Monday 15 May 2017

KAYUHAN IBADAH SURAU AN-NUR, BSP

Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum wbt..

Surau An-Nur Bandar Saujana Putra, baharu setahun jagung penubuhannya. Dibarisi oleh ahli Jawatankuasa yang rata-ratanya generasi 'X' iaitu berumur bawah 50 tahun. Sebuah surau yang masih memerlukan dana untuk menapung kos pembinaannya yang menelan hampir RM l juta. Surau ini banyak menganjurkan aktiviti sama ada aktiviti berbentuk kerohanian dan pembinaan sahsiah serta aktiviti bercorak kekeluargaan dan riadah.

Pada 14 Mei 2017, bersamaan 17 sya'ban 1438 iaitu cuti hujung minggu, Pihak Surau An-Nur dengan kerjasama beberapa pihak, telah berjaya menganjurkan Kayuhan Ibadah An-Nur. Antara objektif penganjurannya ialah untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara kariah surau dengan komuniti penduduk BSP serta orang luar BSP. Selain itu, tujuan diadakan aktiviti ini untuk medekatkan penduduk dengan surau di samping mengutip sedikit dana untuk menampung kos pembinaan surau dan aktiviti keagamaan yang dianjurkan. Kebetulan kebanyakan ahli kariah surau An-Nur adalah 'kaki kayuh basikal' maka amat sesuai aktiviti kayuhan ibadah ini dianjurkan. Seramai lebih kurang 300 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur telah menyertai kayuhan ini. Kayuhan yang julung kali diadakan ini sungguh meriah dengan jarak sejauh lebih kurang 25Km untuk dewasa dan 15 Km untuk kategori kanak-kanak yang melalui kawasan-kawasan perumahan BSP , Perkampungan Orang Asli Bukit Komando dan Bandar Rimbayu. 












Sedikit sumbangan tenaga telah ku berikan untuk menyokong pengajuran ini sebagai jurugambar sukarela.. di sini saya uploadkan sedikit daripada ratusan gambar yang ku ambil untuk tatapan dan perkongsian dengan pembaca blog MatdinGunung.Blogspot.Com


Tn Hj Affendi sebagai 'Floor Manager' Kayuhan Ibadah Surau AN-NUR

Bapa melayan anak-anak dan anak jiran























































































Ketua Bahagian Keselamatan membuat rondaan bagi memastikan keselamatan semua peserta terjamin




Crew yang komited dengan tugas


Penunjuk arah bermesra dengan seorang peserta


Van Keselamatan


Rodeo Car.. Kereta Keselamatan
















































kayuhan penuh penghayatan








Otai.. mana-manapun jumpa dengan Tok ni


Imam Pak Mat.. Wakil Tunggal An-Nur yang berkayuh.. AJK Lain semuanya urusetia bertugas







Aksi Willie..














Sesi cabutan bertuah.. peserta cilik masing-masing memerhatikan no bertuah mereka

Memang bertuah adik ni..






Hadiah Khas Istimewa untuk peserta Istimewa



Petugas yang sentiasa sibuk demi melicinkan program..



Pengerusi Surau nAn-Nur menerima sumbangan ikhlas daripada KRCC ( Kota Raja Cycling Club ).

Penerima Cabutan Paling Bertuah.. sebuah MTB Polygon yang berharga RM1500.00



Geng SAUJANA PUTRA RIDERS ( SPR).. yang banyak membantu dalam penganjuran kayuhan ibadah ini
Sekian laporan ringkas dari saya MatdinGunung untuk Surau An-Nur. Semoga berjumpa lagi di lain event anjuran pihak surau An-Nur. Dikesempatan ini kami bagi pihak surau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta dan petugas yang terlibat dalam melancarkan dan memeriahkan program Kayuhan Ibadah surau An-Nur ini.