Monday 30 July 2018

CYCLING...I COME BACK


Assalamualaikum...

Tengok tajuk tuh memang aaa.. jelas dah lamo tak berkecimpung..lepas tu kembali berkecimpung semula. Ya benar, masa mula-mula beli beskal dulu bukan main semangat berkayuh.. hampir setiap minggu berkayuh. Pantang diajak, pergi ajer.. group wassap geng beskal pun bukan satu.. bahkan sampai 3 group.  Setahun jah berlalu.. timbul rasa jemu.. dah mula sandar beskal kat dinding sampai berhabuk berkulat. Tayar beskal merekah begitu saja sampai ada orang terliur nak bayar RM200 sahaja.. nampak sangat beskal tu tak dipeduli seolah-olah tunggu pembeli besi buruk ambik. 

Setahun 5 bulan kemudian, ada member baik newbies duk ajak buat teman berkayuh ke Bukit Ramli, iaitu bukit yang sudah 4 kali ku takluk suatu masa lalu. Maka, aku pun terpaksa mengalah.. basikal yang ku sandar sekian lama..ku bersihkan semula habuknya.. tayar ku pam semula anginnya, rantai ku spray dgn gris. ku selongkar balik dalam stor cari helmet.. sarung tangan sudah sebelah hilang, jersi beskal pun ku keluarkan semula dari dlm kotak.. 

Tepat jam 7.30 pagi 29 Julai 2018, aku dan Alim sudah terpacak di perkaranagan Masjid Kampung Budiman, Meru.. menunggu kehadiran 2 orang otai yang satu masa dulu memang hebat orangnya. Mereka akan mengiringi aku menemani Alim menakluk Bukit Ramli. Aku yang sudah setahun lebih tak berkayuh.. tak ada langsung persediaan susulan utk kembalikan stamina, main redah mcm tu.. bimbang juga kut2 tersemput dan terpintam di perbukitan. 

Dalam kul 8.15 pagi..kami berempat pun mulakan kayuhan melalui Bukit Dragon Back.. satu demi satu bukit ku daki dan ku turuni.. perghhhh.. terasa sengal segala urat sendi.. tercunggap-cunggap aku dibuatnya. sib baik lepasss satu demi satu bukit sehinggalah sampai ke persimpangan untuk ke Bukit Ramli.

Masuk saja laluan mendaki ke Bukit Ramli.. nafas ku dah tak boleh tahan.. sebelum semput atau pengsan.. baik aku turun dan tolak ajer beskal.. sehingga sampai ke tanah yang agak rata. Bila jumpa bukit, aku turun tolak lagi beskal.. aku tak mahu ambil risiko.. malas aku nak tunggang dan paksa diri untuk sampai ke puncak kerana aku sedar stamina aku tidak lagi seperti dulu.. Dulu aku naik ikut Off Road.. masih mampu berkayuh sampai ke puncak bukit.. skrg lalu ikut jalan tar pun tak mampu untuk berkayuh sampai ke puncak.

Moralnyaaa... kalau nak mula aktif semula berkayuh, kena teruskan. jaga stamina dan banyakan latihan sekiranya mahu ambik trek yang hardcore.   




Warm up sebelum kayuhan sebenar berlaku



pakai sut lengkap kecuali sarung tangan yang dah hilang sebelah


boleh sampai kat sini kira dah bangga


Rasanya banyak tolak daripada kayuh.. malas nak ambil risiko


Inilah Alim Sator newbies.. kerana dialah beskal yang disandar kembali turun ke lapangan..


kepuasan selepas sampai ke puncak.. walau merangkak, misi mesti diteruskan


sedap air cincau nenas kat Bukit Ramli.. lain daripada yang lain.. ramuan asli turun temurun


Tengok pun sudah tak tahan.. penat2 kayuh.. dapat upah ni.. Perghhhhh


cukup nikmat..cukup lega


Tak cukup segelas besar.. mau tambah satu gelas lagi..
Sblm turun.. bergambar kenangan dulu




Posing bang..jangan tak posing..


mcm2 style


Pau Nenas.. menyengat banggg
Tolak bang..jangan tak tolakkk.. pergi pun  tolakk.. balik pun tolakk..


Jangan paksa diri bangg..kalau tak daya, tolakkkk






Penat baq hangggg..


sebelum mendaki.. muka cukup ceria


bersedia untuk mendaki


Jelas terpapar wajah kepenatan.. tapi ada tanda kepuasan

Haaa.. itulah kisahnya I Am Come Back.. kalau orang ajak pegi Jambori.. tobak aku tak nak.. kalau ajak funride.. nk kena kaji router dulu.. kalau rata, boleh lah join, kalau banyak bukit.. bye..bye.. aku tak mau. Sekian terima kasih.

Kredit gambar drp Alim.. Wak Mie dan Mattas..