Tuesday 27 August 2019

SANTAI-SANTAI BERSAMA FAMILY

Assalamualaikum...

Hidup berkeluarga kita kena layan juga anak-anak dan isteri. Kebetulan tahun ni admin ada 2 orang anak yang nak mengadap exam.. Athir bakal berhadapan dengan UPSR manakala Aina akan bertarung denga PT3. So, masa mereka banyak dihabiskan dengan kelas tambahan dan tuisyen. Bini pula kurang bergerak sebab program laki dia hampir setiap minggu ada. Dah laa kerja penat nak kena perah otak, hari minggu terperap kat umah jaga anak, kemas rumah, masak dan layan anak-anak. Sekali sekala kalau bawa keluar santai-santai rasa refresh la jugak otak yang tersumbat tuh..

So, kesempatan hujung minggu baru ni, aku bernekad untuk bawa anak-anak dan isteri aku keluar dari rumah merasa makan kat luar secara natural. Program ad hoc yg dirancang secara spontan sb nk ganti slot yg sepatutnya aku ke Janda Baik utk aku tinjau tempat Family Day rakan2 sekerja, tapi tak jadi sb dah kena 'game' dengan owner resort tu.. so, aku buat la rancangan setinggan ni. Rancangan tanpa dirancang

Kalau pergi satu atau dua family tak best.. tak meriah.. so aku offer kat kawan2 terdekat dan sedara mara mana-mana yang nak follow aku punya program.  Biasanya sudah ramai orang tahu, kalau program yang admin anjur tidak pernah mengecewakan. Maka, ramai juga la yang berminat nak ikut. Tapi aku tidak open.. cuma pm tepi saja.. takut ramai sangat yang nak ikut susah nak bajet makanan. Lagipun tempat yang aku nak pergi ni bukan milik aku, atau aku sewa.. tapi kebun kawan punya boss yang terletak di Kalumpang Tanjung Malim. Ikut hati aku, nak ajak semua kawan2 yg rapat dgn aku dtg sini.. kawan tempat kerja, kawan sekolah dan ramai lg.. tp aku kena hormat tuan tanah sb ini bukan kebun milik aku. Tuan Pojer bagi kebenaran aku bawa family aku pun dah kira bersyukur.

Memang adat aku outdoor, aku tak suka bawa makanan masak kat rumah atau secara portluck macam pergi picnic, tapi aku lebih suka masak kat situ. Biar nampak sedikit adventure. Anak-anak pun seronok, dapat main masak-masak sambil mandi. Sebenarnya kat kebun ni sudah biasa sangat aku pergi terutamanya musim buah durian, yang menariknya, tempat ni ada serba serbi lengkap, ada pondok, ada kolam, ada sampan, ada sungai, ada pokok buah-buahan.. kebetulan pada masa aku pegi ni ada banyak buah rambutan, dokong dan pulasan, durian cuma tinggal yang hujung-hujung. Dah habis musim.




























Kali ini masakan aku cukup special.. kalau peminat makanan rare, amat rugi kalau tak join. Masakan ni amat rumit untuk disediakan. Sebab tu tak banyak kedai yang mampu menyediakan menu yang rare ni. Menu air asam Kuku, Hidung, Bibir dan telinga lembu amat rare dan klasik. Hanya tukang masak yang berumur mampu menyediakan.. yang muda-muda sudah tak mahu buat. Bahan ni adalah hasil daripada daging korban yang ditinggalkan oleh mereka yg tak mahu susahkan diri untuk memasaknya. Nak sediakan bahan ni memang cukup susah.. mula-mula nak kena bakar, kemudian kikis, kemudian ketuk buang kuku, kemudian hiris buang sisa-sisa bulu.. Kalau nak sediakan telinga dengan hidung juga mesti cukup teliti kerana najis-najis yang ada di dalamnya perlu dibersih sebersih-bersihnya.. Tapi, kalau pandai masak, semangkuk memang tak cukup dan mintak banyak lagi.. nk buat cukup lama tapi makannya cukup pantas


susah nak buat benda ni..lepas bakar nak kena kikis lepas kikis nak kena hiris


Proses penyediaan amat rumit dan leceh tetapi makan cukup sedap. Hanya mereka yang mahir seperti aku saja yang mampu lakukan







Goreng ikan buat lauk tambahan




Hanya tukang masak yang mahir macam aku mampu lakukan







Tengok pun dah kecur air liur.. apatah lagi merasa. Selalunya orang Kelantan saja yang minat masakan klasik ni.. sekarang kalau bukan orang Kelantan pun bertambah-tambah ceduk tambah..


Abe Alim Sator turut membantu menyediakan menu tambahan


Selingan.. sebelum makan nasi, makan durian dulu


Masing-masing tak sabar tunggu nasi siap




Cebok nasi dulu.. atur siap-siap






nak makan mesti beratur.. tak kira tua atau muda




Perghhh.. masak asam kuku, kaki, lidah, bibr, hidung dan telinga lembu.. Memang RARE. Hanya pakar yang mampu memasaknya


Menjamu selera


Tambah Jer.. jangan tak tambah.. rugi kalau tak tambah.. DinGunung tak buat sebarangan.. mungkin raya korban tahun depan pulak kalau nak jumpa




Abe Alim Sator.. ore sohor.. ore timbul.. ore kedebe.. pegang pangkat ayahnda





 Begitulah gambaran yang dapat aku berikan tentang keseronokan mengikuti program santai mantai yang aku anjurkan. So, lain kali kalau aku jemput, jangan cuba cari alasan untuk elakkan diri kemudian kata rugi tak pergi.. jangan kata aku tak ajak.. Ini baru permulaan atau intro family day.. akan ada 2 lagi bakal menyusul nanti.. i promise akan buat lebih hebat dan lebih meriah daripada ini.. Tapi bukan kat sini.. mungkin kat Janda Baik.. Sekian.. Wassalam


Bergambar kenangan sebelum balik

Friday 23 August 2019

XPDC MENAWAN TENGGIRI DI PINTU GEDUNG ANTARABANGSA INDONESIA


Bunyi tajuk cam ganas.. tapi hasilnya tak ganas langsung. Lepas aku balik Mancing di Pulau Kapas, seminggu kemudian iaitu sempena cuti umum pertabalan YDP Agong, aku anjur satu lagi XPDC mancing di Pintu Gedung dekat dengan sempadan  Indonesia.  Laluan dari Jeti Teluk Gong melalui Perairan Pulau Indah keluar melalui Pulau Ketam. Perjalanan dengan bot nelayan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai.



Jeti Pulau Indah.. singgah cari umpan


Kali ni aku pegi bersama 8 orang pemancing iaitu Aku DinGunung, MawaD, Jafny,  Mattas, Ardi, Supra, Hafiz dan kawan MawaD. Geng yang pegi ke Pulau Kapas tak dak  sorang pun follow sebab ni bukan group mereka, tapi group lain. Semangat betul puak2 ni.. kelengkapan dan persiapan telah dilakukan awal. Masa naik bot menuju ke destinasi, masing-masing keriangan menghayati pulau-pulau dan laut nan biru. Semakin ke tengah laut, Mattas mula risau sebab dia tak tahu pun aku rancang nak bawa dia ke tengah laut.. dia ingatkan nak mancing di sekitar pulau Ketam. Muka dia mula pucat dan tak senang duduk sebab dia fobia dengan laut. Dia kata setiap kali dia turun laut, kena pukul ribut. Dia asyik tanya bila nak sampai ke destinasi.


Awal-awal jejak kaki atas bot.. nampak sgt tak sabar nk labuhkan pancing 




Ceria muka masa dalam perjalanan ke muka gedung


Semasa dalam perjalanan, tak nampak lagi perubahan dalam kalangan pemancing.. bila dah sampai di pintu gedung satu, sauh mula dilabuhkan.. pemancing sudah mula memasang umpan. Supra orang pertama yang mabuk.. belum sangkut umpan pertama dah mabuk, dah terhoyong hayang.. dah merangkak ke sana ke mari.. macam mana nak mancing?. Tidak lama kemudian, giliran Mattas pulak yang tersandar, muka pucat dan berpeluh.. Diikuti oleh Ardi yang sudah mula rebah dan akhir sekali MawarD.. Raja pancing pun tuang... Tinggallah aku, Jafny dan Hafiz saja yang bertarung. Belum sempat umpan pertama dikutis ikan, dah ada suara yang ajak tekong balik masuk ke muara.. 



Yakkk.. mattas dah mula dahhh..

Bergelimpangan...


Ada yg merangkak.. 

Alhamdulillah.. berbekalkan pengalaman 5 tahun berturut-turut keluar mencandat.. DinGunung mampu bertahan


Lebih kurang 40 minit mencuba untuk menaikkan layaran, kerapu, jenahak, merah, tanda, tenggiri, ibu gelama, airback.. nampaknya tak ada tanda-tanda nak dapat hasil. Umpan udang hidup dan isi ikan kembung tak mahu dia.. lepas tu tekong bot angkat sauh dan balik semula masuk muara.. "kalau ramai yang mabuk, macam mana mahu mancing" katanya tekong bot. Uishhhh... kalau macam ni, mana boleh pergi mencandat sotong di perairan Terengganu yang alunnya cukup kuat. Kat laut belah barat, alunan tak kuat sebab terlindung dengan tanah besar Sumatra, pun dah pening2..mabuk2..

Balik la semula ke Pulau Ketam.. bazir masa beberapa jam main bot.. kul 1 petang barulah dapat mancing di tepi2 kelong orang di sekitar Pulau Ketam. Beberapa kali jugak laa tekong enjak bot dia sebab hasil takde. Tak banyak ikan yang dapat.. kalau pakai umpan umpun-umpun, mesti banyak dapat anak gelama, tapi pakai umpan isi ikan dengan udang hidup.. tak mahu ikan patuk. Tapi bukan tak ada langsung.. ada juga dalam kalangan kami yang berjaya bawa anak ikan Tanda, anak sembilang, dan grook.. maknanya ada lah jugak hasil tapi tak seberapa. Bagi aku, lebih kepada pergi bercuti makan angin merayau-rayau dengan bot nelayan. Seronok la juga layan kawan2 sambil makan2 kat atas bot. Kami bergerak pulang lebih kurang pukul 6 petang dan sampai semula di Jeti Telok Gong pukul 7.45 malam.

Itu saja catatan pengalaman aku mancing di muka pintu gedung, salah satu destinasi pemancing untuk menaikkan ikan yang lebih besar dan lebih banyak berbanding memancing di sekitar kelong Pulau Ketam yang sudah kepupusan spesis ikan akibat kerakusan nelayan haram yang menggunakan pukat kokok atau pukat tarik untuk mendapat hasil keuntungan yang cepat tetapi memusnahkan benih-benih ikan dan hidupan aquatik yang lain. untuk generasi pemancing yang akan datang.





Apa-apa pun.. aku tak minat mancing sebenarnya tapi aku sentiasa menjadi penganjur untuk kawan-kawan yang suka mancing tak kira di kelong atau di laut dalam. Saja seronok melihat kawan-kawan seronok dan release tension. Jumpa lagi di next destination memancing.. nak gi belah utara pulak lepaih ni..katanya kat belah Penang ada banyak ikan Sekian. .Assalamualaikumm