Friday 26 October 2012

SAMBUTAN AIDILADHA DI KAUTERS GURU USJ 6

Assalamualaikum.. Masuk tahun ni sudah 3 kali berturut-turut aku tak balik kampung masa raya haji. Biasanya pantang hari raya aku akan balik kampung walaupun terpaksa menempuhi perjalanan yang memakan masa melebihi 10 jam. Sejak dua menjak ni, rasa dah tak sanggup lagi untuk memandu lama-lama dok dalam kopkit kereta Honda City walaupun kereta tu baru je aku ambik. Nak balik kampung satu hal, nak datang sini pulak dua hari kemudian satu hal lagi. Mesti nak bertolak paling lewat pun pukul 2.30 pagi. Kalau lewat sikit alamatnya makan jem.Biasanya jem nak masuk bandar Raub dan Bentong aje. Selain tu,  Karak pun jem teruk. Pikir gi pikir mari, aku buat keputusan tak yah balik ah. Cuti 4 hari tak berbaloi nak balik, atas jalan saja sudah dua hari. Rumah sendiri satu hari, rumah bini satu hari.. eeee tak bebaloiii.  Lagi pun cuti sekolah bulan 12 nak balik lagi main banjir tahan jaring. Raya kat kuaters pun meriah juga. 

Tahun ni kuaters ada buat majlis Qurban sebanyak 3 ekor lembu. Tapi aku tengok lembu tu kurus-kurus aje. Lembu yang gemuk-gemuk mungkin dapat kat orang lain kot. Lembu bandar memang macam tu kot, tak ada padang ragut sebab semua padang ragut dah jadi kawasan perumahan dan binaan bangunan-bangunan kedai. Lembu yang dilepas dalam ladang kelapa sawit yang sihat sebab banyak makanan luar. Orang kampung bela lembu dia main lepas aje. Kadang-kadang aku pun muskil, lembu lepas yang makan tanaman orang layak ke dibuat qurban? ayah aku dulu ada bela lembu, bila lembu ayah aku terlepas tali hidung maka lembu tu akan merayau-rayau tak tentu arah ikut kumpulan lembu yang tuan dia biar macam tu. Kadang-kadang 3 hari cari pun tak jumpa lagi. Bila dah jumpa, nun... jauh beberapa kampung dia berada. Kadang-kadang bila jumpa ada kesan dicurah Asid (cuka getah ) kat atas belakang. Zalim betul manusia ni. Lembu mana dia tahu apa, bila dah terlepas mesti la akan masuk pagar orang atau tidur kat bawah rumah orang. Kok ye pun, halau saja lah, buat apa dituang cuka getah sampai buruk belakang lembu tu. Tapi aku rasa sekarang peragai curah cuka getah kat atas belakang lembu sudah tak ada kot. Tak tahulah pulak sebab lama aku tak duk kampung. Tapi sekarang kalau lembu lepas banyak yang hilang dicuri. Lembu pun dia sanggup curi. Ada yang pencuri tu sembelih dulu baru muat lori untuk dijual murah-murah. Ada juga pencuri yang mencuri lembu hanya beberapa anggota badan saja. Lembu tu masih bernyawa tapi anggota tak cukup sebab dicuri. Zalim betul manusia zaman sekarang. Dulu jarang sangat aku dengar ada orang curi lembu. Kalau lembu hilang merayau kat kampung lain itu biasa. Orang yang curi lembu ni biasanya kerja orang yang kacip pil kuda.

Kerja jahat ni mungkin dilakukan dua orang. Senang je dua ekor lembu jadi mangsa, orang nak qurban  sampai satu kampung pegang lembu sekor untuk disembelih masih lagi berhempas pulas.

ni yang jenis curi anggota badan lembu aje


Tapi harga lembu sekarang mahal gila. Kalau lembu caroler yang makan dedak logik kalau mahalpun sebab harga dedak lembu tinggi. Ni lembu kampung yang makan rumput dalam pagar orang pun mahal jugak harganya. Dulupun lembu lepas ni makan rumput dalam pagar orang juga. Aku dulu kalau quban satu bahagian cuma RM160.00 je, sekarang satu bahagian rm420.00. Bukan nak berkira, tapi nak bagitahu bahawa harga lembu yang makan rumput yang tak pernah naik harga pun sama mahal dengan lembu makan dedak. Kalau lembu besar lagilah mahal kan.. 

Agak-agak lembu ni berapa harga satu bahagian eh untuk qurban? mungkin mencecah ribu ringgit kot.
Apa lembu ni makan eh. mau satu tan sekali makan.
Lembu ni banyak jasa pada tuannya. Confirm tuan dia tak jual untuk dibuat qurban
Eh... meleret pulak cerita aku. Dah mula nak merapu, Padahal perkara sebenar yang aku nak cerita dalam entri ni ialah tentang suasana majlis ibadat qurban kat kuaters aku tinggal. Okeylah.. layan dulu gambar-gambar yang aku rakam masa kuaters aku buat ibadah kurban.
















Saturday 20 October 2012

KELANTAN MELENGKAPKAN MISI TREBLE

KELANTAN melabuhkan tirai Liga Malaysia 2012 dengan penuh bergaya apabila mengunguli gelaran treble pada musim ini. Skuad The Red Warriors merangkul trofi ketiga selepas menewaskan Pasukan Angkatan Tentera Malaysia 3-2 pada Final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi. ( pinjam kata-kata daripada akhbar Kosmo 21 oktober 2012 )




Ya! itulah hapan aku dan seluruh warga Kelantan untuk melihat pasukan kesayangan mereka menamatkan misinya dengan kejayaan demi kejayaan. Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan TAHNIAH kepada komando-komando The Red Warrior kerana berjaya menewaskan komando-komando pasukan The Gladiators. Sesungguhnya bermain selama 124 minit dalam keadaan padang licin di hadapan puluhan ribu penyokong bukan satu tugas yang mudah dan amat memenatkan. Memerlukan lebih 120% penggunaan tenaga. 

Sayabas diucapkan kepada kedua-dua pasukan kerana  menunjukkan satu permainan yang telah menghiburkan lebih 90,000 penonton. Sesungguhnya sepanjang aku melihat aksi di final, perlawanan pada malam tadi merupakan final terhebat yang pernah aku saksikan. Perlawanan yang sungguh-sungguh mendebarkan kerana pasukan kesayangan hamba sentiasa diasak dan terus diasak oleh pasukan ATM yang seolah-olah terdesak untuk memenangi perlawanan ini kerana mereka juga mempunyai misi tersendiri iaitu merangkul Piala Malaysia Pertama dalam sejarah pasukan mereka. Peluang yang hadir ini seboleh-bolehnya mereka tidak mahu lepaskan begitu sahaja.

Malas aku nak ulas pasal permainan malam tadi kerana aku percaya bermula daripada hari ini hingga dua tiga hari yang akan datang, semua akhbar-akahbar tempatan seperti Sinar Harian, Harian Metro, Kosmo, Utusan Malaysia, Berita Harian, Star, NST dan sebagainya melaporkan kehangatan perlawanan akhir antara Kelantan vs ATM. Laman-laman sosial seperti FB, Blog, Tweeter dan sebagainya juga turut memperihal berita yang sama. Oleh yang demikian, lebih baik aku ulas pasal diri aku ajelah sebab blog aku ni merupakan blog pribadi.

Memang aku sentiasa menyebut dalam ulasan-ulasan aku sebelum ni ( rujuk entri cerita pasal bola ) bahawa Stadium Shah Alam bukan stadium PUAKA buat pemain-pemain dan para penyokong Pasukan Kelantan. Banyak kemenangan yang telah mereka ukirkan di vanue ini. Tidak seperti di Stadium Nasional Bukit Jalil yang sentiasa memberi igauan ngeri buat penyokong dan pemain pasukan Kelantan. Kalau menang pun kat Stadium Nasional Bukit Jalil, permainan yang ditunjukkan cukup menghampakan ( rujuk entri Kami Datang Kami Sokong, Kami Pulang Membawa Kejayaan ). Aku pun tidak tahu puncanya kenapa Stadium Nasional Bukit Jalil tidak begitu serasi dengan pemain-pemain  pasukan Kelantan untuk mempamerkan permainan yang mantap setiap kali beraksi di stadium itu sejak dari tahun 2009 lagi.

Aku pergi ke stadium untuk menyokong pasukan kesayangku iaitu The Red Warrior seawal jam 4 petang lagi. Oleh sebab musim sekarang tidak menentu, maka aku tidak membawa DSLR kesayanganku bersama ke stadium. Oleh sebab itu juga maka tidak ada gambar yang boleh aku rakam untuk dijadikan kenangan dan koleksi peribadi  sama ada gambar bersama ahli Kelab Penyokong Keluarga Hj. Che Soh dan gambar-gambar telatah para penyokong Red Warrior yang sentiasa kreatif. Walaupun aku masuk dalam stadium lebih awal, tetapi malangnya semua tempat duduk sudah hampir penuh. Nasib baik aku tak bawa bena kata-kata semangat Kelab Penyokong Anak Cucu hj Che Soh sebab ruang untuk gantung bena amat terhad. Aku beserta ahli group aku seramai 10 orang cuba merayu kepada abang Polis untuk membuka sedikit ruang tambahan kepada kami tetapi dimarah olehnya. Memang tak ada hati budi abang polis ni. Di suruh kami cari tempat lain yang pada hakikatnya semuanya sudah padat. Ramai penyokong Kelantan yang kecewa sebab tak ada tempat duduk sedangkan kat luar sana masih berduyun-duyun penyokong The Red Warrior yang baru sampai. Kami berasak-asak mencari tempat duduk tetapi semuanya hampa. Dari satu pintu ke satu pintu semuanya kami cuba masuk tetapi penonton sangat padat sedangkan kat bahagian paling atas masih banyak kerusi yang kosong tetapi pintu masuknya dikunci. Pihak FAM membina zon penampan yang terlalu besar sedangkan tiket yang dikeluarkan untuk dijual sehingga 80,000 keping padahal penyokong pihak lawan sedikitpun tidak berisiko. Memang nyata pihak FAM nak aniaya penyokong-penyokong Kelantan kerana dari dulu sampai sekarang FAM begitu cemburu dengan kebangkitan pasukan Kelantan. Mereka sedia maklum bahawa setiap kali perlawanan akhir yang melibatkan pasukan Kelantan, lebih 70% tempat duduk dimonopoli oleh para penyokong Kelantan kerana semangat penyokong-penyokong Kelantan memang luar biasa. Mereka sanggup meredah perjalanan yang jauhnya beratus-ratus kilometer semata-mata ingin menyokong pasukan kesayangan mereka yang bermain tidak sampai 2 jam. 


Bena Kelab Penyokong Anok Cucu Hj. Che Soh
Para penyokong pasukan seteru yang sambut kedatangan kami di Shah Alam dulu dengan balingan batu dan kerusi pun, Kami aman duduk bersama di tempat kami lagi. Apatah lagi dengan penyokong pasukan ATM yang majoriti terdiri daripada rakyat Kelantan juga. Takkan kami nak bermusuhan. Untuk apa diadakan zon penampan???  Jahat sangat ke Penyokong pasukan kami??? bodoh!

Setelah puas merayu kepada pihak pengurusan stadium supaya dibuka zon penampan untuk menampung jumlah penonton yang semakin sesak tetapi tetap tak ada hati perut. Mereka sanggup melihat anak-anak kecil tersepit-sepit dan berhimpit-himpit bahkan ada yang kehilangan anak kecil demi memastikan misi FAM menganiaya penyokong Kelantan terlaksana sedangkan duit kami dengan pelahapnya mereka rembat dengan mengenakan bayaran harga tiket yang tinggi dan denda demi denda dikenakan kepada Kelanta FA walaupun kesalahan kecil saja yang telah dilakukan oleh segelitir penyokong yang bodoh. ( membaling botol plastik ). Kami tak ada pilihan, Aku dan ramai lagi penyokong Kelantan akhirnya mengalah dan duduk di kerusi kosong belakang pintu gol dalam hujan lebat. Ada anak-anak kecil yang terpaksa bermandi hujan bersama aku kerana keadaan memaksa. 

Secara kesimpulan, walaupun berpanas berhujan dan dianiaya oleh pihak FAM, kami tetap berpuas hati kerana pengorbanan kami dibayar oleh pemain-pemain pasukan Kelantan yang bermain bersungguh-sungguh dan amat menghiburkan. Yang paling penting, mereka menghadiahkan KEJUARAAN buat penyokong mereka yang cukup setia. Biarpun mereka tidak disokong oleh VVVVIP Malaysia dan FAM, tetapi di belakang mereka ada Sultan Kelantan, Tengku Mahkota Kelantan, Manteri Besar Kelantan dan seluruh rakyat Kelantan yang mendoakan kejayaan buat mereka.


Doa Pemimpin Tertinggi Kelantan
Doa Pemerintah Kelantah
Doa Seluruh Rakyat Kelantan
Akhirnya Pasukan Kelantan Berjaya Menamatkan Misi

Kepada penyokong Kelantan, aku ucapkan TAHNIAH kerana setia bersama pasukan kesayangan kita "sep kito jange pecoh". Pasukan ATM juga aku ucapkan SYABAS kerana melawan dan terus melawan " agi hidup agi ngelaban". Kepada penyokong yang meninggal semasa menonton perlawanan dan semasa dalam perjalanan untuk menonton perlawanan yang melibatkan pasukan kesayangan mereka, aku juga ucapkan TAKZIAH kepada keluarga mereka. Kepada Sathianathan (Abe Ya) , kalau dah tewas tak payah keluarkan kenyataan yang menunjukkan kita tidak profesional, cuba lagi tahun hadapan.

Sekian Terima Kasih. Sebelum mengundur diri, 
Layan dulu gambar-gambar sebelum perlawanan bola sepak Piala Malaysia 2012 


Kelengkapan aku sebelum turun ke Vanue perlawanan untuk menyokong pasukan kesayangan aku  menentang ATM
Salah seorang ahli kelab penyokong Anak Cucu Hj Che Soh  yang bangga  dengan  sumbangannya memenuhi  kantung  FAM

Ni Sorang lagi ahli kelab anak cucu hj. Che Soh yang memegang jawatan pembeli tiket untuk ahli kelab yang lain.
Ni juga antara ahli kelab anak cucu Hj Che Soh yang agak fanatik.


Ni  seorang lagi ahli kelab anak cucu Hj Che Soh yang hardcore la jgk. Begitu bangga sekali nampaknya menyumbang kepada FAM.
Kami tak lupa pesan Tok Guru Kami
Bola.. bola juga, tanggungjawab kami terhadap agama tetap diutamakan
Baru pukul 5 petang, stadium sudah padat

Harapan Penyokong akhirnya terlaksana. Bereh Bohh..

KAMI BANGGA MENJADI PENYOKONGMU KELANTAN
KAMI BANGGA MENJADI RAKYATMU KELANTAN   

Gambar-gambar kebanyakannya aku dapatkan dalam google




Monday 15 October 2012

LAGI PENGALAMAN UNTUK DIKONGSI

Ermmmm... penyakit aku ni susah nak tidur malam. Kalau aku tidur pukul 1 pagi tu dikira tidur awal la tu. Tidur dah la lewat tapi bangun awal pulak tu. Pukul 6 atau 6.30 dah ada dalam bilik mandi ambil wudhuk. Siang hari pula nak lelap mata setengah jam pun sikit punya payah. Dulu aku pernah ambik ubat tidur dengan seorang doktor, bila aku telan ubat tu, cuma rasa mengantuk je yang datang tapi tak juga tidur. Last..last aku tak peduli, kalau nak tidur pun tidurlah. Kalau tak nak lelap biarlah. Punca aku sukar tidur ni kesan aku kerja kilang yang ada shift. Masa belajar kat universiti dulu aku dah kurang tidur sebab banyak main-main dengan geng rumah sewa. Bila habis belajar, aku kerja kilang buat sementara. Kilang tu ada dua shift iaitu shift siang dan shift malam. Shift malam bermula pukul 8 malam hingga pukul 5 pagi.Balik dari kerja, aku kena hantar bini aku pegi kerja pulak kat Petaling Jaya. Balik dari hantar bini dah pukul 9 pagi. Mandi, makan rehat sekejap, barulah aku tidur. Bini jadi cikgu, kerjanya cuma setengah hari. Jadi pukul 12.30 tengah hari aku kena bangun pergi jemput bini pulak.Hantar bini dari Desa Serdang ke Jalan 227 Petaling Jaya sejauh 26km bukan dengan kereta, tapi bergadai nyawa pegi dengan Yamaha Kapcai aje sebab hanya kenderaan itu saja yang aku ada.
Motor macam nilah kenderaan rasmi aku pergi hantar dan ambik bini dari tempat kerja  setiap hari sekolah

 Sampai rumah dalam pukul 2.30 petang. Lepas makan tengah hari, sambung tidur sikit lagi sampai pukul 4. Lepas tu tak tidur dah la. Satu hari purata aku tidur cuma 4 jam. Kadang-kadang aku kerja sampai 2 hari terus menerus kalau public holiday sebab nak kejar bayaran tiga kali ganda (Triple pay ). 8 Pagi sampai 8 malam. teruskan satu shift lagi sampai 8 pagi. teruskan lagi sampai 8 malam pulak. Begitu tamaknya aku cari duit, waktu rehat pun tak dipedulikan. Bila aku tidur? waktu sebahyang. aku tidur sekejap kat surau. tu je lah. Oleh sebab aku terpaksa hantar bini aku pegi kerja dan jemput dia bila balik kerja, maka aku kerja banyak shift malam ( boleh swept dengan kawan ). Kalau hari sekolah cuti, bolehlah aku buat kerja over time (OT) dari pukul 8 malam sampai pukul 8 pagi esoknya. Dapat tiga jam OT. Satu jam dibayar RM3.00 saja. Tiga jam sama dengan RM9.00. Sebagai Asisten Mesin Operator, gaji pokok aku cuma RM600.00. Banyak-banyak dok kejar buat OT dalam sebulan aku cuma dapat kumpul RM1200.00 termasuk gaji pokok. Sebanyak tu gaji yang dapat hampir setiap hari buat OT. Maknanya aku masuk kerja pukul 5 petang, keluar pukul 5 pagi. 12 jam kerja satu hari termasuk hari minggu dan public holiday cuma sebanyak tu je yang dapat.Syukurlah.. 

Bini aku pulak baru mengajar, 6 bulan tak masuk gaji.Jadi, kenalah berjimat cermat. Masa tu baru saja kahwin. Tak ada apa benda dalam rumah sewa. Yang ada cuma satu tilam TOTO hadiah perkahwinan dan satu bantal. Dapur gas jenama WING dari Giant ada la satu, lepas tu kakak ipar aku bagi satu dinner set dan satu bijik cerek air.Masa PIALA EURO 2000 aku terpaksa beli televisyen walaupun tak mampu sebab nak juga tengok bola dengan selesa sikit kat rumah. Oleh itu aku ambik secara hutang kat Court Memoth Kajang. TV jenama JVC 21 inci bayar ansur 24 bulan. Tak ada rak TV, cuma susun surat khabar bagi tinggi buat lapik. Bila bini dah mula dapat gaji, akupun slow sikit buat OT sebab tak berbaloi. Gaji bini masa tu taklah tinggi sangat tapi banyak membantu. Boleh lah beli barang sikit-sikit. Gaji bini yang mula-mula dapat banyak sikit sebab dibayar sekali dengan tunggakan 6 bulan, jadi duit gaji sulong tu aku beli peti ais, tilam, almari TV dan sedikit pinggan mangkuk. Kemudian beli pulak mesin basuh dan periuk eletrik. Tidak lama kemudian, bini aku bersalin anak pertama. Seminggu selepas bersalin, rezeki anak, aku mendapat tawaran masuk ke IB untuk buat KPLI.

Oleh sebab itu, dengan rasminya aku berhenti kerja setelah setahun lebih berkhidmat di kilang NSK kat Balakong sebagai  Asistant Machine Operator. Masa berhenti kerja nilah aku kembali mengalami kesempitan hidup kerana cuma harapkan gaji bini semata-mata. Bila dah dapat anak, maka banyak keperluan nak kena sediakan antaranya susu anak, pampers anak, bayaran pengasuh, belanja rawatan anak di klinik, rumah sewa, bayar bil api, air, hutang Courth, makan, minum, dan sebagainya. Dengan gaji bini aku lebih kurang RM1400 sebulan memang tidak cukup. Tu nasib baik aku masih pakai motor cabuk tu lagi. Tak de nak berlagak-lagak. Anak sakit demam aku hantar dengan motor tu lah ke mana-mana hospital untuk mendapatkan rawatan. Bila balik kampung sekali-sekala terutamanya hari raya dan cuti sekolah, kereta api lah pengangkutan rasmi aku. Tak de nak tumpang kereta adik beradik. Malas nak susahkan orang lain. Semuanya aku suami isteri berdikari sendiri.Dah susah buat cara susah. Tak payah nak berlagak kaya. Bila anak semakin membesar, lagi bertambah perbelanjaan. Maka lagi tersepit hidup aku. Sampai satu tahap, runner Court datang nak tarik TV JVC aku sebab dah 3 bulan ansuran tak bayar. Tapi, yang kelakarnya, runner tu datang tak tarik pun TV tu walaupun aku suruh dia ambik saja. Dia kata tak tergamak nak tarik sebab anak sulong aku sedang khusyuk tengok TV masa tu. Mamat tu siap offer kerja lagi kat aku suruh aku buat kerja sampingan kat kedai makan kawan dia untuk mencari duit lebih.Waa.. baik juga hati penarik TV ni. Nampak muka bengis je. Untuk menambahkan pendapatan, aku berniaga nasi lemak secara kecil-kecilan. Aku buat nasi lemak, kemudian anak buah aku yang sedang belajar kat UPM datang ambik petang-petang pegi jaja kat kolej-kolej kediaman.Dapatlah untung sikit buat menampung perbelanjaan.

Bila aku dah mula mengajar, sikit-sikit hidup mula berubah. Tak delah susah seperti dulu. Aku soal susah tak jadi masalah sebab dah biasa hidup susah, tapi kasihan kat anak la. Dia baru je kenal dunia, tak de pengalaman hidup susah.Biar aku hidup susah tapi anak tunggal aku tu aku peRAJA. Setiap kali pegi pasar malam, 2 hingga 3 keping CD Ultraman aku beli untuk dia. Pakaian dia pun mahal-mahal ada jenama la sikit.

Gaji pertama aku kerja sebagai cikgu, aku bayar muka kereta WIRA AEROBACK 1.3cc. Bila dah ada kereta, selesa la sikit hidup tu. Nak ke mana-mana dah tak kena panas dan hujan lagi. Sebelum ni asyik cari jambatan je setiap kali hujan untuk berlindung. Nak balik kampung pun dah tak payah bersesak-sesak dalam kereta api lagi.

Okeylah... moral daripada pendedahan berani aku ni ialah berdikit-dikit untuk mencari kesenangan bermula daripada bawah. Cuba berdikari sendiri untuk hidup tanpa meminta-minta. Tak payah susahkan orang kalau kita punyai daya. Kena terima hakikat, kita ni tak setanding dengan orang. Bersyukur dengan apa yang ada. Tak payah nak berhutang kalau kita berhutang sekadar nak tunjuk kat orang kita ni tak miskin. Ukur baju di badan sendiri. Kena kerja keras untuk hidup senang. Kalau kita susah, masih ada orang lain yang lagi susah daripada kita. Kalau kita ada secubit, jangan kita belanja sampai segenggam.

Saturday 13 October 2012

SEMUANYA IDAMAN KALBU

Aku ni dok pening sebenarnya. Ceritanya begini, aku sangat berminat untuk memiliki sebuah kamera kompak yang tahan lasak. Maknanya kalau kamera tu jatuh dari pokok pun still masih elok. Kalau terjatuh dalam air pun masih boleh digunakan. Tak perlu hantar kedai untuk servis.Tapi kualiti gambar macam DSLR. Tujuan aku nak cari kamera ni supaya menjadi teman setia aku sekiranya aku masuk hutan, mendaki gunung, menjaring ikan kat laut atau kat sungai, peRgi untuk melakukan aktiviti off road sama ada naik 4WD atau mountain bike ataupun masa aku pegi menonton bola kat stadium.Tak nak lah aku pikul DSLR yang berat dan sensitif untuk aktiviti lasak.DSLR tu sesuai untuk ambik gambar orang kahwin atau model-model atau majlis-majlis rasmi. 

Setelah aku tanya pakar-pakar kamera termasuk kawan aku Ad-Hadi, ada tiga model kamera yang menepati cita rasaku telah dicadangkan. Ketiga-tiga model ini punyai kelebihan tersendiri. Nilah punca yang membuatkan aku pening ni. Nak pilih yang mana satu. 

                                                   


          1. Kamera OLYMPUS model PG1(RM1300.00)
Kamera ni memang sangat menepati cita rasaku dari segi bentuk dan fungsi-fungsinya. Cantik, nampak lasak dan warna yang menarik. Tahan gegaran. Kalau jatuh dari ketingguian 2 meter tak menjadi masalah  (shockproof). Kalau rendam dalam air pun tak menjadi masalah (waterproof). Ada HD video, Ada GPS dan macam-macam lagi. Tapi yang tak sedapnya, kawan aku kata kamera ni cepat rosak. Jenama dia bukan pilihan kaki-kaki fotografi.

                  2 . Kamera Nikon Coolpix Model 100

Tengok kepada corak warna pada badan perghhh.. kecur air liur. Nampak lasak ala-ala komando tapi design dia simple aje. Nipis dan ringan. Senang masuk poket. Fungsi-fungsinya pun lebih kurang sama macam kamera di atas. Harga murah sikit daripada kamera di atas, tapi masih melebihi RM1000.Ad-Hadi syorkan aku pakai yang ni sebab otai-otai fotografi kata kamera ni tak ada masalah. Gambar cantik dan terang. Sesuai bawa ke mana-mana aktiviti off road terutamanya masuk hutan atau mendaki gunung. Kalau hujan dalam perjalanan, tak perlu nak risau cari plastik untuk lindunginya sebab dia dicipta untuk kalis air. Kalau kita tersemban jatuh ke tanah semasa aktiviti bersama kamera ni, dia tak pecah dan tahan lasak Kalau tersesat dalam hutan semasa melakukan aktiviti jungle treking, tak payah guna kompas untuk cari jalan keluar sebaliknya guna saja GPS yang merupakan salah satu fungsi penting yang dimiliki..Kalau kita pegi menonton bola sepak, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya, kita masih lagi boleh gunakan kamera ini untuk ambil gambar pemain.Tapi bagi aku kamera ni terlalu simple walaupun kelebihan-kelebihan yang dimiliki begitu menyakinkan.3. 

Kamera jenama CANON Power shot model D20 (RM1299.00)

 Kamera ni nampak futuristik sikit. Lagipun kamera ni memang lasak sebab dia dicipta untuk bersaing dengan dua kamera yang aku huraikan di atas. Kamera ni aku telah uji dari segi fungsi kat kedai CANON di Sunway Piraymid. Memang canggih sama seperti di atas. Ada GPS, Ada kamera video HD, Shockproof, Waterproofing dan menepati semua ciri-ciri yang aku cari. Kelemahan kamera ni sikit saja iaitu saiz dia agak besar. Gambar dia memang top. Wide angle 28mm sesuai untuk ambil gambar pemandangan. Makro lens pun boleh buat. Kalau ambik gambar jari dari jarak dekat, memang jelas nampak liang-liang roma. Memang perfect la kamera ni.

Haa.. itulah yang membuatkan aku pening nak pilih. Ketiga-tiganya ada kelebihan tersendiri dan ketiga-tiganya aku suka. Tapi aku perlu membuat pilihan satu je.Dari segi bentuk aku suka yang no 1. dari segi corak luar aku suka yang no 2. Dari segi kualiti gambar aku suka yang no 3. Hai pening..pening..

Satu lagi benda yang menjadi tarik minat aku ialah TELEFON BIMBIT yang tahan lasak. Telefon yang aku maksudkan tak perlu ada GPS, tak perlu ada kamera dan kamera video, tak perlu ada internet dan tak perlu canggih. Yang aku perlu cuma Shockproof dan waterproof. 

Haa.. nilah rupa telefon bimbit yang aku cari-cari. Ciri-ciri yang aku suka semuanya ada pada telefon ni. Kalau dipijak dengan pajero tak pecah katanya. 

Ada satu lagi yang barang yang menjadi idaman aku tapi yang ni modal besar sikit sedangkan penggunaannya tak seberapa. Kalau boleh dapat memang puas hatilah.Kalau ada duit tersepak memang boleh beli. Tapi kalau ada duit sekadar cukup makan baik tak payah memilikinya.Tapi apapun benda ni memang aku minat. Barang yang aku maksudkan ialah Lens Kamera NIKKOR 18mm-300mm. Harganya mencecah RM3500.00. Kalau aku masuk hutan tiba-tiba terjumpa emas seketul. Aku jual emas tu kemudian 5% daripada hasil jualan emas tu aku akan belikan Lens ni. Ha..ha.ha.. maknanya kalau betul-betul aku ada duit lebih barulah aku akan memiliki barang ni.


Ni benda terakhir yang menjadi idaman ku iaitu KENDERAAN UNTUK AKU MELAKUKAN AKTIVITI OFF ROAD. Kenderaan ni memang aku minat gila tapi tak relevan aku memakainya sebab kerja aku bukan dalam hutan tapi dalam bandar. Satu lagi, kenderaan ni memerlukan penjagaan rapi serta perlu sentiasa ada penambahbaikan.Kalau ada duit lebih bolehlah beli. Tapi masalahnya aku bukan orang kaya cuma cukup makan pakai je. Biarlah apa yang aku minat ni menjadi impian saja. Mana tahu suatu hari nanti tak disangka-sangka akhirnya benda ni aku miliki juga.

Kamera dan Telefon seperti di atas aku akan cuba dapatkan dalam jangka masa terdekat. manakala dua barang lagi iaitu Lens Panjang dan Jeep aku akan dapatkan bila aku ada duit lebih. Insya-Allah.

Wednesday 10 October 2012

ANGANKU MUSNAH


Pejam celik..pejam celik..pusing kanan..pusing kiri..  tak nak juga lelap-lelap. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam tapi mata tak mau tidur. Puas dicuba untuk memujuk mata ini supaya lena tapi tak berdaya. Tiba..tiba.. aku teringat satu artikel yang aku karang siang tadi semasa sedang mengawas seorang calon PMR. Sambil mengawas sambil berkarya. Maklumlah mengawas hanya seorang calon yang terpaksa dikuarantin sebab terkena penyakit chikenpop, tak kan dia nak meniru. Lagipun aku berada betul-betul di hadapan dia. Puas aku cari baju kerja yang aku pakai tadi tapi tak berjumpa. Seingat aku, baju tu aku sangkut kat tombol pintu bilik solat. Di dalam poket baju tersebut ada 3 helai kertas yang sepatutnya menjadi helaian tambahan kepada calon tersebut, tapi telah digunakan oleh aku menulis satu artikel baek punya untuk dimuatkan dalam blog aku yang mana ideanya hadir secara spontan.

Cari punya cari punya cari punya cari.. tiba-tiba terjumpalah baju aku tu di dalam mesin basuh. Wah.. aku dah rasa tak sedap hati. Memang aku yakin bahawa idea spontan aku hampir 2 jam mengarang hancur berkecai dimesin oleh bini aku. Ya! memang tepat telahan hati naluriku, memang bersepai di dalam mesin basuh bersama segumpal kain baju yang lain. Idea aku sudah tidak dapat diselamatkan. Bini aku kalau dia nak basuh kain baju, ada kalanya dia seluk segala poket-poket. Ada kalanya dia terus humban saja dalam mesin basuh. Sudah beberapa kali beg duit aku dan segala isi-isinya dibasuh oleh bini aku.Telefon bimbit anak sulung aku juga pernah dibasuhnya. Sampai sekarang anak sulung aku tak punya telefon bimbit. Pen drive aku dua kali kena basuh.Remote kunci kereta sekali kena basuh.Pen aku, duit kertas aku, duit syiling aku, tisu yang ada dalam poket seluar aku semuanya selalu dibasuh oleh bini aku dengan washing machinenya
Adoiii.. buang masa aku menulis selama 1 jam setengah untuk 5 muka surat. Nak tulis balik memang dah tak ingat sebab biasanya aku menulis apabila idea itu datang secara tiba-tiba.Takpelah.. nak buat macam mana. Tragedi dah berlaku. Tak boleh buat apa lagi. Okeylah..Aku cerita jelah apa-apa malam ni sementara menunggu mata megantuk.
Dah lama benar rasanya aku tak naik gunung. Rindu sangat aku pada kedamaian, kedinginan dan ketenangan di puncak gunung. Baru-baru ni ada la member aku offer join group dia panjat gunung Berembun di Jertih Terengganu. Aku dah setuju nak follow, tapi ntah macam mana senyap je. Entah jadi entahkan tidak. Aku pun tak telefon dia follow up. Blog aku ni yang pada asalnya aku khaskan untuk memuatkan laporan aktiviti aku mendaki saja. Tapi, oleh sebab aktiviti mendaki aku amat jarang maka aku telah campur adukkan dengan pelbagai isu dan berita termasuk portal masakan. Dah tak jadi MATDINGUNUNG dah tapi jadi MATDIN MACAM-MACAM.
Sejak kurang melakukan aktiviti luar, badan aku pun naik tak terkawal. Sebelum ni aku pakai seluar saiz 31 dan 32, tapi sekarang banyak seluar kerja dan seluar yang banyak poket kat kiri kanan peha, tak muat untuk ku pakai.Tak sampai butang dah woii. Sekarang ni seluar saiz 33 baru ngam.So, banyak la seluar hiking aku yang mahal-mahal jenama JEEP dan CAMEL terpaksa aku sedekahkan kepada orang lain. Baru-baru ni satu plastik sampah besar baju seluar aku yang dah tak muat, telah aku sedekahkan kepada tukang kebun sekolah aku. Suka tersengih-sengih dia menerima pemberian ikhlasku. 3 hari jumpa aku, tiga hari dia ucap terima kasih kat aku. Ni nanti aku pegi sekolah balik lepas mengawas PMR ni, confirm ucap lagi terima kasih kat aku.Yelah.. daripada jadi sarang anai-anai, lebih baik aku sedekahkan.
Takpelah.. tahun depan sasaran aku 3 gunung akan aku panjat. Tak kira gunung jenama apa asalkan ianya sebuah gunung. Aku teringin nak panjat gunung Tahan sebab gunung tu selalu kawan-kawan aku ajak naik tapi aku tak berani sebab mereka pergi seminggu. Tak terdaya dan tak terTAHAN aku nak pikul peralatan mendaki termasuk bekalan makanan dan air selama seminggu berjalan. Kira trans Titiwangsa la tu. Masuk kut lubang Kuala Tahan berjalan dan berjalan panjat beberapa buah gunung kemudian keluar di Brincang Cameron Highland. Walaupun masih tak berapa tua tapi dah mula terasa woo.. lagipun aku kerja tak pakai kudrat tenaga. Stamina tak fit. Aku kagum dengan orang tua Jepun namanya WATANABE, dahlah tua umur 73 tahun, perempuan pulak tu. Panjat gunung EVEREST sampai ke puncak. Aku nak naik gunung Stong pun tercungap-cungap. Semangat je lebih tapi daya tak seberapa.Takpelah.. tua buat cara tua. Kita daki gunung yang senang-senang jelah. Kalau ada rezeki, hajat nak daki gunung BROMO kat jawa tahun depan. Dengar cerita kawan-kawan yang dah pegi, katanya cantik view gunung tu tapi kalau pegi musim cuti sekolah penuh dengan pendaki macam kat atas Bukit Broga pada hari minggu.
Okeylah.. sakat ni dululah cerita spontan aku. Merapu banyak-banyakpun bukannya ada orang baca. Suke-suke je menulis.Sekian Terima Kasih. Assalamualaikum.

Monday 8 October 2012

KADAR PENGANGGURAN DAN PELUANG PEKERJAAN

Assalamualaikum... kalau entri minggu lepas aku perihal tentang masalah muda-mudi nak memiliki rumah, pada entri kali ini pula aku nak bincang tentang masalah pengagguran dan peluang pekerjaan di Malaysia. Bunyi tajuk macam soalan BM kertas satu SPM je.. tapi ini perbincangan santai separa akademik mengikut pandangan peribadi aku sendiri.
Dalam aku belek-belek akhbar Harian Metro tadi, aku terpandang jawapan luahan hati seorang pencari kerja yang kecewa kerana tidak berjaya dalam temuduga untuk menceburi bidang kerja yang diminati dalam sektor awam. Luahan mamat ni aku dah baca dalam Metro 1 Oktober dulu. Hari ni pagawai dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sendiri yang jawab dan beri penjelasan. Memang la kecewa kalau apa yang kita nak tak dapat tapi kita kena ingat, yang hadir temuduga bukan kita seorang, malahan berpuluh ribu orang yang turut memohon sedangkan kekosongan yang hendak diisi tidak sampai seratus.Maknanya kita kena bersaing. Siapa yang paling layak selepas tapisan ketat yang dibuat maka memang hak dialah. Pegawai tu cakap, jawatan tu dipohon oleh 24,420 untuk merebut jawatan Pembantu Perikanan Gred G17 sedangkan kekosongan cuma 107 saja yang nak diisi. Perghhh... hebat sungguh saingan. Kabel yang nak kena pakai bukan sebarang kabel ni.
Senario macam ni memang biasa berlaku dalam mana-mana jawatan dalam sektor awam. Nak jadi konstabel polis pun sama juga. Yang nak pakai cuma 1,500 orang tetapi jumlah yang memohon lebih 60,000 orang. Selepas melakukan beberapa saringan yang ketat, bermakna 45,000 orang akan kecewa. Di negara kita, yang biasa ada kekosongan dalam sektor awam adalah jawatan guru dan doktor, tapi itu cuma retorik saja. Realitinya, nak memohon untuk jadi guru pun memerlukan saringan yang ketat. Berapa ramai graduan di luar sana yang menanti peluang untuk menceburi bidang kerja ini tapi tak berpeluang. Yang dah ada diploma pendidikan dan ijazah dalam bidang pendidikan pun masih ramai yang belum ada penempatan dan masih manganggur, apa lagi untuk membuka pengambilan baru. Kerajaan pun tak mahu pening kepala membuka peluang pekerjaan yang tak ada tempat untuk diisi.
Ada seorang anak murid aku yang sangat malas belajar. Bila aku tanya kenapa liat sangat nak hantar buku latihan, selamber je dia jawab " alah cikgu, saya bukannya nak jadi Menteri atau engineer, saya nak jadi CIKGU jee". Chewahhh, sedap jawapan dia. Macam jawatan cikgu ni tak ada nilai. Tak dapat belajar tinggi-tinggi boleh mohon jadi cikgu sedangkan dia tak tahu bahawa yang jadi cikgu tu lepasan luar negara pun ada. Yang ambik course power-power masa kat universiti dulu berakhir dengan cikgu juga selepas mengikuti KPLI. Dia ingat nak jadi cikgu macam budak tingkatan 3 nak naik tingkatan 4. Gagal semua subjek dalam PMR pun layak automatik naik ke tingkatan 4 dan seterusnya menduduki peperiksaan SPM. Dia tak sedar suatu ketika dulu 70,000 borang KPLI Sold Out sekelip mata sebab ramai sangat graduan  yang tak tahu ke mana-mana semuanya pakat nak jadi cikgu sebab hanya ini saja peluang yang ada untuk bekerja dalam sektor awam. Yang mohon 70,000 tapi yang nak diterima mengikuti kursus ni cuma 1,200 orang di seluruh negara. 70,000 tu yang dah ada ijazah, bukannya lepasan SPM. Sekarang ni lagi tenat sebab KPLI juga sudah dibekukan.
Ada seorang lagi bekas anak murid aku yang lagi sengal. Masa jumpa dengan aku kat tempat kenduri kahwin rakan dia (juga anak murid aku ), dia tanya aku " cikgu, tak de ke kat sekolah kita yang nak pakai guru? kalau ada kekosongan saya nak mohon. Dah lama saya tak buat apa ni cikgu. Bosan dah kat rumah kena berleter kat bapak. Kalau ada bagitahu ye cikgu.. toloooonggglah cikgu" Aku jawab.. "Awak pegi laa jumpa pengetua, kot-kot ada rezeki, awak boleh dapat". Dalam hati tergelak aku, rupanya ada jugak anak murid aku yang memang sengal. Dia ingat jadi cikgu seperti mintak jadi cashier kat pasar raya Mydin. Ada kekosongan terus masuk. Sebenarnya nak salahkan budak tu tak boleh juga sebab banyak benda yang dia tak tahu, maklumlah... dalam seminggu cuma dua tiga hari datang sekolah. Dahlah datang sekolah jarang-jarang, tak pernah masuk kelas pulak. Manjang dok merayau tawaf bangunan sekolah. Lebih banyak ada kat kantin daripada berada di dalam kelas.Sebulan dua kali ibu bapa datang untuk selesaikan masalah disiplin. 
Nilah realiti sebenar peluang pekerjaan dalam sektor awam di negara kita. Setiap tahun mahasiswa yang bergraduan berpuluh ribu orang tetapi peluang pekerjaan cukup ciput. Lambakan tenaga kerja ni menyebabkan kadar pengangguran di negara kita semakin meningkat saban tahun. Budak-budak muda sekarang masih tak sedar betapa sukarnya persaingan masa kini. Semuanya nak kena bersaing. Bagi yang ibu bapa ada syarikat tak kisah, sebab boleh ambil alih mengurus syarikat bapak dia atau harta bapa dia tak habis nak makan sampai ke tua. Tapi bagi yang miskin terutamanya anak petani dan peneroka, situasi ini amat memeritkan. Ibu bapa terpaksa menanggung anak yang sudah dewasa bertahun-tahun. Budak-budak sekarang pulak pelik sikit, asyik duk tunggu kerja yang dipohon, sedangkan banyak lagi kerja lain yang boleh dibuat untuk sementara tapi malu, segan, malas, tunggu dulu, apa kelas.. dan sebagainya yang mebuatkan mereka lebih selesa dok tidur bangun kat rumah menunggu buah yang tak jatuh.Sedangkan peluang pekerjaan yang ada disambar oleh orang asing yang hidup di negara kita bagai di syurga. Cuba kita tengok, ke mana-mana kita pergi akan jumpa rakyat asing yang mengisi kekosongan ruang pekerjaan di negara kita. Kalau dulu, hanya sektor pembinaan saja dimanopoli oleh majoriti pendatang dari Indonesia. Tapi sekarang warga Myanmar, Bangladesh, Nepal, Pakistan, India, China, Nigeria, Iran, dan seluruh dunia memonopoli sebarang pekerjaan yang ada di negara kita seperti perladangan, perkilangan, pasar raya, pembantu kedai, jadi sekuriti guard, tukang kebun sekolah, kerja kat kantin sekolah, berniaga, pemotong rumput, pekebun sayur, tukang sapu di hospital, tukang sapu dan tukang kebun di Ibu Pejabat Polis dan di mana-mana saja tentu ada warga asing yang bekerja. Rakyat kita di mana??? atas katil sedang tidur. Pukul 12 tengah hari tak bangun tidur lagi. Bangun tidur terus salahkan kerajaan." anak kera di hutan di susukan, anak sendiri mati kelaparan ".
20 tahun lepas memang susah nak tengok rakyat asing yang kerja seperti aku sebutkan di atas kecuali kerja buruh binaan di tapak-tapak pembinaan yang dimonopoli oleh buruh dari Indonesia. Awal tahun 90-an dulu aku pernah kerja cuci tandas kat Bangunan Mas Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur. Semua rakan sekerja ku yang lain rakyat Malaysia. Aku dulu pernah jadi tukang kebun kat Saujana Impian Golf, Kajang. Semua rakan sekerja aku ialah rakyat Malaysia. Aku dulu pernah bekerja di kilang buat tilam Aerofoam kat Batu Caves. Semua rakan sekerja aku rakyat Malaysia. Aku dulu pernah bekerja di Kilang perabot juga kat Batu Caves, Jadi konduktor bas mini sambilan, kerja cuci kapal terbang kat Subang Aiport, Kerja attendant snooker kat Marcopolo snooker Jalan Raja Chulan, kerja di kantin makan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, kerja kat kilang Malaysia Mosaic Air Hitam, Johor. Akhir sekali aku kerja kat kilang buat bearing komputer di NSK, Balakong sebelum aku sambung belajar kemudian jadi cikgu. Semuanya rakan sekerja aku rakyat Malaysia yang memegang IC warna biru.
Oleh sebab rakyat kita yang suka menganggur, telah memberi ruang dan peluang kepada rakyat asing terus-terusan datang memenuhi ruang di negara kita. Mereka balik seorang, kemudian datang bawa lagi sepuluh orang. Kemudian balik pula dua orang, bawa datang lagi dua puluh orang, semua dibawa datang, anak buah, pak penakang, mak saudara, kawan-kawan dan jiran-jiran bekerja di sini. Akibatnya, negara kita lagi realiti SATU MALAYSIA. Masalah sosial dan jenayah pun bertambah-tambah. ( aku akan bincangkan peningkatan kadar jenayah di Malaysia dalam entri yang seterusnya selepas ini. ) sampai sini dulu untuk kali ini. Semoga ada sedikit kesedaran dan manfaat kepada pembaca. Sekian Terima Kasih. 



Data ni setakat pertengahan 2011. Sehingga sekarang tentu lebih lagi
   

Friday 5 October 2012

CERITA PASAL BOLA





Assalamualaikum.. nak kongsi sikit cerita aku pasal bola. Sejak dari aku kecik memang aku suka main bola tapi tak layak untuk wakil sekolah sebab aku pandai main bola sekadar suam-suam kuku aje..tapi sepak bola tu memang kena laa.Boleh dikatakan setiap petang aku pegi main bola dengan kawan-kawan sekampung kat padang sekolah. Aku mula minat tengok bola kat TV masa aku tingkatan 2 iaitu tahun 1986. Masa tu sedang berlangsung piala dunia. Aku dengan rakan sekelas masing-masing memilih pasukan untuk disokong. Aku memilih pasukan ARGENTINA sebab aku suka nama dan sebutan negara tu yang sedap didengar. Aku bukan kenal pun player-player pasukan tu. Kawan-kawan aku ramai yang pilih Brazil dan England sebab pasukan dari negara tersebut memang glamour pada masa tu.Aku dengan abang aku selalu main bola olok-olok buat player dan gol post dengan kotak ubat nyamuk. Kat palang gol aku tu aku tulis besar-besar perkataan ARGENTINA. Kebetulan pulak pasukan yang aku sokong tu satu game demi satu game asyik memungut mata kemenangan. Bertambah ghairah aku untuk menyokong pasukan pilihan aku tu. Aku sanggup berjaga sehingga pukul 4 pagi untuk menonton pasukan aku berlawan.Masa tu tv kat rumah aku kecik aje 14 inci hitam putih guna kuasa bateri kereta. Dah la tv kecik, tak ada colour la pulak lepas tu satu lagi tak terang sebab guna arial kat atas tv aje. Gelombang tak cukup kuat sebab dok dalam hutan menyebabkan gambar tak jelas. Bukan main seksa nak menonton tv masa tu.  Sejak tu baru aku kenal dengan nama MARADONA pakai jersi no 10 kerana dia adalah wira pasukan aku. Terkebil-kebil mata aku menonton kelincahan dia mengelecek bola melepaskan diri daripada kepungan pihak lawan kemudian terus membawa bola masuk terus ke dalam gol. Boleh dikatakan semua pelawanan yang melibatkan pasukan kesayangan aku tu aku dapat tengok walaupun dalam keadaan siaran tv yang amat menyeksakan.Wah ! hebat betul menusia yang bernama MARADONA tu main bola sehingga akupun berdoa pada tuhan agar aku diberikan kepandaian main bola macam Maradona. Tapi sayang... doaku tak dimakbulkan.hu..hu.. 
Aghhh... aku boleh berbangga kerana pasukan yang aku pilih JUARA piala dunia 1986 walaupun masa aku pilih pasukan tu takde seko pun player aku kenal. Rentetan daripada situ, membuka satu lembaran baru dalam hidupku apabila aku sudah mula minat dan gila dengan bola sepak.Banyak gambar player ternama aku potong dan tampal kat dinding rumah aku. Bapak aku tak marah sebab dia pun hardcore minat bola. Kadang-kadang dia sanggup pegi ketuk rumah jiran untuk tengok siaran bola walau pukul 3 pagi sekiranya tv kat rumah aku tak boleh tengok sebab kehabisan kuasa bateri. Pasukan yang bapak aku minat pada masa tu ialah LIVERPOOL
Masa aku dalam tingkatan tiga, aku mula mengikuti perkembangan bola sepak dalam negara pula. Aku sudah mula berjinak-jinak ke stadium bola sepak Sultan Mohd ke IV Kota Baharu untuk menyokong pasukan kesayangan ku iaitu tak lain tak bukan, pasukan KELANTAN FA. Kawan aku ada seko cina kampung nama SWEE. Mak dia berniaga, jadi dia ada sebuah van untuk angkut barang-barang perniagaan. Kalau malam ada lawan bola, SWEE akan offer aku dan kawan-kawan sekampung naik van dia pegi Kota Bharu tengok bola. Sendat satu van kami pegi.Boleh dikatakan setiap kali ada perlawanan di stadium Sulatan Mohd keIV yang melibatkan pasukan Kelantan, aku akan pergi. Memang sudah minat gila dengan bola. Kadang-kadang tu, sorang-sorang pun aku pegi. Tahun 1989 tu zaman keagungan bola sepak Kelantan masa liga Semi Pro. Pada masa tu memang ramai player terkenal sama ada pemain tempatan ataupun pemain import. Salah seorang pemain idola aku ialah Hasyim Mustafa. Beliau memang hebat membuat sepakan gunting untuk menjaringkan gol. Boleh dikatakan hampir setiap game beliau mampu menjaringkan gol dan merangkul pemenang kasut emas tiga tahun berturut-turut ( kalau tak silap aku ). Selain Hasyim, ada lagi player Kelantan yang terkenal seperti Salim Mahmud, Zamri Mat Nor, Zami Mat Nor, Pertahanan kental Zahasmi Ismail. Aku minat keeper Kelantan dulu tu iaitu Wong Kah Choon.Beliau memang tangkas menyelamatkan bola daripada masuk ke dalam gol. Pemain import Kelantan pada masa tu yang menjadi kegilaan ramai penyokong Kelantan ialah Bonphut Praput, Vichet Kongmak dan Marco Karljevic. Boleh dikatakan pada masa tu semua pasukan dari negeri-negeri lain pun turut hebat. Siapa tak kenal Subadron Aziz. Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, A. Arumugam, Serbegeth Singh, Malek Awab, Fandi Ahmad, Yunus Aliff, Mat Zan Mat Arif, Ahmad Yusof, Sapian Wahid, Mazlan Wahid, Rashid Hassan, Matlan Marjan, V Sundram Moorty, K Kanan dan ramai lagi. Boleh dikatakan setiap pasukan negeri mempunyai pemain-pemain yang terkenal termasuk pemain import mereka.


Zaman kehebatan pasukan Kelantan


Zaman Kegemilangan liga Semi-Pro




Idola aku sudah menjadi Lagenda Team Kelantan FA iaitu Hasyim Mustafa
Apabila berlaku musim kesuraman bola sepak Malaysia pada awal 90-an kerana ramai pemain yang terlibat dengan gejala rasuah, minat aku terhadap bola sepak juga turut suram. Pasukan Kelantan juga tidak terkecuali dengan situasi ini menyebabkan kehebatan pasukan Kelantan jatuh merudum. Ada ketika langsung tidak ada penonton yang ingin ke stadium untuk menonton pasukan Kelantan bermain kerana kekalahan demi kekalahan yang dikutip setiap kali perlawanan. Kadang-kadang malu dibuatnya kerana pasukan Kelantan dilebel sebagai pasukan pengganas kerana asyik bergaduh saja setiap kali game.Aku masih ingat masa Kelantan melawan pasukan Negeri Sembilan yang disiarkan secara langsung dalam TV1, Captain pasukan Kelantan iaitu Akmal Ahmad Tabarani dengan tidak semena-mena menyepak kencang perut pemain Negeri Sembilan iaitu K Rajan yang jatuh walaupun tak ada provokasi. Memang ganas pemain-pemain Kelantan pada masa tu.Oleh sebab pasukan Kelantan sudah tidak dapat diselamatkan oleh sebab masalah dalaman maka ramai pemain handalan Kelantan telah berhijrah ke pasukan lain antaranya Fatrulrazi Rozi, Hardi Ahmad dan lain-lain.Selepas itu pasukan Kelantan terus malap sehingga turun ke liga FAM.
Pasukan Kelantan mula hebat semula selepas bertukar pengurusan apabila Tan Sri Anuar Musa mengambil alih teraju pasukan Kelantan FA. Beliau membawa perubahan drastik dengan membawa masuk ramai pemain ternama dan jurulatih terkenal iaitu Sathianathan atau Abe Ya.Kuasa yang diberi kepada Abe Ya untuk membeli pemain menyebabkan berlakunya tranformasi dalam pasukan ini yang menggamit penonton kembali memenuhi stadium seterusnya menjadi fenomena terhadap kemeriahan pasukan bola sepak tempatan secara amnya.


Insan yang bertanggungjawab memulihkan pasukan Kelantan FA seterusnya  menjadi fenomena baru dalam kemeriahan kancah bola sepak tempatan
B Sathianathan diberi tanggungjawab yang besar membuat tranformasi dalam membentuk pasukan baru Kelantan FA
Pasukan mukadimah.. beberapa pemain terkenal berjaya ditarik masuk oleh Abe Ya untuk memantapkan pasukan Kelantan FA
Kembali menarik kehadiran penonton setiap kali perlawanan yang melibatkan pasukan Kelantan  walau di mana vanue  pasukan ini bermain
Di bawah pengurusan Tan Sri Anuar Musa dan bimbingan B. Sathianathan, pasukan Kelantan FA tidak perlu menunggu lama untuk mengorak langkah mengumpul satu trofi demi satu trofi kejayaan. Pasukan Kelantan yang dulu menjadi mangsa belasahan kini menjadi igauan ngeri  kepada team yang bakal berhadapan dengan pasukan ini terutamanya pasukan seteru.Bermula dengan kejayaan menjuarai Piala Presiden, Piala Emas Raja-Raja, Piala Liga Super, Piala Malaysia, Piala Sumbangsih, Piala FA dan kini sedang memburu satu lagi Piala Malaysia untuk mencipta sejarah baru dalam kancah bola sepak Kelantan iaitu mendapat Treble piala dalam satu musim di samping layak ke peringkat suku akhir dalam Piala AFC.

Walau bagaimanapun, untuk mencipta sejarah baru bukan suatu perkara yang mudah kerana apa yang aku perhatikan dalam dua tiga game yang terakhir ni, permainan pasukan Kelantan tidak menampakkan keyakinan untuk menjuarai perebutan Piala Malaysia pada tahun ini. Entah apa yang tidak kena seolah-olah ada krisis dalaman dalam pasukan. Semangat pemain-pemain kurang bermaya untuk merapas kembali Piala Malaysia seterusnya mencapai sasaran treble pada tahun ini. Kalau melihat kepada perlawanan Kelantan bertemu Felda United pada pusingan kedua peringkat suku akhir, pasukan Kelantan hampir-hampir tumbang. Pemain-pemain bermain sambil lewa. Membuat hantaran yang tidak tepat. Banyak kehilangan bola. Selalu tinggal posisi. Bahagian tengah, kiri kanan semuanya mati. Penyerang tak dapat bola. Player lebih banyak mengejar bola daripada mendapat bola. Sangat kurang mengancam pintu gol pihak lawan. Nasib baik ada Mohd Ghadar yang menyelamatkan keadaan di saat-saat akhir masa perlawanan. Sebelum ni pun game yang ditunjukkan oleh Pasukan Kelantan amat membosankan. Tidak pantas seperti kebiasaan.Mungkin silap percaturan yang dibuat oleh Bojan Hodak atau mungkin kecewa sebab dimalukan oleh pasukan dari kelab Iraq pada pertemuan pertama suku akhir Piala AFC atau terlalu yakin untuk menang. Apapun, tahniah kepada pasukan Kelantan kerana berjaya menjejakkan kaki ke perlawanan separuh akhir piala Malaysia bagi tahun 2012. Perjuangan belum berakhir,  teruskan perjuangan anda dan tunaikan janji kalian untuk bermain bermati-matian bagi menentang salah satu seteru bagi pasukan kita iaitu pasukan Selangor. GOMO KLATE GOMO.

7 Oktober 2012
Sambung sikit lagi.. Alhamdulillah, perlawanan pertama separuh akhir antara Kelantan bertemu Selangor berjalan dengan lancar. Malam tadi aku pergi layan bola kat skrin besar Karangkraf bersama dengan beberapa ribu orang penyokong tegar pasukan The Red Warrior. Bagi pendapat aku, Kelantan telah menunjukkan prestasi sebenar mereka semasa melawan pasukan musuh tradisi mereka dari pantai barat. Sebelum ini sekiranya kita lihat Kelantan bermain hambar, tapi malam tadi Kelantan bermain pantas mengikut rentak permainan agresif pasukan Selangor pada awalnya. Banyak gerakan-gerakan bahaya melalui hantaran panjang dan pendek telah memerangkap pertahanan pasukan selangor. Sekiranya tidak kerana kecekapan penjaga gol  Selangor menyelamatkan beberapa percubaan bahaya, sudah tentu Kelantan selesa membawa bekalan ke Selangor dengan jumlah jaringan yang besar tetapi nasib tidak menyebelahi mereka menyebabkan sekadar berpuas hati dengan satu gol yang disumbangkan oleh Mohd Farhan. Walau bagaimanapun, perlawanan malam tadi memang terhibur. Jeneral di bahagian tengah yang dicatur oleh Indra dan Shakir Saari berjaya melorongkan bola cantik kepada penyerang menyebabkan beberapa cubaan bahaya dapat dibuat. Ketiadaan Badri Radzi telah memberi peluang dan ruang kepada Indera Putra untuk bergerak bebas di bahagian tengah bagi mengucar-kacirkan pasukan pertahanan lawan. Jaringan gol pendahuluan pada minit-minit awal separuh masa kedua telah membuatkan pasukan Selangor mula tertekan. Hasilnya, mereka bermain kelam-kabut dan agresif serta melakukan beberapa kekasaran yang mengundang padah apabila salah seorang pemain mereka dilayangkan kad merah oleh pengadil. Dengan kelebihan seorang pemain, Kelantan terus menggandakan asakan namun tidak menepati sasaran.
Bagi pendapat aku, kelebihan satu gol memang bukan satu bekalan yang selesa buat pasukan kelantan untuk dibawa ke Shah Alam jumaat ni tetapi harus diingat, Stadium Shah Alam bukanlah stadium 'PUAKA' untuk pasukan Kelantan kerana sejarah telah membuktikan bahawa sudah acapkali Selangor tersungkur di kaki pasukan Kelantan dengan jumlah jaringan yang besar di stadium ini. Harap-harap jumaat ni sekali lagi Selangor terduduk hampa di tempat sendiri dikerjakan oleh pasukan Kelantan sebagai hadiah kepada penyokong-penyokong mereka yang sememangnya meninggalkan dendam terhadap penyokong pasukan Selangor atas sebab-sebab yang berlaku dua tahun lepas. SELAMAT BERJUANG WIRA MERAH. KAMI AKAN KE SANA JUMAAT NI WALAU APA YANG BERLAKU. ( entri ni akan disambung lagi minggu depan selepas balik daripada menonton perlawanan suku akhir kedua )

 12 Oktober 2012
Seperti yang aku janjikan, aku akan sambung entri ini sebaik aku balik daripada menonton perlawanan separuh akhir pusingan kedua di Stadium Shah Alam. Tepat sekali telahanku bahawa stadium Shah Alam bukan 'PUAKA' untuk pasukan Kelantan. Hari ini menjadi saksi di hadapan puluhan ribu penonton kedua-dua pasukan bahawa misi 33 Selangor sekadar angan-angan yang tak mampu diterjemahkan. Misi ini sekadar penyedap hati sedangkan kemampuan sebenar jauh daripada jangkauan sebaliknya misi TREBLE Kelantan yang semakin hampir dalam gengaman. Walau bagaimanapun, pasukan Kelantan tidak harus merasa sebelah tangan sudah mengengam erat telinga piala Malaysia kerana Hai O yang lebih berPUAKA. Mana tidaknya, di dalam pasukan mana dia berada, di situlah kejuaraan buat diri dan pasukannya. Seolah-olah tuah sentiasa berdampingan dengannya. Kalu tak ada tuah, mana mungkin ATM boleh menang dengan Twelth Lions dalam beza antara masa hanya beberapa saat saja. 
Berbalik kepada cerita Kelantan menewaskan Selangor malam ini, aku nak beri sedikit ulasan pribadi sepanjang 93 minit aku menonton perlawanan yang begitu menghiburkan ini. Ye lah.. mana tak terhibur, pasukan yang disokong menang. Pada awal-awal permainan kedua-dua pasukan mula menunjukkan kegarangan masing-masing namun selang 15 minit kemudian, game kedua-dua pasukan semakin perlahan dan membosankan. Bola asyik berlegar di bahagian tengah dan tepi tanpa ada cubaan-cubaan bahaya. Kedua-dua pasukan bermain dengan berhati-hati. Namun begitu pasukan Kelantan terlebih dahulu mengancam pasukan Selangor dengan cubaan pertama pada minit ke 16 namun oleh sebab ketamakan yang ditunjukkan oleh Mohd Ghadar menafikan jaringan awal untuk pasukan Kelantan. Pasukan Selangor pula berpeluang untuk menjaringkan gol pada minit yang ke-22 malangnya sepakan kencang Amri Yahyah tertampan pertahanan Kelantan yang menyebabkan bola terbias tetapi mujur Khairul Fahmi mampu menyelamat keadaan. Nasib baik juga tampanan kurang kemas Khairul Fahmi gagal disudahkan oleh Solihin yang sedikit terlewat menghulurkan kaki. Masuk separuh masa kedua, Kelantan mula mengatur gerak dengan melakukan beberapa cubaan bahaya tetapi dinafikan oleh kecekapan penjaga gol Selangor. Gol pertama menyusul hasil tindakan bijak penyerang import Kelantan yang seolah-olah nampak selfish tetapi nasib baik mampu menghasilkan gol. Kalau bola tersebut tidak menerjah jaring sudah tentu Mohd Ghadar menjadi bahan ejekan penyokong Kelantan dalam laman sosial.Gol pertama Kelantan terus melemahkan semangat pasukan Selangor kerana mereka tahu amat sukar untuk mendapatkan 3 gol bagi memenuhi impian mengunung mereka. Moral pemain Selangor semakin down apabila pemain import mereka pula telah dibuang padang. Kesempatan ini telah diambil oleh pemain-pemain Kelantan untuk menggandakan asakan ke arah pintu gol Selangor. Hasilnya, satu sepakan percuma telah diberikan pengadil yang mana pemain tengah terkenal pasukan Kelantan iaitu Piya yang masuk sebagai pemain gantian berjaya menambahkan jaringan melalui sepakan lencong cantik yang terus menerjah jaring seterusnya mematikan terus sisa-sisa perjuangan pasukan Selangor.Penyokong-penyokong Selangor sudah mula angkat punggung meninggalkan stadium yang tidak memberi apa-apa kelebihan kepada pasukan mereka. Kini mereka perlu akui bahawa WIRA sejati stadium keramat Shah Alam adalah THE RED WARRIOR. Tertutup mulut Irfan Bakti yang sebelum ini begitu bangga dan gah pasukan bimbingannya dapat menewaskan Kelantan sebanyak dua kali yang mana kedua-duanya itu berlaku di Stadium Bukit Jalil iaitu stadium yang banyak meninggalkan sejarah hitam buat pemain dan penyokong pasukan Kelantan.Stadium yang aku tidak suka. Okeylah.. sebagai penutup aku ucapkan TAHNIAH kepada pasukan Kelantan, juga tahniah dan terima kasih kepada penyokong-penyokong pasukan The Red Warrior kerana berani dan     
setia bersama pasukan kesayangan khususnya penyokong yang datang dari Kelantan kemudian terus balik bila habis game. Perghhh... hebat penyokong Kelantan. Sep kito jange pecoh. Jumpa lagi di FINAL PIALA MALAYSIA di stadium keramat buat pasukan kita iaitu stadium Shah Alam hujung bulan nanti. TAMMAT.. ( Laporan untuk final aku akan buat dalam satu entri khas )
Dalam perjalan keluar dari stadium, aku bertemu dengan beberapa orang kawan lama yang datang dari Kelantan semata-mata untuk menyokong pasukan kesayangan mereka. Salah seorangnya adalah TESL iaitu housemate masa belajar kat UPM dulu tapi tak boleh nak bersembang lama sebab masing-masing datang tumpang kawan. Balik dari stadium, aku singgah kat kedai nasi lemak opah di Taipan. Semasa aku berjalan melewati meja satu kelompok penyokong Selangor, mereka mengur aku " tahniah Awe, pasukan demo meme hebat". Begitulah cara kita menghormati orang. Bukan mengutuk atau provote untuk menimbulkan perasaan tak puas hati seterusnya boleh mencetuskan pergaduhan. Yang kalah cuba lagi, yang menang teruskan saingan. Di Kota Bharu penyokong Kelantan dan penyokong Selangor dok sekali tak ada masalahpun.