak ada lagi majlis jamuan raya ataupun 'Open House'. Kesempatan ini bolehla aku terperap kat rumah sehari. Rehatkan fikiran dan minda serta memulihkan tenaga setelah semalam menghadiri beberapa buah rumah terbuka sedara, surau dan sahabat handai pada hari terakhir syawal.

Entri ni saja jer nak kongsi cerita. Lama sangat tak update blog, rasa rindu la pulak. Ceritalah apa ajer asal ada entri baharu. Hari ni nak cerita pasal Berbudi Kepada Tanah. Ye lah.. zaman kemelesetan ekonomi ni, kita mesti rajin berusaha untuk menstabilkan ekonomi kita sendiri.Buatlah apa sahaja asalkan dapat hasilnya. Orang rajin lebih berusaha, orang malas lebih berpeluk tubuh. Orang berusaha mengeluarkan product, orang berduit membeli product. Itu hukum dunia yang biasa terjadi di mana-mana.

Dulu.. masa dulu-dulu, kat depan rumah aku adalah tanah sekangkang kerengga. Akupun belilah satu anak pokok mangga tak tahu apa jenis kat Pasar Pagi Stadium Shah Alam. Harga RM10 sepokok. Alang-alang ada sedikit ruang, aku try laa letak anak mangga kot2 nak membesar dan berbuah. Tu pun terpaksa berkongsi dengan tiang eletrik.Tup..tup.. belum lagi pokok tu besar molek, dah keluarkan buah. Perghh.. hasil pertama tahun lepas, keluar dalam 10 biji. Oleh sebab buahnya terlalu rendah dengan tanah, budak-budak yang bermain-main kat tepi pokok tu telah petik buah tersebut. Hilang dua tiga biji di buang ke longkang. Dua bijik aku petik makan muda dan satu biji aku cencang taruk dalam budu.Namun begitu, sempat juga buah membesar dalam 4 biji yang kedudukannya tinggi sedikit. Dapatlaa rasa masak 2 biji, kemudian bahagi kat sedara 2 biji sama-sama rasa hasil pertama. Uikksss.. manisnya rasa. Buah mangga siku rupanya.. ingatkan mangga epal.

Tahun ni pokok tu berbuah lagi buat kali kedua. Ada laa lebih 2 biji daripada tahun lepas kuantiti buahnya. Pesan orang tua-tua.., kalau buah kayu kita bagi kat orang, akan berbuah lebat lagi lain kali. Aku pun bahagi-bahagilah kat jiran-jiran mana-mana yang bernasib baik sebab tak banyak. Harap-harap tahun depan lagi lebat berbuah, dan aku boleh kongsi dengan bukan sahaja jiran, bahkan kawan-kawan dan saudara mara.













Sekian sahaja cerita hamba.. terima kasih.. 

Wednesday 5 August 2015

MATDINGUNUNG FANTASY CHAMPION LEAGUE SUPER CUP




Mungkin pembaca tertanya-tanya, liga apakah ni? hebat sangat bunyinya..

Ni nak habaq mai kat hang mana yang tak tau.. Ni Liga Fantasy Premier League yang kaki-kaki bola dok main tu ... kita create team untuk main secara on line mengikut jadual perlawanan sebenar Liga EPL. Kita jadi pengurus yang jual beli pemain, kemudian tunggu untuk kutip mata. Main dengan kumpulan yang kita sertai sekiranya ada no kod yang diberi. Lebih meriah sekiranya kita main sesama geng yang kita kenali.. Lebih bertambah meriah kalau ada hadiah yang disediakan kepada pemenang.

Ok.. Liga Matdingunung Fantasy Champion League Super Cup ni aku create khusus teristimewa kepada rakan-rakan kenalan yang menjadi pembaca setia blog MatdinGunung yang secara tidak langsung merupakan kaki-kaki main Fantasy EPL.

Aku dengan rendah hati menaja satu Piala Pusingan yang hebat kepada pemenang keseluruhan Liga ini di akhir musim nanti. Sekiranya ada penaja atau diistilahkan sebagai 'penderma', mungkin hadiah-hadiah misteri lain juga turut admin dapat sediakan.


Ilustrasi.. model piala pusingan MatdinGunung Fantasy Champion League Super Cup


Rata-rata mereka yang menyertai Liga Fantasy Matdin Gunung Super Cup ni adalah manager-manager  berpengalaman yang semuanya pernah memegang rekod kecemerlangan tersendiri di samping ada beberapa muka baharu yang baru menceburi bidang Manager pada tahun ini. 

Pertama sekali MatdinGunung mengucapkan TAHNIAH kepada peserta liga MatdinGunung kerana berani menyahut cabaran di dalam Liga yang amat berprestij dan amat sukar ini. Dijangka persaingan akan lebih sengit kerana boleh dikatakan para peserta masing-masing mempunyai pengalaman mengurus sekurang-kurangnya tiga tahun.

Sebanyak 32 pasukan yang mendaftar untuk merebut hadiah Piala Pusingan yang disediakan penganjur yang mana nama pemenang akan dicetak pada piala tersebut untuk sesi 2015/2016. Peserta adalah terdiri daripada 3 kelompok besar iaitu daripada LIGA ANAK CUCU HJ CHE SOH, LIGA FANTASY PREMIER SMK SEAFIELD dan LIGA LAVENDARIAN SUPER CUP.


Antara manager yang mendaftar diri untuk bertarung dalam Liga MatdinGunung Fantasy Champion Super League

Ok.. sekarang admin perkenalkan manager seorang demi seorang..

MANAGER YANG HADIR DARIPADA LIGA ANOK CUCU HJ CHE SOH

1. MATDIN GUNUNG & MATDIN FC

    Managernya ialah Aku, MatdinGunung sendiri. Pengalaman mengurus sudah tiga musim. Pernah MENJUARAI Liga Fantasy Anok Cucu Hj Che Soh pada musim 2013/2014. Pada musim lepas menduduki tempat ke-4 Liga Anok Cucu dan Tempat ke-5 Liga Lavendarian Super Cup. Rekod point tertinggi ialah 116 mata pada sesi 2013/2014.


2.  KEMAH KEMING FG & BOKBONG BEKENG FC

    Managernya ialah Mizie Mancho. Pengalaman mengurus selama 4 musim. Rekod menjuarai team tidak ditemui. Dalam Liga Anok Cucu sekadar mencatat nama di kelompok Top Ten. Seorang manager yang tidak boleh dipandang mudah kerana bijak mencari peluang untuk memintas team lain.


3.  KULOP KIPIDAP & KULOP DON GIBAP

    Managernya ialan Phua Chu Kang  (PCK ). Pengalaman mengurus selama empat musim. Rekod menjuarai team tidak ditemui. Walau bagaimanapun, manager ini amat berbahaya dan perlu berhati-hati kerana pernah ketiga-tiga teamnya menduduki tempat kedua, ketiga dan keempat carta Anak Cucu Hj Che Soh pada musim lepas sebaik sahaja balik daripada menunaikan umrah.  


4.  SEK BEKENG SENGOTI & SEK KEKOH SENGOTI

    Managernya ialah Bai Mourinho. Seorang pensyarah yang memiliki pemikiran yang tajam. Season 2012/2013 menjuarai Liga Fantasy Anok Cucu Hj Che Soh dan memegang rekod peneraju carta yang paling lama dalam Liga Anak Cucu Hj Che Soh.


5. CAK KLEPUK KLEPA & CAK TUK WOH LANAS

    Managernya ialah Amer Ahmad. Admin Liga Anok Cucu Hj Che Soh. Rekod juara masih belum ada tetapi tidak boleh dipandang rendah kerana bijak mengatur strategi.


6.  MAK KAU HIJAU & AYAH KAU HIJAU

    Managernya ialah Mr.Kuwa Yamaha Kercak. Mamat ni walaupun yamaha kercak tetapi bijak mengurus. Berjaya merampas Carta Liga Anok Cucu Hj.Che Soh pada musim 2014/2015 pada hari akhir perlawanan liga seterusnya dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Liga Anok Cucu Hj.Che Soh pada musim lepas. Memegang rekod point tertinggi dalam Liga Anak Cucu pada season 2013/2014 iaitu 117 mata. Sehingga kini rekod itu masih belum dipecahkan. Maklumat menjuarai Liga lain tidak diperoleh tetapi pernah nampak hadiah fantasy dari group lain yang ditunjukkan melalui what apps.


7. LELOH FC & leeloh FC

   Managernya Pawie Ahmad. Nama team leloh FC sempena dengan penyakit lelah yang dihidapinya. Manager ini tidak boleh dipandang mudah kerana boleh mencabar di saat genting. Point tertinggi mingguan yang pernah dikutip ialah 116 mata pada minggu yang sama dengan Matdingunung memunggut point 116. Biasa menempatkan diri dalam kelompok top ten liga yang disertainya.


8.  KURUS KENKEK FC

    Managernya ialah Uncle San KB. Seorang pendatang baharu dalam Liga Anak Cucu dan tidak ada pengalaman mengurus. Dijangka menjadi 'lauk' di dalam liga MatdinGunung Fantasy Super Cup. Walau bagaimanapun, mungkin manager ni ada strategi lain dan sudah membuat persediaan rapi untuk bersaing di dalam liga yang paling kompotetif ini.


9. GST . FC

   Managernya Pesa Razak. Juga seorang pendatang baharu dalam Liga Anak Cucu dan tidak ada pengalaman mengurus. Turut dijangka menjadi 'lauk' di dalam liga MatdinGunung Fantasy Super Cup. Walau bagaimanapun, mungkin manager ni ada penasihat yang boleh menguggat manager-manager berpengalaman.


MANAGER YANG HADIR DARIPADA LIGA SMK SEAFIELD FANTASY LEAGUE

10. Mattas 84 & Mattas 6969

   Managernya ialah Mat Tasnim. Mempunyai pengalaman mengurus selama 2 musim. Pada musim lepas memegang title sebagai JUARA dalam liga SMK SEAFIELD FANTASY LEAGUE dan tempat KE-2 dalam Liga Anok Cucu Hj.Che Soh. Memegang rekod sebagai peneraju liga paling lama dalam Liga Anok Cucu Hj Che Soh sebelum berjaya dipintas oleh YAMAHA KERCAK pada hari terakhir perlawanan liga EPL musim lepas. Seorang manager yang sentiasa mengkaji pemain dan cukup berhati-hati dalam meletakkan captain untuk pemainnya. 


11. LAPORJONG & HANDALAN KORYO

   Pemilik kelab ini ialah Izwan. Merupakan kali kedua dijemput menyertai Liga Anak Cucu Hj Che Soh sama seperti Mattas. Pada sesi lepas, kedua-dua team ini berjaya menempatkan diri dalam keududukan Top Ten Liga Anak Cucu Hj Che Soh. Salah seorang manager yang agak kreatif dan tidak boleh dipandang mudah


12. ZRAIMI FC & ZRAIMI FA

   Managernya ialah En Zuraimi Zorro Jawa. Seorang manager yang masih cetek pengalaman tetapi kreatif. Bijak mengenal pasti pemain yang boleh memberi banyak mata walau tidak ternama. Pada musim lepas, menyertai liga yang langsung tidak mencabar, tetapi pada musim ini memilih liga MatdinGunung sebagai medan untuk menguji kehebatan untuk bersaing pada peringkat tertinggi.


MANAGER YANG HADIR DARIPADA LIGA LAVENDARIAN CHAMPION CUP

13. tetomoih dalam keliboq & CHEEROY FC


   Managernya ialah Jeddi D'Tokai. Rekod tertinggi menyandang Naib Johan dalam carta Liga Lavendarian musim 2014/2015. Kejayaan di liga lain yang turut disertai tidak ada maklumat. Manager ini sangat berpengalaman dan tidak boleh dibiarkan. Hampir setiap minggu point yang diperoleh begitu konsisten. Manager ni dijangka memberi saingan sengit dalam Liga MatdinGunung Super Cup pada musim ini.

14.  FAISAL BM

   Pemilik kelab ini ialah Faisal Shafei. Manager ini tidak boleh dipandang remeh kerana beliau bukan sahaja berpengalaman tetapi pernah memperoleh hadiah dalam beberapa liga yang disertai. Dalam Liga Lavendarian pada musim lepas, beliau memperoleh tempat ke-4 setelah beberapa minggu berjaya menerajui liga. Kedudukannya di persada Liga Lavendarian berjaya dipintas pada saat-saat akhir sebelum berakhirnya perlawanan yang terakhir EPL. Manager ini sangat bersedia untuk musim ini. Hampir setiap hari mengkaji pemain dan memantau kemasukan pemain baharu.


15.  Redkhais15

   Managernya ialah Khairul Mehboob. Manager ini kurang konsisten dan tidak terlalu bahaya. Walau bagaimanapun, pada saat-saat akhir kejohanan pada musim lepas, point yang diperoleh begitu konsisten dan mampu mengancam kedudukan mata manager lain.


16. JeNGkrenG's FC

  Managernya ialah P_dud's. Seorang manager yang masih mencari-cari rentak untuk mendapatkan point yang lebih. Kedudukan Teamnya pada musim lepas tidak pasti. Kemungkinan manager ini adalah muka baharu di dalam liga. Walau bagaimanapun, MatdinGunung mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA dan bersedialah untuk bertarung dengan manager-manager yang 'keras' di dalam liga ini.


17. Berkat94U23fc

  Managernya ialah Alid Khalid. seorang muka baharu di dalam liga Lavendarian Champion Super Cup. Kehebatannya masih samar dan kita sama-sama saksikanlah nanti. Selamat Maju Jaya


18. k.c dung fc

  Managernya zul-zul Amy. Kalau main badminton, sukar nak chalange mamat ni tetapi dalam mengurus liga Fantasy, kemampuannya masih belum menyerlah. Walau bagaimanapun, pada musim ini mungkin zul Amy mempunyai strategi tersendiri untuk menewaskan pencabar dan cuba untuk menakluk kedua-dua liga yang disertainya. Semoga Berjaya Zul Amy..


19. Kaki Bangku FC

   Managernya ialah Pojie. Manager ni rasanya pendatang baharu dalam liga Lavendarian. Masih belum berpengalaman. Harapan MatdinGunung agar beliau cepat belajar dengan otai terutamanya jiran sebelah rumahnya yang memang benar-benar otai agar team beliau tidak jauh ketinggalan.


20. HMN FC & Tranformers Fc

  Kelab ini dimiliki oleh Hamidi Mat Nor. Seorang rakan seperjuangan MatdinGunung yang selalu pergi tengok bola di stadium dengan Mat Din. Midi adalah pendatang baharu dalam Lipa Fantasy dan Liga MATDINGUNUNG SUPER CUP adalah Liga Pertama yang disertai. Walaupun baharu, Midi tidak boleh dipandang enteng kerana mamat ni memang hebat mengenal pasti player yang hebat. Pernah menduduki tempat 20 terbaik Liga Fantasy Piala Malaysia Astro pada 2 tahun lepas daripada beribu- ribu peserta. Hamidi dijangka tidak menghadapi masalah untuk bersaing dengan otai kerana memiliki aura dan ensteem yang hebat dalam memilih pemain dan seorang yang cukup teliti. 



OKEYLAH.. HANYA SETAKAT INI SAHAJA INFO TENTANG MANAGER-MANAGER HANDALAN YANG BAKAL BERTARUNG UNTUK MENGUKIR NAMA PADA PIALA PUSINGAN DALAM LIGA MATDINGUNUNG FANTASY CHAMPION LEAGUE SUPER CUP. LIGA YANG PALING KOMPOTETIF DI DUNIA. 

UNTUK MAKLUMAN.. BLOG INI AKAN DI UPDATE SENTIASA SETIAP KALI SELEPAS PERLAWANAN LIGA EPL MINGGUAN BERAKHIR AGAR PARA PESERTA DAPAT MENILAI KEDUDUKAN TEMPAT DAN POINT  MEREKA.

SEKIAN TERIMA KASIH... 
SELAMAT BERJUANG.. YOU ALL CAN DO IT..



PENERAJU LIGA MINGGU PERTAMA





Peneraju Liga Minggu Pertama merangkap pengumpul point tertinggi mingguan ( manager of the week )


Team :   Bodo Piang FC


Manager : Jessie Labi
Mata : 47

Manager Of The Week ( Game 1 )-Jessie Labi



PENERAJU LIGA MINGGU KEDUA




TEAM : MATTAS 6969


MANAGER : TASNIM
POINT MINGGUAN :63
POINT TERKUMPUL :99




The Best Manager Minggu Ke-2 (Hamidi Mat Nor )



  PENERAJU LIGA MINGGU KETIGA


TEAM : berkat94u23fc

MANAGER : alidkhalid
POINT MINGGUAN :68
POINT TERKUMPUL :150



THE BEST MANAGER THIS WEEK
  
The Best Manager Week 3 - Zul-Zul Amy


 PENERAJU LIGA MINGGU KE-EMPAT





TEAM : KeMah KeMinG fC

MANAGER : Pep Guardiola
POINT MINGGUAN :53
POINT TERKUMPUL :197


MANAGER OF THE WEEK

The Best Manager Week 4 -  Jobbot Ajobot


PENERAJU LIGA MINGGU KE-LIMA





TEAM : KeMah KeMinG fC


MANAGER : Pep Guardiola
POINT MINGGUAN :56
POINT TERKUMPUL :253

                        MANAGER OF THE WEEK




The Best Manager Week 5 -  BAI MOURINHO


NAME OF TEAM : SEK KEKOH SENGOTI
POINT : 58




PENERAJU LIGA MINGGU KE-ENAM





TEAM : KeMah KeMinG fC


MANAGER : Pep Guardiola
POINT MINGGUAN :57
POINT TERKUMPUL :306



                                                   

                       MANAGER OF THE WEEK



The Best Manager Week 6 -  ABG ZACK PROTON


NAME OF TEAM : CHEEROY FC
POINT : 68






PENERAJU LIGA MINGGU KE-TUJUH
( KONGSI POST )





TEAM : KeMah KeMinG fC
        Pep Gardiola


MANAGER : Cheerroy Fc
                                      ABG ZACK PROTON

POINT MINGGUAN :57

                                     :61

POINT TERKUMPUL : 348





                                           MANAGER OF THE WEEK



 The Best Manager Week 7 -  BAI MAURINHO


NAME OF TEAM : SEK KEKOH SENGOTI
POINT : 66





PENERAJU LIGA MINGGU KE-LAPAN



TEAM : KeMah KeMinG fC
 MANAGER : Pep Guardiola
                                      
POINT MINGGUAN :81
                                   
POINT TERKUMPUL : 425




MANAGER OF THE WEEK

 The Best Manager Week 8 -  PCK 999

NAME OF TEAM : KULOP KIPIDAP
POINT : 86


PENERAJU LIGA MINGGU KE-SEMBILAN


TEAM : KeMah KeMinG fC
 MANAGER : Pep Guardiola
POINT MINGGUAN :63
                                   
POINT TERKUMPUL : 484



MANAGER OF THE WEEK

 The Best Manager Week 9 -  FAISAL SHAFIEE ( JAI )

NAME OF TEAM : Faisal BM
POINT : 72



PENERAJU LIGA MINGGU KE-SEPULUH


TEAM : KeMah KeMinG fC
 MANAGER : Pep Guardiola
POINT MINGGUAN :45
                                   
POINT TERKUMPUL : 529


MANAGER OF THE WEEK

 The Best Manager Week 10 -  YAMAHA KERCAK 

TEAM NAME : MAK KAU HIJAU
POINT : 65


PENERAJU LIGA MINGGU KE-SEBELAS


TEAM : KeMah KeMinG fC
 MANAGER : Pep Guardiola
POINT MINGGUAN :70
                                   
POINT TERKUMPUL : 599



MANAGER OF THE WEEK

 The Best Manager Week 11 -  Uncle Sam KB 

TEAM NAME : KURUS KENGKEK FC
POINT : 88



PENERAJU LIGA MINGGU KE-DUA BELAS


TEAM : KeMah KeMinG fC
 MANAGER : Pep Guardiola
POINT MINGGUAN :48
                                   
POINT TERKUMPUL : 647




MANAGER OF THE WEEK




 The Best Manager Week 12 -  Pawie Ahmad 

TEAM NAME : LELOH 2 FC
POINT : 69




PENERAJU LIGA MINGGU KE-TIGA BELAS




TEAM : KeMah KeMinG fC
 MANAGER : Pep Guardiola
POINT MINGGUAN :54
                                   
POINT TERKUMPUL : 697




MANAGER OF THE WEEK



 The Best Manager Week 13 -  Khairul Shahrizat 

TEAM NAME : Redkhais 15
POINT : 73



PENERAJU LIGA MINGGU KE-EMPAT BELAS


TEAM : KeMah KeMinG fC
 MANAGER : Pep Guardiola
POINT MINGGUAN :48
                                   
POINT TERKUMPUL : 745





MANAGER OF THE WEEK

 The Best Manager Week 14 -  P-Dud's
TEAM NAME : JeNKrEnG's
Point : 83


PENERAJU LIGA MINGGU KE-LIMA BELAS
( Berubah High Post )


TEAM : berkat94u23fc
 MANAGER : alid khalid
                                POINT MINGGUAN :74                                
POINT TERKUMPUL : 802






MANAGER OF THE WEEK



 The Best Manager Week 15 -  Pojie
TEAM NAME : Kaki Bangku FC
Point : 95

PENERAJU LIGA MINGGU KE-ENAM BELAS


TEAM : berkat94u23fc
 MANAGER : alid khalid
POINT MINGGUAN :70
                                   
POINT TERKUMPUL : 872




MANAGER OF THE WEEK



 The Best Manager Week 16 -  Zul Zul Amy
TEAM NAME : K Cdung FC
Point : 85


PENERAJU LIGA MINGGU KE-TUJUH BELAS


TEAM : berkat94u23fc
 MANAGER : alid khalid
POINT MINGGUAN :91
                                   
POINT TERKUMPUL : 963



MANAGER OF THE WEEK


 The Best Manager Week 17 -  Zorro Melayu
TEAM NAME : Zraimi FA
Point : 104 ( New Record )

PENERAJU LIGA MINGGU KE-LAPAN BELAS


TEAM : berkat94u23fc
 MANAGER : alid khalid
POINT MINGGUAN :54
POINT TEKUMPUL : 1017
                                  
MANAGER OF THE WEEK


 The Best Manager Week 18 -  pesa razakk
TEAM NAME : GST FC
Point : 67


PENERAJU LIGA MINGGU KE-SEMBILAN BELAS


TEAM : berkat94u23fc
 MANAGER : alid khalid
POINT MINGGUAN : 56
POINT TERKUMPUL : 1073


MANAGER OF THE WEEK



 The Best Manager Week 19 -  Uncle Sam KB
TEAM NAME : Kurus Kengkek FC
Point : 80


PENERAJU LIGA MINGGU KE- 20


TEAM : berkat94u23fc
 MANAGER : alid khalid
POINT MINGGUAN : 33
POINT TERKUMPUL : 1106


MANAGER OF THE WEEK



 The Best Manager Week 20 -  Pep Guardiola
TEAM NAME : Kemah Keming FC
Point : 71


PENERAJU LIGA MINGGU KE- 21


TEAM : berkat94u23fc
 MANAGER : alid khalid
POINT MINGGUAN : 37
POINT TERKUMPUL : 1119


MANAGER OF THE WEEK



 The Best Manager Week 21 -  Pesa Razak/ Raimy Jawa
TEAM NAME : GST FC / Zraimy FC
Point : 54


Yeah.. lama admin tak update kedudukan carta mingguan liga disebabkan oleh kerosakan pada telefon admin. Apabila admin beli telefon baharu, sudah banyak minggu tertinggal untuk update, menyebabkan admin tak ada semangat lagi nak update minggu2 seterusnya. So.. main je laaa... sehingga berakhir liga.

Hari ni 15 May 2016, hari terakhir perlawanan Liga EPL untuk menamatkan 38 perlawanan secara keseluruhan. Hari ini juga merupakan debaran buat manager2  yang bermain Liga Fantasy dalam Liga MatdinGunung Fantasy Super Cup. Persaingan untuk merebut tempat 1, 2, 3 masih terbuka luas manakala persaingan untuk merebut tempat ke4, 5, 6, 7, 8, 9 dan 10 juga begitu sengit. Rata-rata manager mahu menamatkan permainan ini dengan membawa pasukan mereka masuk ke top 10 carta untuk kepuasan dan maruah diri. 

PERLAWANAN TERAKHIR EPL YANG MENENTUKAH KESAHIHAN MANAGER MANA YANG BERADA DI PUNCAK LIGA SETERUSNYA DINOBAT SEBAGAI MANAGER TERBAIK KESELURUHAN
Perlawanan terakhir liga amat mendebarkan. Banyak pasukan yang dijangka mendapat jaringan besar telah tertewas manakala ramai player pilihan tidak dapat menjaringkan gol. Hal ini menyebabkan banyak pasukan yang tidak berjaya 'naik haji'. Walaupun begitu, ada juga manager yang mempunyai otak pick up kerana dapat membaca strategi pengurus pasukan sebenar. Mereka mendapat point yang tinggi disebabkan berani membuat percaturan yang sukar dijangka oleh manager lain walaupun berisiko kerana boleh membunuh point pasukan.

KEPUTUSAN PENUH CARTA LIGA MATDINGUNUNG FANTASY SUPER CUP SETELAH MENGHARUNGI 38 PERLAWANAN IALAH : 

PERTAMA : CHEEROY FC ( Manager : Abg Zack Proton )
KEDUA      : KURUS KENGKEK FC ( Uncle Sam KB )
KETIGA    : KC DUNG FC ( Zul-Zul Amy )
KEEMPAT : LEELOH 2 FC ( Pawi Ahmad )
KELIMA   : KEMAH KEMING FC ( Pep Guirdola )

                   
KEPUTUSAN RASMI GAME TERAKHIR IAITU GAME KE-38 YANG TELAH MENENTUKAN PENERAJU SEBENAR LIGA FANTASY MATDINGUNUNG SUPER CUP

Admin mampu berada di tempat ke-enam carta liga. Walau bagaimanapun, hati admin puas kerana mampu bersaing untuk menempatkan diri dalam carta top 10 liga kerana sebelum ini pasukan admin berada jauh di bawah liga, iaitu antara  Liga Fantasy yang paling sukar di dunia.

Manager of the week minggu terakhir ialah HMN FC ( Hamidi Mat Noor ) dengan pungutan mata 76. 

Tamatnya persaingan liga beerti Abang Zack Proton berjaya dinobatkan sebagai Pengurus Terbaik Sepanjang Musim seterunya melayakkan beliau mendapat hadiah Piala Pusingan dan Piala Iringan yang ditawarkan oleh penaja iaitu MatdinGunung. Blogspot.Com. Tahniah! Abang Zeck.. majlis penyampaian hadiah akan dilakukan mengikut kesesuaian tarikh. 


                   
                          PIALA PUSINGAN INI MILIK MANAGER ABANG ZACK PROTON..
MANAGER TERBAIK SEPANJANG MUSIM 2015/2016

Rekod point tertinggi dimiliki oleh Manager Pep Guerdiola             ( Kemah Keming Fc ) iaitu 164 points pada minggu 34. Satu rekod yang amat sukar untuk dipecahkan selepas ini. 
                            
                                   POINT TERTINGGI DALAM LIGA MATDINGUNUNG FANTASY SUPER CUP