Thursday 29 November 2012

PABILA ANAK DI-PERAJA

Assalamualaikum.. hai, seronok budak-budak yang baru lepas menduduki SPM. Semalam (29.11.12) boleh dikatakan secara rasmi peperiksaan SPM telah berakhir apabila aku lihat ramai anak murid aku bila lepas subjek seni saling berpelukan dan ada yang menangis. Kalau masih berbaki pun cuma untuk subjek-subjek elektif sahaja yang hanya segelintir calon ambil. Bila lepas SPM macam ni maka budak-budak mulalah pasang impian untuk memasuki alam pekerjaan. Mereka sebenarnya tidak sabar-sabar untuk bekerja menikmati alam kebebasan dan mempunyai pendapatan sendiri. Oleh sebab terlalu ghairah untuk bekerja, mereka akan rembat apa saja peluang pekerjaan yang ada. Biasanya kalau musim-musim baru lepas SPM macam ni, kalau aku ke shopping complex di sekitar Subang Jaya seperti Pasar raya Mydin, Summit, Carefour, Subang Prade atau Sunway Piraymid, tentu akan berjumpa bekas-bekas pelajar aku yang baru lepas SPM jadi jurujual, pelayan restoran, kerja kat Pizza, MacD, KFC, Starbuck, Kopitiam, penjaga kaunter tiket panggung wayang dan sebagainya. Aku pernah terjumpa anak murid aku yang cantik molek sedang mengedarkan risalah promosi makanan Jepun kepada orang yang lalu lalang di hadapan restoran Tapayakki semasa aku membawa anak-anak pusing-pusing dalam sebuah pusat beli belah terkenal. Bila dia nampak aku, terus tutup muka dengan risalah tersebut. Aku senyum je lahh.. bukan nak hina pekerjaan yang dilakukan tetapi tidak ramai orang kita, muda-mudi kita yang sanggup kerja jenis macam tu. Kalau kerja pun tentu tak lama, belum lagi confirm dah cabut.Baguslah cari kerja, cari pengalaman, belajar-belajar cari pendapatan sendiri dan cuba berdikari.

Tapi ada juga budak yang tak boleh berdikari walau sudah bekerja. Contohnya anak kawan aku ni hah.. dah kerja tapi hari-hari mak dia kena pegi hantar kerja dan pegi jemput bila balik kerja. Siap bagi duit belanja lagi hari-hari macam nak pegi sekolah. Bukan sikit duit bekalnya, RM10 satu hari. Ye lah.. kat kantin sekolah RM5 dah macam-macam makanan boleh dibeli tapi bila kerja dalam pusat beli-belah, nasi campur pun dah RM8 untuk hanya dua jenis lauk. Air lagi... mana ada air harga RM1 dalam restoran kat pusat beli belah. Dalam sebulan kawan aku ni habis lebih kurang RM400 untuk bekal kerja anak dia, itu belum masuk minyak kenderaan pegi hantar dan pegi ambik. Pendapatan sebulan anak dia bersih RM850. perghhhh.. tolak bagi kali campur kira berapa je yang anak dia dapat. RM350 kot. Bila dapat gaji, anak dia terus rembat Samsung Galaxy Note II, Habis duit satu bulan bekerja, siap dia kena topup lagi. Last...last ..dia suruh anak dia berhenti kerja tunggu rumah.

Ni pula cerita pasal kakak aku, anak dia (anak saudara aku )yang baru lepas SPM cuba berdikarilah untuk mencari pendapatan sendiri. Anak dia ni mulahlah kerja kat restoran makanan segera. Biasalah kerja kat tempat macam tu, sebelum mula kerja mesti kena mop lantai dulu bersihkan persekitaran. Bila balik pula mesti sekali lagi kena kemas tempat dan mop lantai. Si kakak nga biras aku ni hari-hari pergi tengok dari jauh anak dia bekerja. Bila balik mengadu kat adik beradik tak tergamak tengok anak dia bekerja macam Indon, kena mop lantai.Sebulan dapat gaji terus blah. Hai.. nilah keadaan sekarang. Sebab tulah peluang pekerjaan dirembat oleh rakyat asing sebab mentaliti kita sendiri yang tak mahu bermula dari bawah dan tak mahu melihat zuriat sendiri rasa terhina.

Aku dulu pun sama macam orang lain. Belum lagi peperiksaan SPM bermula dah busy merancang dengan rakan sekolah untuk merantau meninggalkan kampung pedalaman ini untuk mencari pekerjaan di kota. Ada yang ingin ke Johor, ada yang ingin ke Singapura, ada yang merancang untuk bekerja di pusat Industri Prai dan ada juga yang merancang ke Ibu Kota Kuala Lumpur. Yang aku nampak ke Kuala Lumpur aje sebab mungkin terpengaruh dengan drama-drama dalam tv walaupun ramai kawan sekampung yang dah habis sekolah sedang membanting tulang memerah keringat membina bangunan pencakar langit di Singapura.. Terbayang di dalam kepala betapa indahnya Kuala Lumpur tempat yang tidak pernah aku pijak.

Sebaik saja aku tamat SPM tahun 1989 dulu, tanpa berfikir panjang aku terus ke Kuala Lumpur seorang diri   untuk mencari pekerjaan. Bermodalkan wang yang dikasi oleh ibu aku sabanyak RM150, aku naik bas dari Tanah Merah ke Hentian Putra PWTC. Sampai di Kuala Lumpur, aku disambut oleh abang aku yang bekerja di Kuala Selangor. Dia bawa aku tinggal rumah dia dalam dua tiga hari. Kemudian dia hantar aku masuk belajar di sekolah perkeranian iaitu Pusat Pengurusan Komputer Asia di Taman Batu, Gombak. Di sekolah itu, aku di tempatkan di asrama putera yang macam reban ayam. Duduk berhimpit-himpit dalam satu rumah flet yang dijadikan asrama. Belum panas punggung aku berada dalam asrama tu sebaik baru lepas daftar, wang aku RM50 sudah dirembat masa aku sedang menunaikan solat zuhor. Ntah toyol mana yang sanggup rembat aku punya wang. Nasib baik dalam kasut aku ada aku sorok RM50. Dalam poket baju ada lagi RM50. Yang toyol tu rembat adalah dalam beg duit yang aku letak RM50. Kalau aku letak semua wang aku dalam beg duit, alamatnya putih mata lah aku. Tu pun sebab mak aku nasihat sebelum aku berangkat ke Kuala Lumpur dulu supaya duit simpan asing-asing. Masa aku naik bas lagi duit tu aku dah asingkan iaitu dalam kasut RM50, dalam poket kanan RM50. dalam poket kiri RM50.

Tujuan aku datang ke Kuala Lumpur bukan untuk belajar tapi aku nak bekerja. Yang abang aku gatal tangan masukkan aku ke sekolah kerani tu apa hal? aku pun tak faham.. kerja kerani ni kerja orang pompuan. Setakat belajar komputer mikrosoft word tu baik tak payah. Oleh sebab tulah aku mula memberontak. Kelas masuk jarang-jarang je. Banyak ikut kawan aku buat kerja plumbing dan renovet rumah orang. Dia bayar aku RM20 satu hari. Lagi pun, semenjak aku duk di Taman Batu tu, kejap je aku buat kawan. Setiap hari kawan aku bertambah. Dua bulan kemudian, dengan rasminya aku telah diberhentikan di sekolah kerani tu sebab selalu tuang kelas. Bukan kecewa sebab diberhentikan, tetapi gembira. Lepas tu aku keluar dari asrama cabuk tu dan menyewa dengan rakan-rakan di Taman Greenwood.

Haa.. ni lah yang aku nak cerita ni. Beza budak dulu dengan budak sekarang. Berbalik cerita anak kawan aku dengan cerita anak kakak aku tadi, mereka tu tak boleh nak berdikari dan tak diberi peluang berdikari. Aku dulu, dengan bermodalkan RM150 + RM50 yang abang aku kasi, aku tak pernah minta duit tambahan dengan mak aku selepas tu. Sambil belajar aku kerja. Sambil kerja aku belajar. Dapat duit aku belanja. Habis duit aku pinjam dari kawan. Cukup bulan aku bayar. Baru gaji makan lazat. Hujung bulan aku merempat. Duit orang aku tak pernah sebat. Kerja pertama aku selepas SPM dan selepas aku diberhentikan  daripada sekolah kerani tu ialah CUCI TANDAS kat bangunan  MAS jalan Sultan Ismail Bukit Bintang dengan gaji RM450 sebulan. Walaupun aku orang muda, rakyat tempatan tetapi aku tidak pernah malu untuk melakukan kerja tu sebab aku betul-betul nak kerja dan nak berdikari. Lebih menyeronokkan, rakan setugas aku pun baik-baik. Kami sering berkongsi makanan yang dibawa. Akak-akak yang bawa bekal, aku juga tumpang sekaki. Staf-staf kat bangunan MAS pun tak pernah memandang rendah pada kerja aku. Mereka selalu belanja aku makan. Ada yang sanggup keluar makan dengan aku masa rehat tengah hari walau aku pakai baju Sri Aman Cleaner & Servis.

Kita kena bermula dari bawah barulah naik sikit-sikit. Kenal dulu erti susah baru senang untuk berdikari. Pengalaman tak hadir secara bergolek macam tu. Biasanya kalau kita mohon kerja, pengalaman kerja  itu penting. Nak dapat pengalaman, mesti kerja dulu. Ada kawan aku anak orang kaya. Mak ada syarikat catering, bapa pula kontraktor kelas C. Hidup dia sejak dari kecil sampai besar tak pernah susah. Makan lebih pada cukup. Pakaian yang berjenama. Aku selalu pinjam baju-baju dan seluar dia buat style. Tapi... ingin berdikari punya pasal, dia sanggup tinggalkan segala kemewahan dan kesenangan kemudian datang ke Kuala Lumpur dan tinggal di rumah sewa bersama aku. Yang aku respect dia, mamat tu tak pernah minta wang dengan ibu bapanya walaupun hidupnya di kota raya sangat tersepit terutamanya pada hujung bulan. Dia pernah 2 hari tak makan nasi sebab tak ada apa yang hendak dimasak dan dimakan. Aku tak heran sebab aku dah biasa menghadapi situasi begini. Tapi Cik Den ni memang aku tak sanggup tengok dia pegang perut yang berkeroncong menahan kelaparan. Bila kehidupan dia yang merempat sampai ke pengentahuan ayah dan ibunya di Kota Bharu, on the sport mak dan ayah dia datang ke Kuala Lumpur dengan Marcedez mewahnya untuk ambik dia bawa pulang. Tapi kawan aku tu tetap tak mahu pulang dan berkeras untuk terus tinggal berdikari dengan aku. Dia kata seronok hidup cara survival macam aku. Usaha..usaha..usaha.. baru dapat makan. Bukannya celik mata datang ke meja makan, kemudian buka saji kemudian makan makanan yang tersedia di bawah saji. Duduk rumah goyang kaki dapat makan. Nak wang minta aje terus dapat wang. Nak ke mana-mana ada driver yang tolong hantarkan. Cik Den ni dia tak heran dengan kekayaan ayah dia. Dia berazam nak bina kekayaan sendiri tanpa mengharapkan harta peninggalan ayah dan ibunya. Bagus betul sahabat aku tu, aku jadikan dia sebagai idola. Memang tetap pendirian mamat tu. Selepas ibu dan ayah dia puas pujuk tapi tak nak balik menyebabkan ibu dan ayah dia hampa lalu pulang dengan tangan kosong. Tapi sebelum dia pulang, dia tinggalkan 40 kilo beras, 1 tong minyak masak. 10 kilo gula, garam, bawang, tilam, dapur gas dengan tong gas sekali serta pelbagai barangan sampingan lain. Pergh... memang beruntung aku berkawan dengan mamat tu. dapat tumpang tuah dia.

Budak sekarang jangan harap nak hidup susah. Baru nak susah sikit dah call ibu bapa suruh hantar bantuan. Ibu ayah pula baru anak mula belajar nak berdikari, dah datang ambik bawa balik rumah. Anak nak apa-apa mintak aje, semua dikasinya. Lebih baik anak-anak ada kat depan mata daripada berada jauh di mata walaupun anak-anak dah besar panjang. Duduk terperap dalam bilik main Play Station. Saudara mara datang rumah buat derrrkk aje. Buat-buat tak perasan sebab sayang nak tinggal game. Anak-anak dah jadi anti sosial. Makan kat depan game, minum kat depan game, sembahyang jarang-jarang sebab game dah menjadi raja dalam diri dia. Ibu bapak pulak asyik beli CD Play station baru dengan harapan anak-anak bahagia. Sebab tu lah tubuh budak-budak sekarang naik bagai di pam-pam. Kecik-kecik dah jadi obesiti sebab tak banyak berlakunya pergerakan. Nak bersenam jauh sekali. Ni juga salah satu punca anak-anak liat nak tinggal mkat sekolah asrama. Sayang nak tinggal kemudahan yang ada. Zaman sekarang ni, anak-anak jadi raja. Ibu bapa jadi hamba. ikut...ikut...ikut...ikut... kehendak anak-anak.


Wednesday 21 November 2012

PETUA NAK TINGGAL RUMAH

Assalamualaikum... Entri ni sudah lama aku tulis cuma hari ni aku upgrade sikit untuk tatapan umum kerana isu yang aku ketengahkan ini releven dengan situasi semasa dan selamanya. Lagipun sekarang ni musim orang balik kampung, so.. sedikit sebanyak perlukan perkongsian nasihat agar kita tidak menerima musibah apabila kembali daripada percutian nanti. Bukankah saling mengingati itu satu amalan yang murni? 

Ok.. malam yang hening ni aku nak cerita pasal penigkatan kadar jenayah di Malaysia. Bila aku dok belek-belek surat khabar METRO dalam dua tiga bulan dan minggu kebelakangan ni, hampir setiap hari ada cerita-cerita jenayah. Hal ini sungguh mengerikan kita serta menjejaskan keamanan di negara kita. Walaupun data yang dikeluarkan oleh pihak polis Diraja Malaysia menunjukkan kes-kes jenayah di Malaysia ada penurunan, namun hakikat sebenar tidak begitu. Setiap hari tidak kurang daripada 50 hingga 100 kes jenayah berlaku bahkan mungkin lebih daripada itu. Penjenayah sekarang pulak semakin kompleks, sukar diramal siapa dan bagaimana jenayah dilakukan. Kalau dalam Ibu Pejabat Polis pun boleh dilakukan jenayah, inikan pulak di luar sana. Kalau dulu, kita tak pernah dengar ada mesin ATM dipecahkan, tapi sekarang kes pecah mesin ATM semakin menjadi-jadi walaupun mesin tersebut berada dalam kedai stesyen minyak dan dalam pasar raya yang ada pengawal keselamatan. Ada pulak mesin ATM yang dilarikan terus dari cawangan-cawangan bank. Selain itu, trend jenayah tebuk lubang dinding untuk mencuri pun sering berlaku. Walaupun di beberapa tempat telah diletakkan CCTV, namun penjenayah tidak takut kerana CCTV pun boleh diperdaya.

Kes bunuh, kes rogol, kes samun, culik, curi, rompak, pecah rumah, gaduh, ragut, pengedaran dadah, penyeludupan senjata api dan sebagainya sering saja berlaku dan terus berlaku. Walaupun pihak polis telah meningkatkan operasi untuk membanteras jenayah, namun dengan keanggotaan yang terhad menyebabkan kejadian jenayah sukar untuk dibendung. 

Dengan keadaan sebegini, maka kita sebagai rakyat negara ini berasa cukup terancam dan tidak selesa dengan situasi ini. Ke mana-mana kita pergi, seolah-olah bala sedang mengekori kita. Nak keluarkan wang di bank pun terasa takut, nak berjalan seorang diri pun berasa takut, nak biarkan anak-anak bermain di taman permainan pun tak sedap hati, nak bawa kereta pun rasa macam ada orang jahat yang cuba nak ambik peluang lakukan jenayah langgar samun. Nak keluar tinggal rumah pun rasa macam tak percaya dan macam-macam lagi rasanya yang menghantui diri kita. Sekarang ni kita tak boleh nak percaya kat sapa-sapa. Kadang-kadang orang yang alim dan perwatakan alim pun turut lakukan jenayah. Jiran sendiri pun ada juga yang ambik peluang untuk lakukan jenayah terhadap kita bahkan segelintir anggota polis sendiripun turut melakukan jenayah. Apatah lagi penjenayah yang kerjanya melakukan jenayah. Sudah tentu mereka ni tak ada perasaan peri kemanusiaan. Polis yang ada senjata api pun penjenayah boleh lagi samun mereka, inikan pula kita yang lemah dan tak punyai apa-apa. Rumah menteri dan wakil rakyat yang ada pengawal, CCTV, alarm canggih dan grill penuh rumah pun penjenayah boleh masuk samun. Rumah cina yang penuh dengan anjing garang pun penyamun turut boleh masuk. Apatah lagi rumah kita, mangga macam mana sekalipun kalau pencuri nak masuk tetap mereka dapat masuk. Begitu juga dengan kenderaan kita, kuncilah secanggih mana sekali pun, kalau pencuri kenderaan nak ambik, mereka boleh ambik bawa lari.  Tak ada apa yang selamat. Pendek kata, kita tawakkal sajalah. Berdoa minta dijauhkan Allah daripada dikhianati dan dilindungi daripada orang-orang yang ingin berbuat jahat kepada kita. 

Orang tua-tua dulu ada ajar, kalau nak tinggal rumah atau kenderaan bacalah BISMILLAHITAWAKALTUALALLAH..'' YA ALLAH YA TUHAN KU, AKU HAMBA YANG LEMAH, ENGKAU JAGALAH KESELAMATAN DIRI DAN KELAURGAKU DAN HARTA BENDAKU KERANA HANYA ENKAU YANG MAHA BERKUASA KE ATAS SEMUA MAKHLUK DI ATAS MUKA BUMI INI. HANYA PADA-MU AKU SERAHKAN SEGALA-GALANYA. AMINN!!". kunci rumah kemudian pergilah kemana-mana dengan tenang sama ada nak balik kampung atau nak pegi melancong. 'Twiet' kereta kemudian tinggallah untuk pergi berurusan. Berjalanlah ke mana-mana di muka bumi ini insya-Allah selamat. Tulah kunci segala kunci. Kalau berlaku juga, muhasabahlah diri. Kalau tahu ilmu pagar rumah dengan ayat-ayat suci pun bagus juga. Nanti pencuri yang masuk rumah kita tak dapat cari jalan keluar. Berenanglah dia di atas lantai rumah kita sehingga kita balik. Aku dulu ada hafal ayat-ayat yang dimaksudkan tapi dah lupa separuh ayatnya. Caranya, ambil teras kayu pokok asam jawa kemudian pacakkan setiap penjuru rumah sambil dibaca ayat-ayat suci. 

Satu lagi perkara yang kita sering terlepas pandang iaitu perbuatan khianat orang yang dengki dengan kita. Ada orang cemburu tengok orang lebih daripada dia. Ada orang jelous melihat kebahagiaan orang lain. Ada orang dengki dengan apa yang kita miliki. Jadi, mereka guna santau atau hantar jin untuk menghancurkan orang yang mereka cemburui. Kadang-kadang yang pakai tutup kepala tak nampak seurat rambutpun sanggup buat benda-benda macam ni. Kalau pergi kat pusat rawatan islam seperti Darul Syifa, pukul tiga pagi lagi orang sudah beratur panjang untuk mendapatkan rawatan bagi merawat perbuatan orang yang tak suka melihat kesenangan orang lain. Yang lebih malang, ada juga orang yang terkena santau sebab ada orang yang sekadar nak uji ilmu hitam yang dipelajari. Oleh sebab perbuatan menyantau orang tak termaktub dalam hukum kanun jenayah maka ramai penjenayah jenis ini terlepas daripada hukuman walaupun perbuatan mereka boleh membunuh orang lain. Maknanya, hidup kita di dunia ini sentiasa dibayangi oleh perkara-perkara yang kita perlu sentiasa beringat. Amalkan setiap kali selepas solat baca 4 Qul sebagai pendinding. Kita hanya mampu berikhtiar. Cubalah berbuat baik dengan semua orang dan sentiasa mohon perlindungan ALLAH.


Surat khabar yang aku baca hari-hari. Sarat dengan berita jenayah 
Kalau pasang cermin gelap JPJ saman, kalau tak pasang beginilah jadinya.

Taktik langgar belakang, lepas tu ambik kereta bawa lari

Ada kalanya penjenayah guna palam pencucuh untuk pecahkan cermin sisi untuk ambik tas tangan  wanita atau komputer riba yang diletakkan di kerusi penumpang.

Penjenayah sekarang sudah ramai yang memiliki pistol

data kejadian jenayah yang dikeluarkan oleh PDRM mengikut negeri tahun 2009-2011


Kenyataan yang menggerunkan masyarakat



ye ke?? kalau kenyataan ni ya, baguslah!

Friday 9 November 2012

SENI FOTOGRAFI

Hai... cuti sekolah sudah bermula. Nak pegi bercuti kat luar negara tak punyai banyak uwang.Nak pegi mendaki gunung cuaca pulak tak sesuai. Hujan manjang saban hari siap semua pakej termasuk ribut, kilat dan banjir. Nak balik kampung pun masih awal lagi. So, masa yang terluang begitu banyak ni aku menulis blog je laa. Cerita apa-apa yang terlintas di kepala.

Okeylah.. entri ni aku tak nak tulis pasal holiday sebab aku nak buat entri khusus cerita pasal percutian. Hari ni aku nak cerita pasal SENI FOTOGRAFI. Sebenarnya aku memang tak layak nak cerita pasal seni fotografi ni sebab aku hanya pandai suam-suam kuku saja bab-bab kamera dan ambik gambar ni. Aku bukanlah hardcore photographer yang sanggup berhujan, berpanas, meniarap, pikul tangga, dan ada yang sanggup bergadai nyawa semata-mata ingin mendapatkan pic yang baik dan menarik untuk memenuhi minat jurugambar yang penuh berseni ini. Aku cuma main tembak aje. Kalu gambar cantik tu kira nasib dan kebetulan aje. Walau bagaimanapun, aku tak nak bohong, sedikit ilmu pasal teknik dan penggunaan DSLR mesti ada dalam diri setiap photographer sekiranya ingin mendapatkan gambar yang sedikit cantik dan menarik. Mesti bijak mendapatkan sudut yang sesuai dan part mana yang harus di shoot. Anak murid aku ada seorang yang punyai DSLR yang mahal lagi canggih serta peralatan yang hampir lengkap sebab dia memang anak orang kaya, tapi gambar-gambar yang dia ambil 88.5% hancusss dan layak untuk di delate. Kalau simpan pun bikin full memory saja.

2 hari lepas, aku ada hantar 3 orang anak murid aku pergi berkursus mengendalikan DSLR selama 3 hari 2 malam kat hutan Hulu Langat. Banyak ilmu pasal fotografi yang dia dapat hasil daripada mengikuti kem tersebut. Mereka juga sangat berterima kasih pada aku sebab memilih mereka untuk program tersebut.Waaa. tahun depan mereka boleh jadi orang kanan aku untuk ajar ahli kelab fotografi yang baru.

Ok, berbalik kepada cerita seni fotografi ni, kat Malaysia pun memang berlambak yang pakar dalam bab-bab fotografi ni. Sebenarnya bab fotografi ni sudah pun aku ceritakan dalam entri yang lalu. Dalam blog otai fotografi pun banyak diceritakan tentang teknik menggunakan DSLR cuma pada entri ini, aku nak kongsi gambar-gambar hasil kerja ahli fotografi yang penuh berseni dan dalam setiap gambar yang berjaya dirakam mempunyai makna yang tersirat. Gambar-gambar ni aku kutip dari google saja. Bila dah masuk google kira itu hak umum sebab dah publish.


This is myself. Penggunaan lens telephoto. Lens ni sesuai untuk shoot dari jauh terutamanya masa hari sukan, ataupun kat padang bola atau untuk ambil gambar potret. Tapi harga dia mahal gila. Paling murahpun RM7000.

Penggunaan lens telephoto cukup memuaskan hati  berdasarkan hasil yang diperoleh. Gambar cukup tajam dan blur di belakang pun macam buat grafik


Penggunaan Makro Lens juga membuahkan hasil yang amat memuaskan hati. Tapi harga lens tu  walaupun pendek  boleh mencecah RM12,000.
Satu lagi kerja orang seni fotografi



  OKU pun boleh ambil gambar. Tak ada masalah pun



Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Ambik gambo gaya santai

Ni satu lagi ambik gambo gaya santai

Ambik gambar gaya seksi. Untuk 18SX aje

Satu lagi ambik gambo gaya seksi

Ni satu lagi ambik gambo gaya seksi untuk rakam orang seksi. Untuk tontonan 18SX
Ambik gambar gaya orang nak cepat mengadap tuhan
Tapi hasil seni mereka cukup mengagumkan
Ada orang sanggup panjat gunung semata-mata untuk ambik gambar saja. Dan hasilnya juga amat berbaloi dan berseni
Sangat mengagumkan hasil yang diperoleh

Penuh berseni dan tak ramai orang berpeluang untuk merakam situasi begini







Alahai.. cantiknyaa
Menggerunkan. Macam langit nak runtuh

    






Himpunan gambar-gambar yang penuh berseni dan cukup berseni. Mungkin bagi orang lain biasa saja, tapi bagi aku luar biasa. 












Bukan senang nak suruh begitu ramai orang berbogel untuk memenuhi kerja  seni orang gila seni  ( maaf kalau gambar ni tak senonoh )
Kerja Seni untuk tontonan 18SX






Comelnyaaa..






cun gilaaa








Gambar penuh muka bumi. Hanya seorang saja jurugambar dalam dunia yang boleh rakam gambar ni

Gambar-gambar yang aku tunjukkan ni mungkin hanya biasa-biasa saja bagi mereka yang tak minat fotografi. Tapi bagi mereka yang amat meminati bidang fotografi, sangat berkeinginan untuk memiliki hasil seperti ini setiap kali punat kamera mereka ditekan. Orang yang BOLEH ambik gambar dengan orang yang BIJAK ambik gambar memang suatu konsep yang berbeza. Semua orang boleh ambik gambar sebab dia cuma perlu tekan punat yang ada pada sesebuah kamera tapi orang yang bijak ambik gambar, semua gambar yang diambil adalah berkualiti dan sayang untuk dihapuskan atau di delete daripada memory card. Sebenarnya sangat banyak gambar menarik yang penuh berseni kita boleh google dari internet. Aku jadikan ustaz Azhar Idrus sebagai idola dan rujukan melalui laman blog beliau DIGITAL MUKMIN.

Aku cuma berada pada tahap orang yang boleh ambik gambar saja. Walaupun aku ada DSLR, tapi kamera kompak wajib kena ada sebab DSLR tidak sesuai untuk aktiviti lasak. Bawa naik gunung hanya menyeksakan kita memikulnya saja. Bawa pergi berkayak nanti jatuh dalam air rugi saja. Bawa pegi tengok bola nanti hujan susahkan kita untuk menyelamatkannya. Pendek kata, nak tak nak aku mesti beli kamera kompak seperti mana yang aku idamkan. 




Kamera DSLR kepunyaan aku
Ambik gambar BOSS aku, kira sharp la jugak tahap amatur
Ambik gambar anak murid aku sedang kawad. Siap ada bokeh lagi kat belakang

Salah seorang anak murid aku hasil diambil dari DSLR aku


Seorang lagi yang aku ambik gambar guna aku punya DSLR
Pelajar sedang kawad. Sharp and blur
Gambar ni baru je aku angkat. Pentadbir sekolah duk cara korporat

Ni satu lagi pose cara korporat
Ni pose cara apa ni? 

Ha..ha..ha.. sebenarnya petang tadi aku sudahpun beli kamera kompak yang aku idam-idamkan. Kamera yang dimaksudkan jenama CANON model D20 tahan lasak punya. Kalis air dan tahan gegar. Boleh ambil gambar dalam air. Kalau jatuh dalam lopak air still elok lagi. Kalau jatuh atas batu setakat ketinggian 5 meter masih tak ada apa cuma calar sikit aje.Dijamin tak pecah punya sebab kamera ni dicipta untuk tahan lasak. Kalau bawa pegi Rapid Shooting kat Taman Negara, kita tak perlu risau kamera masuk air. Kalau nak pegi stadium tengok bola masa hujan, tak payah sorok dalam baju kalau stadium tak de bumbung. Biarkan kamera tu kena hujan.Kalau nak pegi naik gunung, tak sakit bahu pikul kamera ni, sambil-sambil mendaki sambil ambik gambar. Tak payah susah-susah masuk sarung. Walau bagaimanapun, kualiti gambar kamera ni memang tak setanding DSLR. Tapi tak pe, senang dibawa ke mana-mana dan bila-bila masa. Masuk dalam poket saja macam telefon bimbit.


Ni lah kamera yang aku maksudkan. Sekarang sudah berada dalam gengaman
Objek pertama yang aku ambik guna kamera ni ialah Jurujual kamera ni kat kedai CANONdi Sunway Piraymid
Objek kedua yang aku ambik guna kamera ni ialah jurujual wanita (Amoi). Gambar masih tak cantik dan blur sebab aku masih dok eksplore cari dia punya titik koordinat. Malam ni aku akan baca buku panduan dan rujuk google, esok aku sudah pandai guna kamera ni dan hasil yang jauh lebih baik dari hari ini. 
 Okeylah, sampai sini dulu cerita pasal SENI FOTOGRAFI. Lain kali kita jumpa lagi. Akhir sekali aku minta ampun dan maaf sekiranya ada satu dua gambar yang tidak senonoh aku muatkan dalam entri ini. Anggaplah itu bukan mencarut tapi SENI FOTOGRAFI.