Sunday 7 July 2013

CARA-CARA NAK BUAT LAKSA JOHOR





Di Malaysia terdapat pelbagai jenis laksa. Ada Laksa Kelantan, Laksa Penang, Laksa Kedah, Laksa Siam, Laksa Johor dan sebagainya. Yang aku minat ialah laksa Penang sebab simple je laksa nih. Laksa Kelantan pun aku minat tapi paling aku suka ialah laksa Siam. Dalam entri kali ni aku nak ajar para suri rumah menyediakan LAKSA JOHOR.Bagi aku, penyediaan laksa ni nak sama je dengan laksa-laksa negeri lain sebab bahan yang digunakan hampir sama cuma ada beberapa perbezaan sahaja. Ok.. tak guna cerita panjang-panjang takut tak masak pulak laksa tu.. strait to the point..

Bahan-bahan  Nak Buat Kuah Laksa Johor:

Santan sebiji kelapa
Bawang Merah
Halia
Lengkuas
Serai
Kunyit
Chili Kering @ Serbuk Chili
Belacan
Ikan Sardin (Tulang disimpan)
Ikan Tenggiri
Udang (Kulit udang dikitar semula direbus diblender ditapis dan diambil airnya)
Spaghettti

ULAM:
Daun Kesom
Taugeh
Timun
Daun Selasih
Limau Kasturi
Lobak Masin

                            CARA-CARA MEMBUATNYA
Beberapa ekor udang Dibuang kulit dan direbus

Kulit udang disimpan dan direbus (Blender dan tapis untuk dapatkan airnya)

Dikukus kemudian blender isinya, manakala  tulangnya diasingkan kemudian akan turut diblender untuk dapatkan  airnya  tapis guna penapis kerana takut tulangnya termasuk ke dalam kuahnya.

Spaghetti direbus sehingga lembut. Masukan sedikit minyak ke dalam kuali  supaya Spaghetti tidak melekat di kuali
Udang direbus dahulu sebelum diblender

                  
                           Kulit udang direbus sebelum di blender

Bahan-bahan untuk membuat kuah laksa. Semuanya dicampurkan kemudian di blender lumat (bahan-bahan buat rendang-sama je)

Masukkan secawan santan  ke dalam kuali, panaskan dengan api yang sederhana, biarkan sehingga mendidih

Setelah medidih masukkan bahan yang telah diblender tadi ke dalam kuali. Kacau  sehingga sebati dan biarkan sehingga  bahan tadi masak di atas api yang perlahan

Masukkan serbuk chilli sekiranya tidak mempunyai chilli kering. kacau sehingga sebati dan biarkan sehingga mendidih (jangan lupa kacau sekali sekala)

Kemudian masukan sedikit serbuk kari ke dalam kuali bersama-sama bahan yang lain

Pastikan kari betul-betul masak sebelum masukan isi ikan, isi udang yang telah diblender.  (Biar nampak minyak naik ke atas-kekuning-kuningan)

Ni lah rupanya apabila dah masukan udang dan ikan yang telah diblender. Jangan lupa untuk Masukkan santan sekali

kulit udang yang telah diblender

Ditapis dan barulah dimasukan ke dalam kuali

masuk macam ni je...

Bila dah hampir masak barulah masukkan sedikit minyak masak. Kemudian biarlah sehingga mendidih 

Dah siap...

Ulam-ulamya perlu dipotong halus (daun kesom)

Cara nak hiris timun supaya nampak macam bunga ros. 

Bila dah hiris nipis ... tepi... gulung dulu

Hiris nipis-npis

Dah jadi bunga ros

Nak masak susah sikit kalau ada anak kecik.. asyik ganggu je

Sekali sekala kena dokong.. masak pun sambil mendokong anak kecik

Aku cuba makan speggeti dengan sambal nasik lemak sementara kuah masak

Boleh tahan rasanya.. kalau tak caya boleh cuba. Gaul rata dengan sambal nasi lemak kemudian makan macam tu.. Bestt jugak

Ulam-ulaman

Amsyar orang yang pertama merasanya

Berselera betul dia makan

Wah.. siap tambah lagi tuu.

Nilah rupanya LAKSA JOHOR yang dah complete dan sedia untuk digaul rata kemudian makan

Tak susahkan untuk menyediakannya.. cuma perlu rajin masak je. Semua boleh makan. Tak tahu nak buat boleh search google.Kalau orang Johor memang suka betul laksa ni. Tapi aku kurang sikit laksa ni sebab aku bukan orang JDT tapi orang Red Warrior.Aku bawa sepinggan besar untuk jiran aku sebab dia memang orang JDT. Selepas makan, Jiran aku puji melambung bini aku.

Wah.. tak sangka ye.. akak pandai masak laksa Johor. Saya pun nak belajar dengan akak lee.. Mana akak belajar ni? susah juga nak jumpa Laksa Johor yang sedap macam ni. Orang Johor sendiri pun belum tentu boleh masak laksa macam ni punya sedap. Hebat la akak.. Puji Jiran Aku

Anak buah aku punya bini pun orang Johor. Kebetulan datang rumah aku petang tu. Bini aku terus hidangkan dia dengan Laksa Johor. Selepas makan terus nak belajar. Aku cakap kat bini anak buah aku tu.. Malam ni pakcik masukkan dalam blog matdingunung cara-cara nak buat laksa johor. Belajar je melalui blog tu. 

Ana memberi tunjuk ajar kepada  suaminya Amer cara-cara nak makan LAKSA JOHOR
Tapi cita rasa orang tak sama. Walaupun Rambut sama hitam, tapi mulut lain-lain. Mungkin ada orang kata tak sedap. Kalau aku, terus terang aku katakan bahawa Laksa Johor bukan pilihan aku sebab aku lebih suka laksa Kelantan dan Laksa Siam.

Sekian sahaja kelas masakan kita pada hari ini. Bulan ramadhan nanti aku akan masukkan banyak lagi resepi untuk panduan para suri rumah menyediakan juadah berbuka puasa kepada suami dan keluarga.Sekian terima kasih dan selamat mencuba. 

No comments:

Post a Comment