Wednesday 11 November 2015

GOTONG ROYONG KACAU ASURA DI BSP

Assalamualaikum..

Bubur asyura.. sebut kata bubur asyura, ada pelbagai versi bubur asyura. Boleh dikatakan setiap negeri, ada versinya yang tersendiri. Bubur asyura yang bewarna hitam sudah sinonim dengan masyarakat Kelantan sejak berzaman. Dengan campuran beberapa bahan seperti kacang hijau, beras usang, biji jagung, santan, gula, garam, gula melaka, daging, ubi keledek termasuk adunan rempah ratus dan dikacau selama lebih kurang 6-8 jam maka bubur asyura sedia untuk dimakan. Ada orang suka makan panas-panas masa bubur asyura masih lembik dan ada juga sesetengahnnya suka makan yang sudah keras.

Kelazatan bubur asyura banyak bergantung kepada kemahiran seseorang mencampur aduk bahan. Ada juga bubur asyura yang salah bikin, maknanya tidak keras walau seharian dimasukkan ke dalam bekas talam. Bubur asyura yang enak ialah bubur sura yang tidaklah manis sangat, daging yang dimasukkan banyak dan orang Kelantan panggil 'lemok manih leit molep'.

Baru-baru ni, Persatuan Anak-Anak Pantai Timur BSP telah menganjurkan aktiviti Gotong Royong Kacau Suro. Aktiviti ini bertujuan untuk berkenal-kenalan di samping untuk mempromosi Persatuan yang baharu ditubuhkan yang secara tidak langsung merapatkan hubungan silaturahim sesama penduduk setaman. Sebanyak sepuluh kawah telah disumbangkan. Program yang julung-julung kali diadakan ini turut dihadiri oleh Wakil Rakat yang turun padang untuk bersama penduduk setempat.

Program ini dikira berjaya kerana mendapat sambutan hangat bukan sahaja oleh ahli Persatuan, bahkan turut disertai oleh seluruh warga BSP. Semoga program seperti ini menjadi acara tahunan kerana sudah terbukti dapat merapatkah ukhuwah sesama jiran dan warga setaman..


Program Gotong Royong Asyura BSP



Kerjasama Berpasukan



MatdinGunung sedang beraksi





Semangat gotong royong terserlah dengan aktiviti seperti ini


Orang Kuat Persatuan Anak-Anak Pantai Timur, BSP

Rempah ratus yang dibawa khas dari Kelantan



Kacau sehingga 6 hingga 8 jam tanpa henti

Pengacau bubur asyura memerlukan kesabaran yang tinggi

Bubur Asyura Versi Kelantan

Kacau sura ni perlu ada keserasian dengan pasangan.. baharu pengayuh tidak bertembung dalam kawah..




Hebat WanR berkayuh.. berpengalaman luas. Orang lama


Perghhh.. Maskulin betul pengacau sura ni..

Skill Mat Yie.. 



Halim.. Timbalan Pengerusi Persatuan Anak-Anak Pantai Timur turut mencemar duli berkayuh..



SEKIAN TERIMA KASIH. JUMPA LAGI DILAIN SIARAN.