Monday 27 August 2012

HARI KELUARGA ANAK CUCU HJ. CHE SOH


Alhamdulillah.. Majlis Hari Keluarga Anak Cucu Hj. Che Soh berakhir dengan jayanya. Program yang julung  kali diadakan ini bertujuan untuk lebih merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara adik-beradik, saudara-mara dan sepupu-sepapat. Hidup dalam keluarga yang besar seperti ni akan menjadi renggang sekiranya program seperti ini kita abaikan. Seingat aku, sudah tiga kali perhimpunan keluarga telah dianjurkan dalam keluarga aku. Yang pertama dianjurkan pada tahun 2000. Pada penilaian aku, perhimpunan keluarga yang pertama lebih meriah kerana pada masa tu ayah aku dan abang aku yang nombor 5 masih lagi ada. Perhimpunan keluarga yang kedua telah diadakan pada tahun 2010 tapi kurang meriah. Untuk kelainan, tahun ni perhimpunan keluarga diadakan di luar kampungku manakala perancangan juga diatur rapi supaya penganjurannya mencapai objektif dan tidak mengecewakan.


PENAUNG HARI KELUARGA ( uzur sangat dah penaung pun )


Tiba hari yang dinanti-nanti, peserta masing-masing sudah tidak sabar untuk mengikuti program ni. Sebanyak 20 keluarga yang mengikuti program ini manakala ahlinya aku tak pasti berapa ramai. Dekat dengan 100 orang juga laa...(cepatnya anok cucu Hj Che Soh membiak). Kebanyakkan peserta tiba seawal pukul 10 pagi di tempat penginapan walaupun masa untuk check in bilik ditetapkan pada pukul 2 petang. 
Antara peserta yang tiba awal

Semua peserta yang hadir awal, berjemaah zuhor di masjid Kg Semut Api. Selaku  pengurus penginapan, Ayah Jat terlebih dahulu pergi mendapatkan kunci chalet untuk diagih-agihkan kepada keluarga masing-masing. Sebelum beredar ke bilik penginapan, satu taklimat ringkas tentang tentetif program sepanjang 2 hari 1 malam telah disampaikan oleh En Isan. 
Taklimat ringkas disampaikan oleh En Isan Kontraktor

Aktiviti pada hari pertama adalah acara bebas, semua peserta beredar ke bilik masing-masing untuk rehatkan diri kemudian turun ke kolam mandi membawa anak-anak mandi kolam. Sambil mandi, hidangan tengah hari juga turut disediakan yang dibawa oleh keluarga masing-masing ( dicatu ).
Rehat kat chalet dulu


Pasang bena dulu. Bena ni adalah design dan sponsor oleh Matdingunung 
Bawa anak-anak mandi kolam sepuas-puasnya
Sambil tunggu anak-anak mandi, kita minum dulu
Berbual mesra dan bertanya khabar. Maklumlah masing-masing menetap jauh. Sekali sekala baru berjumpa
yang tak mandi kolam, mereka bermain layang-layang
ada yang naik kuda
Naik kuda juga satu riadah
Aku pun tak lepaskan peluang. Kuda hadir di depan mata  tunggang aje laaa..
yang takut tunggang kuda, boleh naik basikal
Kalau nak bawa anak-anak atau isteri bersiar-siar, boleh tunggang basikal jenis macam ni
Santai-santai keluarga macam nilah yang merapatkan institusi kekeluargaan
Aktiviti pertama  ialah sembahyang maghrib berjemaah di surau yang disediakan oleh pihak resort.Mengikut perancangan awal, selepas solat maghrib berjemaah akan diadakan tazkirah dan majlis tahlil serta sedikit ucapan daripada penyelaras projek iaitu Tuan Hj Ayah Long tapi malangnya tidak ramai peserta yang hadir ke surau mungkin disebabkan oleh hujan yang turun pada masa tu.

Aktiviti seterusnya selepas solat fardhu isyak ialah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak. Pertandingan ini dipecahkan kepada dua kategori iaitu kategori A bagi anak-anak yang berumur  10 hingga 12 tahun, manakala kategori B bagi anak-anak yang berumur 9 tahun ke bawah.


Begitu bersemangat sekali anak-anak yang menyertai pertandingan ini untuk merebut hadiah yang ditawarkan.
inilah hadiah yang ditawarkan untuk pertandingan mewarna
 Acara wajib ialah BBQ. Bahan mentah untuk majlis ini telah disumbangkan oleh Ayah Chik sebanyak RM1500. Dengan sumbangan ikhlas yang sebanyak tu, macam-macam bahan mentah boleh dibeli untuk dibakar.


Aktiviti BBQ

Macam-macam adaaa..
Aktiviti BBQ ni berakhir lebih kurang pukul 12 tengah malam. Oleh sebab makanan terlalu banyak, so.. kena hantar pulang masuk peti besar rumah Mok Cik la mana yang tak habis dibakar.Malam tu geng-geng laki tidur pukul 4 pagi. Ada yang memancing, ada yang layan royal, ada yang berbual kosong dan ada yang buat hal sendiri.
Berborak sampai pukul 12 tengah malam

Layan Royal dulu. Sapa ada yang terpaksa tunggu giliran walaupun sudah bukak dua palo.

Gi Macing dulu. Cuba nasib. ( ketiga-tiga Gambar ni adalah ehsan daripada Amer )


Hari kedua, pagi-pagi lagi peserta pegi breakfast kat kafe resort. Masing-masing bersemangat dengan memakai baju rasmi hari keluarga.
Breakfast dulu dengan apa yang ada

Breakfast kat luar kafe lagi santai


Anak-anak aku sedang menjamu selera
Selepas breakfast, dengan tidak membuang masa semua peserta diarah ke padang permainan untuk acara sukaneka. Acara ni merupakan satu acara yang ditunggu-tunggu kerana banyak hadiah yang disediakan untuk pemenang.


Antara hadiah yang menanti pemenag



Sebelum acara bermula, Athir diinterview oleh ayoh ngoh. Lihatlah betapa sukanya  sepupu-sepupu Athir  mendengar Athir bercakap pelat.


Peserta cilik di kelas mengikut kategori umur
Crew memberi arahan dan tunjuk ajar dengan teliti agar tidak kelam kabut


Acara pertama bermula ( bawa bola ping-pong dalam sudu )
Athir sudah ready
Ammar masih belum ready
Acara kedua, lari dalam guni untuk kanak-kanak bawah 10 tahun
Acara ketiga, lari dalam guni untuk kaum ibu. Semuanya sporting
Ibu-ibu yang tak masuk acara lari dalam guni, mesti menyertai acara tolak rim basikal
Acara tolak rim basikal kategori kanak-kanak 10-12 tahun


Acara tolak rim basikal kategori dewasa
Rim basikal Matdingunung bersiap sedia untuk berlepas
Waa.. berdesuppp Tok Batin meninggalkan peserta lain. Memang expert gila pilot tu.
Memang tak adil.. cilakak betul aku dapat rim yang tak dengar kata. Susah nak kawal. Melilau masuk merentasi sempadan peserta lain
Semangat kesukanan yang tinggi telah ditunjukkan oleh peserta. Walaupun dah confirm  telah tewas, tapi game tetap diteruskan sampai habis. Syabas Ayoh Long dan Ayoh Jat


Acara seterusnya ialah berpasangan suami isteri. Acara sambut telur semakin jauh semakin sayang
Acara ni memerlukan peserta betul-betul fokus dan perlu ada persefahaman dengan pasangan masing-masing
Acara kemuncak hari keluarga pada pagi yang berbahagia ini ialah acara Tarik Tali. Sebanyak 4 pasukan berjaya dikumpul terdiri daripada pria yang perkasa. Format pertandingan ialah kalah mati satu pusingan.


Team Ayoh Chik
Team Meriie
Team Mek
Team Tuan Hj Ayoh Long

 Selesai acara talik tali bermakna berakhirlah karnival sukaneka Hari Keluarga Anak Cucu Hj Che Soh. Maka acara seterusnya ialah majlis penyampaian dan peneriamaan hadiah yang akan disempurnakan oleh penaung program.


Para peserta sabar menanti majlis penyampaian hadiah
Aiman menggondol pingat emas dalam acara bawa bola ping-pong dalam sudu


Athir begitu bangga dengan kejayaan merangkul tempat ketiga acara bawa bola ping-pong dalam sudu
Zila Jime unggul dengan kejayaan merangkul pingat emas dalam acara lari dalam guni
Piqah bersama pingat emas yang dimenanginya sebagai juara  dalam acara lari dalam guni
Ariff mengungguli acara tolak rim basikal kategori  kanak-kanak

Tok Batin bangga dengan kejayaannya sebagai pilot Rim Basikal

Sue Jimie dengan pingat emasnya dalam acara tolak rim kategori kaum ibu
Matdingunung dan pasangannya unggul menewaskan 18 peserta lain dalam acara  baling telur berpasangan

Mijie dalam pasukan Tuan Hj Ayoh Long ditabal sebagai juara  setelah dengan mudah menewaskan  dua pasukan yang menentang pasukannya.
Acara paling kemuncak pada family day anak cucu kali ini ialah bergambar beramai-ramai untuk diabadikan dalam fb masing-masing. 


Wah! ramainya anok cucu cicit Hj Che Soh. Tu ramai lagi yang ada zigot dalam perut. Sila kira sendiri kalau nak tahu berapa ramai


Anok cucu Mok Cik bergambar kenangan dengan bena hasil design Matdingunung
ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi Anak bongsu Matdingunung berjinak-jinak dengan peralatan fotografi
LOGO RASMI hari keluarga design Matdingunung

Satu lagi LOGO RASMI 
Free Gift hari keluarga sumbangan anok cucu Hj Che Soh Group cawangan Lembah Kelang ( Jiman, Mijie Jupem,
Kuwa TNB, Amer Telekom, Cikgu Jan, Profesor Baini dan Matdingunung ) 
Salah satu Design baju
Krew keletihan semasa melakukan proses sorting dan pengagihan t'shirt
KIDS t'Shirt


Free Gift edisi terhad
Free Gift untuk anak-anak peserta yang bersekolah dan penuntut
Pelekat kereta ( pas masuk )design cikgu Jan
Pelekat Tresure Hunt
Sekian saja tamat sudah HARI KELUARGA ANOK CUCU HJ. CHE SOH 2012. Sehingga jumpa lagi untuk perhimpunan mega seterusnya. Mungkin tahun 2015. Dijamin lebih ramai lagi peserta. Admin ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang dapat menyertai program kali ini. Admin berasa terkilan kerana masih ada anok cucu yang tidak dapat menyertai program ini akibat kekangan tugas terutamanya yang bekerja sebagai penjawat awam memakai seragam yang terpaksa bertugas pada hari raya iaitu Pok Lie ( TLDM ), Faizol ( Pegawai Bomba ), Mat Min ( Warden Penjara ). Ijue ( peniaga buah-buahan tempatan ), Hamzie ( pengusaha kedai bundle), Metti ( tarikh clash dengan majlis perkahwinan adik ipar ). Kepada penyumbang wang ringgit, tenaga dan buah fikiran juga admin ucapkan jutaan terima kasih.Akhir kata " SEP KITA KEMAH KEMING JANGAN PECOH ".



2 comments: