Saturday 20 April 2013

POLITIK OH.. POLITIK




Assalamualaikum.. bersua kembali dalam topik yang luar biasa bagi aku. Dalam entri ni aku nak sentuh sikit pasal politik. Aku sebenarnya bukan bijak dalam berpolitik dan aku tidak menyokong mana-mana belah pihak. Yang baik tu aku sokong tak kira di bawah naungan apa warna benderanya dan logo yang mana satu. Kadang-kadang aku pun confius nak pilih parti yang mana satu kerana kalau sama-sama menegakkan benang yang basah nampak sama hebat, tapi kalau masing-masing cari keburukkan pun sama-sama nampak kelemahan. Aku yakin, ramai lagi yang sama confius macam aku nak sokong dan nak undi parti mana.(Pengundi atas pagar)

Jumaat baru ni semasa aku sedang menghayati khutbah jumaat, khatib jumaat telah membaca kutbah yang bertajuk CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG LAYAK DIPILIH UNTUK MENJADI PEMIMPIN. Best jugak isi kandungan dan hujah-hujah yang disampaikan dalam teks kutbah tersebut kalau diamati betul-betul. Dalam teks khutbah jumaat tersebut telah menggariskan beberapa kriteria yang perlu ada dalam diri pemimpin untuk dia layak diangkat menjadi pemimpin. Sekiranya kita sebagai rakyat telah tersalah mengangkat pemimpin yang tidak sepatutnya iaitu pemimpin yang zalim, yang rasuah atau dengan kata lain yang tidak layak memerintah, maka kita sebagai pemilih perlu berhadapan dengan Allah untuk menjawab di hadapan Allah pada hari akhirat nanti.

Ada orang fanatik dengan sesuatu parti. Ada jugak orang yang fanatik dengan calon. Macam mana rasanya kalau orang yang mewakili sesuatu parti yang kita sangat sokong di tempat kita mengundi adalah calon yang hancusss.Calon tangkap muat macam ni membuatkan kita menjadi serba salah. Nak undi calon tu, memang bukan warga tempatan dan ada banyak rekod buruk pulak tu. Tak nak sokong kan nanti apa pulak jadi kat parti yang kita sayangi. Nanti dapat kat parti yang kita tidak sokong. Ada juga calon yang sangat perfect.. kerja keras, berpendidikan tinggi, tidak sombong, rekod bersih, mempunyai wawasan dan mampu membawa perubahan di sesuatu tempat dia dicalonkan tetapi sayangnya dia bertanding atas tiket parti yang kita tidak suka. Apakah orang macam ni kita sanggup buang kerana sayangkan parti?

Oleh itu, kuasa pemilih di tangan kita. Kita pilihlah orang yang boleh mentadbir sesuatu kawasan, negeri dan negara dengan baik. Kadang-kadang orang yang kita pilih tu sudah tepat, tapi orang lain pulak yang pilih calon yang tidak tepat sebagai pemimpin, kerana untuk menjadi pemimpin perlu mendapat undi majoriti. Ada calon yang kaya, bijak menabur wang ringgit dan barangan untuk memancing pengundi. Setiap kali perayaan, telah diberi kain pelikat, wang raya, ayam mentah dua ekor seorang dan buat rumah terbuka untuk jamu orang-orang kampung dengan hidangan yang lazat-lazat dengan harapan orang kampung akan ingat jasa beliau dan seterusnya mengundi beliau semasa pilihan raya, tetapi tidak pernah membawa pembangunan di tempat beliau diangkat menjadi pemimpin masyarakat. Jalan kampung yang berlubang, penduduk miskin yang merata-rata, dan tidak pernah turun melawat dan bertanya khabar masyarakat setempat. Tup..tup.. masa dekat nak pilihan raya barulah nampak batang hidung. Ada juga sesetengah orang-orang kampung yang memandang kebendaan seperti ini iaitu yang dapat secara cash. Bagi yang berpendidikan, cash itu tak penting kerana apalah sangat dengan pemberian barangan macam tu. Bagi mereka, seseorang pemimpin wajib membela nasib rakyat. Membawa perubahan kepada rakyat. Pembangunan jangka panjang lagi bermanfaat seperti membina sekolah, membina tempat beribadat, jalan raya yang baik, membuka peluang perniagaan yang seluas-luasnya kepada rakyat, dan yang paling penting sedia mendengar dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Setiap pemimpin perlu ingat, mereka yang terpilih bukan bererti mereka sudah nampak kekayaan dan kemewahan di depan mata. Bukan nampak pangkat, pengaruh, projek dan kuasa tetapi perlu bertanggungjawab  terhadap rakyat. Amanah yang diberi oleh rakyat cukup besar untuk ditanggung oleh seseorang pemimpin. Pada zaman khalifah dahulu, masing-masing cuba menolak untuk dilantik menjadi khalifah keran tidak sanggup memikul beban dan tanggungjawab yang amat besar. Ada khalifah yang sudah kaya raya sebelum menjadi khalifah, tetapi apabila menjadi khalifah sudah jatuh miskin kerana banyak harta bendanya dikorbankan untuk kesejahteraan rakyatnya. Ada khalifah yang sanggup pikul gandum untuk dihantar ke rumah rakyatnya yang tidak ada makanan. 

Pemimpin sekarang kebanyakannya kaya raya bahkan seluruh keluarga dan sahabat handai juga turut kaya. Sebab itulah ramai orang berebut-rebut untuk jadi calon sehingga sanggup jumpa bomoh. Bagi mereka, apabila sudah terpilih dan ada jawatan lebih-lebih lagi jawatan dalam kabinet, maka akan berlipat kali gandalah kekayaan mereka. Hanya segelintir saja yang betul-betul ikhlas untuk membawa perubahan kepada nasib rakyat tapi tak mampu pulak berbuat demikian akibat pelbagai kekangan yang perlu dihadapi, lebih-lebih lagi bagi mereka yang dipilih bukan atas tiket parti pemerintah.

Kesimpulannya..keluarlah mengundi. Satu undi boleh mengubah negara. Berfikir dengan waras, buat pilihan dengan bijak. SELAMAT MENGUNDI

Pesanan daripada MATDINGUNUNG.

Wednesday 10 April 2013

BAWA BUDAK MASUK KEM


Assalamualaikum...

Lama benar entri baru tak masuk ye.. bukan sibuk sebenarnya, tapi rumah dah tak de internet. Semenjak menetap di rumah baru ni, line internet very slow. So, tak leh nak guna berukband. Jadi.. nak tak nak, kena la pegi CC kalau nak update blog. Dok kat CC serabut nga budak-budak main game online la pulak. Nak mengarang pun tak senang. Budak-budak hingusan asyik dok mencarut tah ape-ape.

Minggu lepas aku baru balik dari Jasin, Melaka bawa budak-budak badan beruniform menyertai perkhemahan. Aku pegi cuma atas tiket fotografi aje. Bukannya organize budak-budak tu. Sekarang ni memang senang. Kalau budak-budak nak berkhemah, serah je kat Konsultan. Mereka akan uruskan semua. Cikgu tak yah nak susah-susah. Tunggu bayar je dan siapkan paper work untuk kelulusan PPD. Kalau cikgu pegi pun, sekadar memenuhi peraturan bawa keluar budak iaitu setiap 20 orang budak mesti diawasi oleh seorang guru. Hakikat sebenar, cikgu cuma tidur bangun dan pantau sikit-sikit je kecuali Kem Komandan yang kena kerja lebih sikit.

Zaman aku dulu, kalau menyertai perkhemahan badan beruniform, aktiviti amat kurang. Cikgu pun takut nak lakukan aktiviti-aktiviti yang lasak sikit. Takut apa-apa yang tak diingini berlaku. Malas cikgu nak menjawab. Yang ada pada masa aku dulu ialah pertandingan kawad, pertandingan kawasan khemah bersih, pertandingan buat gajet, pertandingan bina pintu gerbang, Pertandingan masak tanpa peralatan, malam burung hantu, jalan malam, meredah hutan dan persembahan kumpulan. Lain-lain tu kena buli kat ketua patrol je laa. Asyik kena tekan tubi je. Menguap masa kawad pun kena basuh muka dengan air lumpur. 

Tapi sekarang, aktiviti semasa perkhemahan semakin canggih. Macam-macam aktiviti telah dicipta sampai budak-budak tak de masa nak tidur sepanjang tiga hari dua malam berkhemah. Kadang-kadang sudah tak ada nostalgia kalau aku iring budak-budak ni lakukan aktiviti sebab terlalu berbeza dengan aktiviti yang pernah aku sertai masa aku jadi pelajar dulu. 

Tempat Kem
Budak-budak pasang khemah
Pertandingan Kawad antara badan beruniform antara aktiviti pertama pada hari pertama. Kawad Taekwondo

Kumpulan Pengakap

Persembahan Kadet Bomba

Kawad Formasi St John Ambulance

Kadet Remaja Sekolah


Aktiviti malam dimulakan dengan Ice Breaking

Mbikk Ko.. dah kena denda sebab bising masa Komandan sedang memberi arahan. Cium lantai beb..

Pembentukan kumpulan. Lepas aktiviti ice breaking, mereka menjalani aktiviti malam burung hantu selepas 12 tengah malam. Selesai pukul 3 pagi.

Aktiviti untuk hari kedua ialah buat rakit

Jurulatih memberi tunjuk ajar cara mendayung rakit

Simulasi mendayung rakit. Angkat! Cucuk! Tarikkk!

Setiap kumpulan telah disediakan seorang jurulatih sebagai penasihat dan pengiring

Pikul rakit bawa masuk ke atas permukaan air

Ada lagi taklimat. Main dengan air tak boleh nak main-main. Kena ikut langkah-langkah keselamatan yang ketat.

Masuk dalam air

Oleh sebab semua konsultan yang uruskan, maka cikgu cuma bersantai je laaa...

Belajar teknik mengapungkan diri


Aktiviti air pada pagi hari kedua

Mesti nak kena sama-sama bekerja. Kalau ada yang curi tulang, pasti akan kalah



Floor manager main kayak

PK KOKU pun turut tak nak lepaskan peluang

MatdinGunung pun turut menunjukkan skill berkayak
Malam terakhir, kumpulan guru pi pekena ikan bakar kat Umbai. Sebab jarak dah dekat, rugi rasanya kalau tak pegi. Bukan selalu boleh berkumpul macam ni.

Order apa aje bang.. PK KOKU belanja

Antara menu yang ditempah


Mat Tas sibuk menyusun atur menu yang dah sampai

Udang kertas celup tepung

Sempat lagi berposing anak-anak dara dan mak dara

En Kang pantang tengok binatang ni, bagi 10 kilo licin disapunya

Ni Semua sebab perbuatan En Kang lah. Jap je tinggal kaki

Berselera betul cikgu-cikgu pengiring ni makan

Salah satu aktiviti air pada petang hari kedua



Aktiviti ni segala-galanya nak kena pantas


Lepas masuk hutan keluar hutan, Masuk paya keluar paya pulak


Cuci muka dengan air lumpur


Kerjasam berpasukan amat penting

Sekali tengok macam komando



Aaa.. dah pakai bedak



Malam Terakhir persembahan kumpulan

Salah satu kumpulan yang membuat persembahan spontan
Aktiviti pagi hari terakhir



Add caption

Jogging


Streching sebelum melakukan aktiviti seterusnya

Macam-macam gaya boleh kita lihat


Hari terakhir, budak-budak bersedia untuk mandi lumpur

Berperang untuk menewaskan jeneral

Strategi perlu bijak, kalau tidak kalah cam tu je

Budak bandar main lumpur

Haa.. general dah berjaya ditewaskan


Lepas mandi lumpur, bersihkan tubuh kat air bersih pulak sebab acara penutup dah nak bermula
 Waa.. banyak betul aktiviti mereka. Macam-macam ada. Yang bosan ada, yang seronok ada, yang penat ada, yang kelakar ada dan yang sakit-sakit pun ada. Pendek kata, mereka balik penuh dengan pengalaman dan kenangan yang tak dapat dilupakan terutamanya bagi mereka yang bakal meninggalkan alam persekolahan tidak lama lagi.Bagi aku, selepas mereka mengikuti aktiviti ini, mereka akan menjadi lebih akrab sesama rakan. Mereka belajar erti kesabaran, Tanggungjawab, kerjasama berpasukan, semangat perpaduan, jati diri dan yang lebih penting.. tahap disiplin dapat ditingkatkan. Beruntungkan mereka dapat hidup di zaman ini yang semua orang lain uruskan. Mereka cuma mengeluarkan sedikit wang untuk merasai pengalaman yang hebat dan indah ini.