Monday 23 September 2013

KEJOHANAN BOLING MUHIBBAH KELUARGA BAHAGIA






ASSALAMUALAIKUM..

Baru-baru ni aku ada anjurkan satu aktiviti sosial untuk rakan guru di tempat kerja aku. Saja je aktiviti ni nak diadakan sebab melalui aktiviti yang cam gini kita dapat eratkan ikatan ukhwah sesama rakan sekerja dan jugak dapat hilangkan stress kerja buat seketika.Cikgu sekarang memang banyak stress sebab kerja bertimbun dan bertimpa-timpa tak pernah nak habis. Baru je habiss menanda kertas Percubaan SPM dan PMR, datang pulak Fokus PMR dan SPM habis tu terus bersambung dengan Pra PMR dan Pra SPM. Tak habis-habis dengan nak menanda dan membuat soalan. Tu belum lagi dengan tugas nak isi markah koku, nak buat majlis itu.. nak buat majlis ini majlis solat hajat, majlis perpisahan, majlis persaraan, majlis graduasi dan pelbagai majlis lagi. Pendek kata lepas meeting.. meeting lagi. Oleh sebab tulah kita kena cari satu aktiviti yang boleh kita hilangkan sikit rasa stress dan bebanan tugas.

Jadi, atas inisiatif itulah aku bersusah payah menganjurkan satu kejohanan boling yang aku namakan KEJOHANAN BOLING MUHIBAH KELUARGA BAHAGIA. Harapan aku agar ramai rakan setugas menyertai kejohanan yang berbentuk hari keluarga ini agar dapat mereka hilangkan stress sekejap dengan bersosial bersama rakan-rakan dan family sambil-sambil tu dapat le jugak window shopping cuci mata kat Sunway Piramid.

Pada asalnya memang ramai yang nak menyertai kejohanan ni, tapi oleh sebab hari sabtu tu merupakan hari persekolahan ganti, maka ramailah jugak yang tarik diri. Daripada 35 pasangan yang mendaftar, tup..tup.. dah tinggal cuma 20 regu aje yang masih keras semangat untuk bertarung. Kecewa jugak rasanya bila ramai yang tarik diri sebab aku susah payah cari penaja. Air tin dapat 2 karton dan air mineral cactus sekotak yang aku cari sponsor, hamper yang tinggi-tinggi dapat 13 buah, trofi pun aku dapat free ada hamba Allah sponsor, hadiah-hadiah sampingan lain pun bertimbun aku cari. Peserta cuma bayar RM15.00 je untuk 2 game permainan dan sewa kasut serta makan.Hadiah sampai tempat ke-sepuluh boleh dapat. Tapi tawaran yang lumayan macam tu pun masih ramai lagi yang tarik diri. Aku main dalam kejohanan luar sampai RM50.00 satu kepala tapi dapat hadiah tah apa-apa aje.

Okeylah.. tak usah cerita panjang.. Kejohanan ni berjalan lancar dan cukup meriah walau tak ramai peserta. Hadiah yang ditawarkan berupa Piala Pusingan, Piala Iringan dan Hamper Tinggi untuk Johan. Bagi Naib Johan dan Tempat ke-3 pula pemenang akan membawa balik sepasang piala iringan dan Hamper Tinggi untuk kategori bergu suami isteri. Bagi kategori individu lelaki dan perempuan pula, hadiah yang ditawarkan sampai tempat ke-10.
Antara Hadiah yang menanti pemenang


Gaya Bini aku dan Posing bini member aku


En Yazid.. Wakil PIBG. cam geram nampak.. tentu longkang lagi tu
Dato Seri Hj Ab Rahman dengan gaya balingan spinner
Ni musuh ketat aku nii.. fokus untuk buat balingan hood
Gaya En Yazid ni memang stylo
Madam Cristy garu kepala cam tak caya dia tak dapat spare walau satu kalipun. Dato Seri Rahman terlopong tengok skrin score dia yang tak lepas 100 point ( tak beraji )


Che wahh.. tunjuk tanda baguss. Cam dia bagus. Ko tewas dengan aku lagi skali Aimm. Kalo ko tak puah hati.. ko anjur lagi skali. Kita tengok sapo monang



Sejak dari buaian sudah diajar berjinak dengan sukan ni.. Bakal ganti Shalin Zulkifli budak ni nanti.

Budak ni laa yang bakal mewarisi kemahiran aku nanti. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

Jamuan ni ditaja oleh Kelab Guru dan Piraymid Megalaness
Sambil Tunggu keputusan dikeluarkan, kita santai sambil makan-makan dulu
Tak Sangka la pulak.. bini aku merangkul hadiah utama JOHAN bagi kategori Individu Perempuan. Hadiah disampaikan oleh pengerusi Kelab Guru.

Menepati Ramalan.. Matdin Gunung merangkul Juara kategori Individu Lelaki. Hadiah disampaikan oleh PK Koku En Ab Rahim ( musuh tradisi ). Jangan jelous ye Aimm. You cuba lagi yeee..untuk tewaskan I...


Bangganya.. best friend aku boleh dapat tempat Kedua kategori individu.. tak sangka yeee?? Tahniah BRO. Tahun dopang enko boleh monang..engko monang.
Acheee... dapat jugak ko ye.. No 3 bagi kategori bergu. Tahniah Aim.. Tahniah Marr. Sorry.. gambau ko gelap skt sb bukan gua yang angkat. Kita musuh masa main boling aje.. kat luau kita still best friend
Dan... JUARA UTAMA BAGI KEJOHANAN BOLING MUHIBBAH JATUH KEPADA REGU MATDINGUNUNG. Hadiah telah disampaikan oleh Dato, Seri Hj Ab Rahman. Pengerusi PIBG.
Bukan itu saja.. Matdin Gunung juga berjaya mendapat hadiah HIGH GAME bagi kategori Lelaki dan Isteri Matdin Gunung mendapat hadiah HIGH GAME bagi kategori Perempuan. Apapun semua itu.. bukan tujuan aku menganjurkan dan menyertai kejohanan ini. Yang paling utama lebih kepada untuk bersosial bersama rakan-rakan dan keluarga. Untuk bersuai kenal dengan isteri dan suami rakan-rakan setugas. Bersantai dan melepaskan tekanan tugas. Walau keluarga aku bolot semua hadiah utama, tapi aku agih-agihkan kepada rakan yang bawa family tapi tak dapat hadiah. Biar sama rasa sikit sorang sebab kita bukan nak tunjuk siapa JAGUH tapi untuk suka-suka saja. Yang menang TAHNIAH.. yang TEWAS jangan putus asa.. CUBA LAGI TAHUN DOPANG.

Masa datang sekolah pagi esoknya.. ramai jugak la yang datang jumpa aku minta dianjurkan lagi kejohanan macam ni untuk tahun depan. Dan ada minah sorang tu yang secara tak sengaja berselisih dengan aku masa nak ke kantin..  " Cik Den.. jangan lupa anjur lagi yee.. tak menang tak pe.. tapi best laaa... we enjoy. Tapi ko tak yah la main, ko anjur aje..kami nak menang"

Chee wahh.. mana boleh juara bertahan tak main. Mesti akan ada orang yang berangan-angan nak tewaskan juara bertahan. Ini merupakan satu persaingan bersih ( fair play ) yang boleh meningkatkan motivasi pemain-pemain lain yang berhajat untuk memadam kejuaraan lalu.Aku dapat maklumat dah ada satu team yang telah membuat pakatan untuk menumbangkan aku untuk kejohanan seterusnya. hee..hee.. Silakanlah..korang pegi berlatih dulu cukup-cukup. Jangan main taktik kotor pakai bomoh dah lah untuk bagi tangan kanan aku kebas..


Hanya ini saja hadiah yang aku bawa balik.. selebihnya diagih-agihkan kepada rakan-rakan yang lain
JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PENYUMBANG HAMPER IAITU CIK TAN SS ( 5 hamper), PN ZAINI ( 2 hamper ), PN SAADIAH, PN SUMADLIZA, PN RAHIZAM, PN SARIPAH ZALEHA,CIK GOH & PN MAZIHA. 

TERIMA KASIH JUGA KEPADA PN TN NOR HAZIPAH KERANA BAGI 2 BUAH BEKAS TAPPUWARE UNTUK DIJADIKAN HADIAH HIGH GAME. TERIMA KASIH JUGA KEPADA EN AZMI KERANA BERI 17 BUAH PIALA TERMASUK SATU PIALA UTAMA. TERIMA KASIH KEPADA PENAJA AIR TIN DAN TIDAK LUPA TERIMA KASIH KEPADA PENGURUS PIRAYMID MEGALANESS PN.MICHELLE KERANA BAGI HARGA STAFF DAN SPONSOR SEDIKIT MAKANAN TAMBAHAN. TERIMA KASIH KELAB GURU KERANA MENAJA JAMUAN SERTA TERIMA KASIH KEPADA KAWAN-KAWAN YANG MEMBANTU MELANCARKAN KEJOHANAN INI DAN AKHIR SEKALI TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PESERTA. YOU ARE THE BEST

SEKIAN TERIMA KASIH.



Saturday 7 September 2013

JAMUAN HANTAR SYAWAL DI RUMAH BARU

 Kawan-kawan kat sekolah asyik dok tanya bila laa aku nak jemput dia orang makan-makan kat rumah baru aku.. Sebenarnya bukan tak nak buat.. tapi belum bersedia lagi. Nantilah.. insyaAllah.. sampai masanya aku buat lah.Tunggu masa sesuai jee..

Tahun ni merupakan pertama kali aku beraya kat rumah sendiri walau bukan tempat tumpah darahku. Sebelum tu, 9 tahun aku beraya kat kuaters di USJ 6. Bila sampai kat tempat baru, sudah pasti kita akan mencari rakan untuk hidup bermasyarakat. Itu memang normal kehidupan. Mana boleh kita hidup sendiri-sendiri tanpa bergaul dengan masyarakat setempat. Sama macam aku.. di samping aku cuba mendekatkan diri dengan jiran-jiran, rakan-rakan sosial juga aku cari terutamanya yang mempunyai minat yang sama dengan aku. Hasil daripada asyik dok lepak kat skrin besar layan bola, sedikit demi sedikit aku sudah mula kumpul kawan. Tak kira tua muda, kaya miskin, kerja kolar putih atau kolar biru semuanya aku bergaul. Dan yang lebih pasti.. entah macam mana geng yang sekapal dengan aku pula yang ramai ( Satu Negeri ).

Baru ni masa layan Kelantan VS Pahang, aku syorkan agar geng-geng baru buat jamuan raya. Mereka pun setuju tapi belum confirm tarikh dan tempat. Baru ni masa layan live Piala Malaysia yang latest.. aku offer diri supaya jamuan tu buat je kat rumah aku. Nanti aku confirmkan tarikh.

So.. tarikh yang paling baik aku pilih ialah akhir syawal. Aku suruh salah seorang rakan aku jemput rakan-rakan lain untuk makan-makan kat rumah aku. Jadi.. pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan, merekapun datanglah ramai-ramai berjamuan raya untuk merapatkan silaturahim.
Kira nilah kali pertama aku anjur jamuan ringan-ringan kat sini. 
Sebelum ni aku anjur jamuan untuk Kuaters dan blok aku di USJ 6.

Walaupun majlis ringkas tapi meriah dengan kehadiran kawan-kawan baru


Wak makan rekeh-rekah jahhh..

Wan Ganu, Me, Lan, Wan Klate, Nik, Mat Yie, Mat Din, Amer, Zuhe.. Tok ngulu tak dop dale gambar sebab dio jo ambik gambar. Sepu dok tengah bakar ayam

Ada sorang dua lagi hok tok leh mari sebab ado hal

Tok Ngulu ni weiii..

Din tokey Restoran Tom Yam pun turut hadir memeriahkan majlis
Bereh boh.. sapa sini dulu ulasan ringkas ambo. Terimo Kasih semo yang hadir.

KISAH AKU, KELUARGA & HANTU RAYA


Eeeyeee.. lama benar rasanya tak menulis. Ada kawan tanya kenapa lama tak masuk entri baru, dah tak de story ke?

Eh.. bukan cam tu, story ada banyak tapi masa kurang banyak. Sibuk menanda tryer SPM.

Haa.. ni aku nak story.. korang nak percaya atau tidak terpulanglah..

Kisah bermula semasa aku menjemput keluarga aku datang berbuka puasa di rumah aku. Kira ramai juga lah yang datang. Salah seorang yang datang tu adalah anak buah aku dari Jalan Duta. Dia ada baby yang baru 3 bulan lebih umurnya. Masa berbuka tu memang meriah dan berjalan lancar, tapi lepas isyak babynya menangis tak henti-henti. 
Aku tanya dia, "Gi.. anak mu tu selalu ke menangis cam ni"?

Eh.. tak de lah.. selalunya tidur dengan menyusu je.. tak pernah nanggis macam ni.

Aku kata " sakit perut kot.. atau panas sangat. Cuba kau bawa naik atas bukak penghawa dingin dalam bilik aku.. kot-kot dia nak senyap"

Dari atas aku dengar budak tu tak nak berhenti menangis..
Sekejap tu Miji tanya " Din.. rumah kau ada apa-apa ke?"

Aku jawab " Eh.. tak delah.. jangan nak buat cerita. Dah tiga bulan aku dok sini, tenanggg je rasanya. Lagipun ni bulan puasa, mana ada apa-apa"

"Aku tak sedap hati lah Din.. selalunya mana anak aku nak menangis teruk macam ni".

"Tak de apa.. cayalahhh.. jom kita keluar minum. Jap agi anak kau tu berhenti la menangis".

Setengah jam aku dan anak-anak buah dok minum.. tiba-tiba telefon Miji berdering. Bini dia suruh balik segera. Anak bongsunya tak nak berhenti menangiss. Dia sudah habis idea memujuknya.
Miji pada asalnya berniat nak tido mah aku terus berubah fikiran.. Angkut terus semua barang masuk bonet kereta kemudian blah..

Masa pulang beraya, Miji kata anaknya sudah pulih. Mak mertua dia yang buat. Dia kata pada aku, benda tu datang dari rumah aku. Aku cam tak percaya tapi confius jugak. Konflik berlaku dalam diri sama ada nak percaya ataupun tidak.

Balik daripada beraya, aku terhidu bau busuk di dalam bilik utama rumah aku. Puas aku cari puncanya tapi tak jumpa. Malam tu aku tak berapa nak lena tidur. Pusing kanan pusing kiri semuanya tak boleh nak lelapkan mata walaupun badan penat setelah seharian pandu kereta dari kampung. Anak bongsu aku sekejap.. sekejap asyik dok nangis. Bini aku tanya kenapa Amsyar asyik nanggis.. Aku kata mungkin penat kot sebab seharian dok dalam kereta.

Hari kedua dok rumah, bau busuk masih belum hilang. Tapi yang peliknya bau tu cuma datang dekat nak maghrib saja. Lepas sembahyang maghrib terus hilang. Malam tu masa bini aku sedang sembahyang Isyak ulat MELOMPAT tepi sejadah. Dia memekik memanggil aku.. aku ambik ulat tu terus buang dalam mangkuk tandas. Aku tercari-cari dari mana ulat tu datang. Aku intai kat siling kot-kot ulat tu jatuh dari siling.. tapi tak lojik sebab tak ada ruang untuk ulat tu jatuh.

Malam tu seperti biasa aku sukar nak tidur walaupun hari sudah lewat malam. Amsyar sekali sekala menangis dan memekik tanpa punca. Dalam pukul tiga pagi masa aku sedang asyik membaca info di dalam blog-blog otai, bini aku memekik-mekik memanggil aku. Dia ternampak banyak ulat yang merayap di seluruh lantai bilikku. Aku ambil penyapu dan penyodok, terus sapu dan buang ulat-ulat tu. Ulat tu kira besar la juga. Bini aku dapat cari punca ulat tu datang.. dia datang dari tilam usang yang aku dan Aina selalu tidur di atasnya. Tilam tu aku hampar tepi katil aku. Aku gulung tilam tu letak tepi. Aku selongkar dalam tilam tu kot-kot ada tikus atau cicak mati terperangkap dalam tilam tu tapi tak de la pulak. Tilam tu pun bukannya bau busuk.

Pagi esoknya aku sidai tilam tu kat pagar rumah untuk matikan segala saki baki ulat-ulat yang masih terperangkap di dalamnya. Tilam tu aku sangat sayang.. walaupun usang tapi selesa tidur di atasnya. Aku nak ambik balik untuk hampar semula di tempat asalnya, tapi bini aku tak kasi. Dia janji nak beli tilam baru untuk aku dan Aina.

Malam tu aku seperti biasa tak lena tidur, pusing kanan tengok dinding, terlentang tengok siling, pusing kiri tengok belakang bini, telungkup cium bantal.. semua posisi telah aku cuba untuk lelapkan mata tapi tak berdaya. Amsyar juga setia setiap satu jam akan memekak dan menanggis. Berleter bini aku sebab tak dapat tidur diganggu oleh tangisan Amsyar. Buat susu botol tak diminumnya. Aina pula asyik tergaru-garu tak henti-henti pada seluruh badan. Mata pejam tapi tangan dok bergaru. Aku sangka banyak nyamuk lalu aku semburkan Ridsect.

Bangun pagi esok seluruh tubuh Aina bengkak-bengkak macam kena sampar garam. Aku suruh Aina pergi sekolah sebab masih tak banyak lagi dia punya bengkak.Masa aku sedang asyik mengajar.. cikgu kelas Aina telefon suruh aku bawa Aina ke klinik sebab Aina gatal-gatal dan bengkak seluruh badan sehingga ke muka.Kebetulan pada hari tu aku tak banyak kelas, so.. lepas habis kelas tu aku terus keluar cari Aina kat sekolahnya untuk dibawa ke klinik mendapatkan rawatan. Aina sudah ada rekod terkena sampar garam, lalu berpandukan rekod lama, doktor bagi ubat sapu, ubat minum dan ubat telan serta MC satu hari.( duit rawatan Aina member aku yang sponsor )

Selepas makan, aku terus bagi Aina makan ubat dan aku suruh rakan aku tolong sapukan ubat kat badannya sebab aku kena masuk kelas rilief. Selepas habis kelas rilief, aku tengok Aina tergaru-garu tak henti-henti. Kasihan kat Aina lalu aku terus bawa balik dia untuk bersihkan diri dan cuci badan dengan sabun Dettol.

Malam tu penyakit gatal Aina tak henti-henti. Bini aku pun hairan sebab biasanya ubat kat klinik tu memang tak pernah mengecewakan dan serasi dengan Aina. Hari kedua penyakit gatal Aina tak hilang. Aku suruh dia cuti aje.. tak payah pegi sekolah.

Balik dari sekolah pada hari tu aku terus pergi ambik Adib kat asrama. Bawa sekali Aina dan Athir. Di pertengahan jalan, aku mendapat panggilan daripada isteri mengatakan Amsyar tak nak masuk rumah. Dia menjerit-jerit dengan kuat sambil memeluk erat isteriku. Bila isteriku bawa masuk ke dalam rumah, Amsyar asyik tunjuk di segenap sudut rumah seolah-olah nampak sesuatu yang menyeramkannya.Isteriku rasa tak sedap hati lalu bawa Amsyar keluar. Kat luar pun sama, Amsyar mengangkat tinggi-tinggi kakinya seolah-olah ada makhluk yang ingin tarik kakinya dari atas dokong uminya. 

Isteriku menelefon ustazah Ainul (rakan sejawatannya di sekolah) untuk mohon bantuan. Kebetulan ustazah sudi untuk membantu dan terus datang. Sepanjang menunggu kedatangan ustazah, Amsyar memeluk erat uminya. Ustazah datang bersama suaminya. Selepas solat hajat , suami ustazah melakukan upacara menghalau jin dan jembalang yang ada di dalam rumah aku.  Berpeluh-peluh dia dibuatnya.


Operasi menghalau Hantu Raya ( gambar hiasan )
Wah.. rupa-rupanya aku bukan menghuni rumah yang indah ini bersama family aku sahaja tetapi penghuninya cukup ramai.Ustaz tu kira ada dalam 139 ekor syaitan ( hantu raya ) yang selesa tinggal bersama-sama aku. Ada yang besar dan ada yang kecil. Ada yang berbulu dan ada yang tak de bulu. ( Patut lee bil air dengan bil eletrik aku melambung tinggi.. ) rupa-rupa ramainya penghuni.Tempat tidur aku ada dua ekor, kat tempat aku sembahyang pun ada beberapa ekor, kat dalam bilik TV ada beberapa ekor, kat dalam tandas ada beberapa ekor, kat depan peti ais yang paling besar siap berbulu lebat lagi katanya. Kat tilam usang yang keluar ulat tu ada 2 ekor (jin).. patut le sedap sangat tidur kat atas tilam tu. Kalau dia tunjuk rupa, sudah tentu kami sekeluarga akan jual murah-murah rumah tu. Nasib baik makhluk tu tak tunjuk dia punya rupa, cuma gangguan biasa aje.


Aku difahamkan bahawa tapak rumah aku dulu adalah tempat tinggal makhluk tu sebelum dibersih, diratakan dan dibina rumah.Bukan rumah aku saja yang ada, bahkan rumah jiran aku kiri dan kanan juga ada benda tu tapi banyak lagi kat dalam rumah aku. Lagipun rumah ni sangat lama aku biarkan kosong.

Bini aku tanya ustaz tu, kenapa sebelum ni tak pernah diganggunya keluarga aku. Usataz tu kata .. sebelum ni dia selesa tinggal bersama keluargaku sebab tak terancam. Kalau sekadar baca surah yasin dan sembahyang, hantu tu sudah lali dan tak rasa apa. Patut le semasa aku sembahyang kadang-kadang tu ada meremang bulu roma terutamanya kalau aku sembahyang Isyak tengah malam. Tapi aku sentiasa berpandangan positif. Aku tak pernah ceritakan pada isteri sekali sekala telintas bayangan di belakang aku setiap kali aku ke dapur untuk minum terutamanya pada lewat malam. Sekali sekala meremang juga bulu roma bila turun bawah untuk cari apa-apa yang boleh dimakan tatkala aku sukar untuk lelapkan mata tengah-tengah malam buta. Tapi aku buat bodoh aje.. sebab mak aku ajar jangan takut pada makhluk lain tetapi takutlah kepada ALLAH.

Bila bini aku ada amalkan bacaan yang diajar oleh oleh ustazah Ainul setiap kali nak masuk rumah, selepas  tulah baru makhluk tu mula nak buat kacau. Ustaz tu kata.. dengan bacanya ayat tu makhluk yang ada di dalam rumah aku  mula rasa panas dan tak selesa serta terancam. Sebab tulah dia mula kacau keluarga aku supaya aku pindah dari rumah tu..( chewahh.. banyak cantik. aku beli mahal-mahal nak suruh pindah keluar.)

Selepas ustaz tu pindahh keluar segala jembalang yang selesa menghuni dalam rumah aku, maka malam tu keluarga aku dapat tidur dengan lena. Amsyar tak menangis lagi malam-malam. Tidur lena sampai pagi. Gatal-gatal Aina terus hilang. Ustaz tu kata.. Aina gatal-gatal sebab terkena bulu-bulu makhluk tu.  Sama ada kebetulan atau berkait dengan benda tu Allahuallam.. yang paling ketara.. bini aku sudah berani turun sorang-sorang pegi dapur walau malam-malam buta. Sebelum ni.. perghhh.. jangan harap. Nak masak untuk bersahur pun aku kena temankan setiap awal pagi.

 Ustaz tu kata.. kalau dah dihalau keluar, makhluk tu takkan datang lagi. Dia kata, kalau masih diganggu, cepat-cepat telefon dia, beliau akan buat lagi. Tapi dia yakin, berdasarkan pengalaman beliau yang lepas-lepas, benda tu yang telah dihalau tak berani untuk datang lagi atau dengan kata lain RUMAH AKU TELAH BERSIH DARIPADA SEBARANG GANGGUAN.. Alhamdulillah..

Masa ustaz tu dok tengah bersembang dengan aku tiba-tiba telefon dia berdering.. rupa-rupanya pada malam nanti akan ada orang datang dari Pahang untuk ambik ustaz tu buat perkara yang sama seperti dia buat kat rumah aku di rumahnya kat Pahang. Wah.. rupa-rupanya terkenal juga ustaz tu yee.. seluruh Malaysia ada cari dia. 

Masa beliau nak balik, aku selitkan not RM50.00 dalam poket baju dia buat isi minyak tapi pantas dia bagi balik pada aku. Katanya dia ikhlas menolong dan tak mahu sesenpun.

SEKIAN SAHAJA KISAH AKU, KELUARGA & HANTU RAYA. KALAU KORANG NAK PERCAYA..PERCAYALAH.. KALAU TAK NAK PERCAYA PUN TAKPE AHH.. TERPULANG PADA DIRI KORANG. YANG PASTI MAKHLUK SELAIN MANUSIA ADA WUJUD DI DUNIA INI.