Friday 16 September 2016

XPDC MEMBURU KELAH DI SUNGAI PERGAU, JELI

Alhamdulillah.. panjat syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi aku kekuatan dan tenaga untuk mengharugi segala rintangan dan mampu menjalankan aktiviti-aktivit sepanjang balik ke kampung untuk menikmati hari raya Aidil-Adha.

Dalam sejarah sepanjang aku hidup dan pulang berhari raya, aku terperangkap dengan kesesakan lalu lintas tahap gaban. Bertolak dari rumah di Subang Jaya pada pukul 9 pagi sabtu 10 September dan sampai ke rumah di kampung pada pukul 1.15 pagi ahad 11 Serptember 2016. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 17 JAM. Wahhh...memang menguji kekuatan mental dan fizikal. Sepanjang perjalanan bermula di simpang empat Greenwood, kenderaan bergerak amat perlahan sehingga lepas terowong Genting Sepah, lancar sekejap kemudian kembali perlahan, lancar sekejap kemudian kembali perlahan.. bergitulah seterusnya sehingga sampai ke lebuh raya baharu nak masuk ke Merapoh, kenderaan tersadai beberapa jam berselang seli mendapat laluan daripada 5 lorong menjadi satu lorong sahaja. Di tambah pula dengan sikap pemandu yang suka potong Q, lebih memburukkan keadaan..

Ok.. tak mahu cerita panjang dengan kesesakan lalu lintas pada musim perayaan kerana pengalaman indah ini hampir semua rakyat Kelantan yang berada di perantauan dapat merasainya..

Seperti yang dirancang, hari raya kedua, pada hari raya korban aku bersama satu pasukan hardcore meminati aktiviti outdoor telah menyusuri lauan berbukit bukau menaiki sebuah Toyota Hilux menuju ke satu destinasi yang indah dan damai jauh di pedalaman untuk memburu ikan kelah. Ada juga seorang ahli anggota yang menyertai XPDC ini mempunyai misi yang berbeda iaitu memikat burung murai batu untuk dijual..

Jam 10.30, kami berkumpul di rumah ketua XPDC iaitu en Fadhil di Kg Lubuk Bongor, Jeli. Ayah En Fadhil mempunyai dusun yang luas. Rezeki kami... sampai sahaja di rumah Faddhil, dia sudah ready dengan buah durian, rabutan dan buah pulasan untuk santapan para tetamunya.. perghh, sedap betul buah durian dari dusun ayah Fadhil.. durian  bukit katakan..

Durian Kucing Tidor
Buah dokong boleh ambik dengan tangan.. tak payah panjat bawa turun. Makan di pokok shj

  Selepas menikmati durian sepuasnya, kami menaikkan peralatan ke dalam Hilux Fadhil..

Bergotong royong menaikkan peralatan 

Buah durian dan rambutan yang tak habis kami makan pun kami bawa bersama
 Tepat pukul 11.30 pagi.. kami bergerak ke destinasi. Perjalanan yang merempuh onak, duri dan liku-liku kehidupan serta lopak-lopak air mengambil masa lebih kurang 45 minit sahaja. Kami akan bermalam di satu kawasan yang agak lapang dan mempunyai sumber air bersih. Kalau lebih ke dalam, kami bimbang ada Gajah dan Pak Belang.

Tempat untuk mendirikan khemah

Amat menenangkan..

Suber air bersih dan sejuk



Bergambar Kenangan sebelum bertarung, kekuatan 7 anggota, dari kiri Iwer ( pakar memancing haruan ), Isan Murar Cerer ( pakar memikat burung Murai Batu ) Abg Pok Pa ( Otai Sungai dan Bukit ) Awie ( lepasan UPM dalam bidang kaji hutan dan binatang liar) Abg Fadhil ( ketua rombongan dan orang tempatan yang tahu selok belok kawasan hutan ini ) dan Pojan ( pakar memancing kelah ) dan akhir sekali MatdinGunung ( pakar masakan hutan dan fotographer sambilan ) tiada dalam gambar




Sebaik sahaja sampai, kami terus berkemas lebih kurang dan mendirikan khemah ala kadar. Fadil dan Pojan terus pergi menjala ikan untuk dijadikan lauk makan tengah hari. Aku memasak nasi ala kadar dan goreng sedikit daging korban yang disedekahkan. Iwer dan Isan pergi mencari pucuk paku dan petai untuk dibuat ulam.


Apa yang ko buat tu Jann?

Oh.. potong daging korban rupanyaa..

Perghh.. macam pendekar la ko Jan

Khemah sementara sudah siap dipasang oleh Awie dan Abe Pok Pa

Konsep Ruang Dapur Terbuka ala Nusantara yang dibina ala kadar dan simple



Susun satu persatu

Ulam-ulaman yang dicari oleh Isan dan Iwer dikumpul di pusat pengumpulan hasil untuk dicelur


Proses mencelur ulam..dilakukan dengan teliti

MatdinGunung.. pakar masakan hasil hutan


Haa.. dah siap. Abg Pok Pa tak sabar2 nak makan tengok lauk yang amat menyelerakan

Perghhh.. A+ lauk.. kata abg Fadil.

Tempoyak guna durian fresh dari ladang




Lauk paling nikmat kat dalam hutan ialah Budu, Lada Burung, Asam Limau dan Durian PERghhhhh...

Pojan.. tukang boh nasik

Tak sempat baca doa makan.. terus rembat



Makan macam ni.. tak cukup seperiuk nasi. Ikan dapat seekor je dulu. Hasil jala. Lapar sangat, tak sempat kumpul nak ikan utk dijadikan lauk



Tambah nasi lagi.. budu duk jauh, keno jongkeng skitt

Selepas lunch pada hari pertama.. kami berehat dan sembahyang zohor.. selepas tu, masing-masing melakukan aktiviti memburu kelah. Isan pula pergi mencari rezki memikat burung murai batu yang banyak terdapat di sini.

Pakai umpan gewan untuk memancing sebarau

Iwer..memancing.   Isan.. memikat burung..   satu destinasi tapi matlamat berbeza



Lepas lunch.. abg Fadil cuci mulut dan Durian Bukit





m
Abg Fadil membawa balik hasil jala



Eh.. Lumayan juga


Add caption

Aikkk.. 2 jam menjala, takkan ni jer yang dapat Abg Fadil?




Isan juga mampu bawa balik hasil.. bangganya dia. berbaloi-baloi ikuti XPDC anjuran MatdinGunung


Selepas balik daripada mencari rezki masing2.. kami bersiap untuk aktiviti malam.

Pasang khemah dulu.. takut hujan malam

lepas pasang khemah.. Isan terus mandi

Pojan nga Awie ditugaskan untuk menyiang ikan untuk dinner geng2 XPDC



Selepas mandi dan solat asar.. kami melepak sekejap. Kemudian kami bergotong royong menyediakan makanan untuk makan malam atau dinner, lauk dijangka lebih hebat kerana menunya adalah hasil ikan yang kami mampu bawa naik, kecuali burung kerana Isan sayang nak sembeleh..

Malas nak karang ayat panjang-panjang. Biarlah gambar berbicara kerana stok gambar memang banyak. Kalau mereka yang jenis suka kepada aktiviti yang kami lakukan, tentu kecur air liur.

Berborak-borak bercerita pengalaman lampau sementara tunggu maghrib

Aku sudah ready nak masuk dapur untuk sediakan dinner

Goreng pun sedap Ikan Kelah nih... 

Saling bekerjasama

T.Kasih Pojan bantu tugas kawe

Nampak macam sudah garing.. hangit nanti tak sedap pulak. Hilang zat ikan Kelah

Pojan kata.. kalau nak cepat masak goreng ikan, kita kena selang selikan kedudukan kepala dan ekor ikan supaya mereka tidak berbual-bual semasa digoreng.

Fuhhhhh... tak terkata nikmatnya ikan Kelah goreng ini walaupun saiznya agak kecil

cukuplahhh.. rezeki kami hasil pancing dan jala




Lepas makan.. kami bersembang sementara menunggu untuk sembahyang isyak kerana selepas isyak nanti ada aktiviti malam. Pojan, Iwer, Awie dan Pok Pa tak sabar nak casting. Aku dgn Fadhil nak menyuluh binatang liar kot2 nak ada. Isan nak gi suluh burung tido..

Malam tadi.. balik daripada aktiviti, kami bersembang panjang sampai ke pagi sambil minum tea o panas berperisa Strawberi dari Cameron Highland. Tidur sekejap je beralaskan daun pisang di atas hamparan batu. Khemah ada, tapi suka tidur ramai-ramai kat luar berselimutkan embun dingin. Nasib baik cauca pada malam tu ok.. tak hujan.. bulan pun terang.

Mesyuarat ringkas aktiviti untuk hari kedua..


Barisan pancing yang ready untuk berkhidmat

Menu pagi ni ialah Cekodok Goreng bersama Kopi O Kaw..

Gas Tin dah habiss.. terpaksa menggunakan api manual

Memasak di dapur terbuka sambil menghayati bunyi kicaun burung, jeritan monyet dan deruan air jeram..

Saling bekerjasama.. jenis geng yang ringan tulang. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, hasil sama dimakan , hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah.


Goreng Cekodok pagi nih... ermmmm..



Lepas makan, kami berpecah semula. Misi hari ni mencari ikan untuk dibawa pulang dan makan tengah hari. Aku tak nak ke mana, aku nak mandi sepuas-puasnya. Biar orang lain yang cari ikan. Hasil tetap dikongsi. Tugas aku cuma memasak..

Isan memperturunkan ilmu memikat burung kepada ahli2 yang berminat agar lebih ramai lagi ahli pemikat burung bakal direkrutnya..


Intai apa tu Abg Fadhil?




Lokasi Kelah..

Casting sembarau




Cantiknyaa.. Tenangnyaa.. Damainyaa.. Indahnya.. hanya yang suka masuk hutan boleh menikmati pemandangan camginii


sekadar mencubaa..




Gaya jer ni yang lebeaaa..
Mari kita tengok gaya seorang pemikat burung.. cuba perhatikan cara dia berjalan. Tak tengok depan pun.. kalau ada tahi gajah kat tengah jalan, tentu disepaknya..
 
step 1
step 2

step 3

mata liar memerhati kat atas-atas pokok


walau dalam 4X4.. mulut sentiasa bersiul memanggil, mata sentiasa melilau memerhati.. cam kena sampuk. Bahaya orang yang minat benda ni. Minta aku dijauhkan...


Tempat ini bukan sebarang tempat.. kita kena ada sedikit ilmu hutan dan keberanian. Mulut jaga.. jangan bercakap celupar. Perlakuan jaga, jangan merosakkan alam sekitar. Kita datang ke tempat habitat lain yang sudah berjenerasi tinggal kat sini. Kita menumpang ketenteraman yang dimiliki oleh segerombolan makhluk lain yang sudah lama berada dan berkampung di sini. Rupa-rupanya tempat yang menjadi lokasiku ini adalah tempat laluan gajah.

Lorong yang digunakan kumpulan gajah liar untuk minum dan mandi di lopak air


Kesan-kesan kehadiran gajah

Rupanya tempat yang cantik dan indah ini tempat gajah liar bermain-main dan mandi

Lorong laluan gajah


 Pukul 12.30 tengahari, kami berkumpul semula. Kami balik semula ke kem untuk mandi manda dan menyediakan makan tengah hari atau lunch untuk hari kedua XPDC.

Abe Dil menggoreng ikan untuk lunch hari kedua.. banyaknya stok protein kita. Tak berhabisan. Rezeki dari Allah..


Aku mandi sepuas-puasnya. Airnya dingin dan segar. Tida tercemar sebab di hulu sungai. Mungkin kencing tikus tak ada kat sini

Isan sedang cari batu nak buat tuku

Abg Fadil bersilat dengan percikan minyak panas

Snookling.. tengok rumpai air dan ikan-ikan berkejaran di celah batu


Bekalan rambutan masih fresh..


Menu utama untuk lunch hari ni.. tinggal budak-budak dah.. mak dan pak budak dah jadi santapan dinner malam tadi.

menu yang simple present tense tapi amat menyelerakan


Lunch konsep terbuka berlatarbelakangkan bukit bukau dan air jeram

Menu istimewa tak lain tak bukan ialah BUDU


Perghhh... licin seperiuk besar nasi. Memang menyelerakan makan macam ni. Pok Pa kata" kalu baloh nga bini sanggup lagi asal buleh mari tempat lagu ni" 

Hanya mereka yang meminati aktiviti outdoor macam ni sahaja yang tahu betapa nikmatnya kita menikmati hobi kita ini..ibarat kata 'hanya jauhari yang kenal manikammm..'



Selepas makan tengah hari, kami berkemas-kemas untuk pulang. Segala sampah sarap kami kutip dan kami kumpul kemudian bakar. Tin-tin kami kumpul dan kami timbus. Sisa-siasa makanan kami buang di dalam lubang kemudian timbus. Persekitaran kami kena jaga sebab kalau tidak kami, anak-anak dan cucu-cucu kami akan datang pula. mereka juga ada hak menikmati alam yang bersih dan tidak tercemar seperti yang kami rasai hari ini. Kami datang untuk mengambil sedikit sahaja hasil sungai dan hasil hutan untuk dimakan. Selebihnya kami nak kongsi dengan orang lain. Cukuplah.. kami tak tamak.

Operasi membuka khemah..



sampah sarap perlu dikutip..

persekitaran perlu dibersihkan bak kata otai hutan.." jangan
tinggal sebarang benda kecuali jejak, jangan ambik sebarang benda kecuali gambar"




Jagalah Hutan Kita.. Jangan ditebang sebarang pokok walaupun POKOK KETUM


Cintai Alam Sekitar Untuk Generasi Akan Datang


Bersiap-siap untuk pulang...




Bergambar kenangan sebelum berangkat pulang









Kumpul dan bakar sampah sarap..



 Akhirulkalammm... XPDC aku kali ini dianggap berjaya memenuhi hobi kami. Walau tidak mendapat apa yang diidamkan.. cukuplah dengan rezeki lain yang kami dapat dan dinikmati bersama-sama. Hasil hutan yang fresh dan hasil sungai yang tidak dicampur bahan pengawet, cukup menyegarkan. Sedap makan nasi dalam hutan.. nasi seperiuk tak bersisa. Maaf dipinta kepada pembaca blog outdoor MATDINGUNUNG yang beriya-iya nak mengikuti XPDC aku, bukan tak nak bawa, tapi kita masih belum mengenali. Agak kekok nak bawa orang yang tidak dikenali sebab aktiviti ini biasanya tidak dirancang secara khusus.. Sekian Terima kasih.. Jumpa Lagi dalam program yang akan datang. Masih belum dirancang..