Monday 6 August 2018

MINI RE-UNION X SEAFIELD

Assalamualaikumm..

Aktiviti terbaru admin pada tahun ini adalah menganjurkan satu pertemuan kawan-kawan yang sudah berpindah, dan.. dengan yang masih ada untuk merapatkan hubungan ukhwah antara kami. Tempat pertemuan yang diaturkan ialah di Kelong Purple Inn, Telok Gong. 

Yaa.. semakin lama, semakin berkurangan kawan-kawan kat tempat kerja. Kawan baru yang datang takde la pulak.. yang pergi sahaja berterusan.. lepas seorang..seorang yang angkat kaki. Kalau tak buat program ukhwah begini, sudah tentu hubungan akan terputus terus.

Kelong ni bukan asing bagi kami, suatu masa dulu pun tempat nilah juga kami berkumpul dan berbual mesra. Tempat untuk kami refresh otak setelah penat bekerja. Kadang-kadang, cakap jer kerja di bawah satu bumbung,  tetapi hakikatnya seminggu sekali pun tak jumpa. Banyak cerita sensasi di tempat kerja dan di luar terpendam begitu saja.. jadi, peluang bersama macam ni dapatlah kita               'membawang' tentang isu-isu semasa.. gosip, bicara tentang politik, tentang keluarga, tentang hobi dan minat serta macam-macam lagi isu yang boleh diketengah..

Pendek kata.. sepanjang malam sambil-sambil melayan anak dan ibu gelama, boleh juga bergelak dan bersuka hilai bertempuk bertampar berpeluk dan picit-picit badan.. sambil-sambil minum kopi dan jamah sedikit juadah. Memang aktiviti begini boleh merapatkan hubungan silaturahim dan ukhwah antara kami tidak kira yang dah terpisah atau masih bekerja di bawah satu bumbung.
Ni jer yang tinggal.. dulu lagi ramai..

Sebelum mula memancing.. makan dulu. sedap dapat peluang makan macam ni walau lauk sangat simple. Nasib baik nasi seperiuk saja ada, kalau ada dua periuk, licin juga rasanyaaa..


En Halim membuat persiapan untuk memancing

Ini gambar masa baru-baru nak pergi ke kelong.. ceria sangat

Waaa.. bertambah-tambah nampaknya.. tak peduli , nak boroi pun.. boroilahh.. ini peluang tak boleh dilepaskan. Mesti makan ikut nafsu

Pemancing cilik yang terlebih dulu dapat hasil.. berlapis-lapis pulak tu hasilnyaa..

Malam.. bila lapar, sediakan mi maggi seadanyaa.. sekadar untuk mengalas perut. Menu Maggi wajib ada setiap kali pergi outdoor.. 

Dan.. chefnya seperti biasa.. admin laaa


Bangun pagi..lapar.. kita breakfast dgn Mi Goreng Basah Udang Galah Banjir.. sekadar mengalas perut

Mi Goreng Basah Udang Galah Banjir...

Seronok betul tengok kawan-kawan makan..

Sama saja.. admin juga yang sediakan menu special ni.. dah biasa masak tempat out door.. sikitpun tak kekok..

Buat untuk kali kedua.. sebab tak cukup yang buat first.. takpe.. demi kawan-kawan admin tunaikan permintaan.. lagipun bukan selalu dapat peluang bermesra macam gini..

Hasil.. ikan gelama goreng,.. amat sedap makan dengan nasi panas-panas.. kalau ada sambal lada matdingunung, satu kelebihan dan amat menyelerakan.. makan rasa tak nak sudah..

"Power.. masakan admin.. sangat berbaloi datang.". kata mattas.

Hasil yang dapat.. walau memancing main-main sambil berborak. banyak jugak dapat



Okaylah.. itu saja cerita ringkas yang dapat ku coretkan.. Hasil yang banyak bukan menjadi idaman. tetapi motif untuk berkumpul dan bermesra bersama rakan-rakan itu tujuan utama. Semoga lain kali, kita buat lagi aktiviti macam ni.. bila kita nampak hubungan kita dah semakin renggang.. 

Sekian terima kasih.. kalau ada salah dan silap atau tak puas hati tentang penyediaan makanan sepanjang dua hari satu malam berada di Kelong Purple Inn, admin minta maaf. 

Jumpa lagi dalam slot yang akan datang.. Memburu Kelah di Endau Rompin.. Aktiviti out door HardCore admin pada tahun ini. Tungguuuu...