Monday 9 May 2016

XPDC MENCANDAT SOTONG ( PART II )

TARIKH : 7 & 8 MEI 2016

HARI : SABTU & AHAD

AKTIVITI : MENCANDAT DAN MEMANCING

LOKASI : PERAIRAN DUNGUN

Assalamualaikum...

Telah dikota apa yang dikata.. pernah pada tahun lepas sebaik sahaja balik daripada ekpedisi mencandat part satu, aku berjanji akan datang mencandat lagi kalau diizin tuhan.. Nah, sekarang aku telah kotakan janjiku. Selagi kita masih berkeupayaan dan mempunyai qudrat, amat rugi kita mengabaikan apa yang kita minat. Hidup kita bukanlah berpanjangan, sekejap lagi kita akan mencapai usia yang membataskan pergerakan. Lebih malang, dibimbangi kita dihidapi pelbagai penyakit yang menyebabkan kita hilang upaya seperti penyakit darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan lemah jantung pada usia badan kita tengah fit.

Prinsip aku mudah, selagi Allah berikan kesihatan yang baik kepada kita, selagi itulah kita gunakan untuk memenuhi segala minat kita sebabaik-baiknya. Tidak ada alasan untuk aku tidak keluar beraktiviti. Bukan setiap hari.. tetapi apabila kita telah rancang aktiviti mengikut kesesuaian tarikh, penuhilah apa yang dirancang. Aku ni jenis pantang BATALKAN program.. kalau tak ada peserta, 2 orang pun aku sanggup masuk hutan kalau itu yang telah dirancang.

Tak nak membebel panjang utk intro.. terus strait to the point. Mencandat kali ini aku ikut group Wan Hasrol iaitu rakan berbasikal MTB. Kami pergi seramai 10 orang menyewa bot nelayan. Ruang bot agak selesa walaupun kabin tandas amat-amat simple. Mengikut kata tekong bot, sudah 3 bulan hujan tak turun, tup..tup.. hari ni hujan la pulak kat seluruh bandar Dungun dan hujan di laut walaupun tidak berapa lebat. Mungkin hujan rahmat kot.. so, suhu taklah panas sangat. selesa untuk kami beraktiviti.

Tarikh yang kami pilih ni sebenarnya tak sesuai kerana pada masa ni bulan tidak timbul..atau bulan gelap.  Mengikut firasat tekong, kalau bulan gelap, potensi untuk mendapat sotong amat kurang. Walau bagaimanapun, kalau ada rezeki tu memang tak ke mana. Memang tepatlah telahan tekong tu.. untuk mendapat sotong yang biasa orang mencandat dapat memang payahlah.. mungkin tekong tu tak jumpa kandang sotong kot.. Berjam-jam mencandat, cuma dapat beberapa ekor sahaja sotong yang saiz agak besar dan panjang. Keran boring, ada dalam kalangan kami tukar mata candat kepada mata appolo.. Alhamdulillah.. cara ini banyak membuahkan hasil tetapi yang berjaya dibawa naik adalah sotong jarum yang bersaiz kecil yang banyak bermain-main dengan cahaya lampu di permukaan air. Tak apalah.. kecil pun kecillah.. janji tak boring.. Wah, rupanya menggunakan appolo bukan seekor demi seekor yang dibawa naik.. kadang-kadang sampai 4 ekor sekali dibawa naik.. meriah sungguh sape-sape yang menggunakan appolo. Bukan sahaja sotong, Ikan-Ikan pun turt dibawa naik sekali terutamanya ikan Lolong hok mata besar dan ikan Selayang atau sardin kata orang Key Ell yang bersaiz M.

Kami juga menggunakan sauk untuk menyauk sotong-sotong jarum yang bermain-main di birai bot. Dah asyik main dengan sotong jarum, mencandat sudah tidak dimainati lagi. Aku yang sudah berpengalaman pun cuma mampu dapat 3 ekor sahaja sotong yang panjang.. lain-lain sotong, semuanya dapat melalui tangguk atau penyauk. Memang bulan ni tak ada sotong.. tak dak alasan lagi. Tapi.. rezeki tetap rezeki, kami masih mampu bawa balik hasil. Sedangkan kumpulan biras aku yang pergi 3 hari 2 malam sempena cuti 1 Mei hari tu bersama 2 buah boat cuma mampu mendapat beberapa ekor sotong sahaja. Tu pun habis dimasak bersama mi maggi untuk dimakan semasa berada di atas bot. Sedikitpun tak dapat bawa balik untuk anak isteri merasa.

Ingatkan sedikit sahaja hasil yang dapat.. tetapi apabila dicampur dengan hasil pencandat daripada kumpulan belakang bot.. perghhhh... berbaloi-baloi rupanya. Kira tok sajo.. ada hasil wak balik drumoh.







Aktiviti mencandat ni sudah sinonim dengan mabuk laut.. Jarang-jarang orang yang tak mual dan pening masa mencandat melainkan nelayan yang kerjanya setiah hari mengadap laut. Walau sudah telan ubat mabuk, pening tetap pening. Baru syok.. boleh buat kenangan dan jadikan pengalaman indah. Aku kali ni kira ok lah.. tak muntah walau sekalipun.. tahun lepas tuang jugak sekali.. tapi pening la juga.. kena tidur dulu sekejap.. lagipun tak banyak sotong besar.. rugi kalau tak tidur langsung.. sedap juga tidur atas bot.. teroleng-oleng bagai tidur atas buai..

Malas nak karang ayat panjang-panjang.. busy skit skrg. Tengok gambar-gambar je lah.. biar gambar berbicara menceritakan segalanya.. hahaha.. Bawa kamera bini, so, tak sedap main untuk ambik gambar sunrise dan sunset. Kalau bawa kamera sendiri, baru sedap shoot... takperlah..daripada tiada, baik lagi ada.




Teruja... melihat bot sudah datang kemari




Semangat kerja berpasukan telah ditunjukkan.. bagai lebah menghimpun madu



Hasil pertama oleh Saudara Fauzan.. seorang pemancing tegar yang berpengalaman




Tekong bersama awok-awok seramai 3 orang

Iwer masih peace.. masih belum muntah lagi

hehehe.. takut nak berdiri.. goyang manyak kuakk




heheh.. mata sudah nampak lain macam.. angkat jari pung nampak lemah.. 


Wano palo nyadar dinding terrr.. ? control muntah ko deper awekk










membangauuu
























Angkut bahan bukti atau hasil untuk diagih-agihkan sama rata

waa.. banyak jugak hasilnya.. agak lumayan



MasyaaAllah.. segarnya ikan dan sotong. Belum dimasukkan dalam ubat pengawet mayat


Proses pembahagian hasil


Bergambar kenangan dengan hasil tangkapan sebelum operasi pengagihan






Operasi pembahagian bermula..



Okey.. mula dari sini, aku nak persembahkan Susrise dan sunset yang aku main-main dengan kamera kompak bini aku..tak cantik pun pic dia.. saja jer.. menikmati dan menghayati ciptaan Allah. Sekurang-kurangnya tenang sikit fikiran. Kalau asyik dok mengadap kerja saja.. tak habis-habis selagi kita hidup.













































Sekian terima kasih.. jumpa lagi untuk operasi mencandat pada tahun hadapan..