Wednesday 24 July 2013

MI GORENG MAMAK


Assalamualaikum.. sementara menunggu azan maghrib berkumandang, izinkan hamba update dulu blog hamba yang sudah dua tiga hari terbengkalai.Hari ini hamba nak ajar tuan-tuan dan puan-puan hamba cara-cara menyediakan Mi Goreng Mamak mengikut versi hamba sendiri. BUKAN resepi ini hamba ceduk dari kedai Mamak berdekatan. Walau bagaimanapun, rasanya jauh lebih sedap resipi hamba berbanding dengan resepi Mamak Maulana atau An Nur Bistro, Ar-Rasheed Bistro, Al-Thaqwa Bistro tempat Hamba tinggal sekarang.
Okey.. ilmu tidak boleh disimpan tapi perlu dikongsi. Kalau ada sebahagian besar tuan atau puan hamba dah tahu membuatnya, skip saja entri ini. Mana2 anak-anak dara atau anak bujang yang dok di rumah sewa masih terpingga-pingga nak cari resepi, sila cuba dulu resipi yang amat ringkas dan mudah ini.



BAHAN-BAHAN



Seekor atau lebih sotong. Sedikit Daging dan beberapa ekor udang yang dikupas kulitnya

2 batang fish cake

3 tongkol tauhu kering dipotong empat

sayur lobak

satu labu bawang putih dititik hancur

Sedikit lada giling dan cili sos

sos tiram

Kicap manis kipas udang

Telur


 CARA-CARA MEMBUATNYA

Panaskan 3 sudu minyak masak, tumiskan bawang putih kemudian masukkan daging

masukkan lada giling dan sotong serta udang kemudian pecahkan telur. masukkan kicap, sos tiram dan sedikit ajinamoto. Garam tak payah bubuh.. biar kicap yang masinkan mi tu. Taruk kicap lebih sikit tak pe biar nampak hitam dan berkilat

Masukkan sayur, tauhu kering, fish cake kemudian masukkan mi secukup rasa. satu paket lagi sesuai. Sayur lebih cantik kalau dimasukkan semasa dekat nak angkat
Lepas tu kacau hingga rata

Haa.. siap. Sedap tuu. Confirm sedap. Hias sikit dengan bawang goreng dan sedikit hirisan daun ketumbar

OK.. itu saja resipi hamba pada petang yang berbahagia ini. SELAMAT MENCUUUBAAA.

Sunday 21 July 2013

RUMAH OH RUMAH ( BAB 2 )



 Kisah Pasal ROMAH OH RUMAH ni aku dah huraikan dengan panjang lebar dalam entri aku yang lepas. Korang carilah sendiri entri tahun lepas dalam bulan oktober. Sekarang ni baru ada dalam surat khabar apa yang aku telah rintihkan dulu. Tajuk pun sebijik sama dengan tajuk aku Rumah oh Rumah. 

Ada sorang kawan aku tu dia masih tercari-cari harga rumah mampu milik. Aku kata " ko jangan tunggu, ko beli je laa walau jauh sikit dengan bandar.. nanti lambat laun akan maju juga kat tempat tu" Dia kata. Ah! tunggulah dulu, dengar cerita harga rumah nak jatuh.

Kih..kih.. lawak jugak kawan aku tu.. mana ada harga rumah nak jatuh. Rumah bukan termasuk dalam perjanjian AFTA macam kereta.Setiap hari rumah naik harganya walau sempit. Kat tempat aku tinggal ni berlambak rumah baru naik tapi harga memang sakit hati. Kalau gaji setakat RM3500.00 sebulan, jangan harap nak miliki. Rumah aparment yang seakan-akan kondominium pun harganya mencecah 
RM 371,000.00. Squarefit bukan besar pun. Rumah town house lagi sakit hati tengok. Harganya juga mencecah 300 ribu lebih tapi ruang nak parking kereta pun ciput. Kalau park kereta dalam runag tu tentu anak-anak tak ada ruang nak main basikal kat luar rumah. Tu kalau rumah bawah, kalau rumah atas pula setaraf rumah flet je bukaannya.

Dengar cerita CEUPACS dok fight supaya kerajaan bina rumah tidak lebih rm200,000 untuk kakitangan kerajaan yang tak ada rumah. Tapi.. kerajaan mahu ikut ke? kalau rumah semurah tu tentu muat untuk 2 orang saja atau sesuai  untuk kakitangan kerajaan yang baru kahwin. Pemaju boleh bina harga rumah kurang RM200,000 tapi facilities lain dia tak bagi. Pintu plawood, simen render biasa, ruang dapur tak ada, bilik muat tilam toto saja. Pendawaian Kipas dan lampu kena pasang sendiri, rumah macam rumah PPRT saja. 

Sebab tu lah sekarang ni tak heran kalau dengar ada orang sanggup tinggal kat bawah jambatan. Dahlah tak payah bayar sewa, tempat pulak strategik kat tengah-tengah kota raya. Cukai tanah dengan cukai pintu tak kena bayar, Kos maintanance tak kena bayar.. jiran-jiran sebelah pun baik-baik walaupun ada yang kerjanya jual kotak dan ada penagih dadah. Walau tidur beralaskan kotak dan berbantalkan tokol kayu tapi mereka bahagia. Tak pening kepala, cuma waktu hujan lebat je kena berhati-hati.






Okeylah.. sampai sini dulu celoteh aku hari ni.. dah dekat waktu nak berbuka dah ni.. rumusannya.. semua orang pening kepala memikirkan harga rumah yang jarang orang mampu milik. Anak-anak dah 5 orang tapi masih menyewa. Inilah realiti kita hari ini. Kerajaan perlu prihatin terhadap masalah rakyat marhaen.Berilah mereka peluang untuk hidup selesa dengan mempunyai rumah sendiri. Carilah cara bagaimana untuk membantu mereka. Kekayaan negara adalah milik semua rakyat negara ini. 

Friday 19 July 2013

KUEW TEAW PATTAYA


Hari tu aku sediakan Mi Meggi Ketam Special untuk bini aku sebab sekali sekala nak juga merasa masakan daripada air tangan suaminya untuk juadah dia berbuka. Memang laa.. sekali sekala masuk dapur best jugak. Lama benar aku tak masuk dapur sekarang walaupun banyak benda yang aku boleh masak.

Hari ni bini aku balas balik untuk suaminya berbuka iaitu dia masak Kuew Teaw Pattaya yang aku dan anak-anak aku suka. Bini aku ni boleh dikatakan serba boleh.. daripada makanan pelik, western, darat dan makanan biasa semuanya mampu disediakan. Aku pun tak tahu mana dia pi belajaq. Setahu aku, dia tak pernah mengikuti kelas masakan. Kemahiran datang sendiri dengan izin Allah..

Ari ni sengaja je aku upload langkah-langkah bungkus kuew teaw pattaya.. bukannya nak ajar cara-cara membuatnya. Tapi kalau ada permintaan tinggi supaya aku ajar satu persatu langkah-langkah membuatnya..Insya_Allah.. akan aku pertimbangkan permintaan itu.

Goreng siap-siap kuew teaw secukup rasa

Goreng telur dan ratakan kasi nipis camni

Selak dengan sudu baik-baik penuh hati-hati

masukkan sesenduk kueh teaw yang sudah siap digoreng

Balut setiap penjuru dengan cermat

Lakukan dengan penuh hati-hati

Lipat di setiap empat penjuru

Telungkupkan pinggan


Terbalikkan dan hias kasi cantik

Tunggu Azan

Bila dah azan.. baca doa and than belasahhh

Perghh.. Amsyar, tak ada tertib makan. 

Aina nampak hilir sikit sebab sudah biasa
Sekian sahaja santapan mata untuk kali ini. Sekian Terima Kasih

Wednesday 17 July 2013

MI MEGGI KETAM MATDINGUNUNG


Masa sedang tengah bermesyuarat tadi aku berbisik pada Tasnim yang ada di sebelah aku " petang ni kawe ingat nok masok meggi ketam buat buko poso"

Tasnim kata " oh.. sedap tu Din, wak masuk dale blog demo lah, kawe nok belajar etek"

Aku kato " berehhh"

Entri ni khas untuk sahabat aku Tasnim yang setia mengikuti blog aku sejak akhir-akhir ni.

Sebenarnya buat meggi ketam ni ada banyak versi ibarat kata lain padang lain belalang, lain lubuk lain ikan lain orang lain cara. Aku nak ajar cara mudah jah.. tok sedap sikit pun tak po ah muga aku ni tukang masak amatur jahh bukannya pro.

Bahan-bahan 

Mi Meggi satu paket
Ketam 1 ekor atau lebih
Bawang Putih 4 ulas
Bawang Besar 1 labu
Daun pakci / daun sup
Sedikit sayur lobak

Cara-cara membuatnya..

Rebus dulu ketam tu menggunakan 3 cawan air
kemudian panaskan kuali, masukkan 3 sudu minyak masak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan, selepas tu masukkan rempah kari me maggi dan sedikit sos cili. Kacau-kacau kemudian masukkan air rebusan ketam tadi. Biarkan mendidih. Masukkan sebiji telur dan biarkan. Jangan kacau takut telur sebati dengan kuah. Nanti berkelodak pulak dan nampak tak menarik. Masukkan ketam dan akhir sekali masukkan Mi Meggi dan bawang besar. Biarkan dua minit kemudian masukkan lobak dan boleh angkat. Siap dah laa.. mudah kan.. masukkan dalam mangkuk kemudian hias dengan taburkan daun pakci tadi, hirisan  buah tomato dan tabuRkan bawang goreng. Perah sedikit asam limau.Tunggu azan lepas tu Ngappp..


Ketam yang dibasuh bersih di rebus



bahan-bahan

Semasa bawang putih sudah kekuningan masukkan rempah kari meggi kacau kemudian masukkan sedikit cili sos

kemudian masukkan kuah rebus ketam tadi 

Bila dah mendidih, pecahkan sebiji telur


Masukkan mi meggi dan sayur lobak.Jangan lama sangat rebus meggi takut lembik. Agak-agak 2 minit

Inilah rupa mi meggi Matdingunung. Tak lah sedap sangat tapi boleh layan laa

Masak selepas pukul tujuh hampir-hampir waktu nak berbuka. Takut lama nanti kembang la pulak meggi tu. Hilang dia punya kelazatan. Esok boleh lah cuba Nim.. beli ketam segar sikit. Duit kan dah banyak sebab baru mashyukk duit elaun jadi petugas SPR masa PRU13 baru ni. Dari pukul 5 pagi sampai pukul 12 tengah malam kita bertugas melancarkan proses pengundian, tentulah tak salah kalau nak makan sedap sikit kan?? kan?. SELAMAT MENCUBA

Ada satu lagi versi.. lain kali kawe tera buat versi satu lagi. Demo belajar hok ni dulu.

Tuesday 16 July 2013

SUSAHNYA NAK JADI CIKGU




Tengok pada kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Pihak Kementerian Pendidikan, kesian aku pada anak-anak murid aku yang malas belajar. Tu syarat minimum.. mungkin ramai yang mohon nak jadi guru tu adalah yang dapat 10A atau yang dapat CGPA 3.8 ke atas semasa belajar kat universiti. Apa lagi pekerjaan dalam sektor awam yang boleh dipohon sekiranya syarat layak untuk jadi cikgu pun begitu tinggi. Bukan nak memperkecil kerja sebagai guru tapi biasanya bidang guru merupakan penyelamat kepada mahasiswa yang tak ada hala tuju disebabkan kursus yang diambil masa kat universiti tidak ada tempat untuk mereka bekerja. Sekarang ni sudah banyak kursus perguruan yang ditawarkan di universiti awam telah ditutup, KPLI juga telah ditutup. Yang ada hanyalah Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Itupun lepasan universiti itu masih berpuluh ribu yang tak ada penempatan selepas tamat belajar dan masih menganggur. Mengharapkan penempatan yang entah bila boleh dapat. Diburukkan lagi dengan dasar kerajaan yang meningkatkan usia persaraan wajib guru-guru dari 56 tahun ke 60 tahun. Lagi tertutup peluang bakal guru-guru muda.

Tu lah hakikatnya sekarang.. kerja kolar biru di negara ini hampir semuanya telah disapu oleh warga asing. Kerja kolar putih pula saingan terlalu sengit. Habis.. ke mana hala tuju anak-anak muda kita yang sederhana. Memang patut kalau kadar pengangguran di negara ini mencanak naiknya saban hari. Ramai dalam kalangan anak-anak muda kita yang belajar di luar negara terus bekerja di luar negara sebaik saja tamat belajar sebab peluang kerja di negara ini semakin sempit. Yang bijak pandai pun masih teraba-raba mencari pekerjaan, apatah lagi yang sekadar mempunyai sijil SPM setakat cukup makan.

Nilah yang aku sedih ni.. anak-anak murid aku terutamanya yang sebangsa dan seagama dengan aku masih lagi lena walau SPM hanya beberapa detik lagi nak tiba. Masuk kelas berbual-bual. Ada yang tidur berbantalkan lengan di atas meja dalam bilik darjah. Ada yang tak masuk kelas langsung dan seharian tawaf sekolah. Buku entah ke mana. Latihan dibuat dalam kertas conteng.. tu pun buat separuh dan cincai-cincai buat sebab cikgu ugut nak call parent. Masa exam dapat gred C dah bangga melenggak sebab masih lulus katanya. Kadang-kadang cikgu macam mengajar kerusi dengan meja sahaja. Papan putih walau penuh dengan nota ditulis oleh cikgu, hanya sekerat dua saja yang salin.. yang lain buat tak nampak. Alasan paling mudah " buku tak bawa". Baik kelas depan, kelas tengah mahupun kelas hujung.. perangainya hampir sama. Budak besikap acuh tak acuh belajar tapi pihak sekolah dok tekan guru agar semua budak kalau boleh mesti dapat A+ atau sekurang-kurangnya A- dalam semua mata pelajaran. Datanglah malaikat dari langit mana sekali pun turun mengajar budak kalau sikap pelajar macam tu mana boleh dapat A. 

Guru terhegeh-hegeh datang pujuk dan belai budak-budak supaya buat latihan. Tak ada buku hulurkan duit suruh pegi beli buku asalkan buat latihan. Tapi budak-budak.. umphh.. hampeh. Janji nak buat, janji nak hantar tapi tup..tup.. janji tinggal janji. Kalau dulu.. orang nak ilmu sanggup redah hutan masuk gua datang bertapa dan sanggup hadapi segala ujian dan dugaan untuk dapatkan ilmu. Orang dulu sanggup berjalan kaki bepuluh-puluh batu dan beberapa purnama pergi berguru untuk mendapatkan ilmu. Tapi budak sekarang cikgu pulak terhegeh-hegeh datang nak bagi ilmu. Siap pujuk rayu lagi kat pelajar supaya terima ilmu yang cikgu nak bagi.Budak buat dont no ajee.. Ada sesetengah cikgu siap 'rasuah' budak nak bagi gula-gula atau belanja nasi lemak kat kantin kalau budak dapat siapkan kerja sekolah. Tapi nasi lemak mereka tibai, kerja sekolah tetap tak buat. Bila exam dapat E salahkan cikgu tak pandai ajar. Bila pegi mohon kerja tak dapat-dapat salahkan cikgu tak tegas masa mengajar dulu.

Sedarlah sikit wahai anak-anak murid ku. Kasihanilah kepada diri sendiri dan kepada ibu bapa yang mengharapkan kejayaan kita. Ibu bapa dan cikgu berkorban apa saja demi kejayaan kita dan kesenagan kita kelak. Mereka tak sedikitpun mengharapkan kita bayar dengan wang ringgit segala pengorbanan yang diberikan, cukuplah dengan melihat kejayaan kita melayari masa depan kita dengan penuh kesenangan dan tidak menyusahkan orang lain.Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak berguna. Dalam dunia sekarang semuanya kena bersaing. Orang yang bijak ke depan, orang yang bangga dengan rekod disiplin masa kat sekolah ke pusat serenti atau memenuhi sel-sel penjara. Kerja tak ada, tapi wang ringgit nak. Abiss.. wang ringgit mana nak dapat kalau tak buat kerja jahat yang menyalahi undang-undang dan menyusahkan orang.. tepuk dada tanya selera.

Ada juga yang kata " ah..mak bapak aku orang kaya, nanti harta tu sampai gak kat aku" ye lah.. memang betul harta mak bapak akan kita warisi juga nanti.. tapi jangan mengharap sangat  sebab apa-apa boleh berlaku di kemudian hari. Nanti.. ibarat kata dengar guruh di langit air setempayan dicurahkan. Kalau harta ada sekalipun kita kena ada ILMU juga nak uruskan supaya harta tu bekembang Kalau tak ada ilmu tentu lambat laun harta peninggalan orang tua kita akan habis.. ibarat kata bukit sekalipun kalau seharian ditarah boleh jadi rata. 

Pesanan ikhlas daripada : matdingunung.blogspot.com 

Saturday 13 July 2013

CARA-CARA NAK BUAT NASI KERABU MATDINGUNUNG

                 NASI KERABU KUNING MATDINGUNUNG

Entri masakan pertama dalam bulan puasa ni Matdingunung nak ajar para suri rumah tentang cara menyediakan NASI KERABU untuk berbuka puasa buat sekeluarga. Kalau selalu kita makan nasik dan lauk-pauk kat bazar Ramadhan, apa kata hari minggu cam ni kita masak sendiri menu untuk hidangan keluarga. Air tangan isteri yang sediakan menu tentu dapat memikat hati suami. Alhamdullilah.. resepi ni agak menguntungkan kerana saya akan ajar sekali dengan cara-cara untuk membuat solok lada.NASI KERABU memang sesuai dijadikan juadah berbuka kerana menu ini pembuka selera, santai dan tidak berat. Penyediaannya juga tidaklah susah sangat, buat sambil main-main pun boleh.

Saya akan ajar satu persatu mengikut tertib cara-cara menyediakannya bermula dengan langkah pertama:

                           CARA-CARA MENANAK NASI


Masukkan beberapa helai daun limau purut


Masukkan Sedikit serbuk kunyit (warna kuning) Kemudian tanak lah. Kalau nak nasi kerabu biru torquise, masukkan bunga nasi kerabu biru tu. Tapi ingat.. kalau nak buat nasi kerabu biru, JANGAN masukkan Daun Limau Purut.
Bunga Nasi Kerabu



            CARA MEMBUAT TUMIS NASI KERABU
          Bahan-bahannya:

          Bawang merah
          Halia
          Serai
          Cili Kering
          Asam keping


                              Cara-cara membuatnya;
Bahan-bahan yang diperlukan


Selain santan dan kerisik


Blender semua bahan kecuali kerisik dan santan




Seletah minyak panas masukkan asam keping


Kemudian masukkan bahan yang telah diblender tadi


Kacau dan biarkan sehingga naik baik dan berwarna keemasan. kemudian masukkan santan  dan budu. 
Masakkan dengan api perlahan sehingga menjadi pekat

Nilah rupa tumis yang sudah betul-betul masak

                       CARA-CARA BUAT SAMBAL KELAPA


Bakar ikan dulu


Sampai jadi macam ni


Sambil-sambil tu. goreng kelapa parut. Gunakan api yang perlahan


Hingga jadi macam ni. Kena sentiasa kacau kelapa tu takut hangus. Kalau hangus nanti sambal kita jadi pahit
Bahan-bahan yang perlu ditumbuk ialah bawang merah, halia, isi ikan. tumbuk lumat




Tumbuk sampai lumat leit


Kemudian campurkan dengan kerisik. gaul sebati dah siap

                          CARA-CARA BUAT SOLOK LADA


Belah lada dengan hati-hati


kemudian buang bijinya





bahan-bahannya ialah lada, lada hitam, sebiji setengah bawang besar, ikan bakar tawar yang sudah diperisi dua ekor, sepotong halia, asam limau dan sebiji telur. 


Selain tu, isi kelapa yang telah digoreng dan yang tidak digoreng juga diperlukan


Tumbuk bahan-bahan tadi sekaligus sehingga lumat dan sebati kemudian asingkan




Kemudian tumbuk pula Isi kelapa yang tidak digoreng

selepas lumat isi kelapa yang tidak digoreng, masukkan pula kelapa yang digoreng


Selepas kelapa tadi ditumbuk, gaul hingga rata kemudian masukkan satu sudu kecil garam


Sedikit Ajinamoto


Pecahkan sebiji telur


Perah sedikit Asam Limau


Kacau hingga sebati. Jangan lupa gaul sekali dengan bahan yang ditumbuk tadi iaitu isi ikan, halia, bawang dan lada hitam


Sumbatlah bahan-bahan yang telah diadun tadi


sumbat kasi penuh dan cantik


masukkan ke dalam periuk dan direbus bersama sedikit santan


Gunakan api yang perlahan atau sederhana

EKSESORI-EKSESORI NASIK KERABU YANG SUDAH COMPLETE DISEDIAKAN


Daging bakar.. sedikit garam, sedikit ajinamoto, sedikit halia, sedikit kunyit, dua ulas bawang putih. Tumbuk sekaligus sapu kat daging kemudian perap sekejap sebelum dipanggang.


Solok Lada yang sudah siap


Telur Masin


Kerisik Kelapa Yang sudah siap


Ayam goreng kunyit


Tumis nasi kerabu


Daging bakar + Ayam Goreng


Budu


Nasi Kuning

                                 TAMBAHAN EKSESORI


Bawang Jeruk

Ikan Celup Tepung
Keropok Goreng

                             SET LENGKAP NASI KERABU





Sekian sahaja resepi masakan pada hari ini. Diharap menu ini membuka selera tuan-tuan dan puan-puan seisi keluarga menikmati jaudah berbuka yang ringkas tetapi... pergh.. akan tambah berkali-kali. Rasa cam tak nak sudah. Bini saya sediakan ni pun sebab anak sulungnya balik dari asrama. So.. isteri sediakan menu kegemaran untuk anak sulong berbuka sebab kat asrama katanya makanan untuk berbuka sangat simple. 

Aku cadangkan apa kata korang buat jus buah untuk minuman petang ni. NASIK KERABU VS JUS BUAH perghhh,... 







SEKIAN TERIMA KASIH.. SELAMAT BERBUKA PUASA KEPADA SEMUA PELAYAR BLOG MATDINGUNUNG.