Thursday 17 September 2015

FOTO OUTING FOR CHARITY


Zaman kegemilangan rockers sudah berlalu. Kalau di pertengahan 80-an dan awal 90-an dulu.. lagu-lagu rock kapak menjadi kegilaan dan siulan anak-anak muda, tetapi semakin terpinggir setelah hadirnya lagu-lagu yang lebih moden menguasai dunia hiburan maka semakin pudarlah nama-nama besar dalam industri rock tanah air termasuk penggubah-penggubah lagu rock kapak.

Zaman terus berlalu, namun demikian lagu-lagu rock kapak masih lagi ada penggemar tersendiri. Buktinya, banyak stesen radio yang selalu memutarkan lagu-lagu rock kapak mendapat rating yang agak tinggi dalam kalangan pendengar. Namun begitu.. masa terus berlalu. Lagu-lagu lama tidak pernah tua dan sakit, tetapi penyayi-penyayi,pemuzik dan penggubah lagu rock kapak terus dimamah usia. Bahkan ramai yang sudah pergi mengadap Ilahi dan ramai juga yang terlantar di hospital kerana menghidap pelbagai penyakit. Bagi mereka yang sedar.. ramai juga bekas ahli kumpulan rock yang dulu bergelumbang dengan dunia glamour, kini beralih ke dunia realiti iaitu dekat dengan Allah. Ramai yang sudah berhijrah untuk menjadi pendakwah.

Salah sebuah kumpulan muzik rock yang paling terkenal sejak dulu hingga kini ialah kumpulan Search. Kumpulan yang dianggotai oleh lima orang anak muda iaitu Amy, Hillary Ang, Kid, Nordin dan Yazid berasal dari Johor ini antara pelopor kumpulan rock di negara ini dan telah mengeluarkan berbelas album. Lagu-lagu yang paling terkenal dan menjadi siulan anak-anak muda pada hujung tahun 80-an dan awal 90-an ialah Isabella, Fantasia Bulan Madu, Pawana, Melastik ke Bintang, Fenomena dan banyak lagi. Tapi.. sedarkah kita bahawa salah seorang anggotanya iaitu Abang Yazid telah lama terlantar dan bergelumbang dengan penyakit buah pinggang yang kronik dan memerlukan kos yang tinggi untuk rawatan.

Lagenda Rock Tanah Air.. SEARCH


Oleh yang demikian, pelbagai program telah dilakukan oleh banyak pihak untuk mencari dana bagi membantu Abang Yazid membuat pembedahan. Antaranya stesen radio SINAR yang terkenal dan selalu memutarkan lagu-lagu rock kapak terutamanya lagu daripada kempulan Search dan pastinya mendapat rating yang tinggi daripada pendengar. 

Pada hari rabu yang lepas sempena cuti umum sambutan hari Malaysia, salah sebuah kelab fotografi yang diberi nama Silaturrahim telah menganjurkan satu program yang diberi nama COLOUR BEACH YAZIT SEARCH GABUNGAN BERSAMA PHOTOGHRAPHER, JURUSOLEK & TALENT bertempat di Teluk Kemang Port Dickson untuk mencari dana membantu Abang Yazid Search. Program yang diadakan antaranya Larian Warna Abang Yazid, Pertandingan Karaoke lagu-lagu rock kapak, Persembahan pentas kumpulan Rock Kapak, Lelongan T,Shirt Search  dan sesi fotografi bersama model dengan bertemakan ROCK. Semua bayaran penyertaan dan hasil kutipan sepanjang program ini disumbangkan kepada Abang Yazid. Program ini disokong oleh rakan-rakan sejawat Abang Yazid semasa zaman kegemilangan mereka dahulu antaranya kumpulan Rock Gama, Massa, Mellisa, U-Thopia, Meditasi, Putera dan banyak lagi.


Abang Yazid yang uzur tetap gagahkan diri untuk datang memberi sokongan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat



Barisan Rocker Otai dan Baharu yang mengambil bahagian dalam sesi photografi kali ini


































































































































































 Okey.. hanya setakat ini sahaja paparan hasil kerja gua kali ini.. banyak lagi gambar yang menarik tetapi biarlah tersimpan dalam memory card. Malas gua nak upload banyak2.


Bukan saja menggunakan DSLR, Drone canggih ni pun turut digunakan

Bukan senang nak dapat pic yang baik, sampai herot muka-muka

Gaya seorang Photoghrapher Rockers

Photoghrapher sedang bekerja

MatdinGunung bergambar kenangan dengan kenalan iaitu seorang phographer hebat.

Photoghrapher, Talent, Mekap Artis, Rockers  bergambar kenangan dengan Abang Yazid pada majlis penutup
MatdinGunung bergambar kenangan salah seorang Talent
 Sekian terima kasih..