Sunday 17 January 2021

MENAKLUK PATIN BUAH SUNGAI DENGKIL

 Assalamualaikummm...

Jumpa lagi dalam entri kedua blog outdoor MatdinGunung dalam tahun 2021. Kali ni aku nak ekpost tentang aktiviti memburu ikan patin di Sungai Dengkil. Kalau kaki pancing di sekitar Lembah Kelang tentu kenal dan tak asing bagi mereka tentang Sungai Dengkil yang kaya dengan beberapa spesis ikan terutamanya Patin Buah, Baung, Lapam, Bandaraya dan Talapia.. namun yang palin femous ialah ikan Patin.. Dalam sungai ni aku tak tahu laa berapa banyak ikan patin ada.. tak pernah habis atau pupus walaupun sepanjang sungai ada saja kaki pancing yang memancing kat sini setiap hari. Yang peliknya, ikan patin kat sini hanya makan roti Gardenia saja.. umpan lain tak nak mengena. Ikan patin dalam sungai ni sungguh istimewa sebab tak bau hanyir atau tak bau selut.. sedap macam ikan patin sungai Temerloh.

Masuk jer lorong ke sungai.. bersimpang siur para pemancing mencari port untuk memancing


Ikan Patin ni aku yang dapat.. sedap ni.. tak hanyir

Ikan patin dalam sungai ni bukan saja tak pernah berkurangan bahkan besar-besar. Ada nilai kalau jual.. rm 15 sekilo ada orang bayar..kedai makan pun bayar.. buat masak tempoyak, sebijik macam ikan patin gulai tempoyak Temerloh dia punya rasa.. lama dah pemancing tegar duk mengganas di Sungai Dengkil.. sekali turun paling kurang 2 ekor boleh bawa naik.. bahkan ada sampai berbelas ekor. Ada saiz 1 kilo sehingga 8 kilo.. tapi kalau besar-besar sangat kurang sedap sikit sebab isi dah liat. siang pun susah.


This is Pojerr.. the king of Patin Sungai Dengkil

Sebelum PKP baru ni.. aku join Pojer gi memburu Patin Sg Dengkil.. Pojer ni memang hantu mancing kat sini dan dia ada port khas yang pemancing lain tak berani ganggu. Dia otai kat sini.. Kalau dia datang jer.. tak pernah mengecewakan..akan ada hasil, paling bodoh pun 2 ekor. Pojer ni pancing saja.. dia tak suka sangat makan ikan Patin.. kadang-kadang dia pegi lempar kat umah aku.. ada kalanya sampai 6 ekor dilemparnya. Jenuh aku nak siang. Aku pun bukan suka sangat makan ikan ni kalau banyak sangat yang diberi.. aku bagi-bagi pulak dengan jiran-jiran. Kadang-kadang aku bagi yang dah dimasak gulai tempoyak. 


Gulai Masak Tempoyak Ikan Patin

Alhamdulillahh.. bini aku pakar masak gular tempoyak ikan patin versi Temerloh.. mana dia belajar aku pun tak tahu.. setiap kali bagi kat jiran2.. pasti melambung-lambung dipujinyaa..

Biasalaa.. kalau gi dengan aku, banyak main daripada mancing.. sebab aku bukan minat sangat mancing. Susah nak pujuk hati ini agar minat mancing, tapi tak dapat. Walau tak minat.. tetap turun jugak mancing sekadar main-main. Sekadar teman kawan.. Aku bawak anak butir aku Mat Athir.. Pojer dah sediakan sorang satu pancing.. kerja aku, buang jer mata pancing yang telah pojer siap perambut dan taruk umpan.. bila loceng bunyi dengan ganasss.. aku sentapppp sekuat hati, kemudian gulung tali pelan-pelan bawak ikan ke tepi tebing.. kemudian Pojer cepat-cepat pegi sauk bawa naik ke darat. Haaa.. itu dikira ikan daripada hasil tangan aku...senang kan cara aku mancing...

Baling tak perlu jauh-jauh..batu ladun menjunam kat tepi tebing tu pun ok.. asal jatuh dalam air

Haaa... dah kena.. Tahniah Matdin

Mana-mana aku pergi.. beg ni tak pernah aku tinggal.. dalam beg ni macam-macam ada. Kalau berada dalam hutan seminggu.. tak akan lapar sebab macam-macam peralatan outdoor ada

Masak maggie dulu.. panaskan air baut kopi panas

Ni lah mat Athir..anak butir aku yang sangat sukakan aktiviti outdoor macam aku.. dia kecik lagi aku dah bawa dia tidur kat hutan

Perghhh.. berselera Pojer makan.. bagi tenaga nak tarik Patin 4.5 kilo jap lagii


Pojer sedang layan Patin 4.5 kilo

Hasil Pojer 2 eko.. aku sekor.. Athir seko


Ok..cukuplah setakat ni cerita aku pasal mancing, sebab masa ni pun aku sedang meeting secara online.. boss aku cakap..bagi info.. bagi maklumat.. aku cuma dengar saja.. tak nak bosan, aku tulis laa blog.. hentam jer cerita apapun.. janji ada konten.. ebiden pun ada..2 dalam 1.. 'sambil menyelam minum air' katanya peribahasa. 







So... kalau sesiapa yang minat makan ikan patin masak tempoyak, jom kita pegi mancing di Sungai Dengkil.. Umpan roti Gardenia Kepal saja.. umpan buah sawit jeruk, umpan perut ayam.. umpan berperisa strawberi.. flavor pandan.. pisang.. dan sebagainya tak dilayan. Dapat dua ekor balik ah.. takyah ambik banyak-banyak.. bagi kat pemancing lain la etekkk.. Kalau nak jual.. ambik la lebih-lebih pun.. rezeki kita hak kita.. dalam rezeki kita pun kekadang ada hak orang lain..kena ingat tu.. satu lagi orang kata " rezeki tak pernah salah alamat".. campak tak pegi jauh pun, tetap mengena. Macam akuu.. hahahahaha...








Akhirnyaa.. semua hasil ni Pojer gi rembahh rumoh aku semo.. seko pun dia tak ambik. Letih aku nak siang. Untung sangat jiran-jiran aku dapat ikan patin yang bukan saja siap disiang..bahkan ada dapat yg telah siap dimasakkkk.. Untung sape-sape yang berjiran dengan aku.. hahahaha





Friday 15 January 2021

SELAMAT DATANG TAHUN BAHARU 2021 VS SELAMAT DATANG PKP 2.0

 Assalamualaikumm...

Bab 1- 2021 vs PKP 2.0

Sedar tak sedar dah tempuh 2021 kita ni.. ingatkan dalam tahun 2020 yang tak sabar dinantikan dulu memberi magis yang luar biasa kepada rakyat dan negara, tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Dulu kita disogok dengan WAWASAN 2020 yang menjanjikan negara kita menempa kejayaan memasuki kelompok salah sebuah negara maju di dunia ini.. tetapi, yang realitinya tahun 2020 negara kita semakin porak peranda.. dengan perebutan kuasa politik, merebaknya wabak penyakit, kejatuhan ekonomi, kadar pengangguran dan kemiskinan meningkat, rakyat terkurung dan dikurung, pelajar sekolah keciciran pelajaran dan macam-macam perkara buruk lagi yang berlaku seperti banjir besar yang melanda seluruh negeri Pantai Timur dan Johor..

Ingatkan memasuki fasa tahun baharu 2021 kita semakin bebas dengan belenggu masalah-masalah tersebut, tetapi malangnya awal tahun lagi kita telah dikejutkan dengan meningkatnya wabak Kovid 19 yang semakin tak terkawal di seluruh negara bahkan kadar kematian harian akibat Kovid 19 begitu menggerunkan. Dalam keadaan macam ni, pemimpin politik boleh lagi bertelagah untuk berebut jawatan dan saling menjatuhkan musuh politik demi kepentingan diri dan agenda politik masing-masing tanpa mempedulikan bahana yang sedang menimpa rakyat dan barisan hadapan yang bertungkus lumus memerangi Kovid 19. Atas dasar ini terciptanya sekali lagi PKP 2.0 seterusnya pada masa yang sama diwartakan DARURAT POLITIK yang jelas begitu menekan rakyat marhaen. Dari satu segi, pengumuman ini memberi ruang kepada kerajaan untuk mengekang virus Kovid 19 daripada terus merebak, namun, dari satu segi memberi kesan kepada mental dan fizikal rakyat terutamanya golongan marhaen yang jenis cari makan 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' dan juga pelajar sekolah terutamanya pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan pelajar yang bercita-cita untuk ke sekolah asrama penuh. Apapun. kita serahkan kepada kebijaksanaan kerajaan untuk mengatasinya.. marilah kita sama-sama berdoa agar masalah ini tidak berterusan sehingga ke tahun seterusnya...Aminn

Ok.. Bab 2 - Balik Kampung sebelum PKP

Cuti sekolah bermula pada 17 Disember 2020 sehingga 20 Januari 2021. Walaupun cuti sekolah, aku dan keluarga tak boleh pegi mana-mana sebab tak berani nak keluar rumah, apatah lagi balik kampung sebab negeri aku menetap sekarang adalah kawasan merah Kovid 19.. orang-orang kampung di kawasan hijau sebolehnya tidak mahu menerima kehadiran keluarga ataupun penduduk asal kampung yang berhijrah dan menetap di kawasan merah balik ke kampung.. mereka tak sanggup menjadi salah seorang insan yang tidak bernasib baik menerima virus ini daripada perantau yang pulang kemudian menyebarkannya pula kepada orang lain. Walau hati tak mahu, tapi demi anak-anak, cucu-cucu dan saudara mara.. perkara ini tidak dapat dielak.. cuti Krismas baru-baru ini, ramai warga kota dari Kawasan Merah berpusu-pusu keluar sama ada balik kampung atau pegi melancong dengan membawa buah tangan berupa Covid 19 untuk diagih-agihkan di tempat yang disinggahi. Kesannya, dari kawasan hijau sudah bertukar menjadi kawasan kuning dan jingga. Memburukkan keadaan, beberapa hari selepas itu, datang pula cuti tahun baharu yang berturutan selama 3 hari menyebabkan sekali lagi warga Kovid kawasan merah balik ke kampung.. kesannya, yang jingga bertukar merah, yang hijau menjadi kuning.. atau dengan kata lain, seluruh negera di Malaysia tidak bebas daripada Covid hattta negeri Perlis sekalipun walau sebelum ni negeri ini cukup terjaga dan bersih daripada Covid 19.. 

Aku dengan penuh rasa takut dan gusar juga turut balik ke kampung.. bukan niat untuk suka-suka atau seronok-seronok nak balik bercuti di kampung, tetapi balik ziarah abang kandung yang sakitnya semakin tenat.. bimbang berlaku perkara yang tak diingini, nanti tak sempat jumpa. Aku balik seorang saja, tak bawa family sebab tak mahu ambil risiko.. nanti menjadi buah mulut orang kampung. Balik pun aku tak pegi mana-mana dan cukup jaga SOP. Walau bagaimanapun, sebab adik-beradik ramai yang menetap kat kampung, nak tak nak kena la juga ziarah yang lain-lain sekejap. Tunjuk muka jerrr.. kalau tak pegi karang.. kecik hati pulak sebab mereka tahu aku ada balik. Dapat balik kampung sesekali, aku ambik peluang rayau-rayau keliling kampung tengok tempat-tempat aku bermain masa kecik-kecik dulu untuk lepaskan rindu. Pakai topi, pakai mask tinggi-tinggi tak nak bagi orang kampung dan sahabat yang ada di kampung kenal.. sebab malas nak salam kalau boleh, nak elak daripada mereka tahu aku balik kampung. Bahaya sekarang.. kita jaga kita, kita jaga kawan dan kita jaga jiran.

Ziarah abang kandung yang sakit

Masa balik yang singkat sempat jenguk harta yang ditinggalkan lama. Alhamdulillah, sekarang sudah terjaga kembali.

Masa PKP pertama dulu.. begini jadinya rumah bini aku.. Mcm rumah puaka

Sekarang sudah terang benderang.. ambik keputusan simen keseluruhan halaman untuk mengelakkan tumbuhnya semak samun




Sawah padi terbentang luas.. indahnya pemandangan kampungku

berlatarbelakangkan bukit bukau.. sawah padi sayup mata memandang


Pusing-pusing dengan tok batin..



Masuk kebun.. cari pucuk paku untuk bawa balik ke Selangor

Sekejap jer..dapat sepemeluk pucuk paku


Masukkan dalam plastik besar..nak bawa balik bagi kat jiran2 tetangga di Kuala Lumpur

Tak sempat nak menjaring ikan sebab banjir dah surut.. tapi ikan yang Tok Batin cari, sempat makan sebab dia simpan sikit untuk aku.. T.Kasih Tok Batin take care ko ambo..adik dio

Banyak hasil yang dapat.. rezeki tok batin rajin mencari.. tak naik atah umoh.. tido bangun dalam air banjir

Tok Batin menunjukkan hasil jaringnya.. cilakak

Balik ke K.Lumpur, terus dinner dengan lauk pucuk paku.. ada sedikit bagi kat jiran2..

Gulai Lemak Daun Kadok ikan keli lembut dan ikan haruan yang Tok Batin sejuk beku untuk bawa balik ke Kuala Lumpur


BAB 3 - Bawa Family Pegi Melancong

Selepas aku kembali dari kampung.. keesokan harinya aku bawa anak-anak dan isteri pegi bercuti sehari di Cameron Highlands. Kesian mereka, sejak PKP pertama Mac tahun lepas, tak pernah keluar pegi bercuti. Sekolah pun dah nak bukak, takpelah.. jaga diri dan sekadar betul-betul pegi berehat jer. Sewa apartment, beli sayur dan makanan, masak kat sana. Aku sewa Iris Apartment mengadap padang Golf Sultan Ahmad Syah.. tenang dan sejuk.. nyaman.. hujan gerimis-gerimis sepanjang hari lebih menyamankan. Sebelum check in apartment, singgah beli sayur-sayur dan buah segar di Brincang dahulu.. sampai di apartment, terus masak nasi dan goreng campur sayur.. nasi senduk sedikit saja tapi makan sayur yang lebih.. perghhh..sedap. 

Az-Zahraa.. hantu strawberi

Amsyar meratah sayur fresh dari ladang



Petang bawa anak-anak keluar jalan-jalan pusing-pusing tengok pekan Tanah Rata dan pegi pasar malam.. Malam masak sayur lagi.. makan sayur dan buah strawberi. Anak bongsu aku 'hantu' strawberi rupanya. Bukan main banyak dia makan. Puas hati aku bawa dia bercuti di sini. Buat juga stimboat untuk dinner.. stimboat yang lebih kepada sayur seperti kobis bunga, brancoli, dan pelbagai jenis cendawan. 

Jalan-jalan nak ke Pasar Malam yang tidak jauh dari tempat penginapan


Bangun pagi, bini goreng nasi yang lebih semalam sikit untuk alas perut. Kemudian, lepas mandi kami terus bersiap keluar atau check out dari apartment menuju ke Bharat Tea untuk minum pagi berlatarbelakangkan ladang teh. Sebelum ke Bharat Tea, aku singgah dulu di ladang strawberi milik orang Melayu dekat jer dengan Apartment aku tinggal.. Petik sendiri buah strawberi.. satu kilo rm 50. Balik dari breakfast di Barat Tea, tak pegi mana-mana lagi, terus balik ke Selangor.. singgah sekejap beli buah tangan untuk jiran-jiran dan kawan-kawan di pasar jual sayur dan buah selepas pekan Brincang. Anak-anak dan isteri cukup gembira dengan percutian ini walaupun singkat sebab mereka dah dapat tengok dunia luar. 

Menu sarapan pagi.. nasi goreng cina dan telor separuh masak

Telur separuh masak

Santai-santai sambil menghirup secakir kopi panas


Aku cadang sebelum betul-betul buka sekolah, nak bawa sekali lagi anak-anak pegi bercuti di Melaka..  tup..tupp, kena PKP sekali lagi.. tak jadi ah.. takde rezeki anak-anak nak main air di Bayou Resort dan makan ikan bakar di Alai.. sekian saja celoteh aku sebagai bbuko panggong blog aku di tahun 2021.

Kita layan gambar aku dan anak-anak serta isteri di Cameron Highlands.

Budak-budak zaman sekarang.. dengan gajet bagai tak boleh dipisahkan



Pemandangan indah padang golf di Cameron Highlands




Sewa apartment besebelahan padang golf.. tenang dan damai


Santaii.. tenangkan fikiran









Bergurau dengan si Bongsu


Si Bongsu yang manja..





































Breakfast di restoran Bharat Tea berlatarbelakangkan ladang teh.. harga makanan dia boleh tahan kerasnya..

Menghayati panorama indah..




Sekian T.Kasih.. doakan agar tahun 2021 kita bebas daripada Covid agar dapat aku buat banyak aktiviti outdoor untuk dimuatkan dalam blog aku..