Saturday 16 January 2016

PENGALAMAN MENGERJAKAN UMRAH

Bissmillahirahmanirahimm & Assalamualaikum WBT..

Alhamdulillah.. bertemu lagi kita dalam arena penulisan setelah sekian lama tidak menyentuh key board. Terasa kekok untuk menulis.

Syukur Alhamdulillah.. setelah lebih 40 tahun hidup, akhirnya saya diberi hidayah dan dipilih jua oleh Allah SWT untuk mengunjungi  Tanah Suci. Suatu tempat yang menjadi idaman untuk dikunjungi oleh seluruh umat islam di dunia ini.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud: Tunaikanlah Haji dan Umrah kerana Allah...

Sebenarnya niat untuk ke Tanah Suci telah lama wujud dalam hati tetapi rasa tidak yakin kepada diri sendiri atau dengan kata lain, persediaan untuk beribadat di Tanah Suci belum mencukupi menyebabkan niat ini sentiasa tertangguh. Maklumlah, sekiranya kita dengar orang kata dan berbicara semasa mereka balik daripada mengerjakan haji atau umrah, memang susah sangat untuk melakukan ibadat ni. Banyak perkara buruk bakal berlaku dan akan berlaku lebih-lebih lagi sekiranya bermulut celupar. Selain itu, setiap rukun haji atau umrah yang dibuat mesti sempurna kalau tidak mahu dikenakan DAM. Seolah-olah kita akan habis banyak wang untuk bayar DAM dan seolah-olah kita tidak mampu menyempurnakan rukun dengan baik.. terasa begitu susah nak buat tuntutan agama ini. Terasa begitu rumit sekali.

Kalau kita dengar cakap orang.. dan kita sentiasa diburu dan dihantui perasaan takut dengan gambaran-gambaran yang menyukarkan kita, yang membuatkan kita rasa macam tidak mampu.. sampai bila pun kita tidak akan ada keyakinan untuk ke sana. Satu perkara lagi.. sekiranya kita sudah cukup wang untuk ke sana, tetapi kita tangguh dulu.. kelak kita tak akan dapat pergi lagi sekiranya duit yang disimpan untuk ke Tanah Suci itu sudah terrrrguna untuk perkara lain. Bukan semua, tapi ramai yang terkena macam ni. Kalau ada niat, wang juga sudah cukup..Pergilah...jangan tangguh-tangguh kalau dah dijemput. Pesan tok-tok guru dan tok nenek kita, kerja-kerja ibadat ni tak baik bertangguh. Belajar dulu sepintas lalu dengan orang yang berilmu dan berpengalaman sekiranya nak pergi buat Umrah kerana buat umrah ini tidak sesukar seperti mana digambarkan. Mudah sahaja.. yang pertama NIAT.. tak hafal bahasa arab, boleh niat dalam bahasa ibunda. Ringkas seperti niat nak solat. TAWAF  tujuh pusingan kaabah. SA'IE tujuh pusingan antara Bukit Marwah ke Buki Safa. BERCUKUR/BERGUNTING sekurang-kurangnya 3 helai rambut akhir sekali TERTIB. Semua rukun ni mampu kita lakukan dengan mudah kecuali mereka yang berusia dan berkerusi roda agak sukar sedikit.. tapi semangat yang kuat tentu semuanya tidak menjadi masalah. Allah akan bantu kita In Shaa Allah.. sentiasa berdoa pada Allah agar segala-galanya dipermudahkan. Memang mudah.. jangan takut dengan pengalaman buruk yang selalu orang cerita kerana itu hanya kes-kes terpecil. NIKMAT kita beribadah di Tanah Suci hanya mereka yang pergi sahaja merasainya dan sudah tentu akan memasang azam untuk sentiasa mengunjunginya setiap tahun.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Mengerjakan satu ibadat umrah dan diikuti pula satu ibadat umrah yang lain, menghapuskan dosa di antara keduanya...al-hadis daripada Abu Hurairah r.a : Riwayat Bukhari dan Muslim

Okey.. tak nak cerita panjang pasal ibadah cuma nak kongsi sedikit pengalaman manis semasa di Tanah Suci. Saya ke Tanah Suci mengikuti rombongan Darussyifa yang diketuai oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Group kami ada dalam 83 orang dan menumpang syarikat Zahafez Travel. Keseluruhan yang pergi temasuk dengan jemaah Zahafez Travel seramai lebih kurang 463 orang ( kalau tak silap ). Penuh sebuah kapal terbang AirBus MAS A380 yang ditempah khas oleh pihak syarikat. Bertolak dari KLIA pukul 10.30 pagi.. perjalanan terus menerus mengambil masa hampir 9 jam. Sampai di lapangan terbang Madinah pukul 2.30 petang waktu tempatan. Bermakna jemaah tidak perlu jamak sembahyang zohor dan asar kerana kami tiba di Madinah sebelum waktu asar. Turun kapal terbang terasa sedikit sejuk. Selepas melepasi proses imegresen yang agak lama di lapangan terbang Madinah, kami tiba di hotel penginapan pada pukul 7.40 malam. Para jemaah sempat berjemaah di Masjid Nabawi untuk solat isyak.


Kapal Terbang AirBus A380 yang ditempah khas oleh pihak Zahafez Travel.. Pertama kali merasa naik kapal terbang besar.. tak terasa gegaran langgar awan. Macam duk atas sofa dalam rumah

Makan tengah hari yang disediakan oleh sykt penerbangan

Mkn malam yang disediakan oleh sykt penerbangan

Airbus A380 MH3221 ( gambar diupload daripada google )

Ruang yang agak luas, selesa laa sikit untuk penerbangan jarak jauh. Ada monitor setiap seat, boleh layan movie, lagu dan lihat jarak penerbangan semasa


Sebelum berlepas.. Tuan Guru Dato Dr Harun Din diberi amanat untuk membaca doa naik kenderaan


Pertama kali menjejakkan kaki di bumi para nabi dan anbia. Lapangan Terbang Madinah


Turun saja daripada bas.. perghhhh... sejuk sangat. Seolah-olah berada di puncak Gunung Kinabalu. Mengiggil semua jemaah berpeluk tubuh menahan kesejukan malam di Madinah. Selepas taklimat dan penyerahan kunci bilik, kami turun makan serta berehat. Ada yang pergi bersiar-siar. Saya, isteri dan anak sulong mengambil kesempatan untuk menziarah makam nabi dan sahabat dengan mengikut satu jemaah dari Kota Bharu yang tiba lebih awal.


Sampai saja di hotel penginapan, tak nak buang masa.. terus ziarah Masjid Nabawi

Mengadap dulu Rasulullah ( makam ) untuk bagi salam dan sampaikan salam daripada rakan-rakan

Rasulullah s.a.w ada bersabda yang bermaksud: "Barang siapa menziarahi kuburku pasti ia akan mendapat syafaatku" ( Riwayat Al-Bazzar dan Ad-Dar Qutni

Cantik dan luas


Pukul 3 pagi, saya sekeluarga sudah bangun dan bersiap untuk solat subuh di Masjid Nabawi. Keluar sahaja dari bangunan hotel, Perghhh... sejukkknyaaa.. nasib baik pakai baju 2 lapis. Suhu mencecah 6 darjah celcius. Pukul 3 pagi jemaah dah berduyun-duyun ke Masjid. Hebattt.. Hebatt.. dalam masjid Nabawi tidak pernah sunyi, 24 jam ada jemaah beriktiqaf dan beribadat. Sembahyang sunat di Raudah adalah perkara yang sangat diidamkan oleh para jemaah. Sebab tulah mereka datang awal.. sebab nak beribadat di dalam kawasan Raudah.. kawasan yang doanya paling mustajab.


Pukul 3 pagi.. dah turun hotel untuk beriktiqaf

Hari pertama.. bergambar kenangan di depan masjid Nabawi ( visual kurang memuaskan kerana rakam gambar guna telefon bimbit yang murah )

Pagi-pagi burung merpati sangat banyak 

Indahnya Masjid Nabawi

4.30 pagi, azan pertama dikumandangkan oleh muazzim. Selang azan pertama dengan azan subuh sebenar adalah satu jam. Sekiranya kita berazam untuk sembahyang waktu di kawasan raudah, kita mesti kena pergi awal dan banyak bersabar kerana kita sentiasa dihimpit-himpit oleh mereka yang berbadan besar dari Timur Tengah ataupun dari Afghanistan, Pakistan, Chehya, Russia dan sebagainya. Tindak tanduk mereka lebih kasar. Mereka langkah selamber saja kepala orang yang sedang sujud.  Itu biasa...

Azan yang dilaungkan oleh bilal Masjid Nabawi sungguh asyik didengar. Begitu juga dengan bacaan surah oleh Imam Sembahyang Masjid Nabawi, sungguh enak didengar. Taranum yang hebat, suara yang lantang dan bacaan yang betul membolehkan kita khusyuk dalam sembahyang. Air Zam-Zam ada di segenap tempat di dalam dan di luar masjid. Kita boleh minum sepuas-puasnya tanpa dikenakan apa-apa bayaran. Masjid Nabawi terlalu besar selepas diubah suai dan sangat bersih. Ramai pekerja pembersihan dan petugas-petugas khas yang sentiasa memberi khidmat kepada para jemaah tetamu Allah.


 Rakaman audio yang sempat saya rakam menggunakan telefon bimbit semasa azan subuh yang pertama di Masjid Nabawi. Sangat merdu alunan azannya. ( kalau boleh buka video ni )

Di Madinah, suhunya lebih sejuk berbanding Makkah. Kebanyakan jemaah mengambil kesempatan untuk melakukan kerja umrah pada musim sejuk kerana lebih selesa dan nyaman. Kalau nak bersiar-siar dan membeli sedikit buah tangan untuk sanak saudara dan sahabat handai di kampung, belilah di Madinah kerana harganya lebih murah berbanding di Makkah. Kebanyakkan peniaga boleh bercakap dalam bahasa Melayu sikit-sikit memudahkan untuk kita tawar menawar. Lagipun, di Makkah kita lebih fokus untuk beribadat terutamanya melakukan tawaf sunat. Bangunan-bangunan di Madinah lebih cantik dan terancang kerana hampir 95% dibina semula. Kenderaan kurang kecuali bas dan teksi sahaja yang banyak. Motosikal hampir tidak ada langsung. Sungguh tenang berada di bandar Madinah.


Suhu boleh mencecah sehingga 5 darjah celcius


Bandar Madinah

Bandar Baharu Medinah lebih terancang dan sangat bersih

Madinah - Seni Bina lebih moden dan kemas


Buat amal ibadah di bumi yang penuh barakah ini, kita jangan bergantung pada orang. Segala-gala serahkan pada Allah. Mintalah doa agar Allah permudahkan segala urusan dan ibadah kita. Sembahyang sunat banyak-banyak dan berdoa kepada Allah di Raudah agar Allah permudahkan segala-galanya.. In Shaa Allah, Allah akan bantu kita dan permudahkan segala-galanya. Selipar tidak pernah hilang, tidak pernah sesat walau berjalan bersendirian dan penyakit yang kita bawa dari kampung semacam tidak ada. Alhamdulillah.. Yakin pada Allah. 

Sekadar nak kongsi.. anak sulong saya kehilangan passport akibat kecuaian. Puas dicari di dalam bilik hotel dan diselongkar di dalam setiap beg namun tidak dijumpai. Saya cakap kat anak " jangan risau.. Allah ada. Pergi mengadu dengan Allah minta Allah bantu. Pergilah solat 2 rakaat di Raudah, minta Allah bantu." 
Anak saya pergi solat hajat 2 rakaat di hadapan Raudah. Kebetulan pula dengan izin Allah, dia dapat sembahyang betul-betul di hadapan Raudah. Keesokan hari, selepas balik daripada ziarah Bukit Uhud, Syukur Alhamdulillah.. masalah selesai. Ada orang hantar balik dia punya passport. 

3 hari di Madinah, sampailah masa untuk kami berhijrah ke bumi Makkah. Perjalanan dengan bas mengambil masa 8 jam. Berhenti di Bir Ali untuk pakai ihram dan berniat Umrah di Bir Ali. Semasa dalam ihram, kita kena akur dengan beberapa pantang larang yang tidak susah sangat untuk kita patuhi dan tinggalkan larangannya. 


Singgah di Bir Ali untuk pakai ihram dan berniat Umrah

Malas nak cerita panjang pasal ibadat umrah. Masing-masing ada tingkatnya dan kemampuan sendiri. Buatlah yang terbaik. Kalau mampu, buat tujuh kali umrah. Kalau kita kali pertama pergi, ikut saja muttawif yang sentiasa memberi tunjuk ajar. Lepas buat umrah pertama, umrah yang seterusnya kita sudah mampu lakukan sendiri tanpa bimbingan mutawif. Gunakanlah kesempatan kita berada di bumi yang penuh barakah ini untuk beribadat sebanyak-banyaknya kerana setiap ibadat yang dilakukan di sana ada tingkat dan ganjaran yang tidak ternilai banyaknya yang ditawarkan oleh Allah ke atas setiap hamba yang dipilih oleh-Nya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Solat di Masjidku ini menyamai pahalanya seribu solat di masjid lain selain Masjid Haram".. al-hadis daripada Abu Hurairah Riwayat Bukhari dan Muslim.

Di Makkah, saya ada kawan yang menetap di sana. Sehari sebelum bertolak balik ke tanah air, kawan saya datang jemput saya di hotel penginapan untuk dibawa bersiar-siar di bandar Jeddah. Bandar Jeddah lebih moden berbanding bandar Makkah. Penduduknya juga terdiri daripada pelbagai jenis dan darjat. Kereta-kereta mahal sudah kelihatan membelah jalan raya yang agak sibuk. Banyak butik untuk orang kaya- kaya berbelanja di sini. Setengah hari saya bersantai di bandar Jeddah. Kedai emas mewah berderetan tetapi tidak ada pengawal keselamatan. Jalan yang lurus, lebar dan terang tidak mempunyai satu pondok tol pun. Kereta yang habis minyak, cuma 10 riyal sahaja dibayar, hampir penuh satu tangki kereta Toyota Camry dapat diisi. Majoriti kereta di sini adalah jenis Toyota dan Hyundai. Walaupun jalan lurus dan lebar, tapi pemandu tidak memecut dengan laju kerana di tepi-tepi jalan ada kamera perangkap laju yang diletakkan di dalam van Innova polis. Polis sini tak makan rasuah. Pemandu kereta kat sini agak ganas memandu dan menciluk tetapi kadar kemalangan kurang. Hon dibunyikan sepanjang masa. Kereta yang berlanggar secara tidak sengaja, pemandunya tidak turun, cuma angkat tangan saja sebagai memohon maaf.. tidaklah sampai bawa pengunci streng untuk membuli. Kereta yang kemek, dibiarkan kemek. Sukar nak lihat ada workshop kereta yang mengetuk dan cat body kereta kat sini. Kat sini tidak ada orang curah minyak atas jalan untuk menyusahkan pemandu lain. Orang Arab ni nampak jer kasar tapi baik hati.. nak tawar barang yang nak dibeli, pegang janggutnya saja sudah boleh dapat berapa harga yang kita mahu.


Bandar Jeddah yang lebih moden

Deretan kedai emas mewah.. tetapi tidak perlu pengawal keselamatan kerana di sini tidak ada perompak kedai emas
Bergambar kenangan dengan sahabat yang menetap di Jeddah


Okeylah.. sampai sini saja pengalaman yang nak saya kongsi. Kalau nak cerita secara detail.. uihh..mahu berpuluh-puluh muka surat yang boleh saya karang. Semoga dengan perkongsian ini memberi semangat untuk mereka yang belum lagi hadir dan yang masih ragu-ragu, agar cepat-cepat datang ke Makkah buat Haji atau Umrah. Sekali datang.. nak datang untuk kali keduanya dan seterusnya. Kalau boleh, nak datang setiap tahun sekiranya di izinkan Allah dan ada rezeki. Balik saja ke tanah air, terngiang-ngiang suara bilal Madinah dan bilal Makkah memanggil-manggil kita untuk ke sana lagi. Lunak suara imam Madinah mambaca surah setiap kali mengimamkan sembahyang semacam satu aura yang melambai-lambai kita kembali ke sana terutamanya suara Syeikh Bander Balillah, Syeikh Abdul Rahman Sudais dan Syeikh Abdullah Juni.




Sekian Terima Kasih.. Assalamualaikumm.. Layan dulu gambar-gambar kat bawah


Bergambar kenangan di Bukit Uhud

Bergambar kenangan di Bukit Jabal Rahmah
Adib dan Uminya di ladang kurma
Sekadar Kenangan
Gua Thur
Betapa indahnya senibina
Walaupun bukan musim haji.. tetapi jemaah dari seluruh dunia tetap datang mengerjakan umrah seolah-olah musim haji.
Hotel tempat penginapan kami di Makkah.. 150 M sahaja dari Masjid Masjidil Haram
Bergambar kenangan di hadapan hotel penginapan
Perkuburan Barque
CEO Zahafiz Travel.. Dato Seri Zainal dan Boss Darussyifa Tuan Guru Dato Dr Harun Din beserta orang kanannya
Sepanjang berada di Makkah dan Madinah, Tuan Guru beberapa kali menyampaikan kuliah agama
Peminat cilik.. yang berjumpa secara kebetulan
Pemandangan dari Gua Hira
Ada kalanya ceramah Tuan Guru dirakam untuk ditayangkan di Astro Oasis
Orang kuat Darussyifa dan para pelapesnya

Bukit Jabal Rahmah terletak di Padang Arafah
























* kredit untuk kawan-kawan dari Darrusyiffa kerana ada sebahagian daripada gambar-gambar yang diupload dalam blog ini adalah diambil daripada group whatapps kita bersama. 

* kebanyakan gambar visual kurang clear sebab gambar diambil menggunakan telefon bimbit shj.. bukan dirakam menggunakan DSLR

 Kesempatan ini saya ucapkan jutaan terima kasih kepada pengurusan Zahafez Travel dan Pengurusan Darrusyifa kerana memberi kerjasama sepanjang saya dan keluarga mengerjakan umrah. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang baharu dikenali semasa sama-sama kita mengerjakan umrah. 

9 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan,

    Melihat akan N3 ini mengingatkan kembali akan kenangan semasa mengerjakan UMRAH 2007 dan Haji 2010 bersama isteri....

    Kini Adik Bungsu dan Isteri sedang menunaikan UMRAH pada bermula 14 May hingga 26 May 2016 dan muga-muga diberikan kesihatan yang baik agar dapat melaksanakan ibadah sebaiknya.....

    ReplyDelete
  2. Asalam-O-Alaiakum! How are you all? Well, I must say that the services were really good, but the guidance was not as great as it should be. We had some issue in Makkah, when we were doing Tawaf, due to the misguidance of the staff members, although the other things were really good.
    Umrah Packages

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih kpd penulis blog ini atas kesudian berkongsi pengalaman ketika mengerjakan umrah. Semoga usaha penulis ini dirahmati dan diberkati Allah swt.

    Insha Allah, kami pula akan kesana pada 7/12/16 nanti. Terasa lambatnya lagi tarikh itu. Ya Allah izinkanlah kami menjadi tetamumu.

    ReplyDelete
  4. .. Al-Fatihah buat Ayahnda Tuan Guru Dato Dr Haron Din Al -Hafiz di atas kepulangan allahyarham ayahanda ke Rahmatullah.. semoga roh tuan Guru Ayahanda di tempatkan dalam kalangan org2 beriman dan para ambia

    ReplyDelete
  5. sy betul berhasrat nak menjejak kaki ke tanah suci sebelum 30 tahun. Doakan sy dimurahkan rezeki dan panjang umur ye

    ReplyDelete
  6. umrah package 2017

    binqasim travels present best umrah package 2017 at affordable price with best facilities.Now book your

    desireable umrah package in very cheap price,this ramzan book the journey of your life time with bin

    qasim travels.bin qasim travels offers best umrah package in karachi, you can see our packages at our

    website.

    ReplyDelete
  7. Hi! I wish to say that this post is awesome, great written and include almost all important infos. I would like to see more posts like this .
    best umrah travel agency in Mirpur online

    ReplyDelete
  8. Thats a information for which I am looking for.
    Regards: World Aviation Travels & Tours
    Umrah Packages

    ReplyDelete