Wednesday 20 December 2017

MELAYAN KUCING BENGAL

Kucing Bengal bukan calang-calang kucing.. kucing ni bukan saja mahal harganya, bahkan sangat rumit penjagaannya. Memerlukan kos yang agak tinggi untuk makanan dan maintanance. Bela kucing ni memerlukan kesabaran yang tinggi kerana sangat agresif. Banyak hiasan terkorban kerananya terutamanya hiasan berupa barangan kaca. Hobi kucing ni memanjat. Kencing merata juga merupakan satu lagi sifat sabar yang perlu wujud dalam diri tuannya.. walau bagaimanapun, kucing ini sangat cerdik dan senang diajar. Kucing ini boleh dijadikan sebagai penyeri di dalam rumah kerana corak bulu pada badannya begitu cantik. Tidak hairan sekiranya harga kucing ni boleh mencecah puluhan ribu ringgit.

Saya juga ada membela seekor kucing Bengal yang dibeli daripada kawan dengan harga kawan-kawan. Mulanya, kucing ni tidak mahu makan, tidak mahu minum.. mengiaw jer kerjanya rindukan ibu dan  adik beradiknya. Alhamdulillah.. setelah hampir dua bulan sabar memeliharanya, sekarang ni nampak semakin aktif dan dapat menyesuaikan diri dengan tuan dan rumah barunya. Baru dua bulan bela, sudah ada beberapa hiasan di dalam rumahku telah pecah bersepai dikerjakanya. Langsir berbulu-bulu dicakarnya.. Isteri aku dah tak berapa boleh nak sabar.. beberapa kali suruh jual balik.. tapi aku dan anak-anak aku buat derkkk aje.. buat pekak badak. Sekarang ni nampaknya isteri aku dah boleh terima kehadiran binatang baharu ni dalam rumah aku.. dan sudah mula memanggil-manggil nama KIKO setiap kali balik kerja. 





















Sekian saja cerita pasal Kucing di hujung tahun 2017 ni.. 

Tuesday 21 November 2017

FAMILY DAY LEVENDER

PADA 18 DAN 19 NOVEMBER 2017, TAMAN PERUMAHANKU TELAH MENGADAKAN FAMILY DAY BERTEMPAT DI RUMAH REHAT HULU LANGAT SELANGOR. ACARA SEPERTI INI SUDAH DUA KALI BERLANGSUNG. MEMANG TIDAK DAPAT DINAFIKAN PROGRAM SEPERTI INI DAPAT MERAPATAN HUBUNGAN SILATURAHIM SESAMA JIRAN IAITU ANAK-ANAK, ISTERI-ISTERI DAN PARA SUAMI. PELBAGAI ACARA TELAH DIATUR TERMASUK SUKANEKA, MANDI KOLAM, BARBE Q SERTA BEBERAPA ACARA LAGI YANG MENYERONOKKAN. HADIAH KEMENANGAN JUGA BANYAK DISEDIAKAN. MEMANG INDAH KENANGAN BERSAMA RAKAN SETAMAN SEKIRANYA AKTIVITI SEPERTI INI KERAP DIANJURKAN