Sunday 30 June 2013

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP GURU-GURU

Minggu lepas telah diadakan kejohanan badminton antara guru lelaki sekolah aku, tapi oleh sebab ada peserta yang rasa tak puas hati dan ada juga guru-guru yang tidak dapat beraksi pada perlawanan pertama atas sebab yang tidak dapat dielakkan maka minggu ini diadakan pertandingan ulangan ( rematch ) bagi merebut piala Dato' Seri Ab Rahman ( YDP PIBG ) sekolah aku. Kejohanan berlangsung penuh muhibah melibatkan guru-guru dan staff daripada pelbagai kaum bertujuan untuk merapatkan silaturahim. 

                    PERLAWANAN PERTAMA


Hadiah yang ditawarkan

Sebahagian peserta

Barisan pemenang

JUARAdimenangi oleh peserta jemputan

                   PERLAWANAN ULANGAN

Bagi perlawanan kedua, pasangan regu ditentukan melalui cabutan undi. Nasib le sapa yang dapat pemain baik dan dapat pemain yang kurang baik. Tetapi berdasarkan kepada keputusan, macam regu tu sama rata sebab semuanya ada kalah menang. Tak ada regu belasahan untuk memberi mata mudah kepada pihak lawan.


Antara hadiah yang ditawarkan untuk perlawanan kedua

Air Mineral dan 100 Plus disediakan oleh pihak penganjur

Selepas warm up, bergambar dulu untuk proses dokumentasi

Mat Zol dan pasangannya Datuk Haron beraksi

Nah mbikk ko.. sampai terputus tali reket

Keputusan penuh perlawanan

Iwan dan regu dapat no 4


Cikgu MatdinGunung dan pasangannya En Ab  Rahim dapat tempat ketiga setelah berjaya  mengutip sebanyak 134 mata  hasil 4 kali kemenangan dan 3 kali tewas. Minggu lepas En Rahim dapat no 3. Nampaknya belum ada peningkatan. MatdinGunung dah ada improvement. Minggu lepas sekadar bepuas hati di tempat ke empat. 

En Kang minggu lepas dapat tempat ketiga tapi minggu ni berjaya upgrade prestasi  untuk merangkul Naib Johan walaupun sama mata dengan pasukan Matdingunung.

Mat Zol minggu lepas tewas pada peringkat kumpulan tetapi minggu ni mendadak naik menjadi Juara. Yang tak puas hati minggu lepas pun Mamat ni lah.

Datuk Haron pada minggu lepas dapat naib johan, minggu ni beregu dengan mat Zol dapat Johan la pulak.

Siap dapat voucher lagi .

 Apapun.. kalah dan menang adalah adat perlawanan. Objektif utama penganjuran bukan nak cabar mencabar dan mencari siapa jaguh sebenar, tapi lebih ke arah untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan guru-guru lelaki dan staff di sekolah ini. Kalau ada provokasi sebelum dan semasa perlawanan tu adalah untuk memeriahkan kejohanan saja dan tidak disimpan di dalam hati. Terima kasih dan Tahniah kepada semua peserta dan penganjur. Sampai masa kita rematch lagi.


Siap masuk surat khabar tuuuu

Saturday 29 June 2013

KELANTAN JUARA PIALA FA 2013





Alhamdulillah.. Pasukan Bola Sepak Kelantan dapat memastikan piala FA terus berada dalam negeri Kelantan buat kali kedua berturut-turut. Walaupun prestasi pemain untuk tahun ini ada naik turun dan pasang surut, namun dengan menjuarai piala FA ini sedikit sebanyak dapat memadam duka pemain dan penyokong serta seluruh rakyat Kelantan. Walaupun harapan untuk mengekalkan kejuaraan TREBLE sudah tertutup rapat namun dengan kemenangan malam tadi membolehkan Kelantan sekali lagi berpeluang untuk mencuba nasib bermain pada piala AFC untuk musim hadapan.

Buat kali pertama sejak tahun 2009 aku tak gi tengok final kat stadium. Selalunya, kalau final aku bersungguh-sungguh mencari teket awal, buat bena, pergi awal ke stadium untuk melihat gelagat penyokong, mengambil gambar dan sebagainya. tup..tup.. tahun ni rasa malas la pulak nak ke stadium walaupun teket free awal-awal sudah ada dalam gengaman. Kroni-kroni dalam kelab penyokong cam tak caya aku tak gi tengok final kat stadium dan kekawan pun ramai yang tanya sebab aku tak gi. Ntah lah.. nape tahun ni aku very slow tengok bola kat stadium. Kalau sebelum ni, koleksi tiket ke stadium untuk menyokong pasukan negeri aku beraksi hampir penuh bawah cermin meja yang bini letak kopi untuk tetamu (termasuk gambar aku masuk surat khabar masa aku pergi tengok final piala Malaysia 2010). Tahun ni satu tiket stadium pun tak masuk bawah cermin tu.

Rasa sugul malam tadi layan final FA kat skrin lebar di kedai cha keow teaw dengan kekawan yang tak de teket nak ke stadium. Takpelah.. dengar cerita, yang ada teket dan sudah pergi ke stadium pun ramai jugak yang kempunan nak tengok bola dan terpaksa tengok pada skrin besar kat luar stadium sebab stadium dah padat sangat. Dah tak boleh muat. Yang tak ada teket pun beribu yang masuk. Maklumlah.. awal-awal lagi pintu stadium dah pecah. Kalau dapat masuk pun kalau setakat dapat tengok padang dengan tiang gol tak de gunanya jugak. Biasanya kalau kita masuk stadium pukul 6 dapatlah duduk kat puncak yang kepala nak mencecah bumbung. Player pun tak nampak, apatah lagi nak kenal pemain. Orang bersorak kuat sambil mengibarkan bendera baru kita tersedar gol sudahpun dihasilkan.

Takpelah.. walau aku tak gi ke stadium, pasukan Kelantan tetap bersemangat bermain sehingga dapat menewaskan pasukan yang ego dengan kekayaan dan barisan pemain kebangsaan. Walau tak ditawarkan kereta AUDI dan ganjaran-ganjaran lumayan, pemain Kelantan tetap bermati-matian mempertahankan kejuaraan. 

SYABAS!!   TAHNIAH!!   CONGRA!! kepada semua Pemain, Pengurusan, Penyokong dan seluruh Rakyat Kelantan kerana sekali lagi pasukan Negeri Kita berjaya membawa balik salah satu Piala Kemegahan ke Negeri Kita.




                               GOMO KELATE GOMO.

Tuesday 25 June 2013

WARGA ASING VS BUMIPUTERA


Ni kisah benar berlaku masa aku sedang syok minum air tebu kat warung tepi jalan sambil menikmati bahang panas dan menghirup asap jerebu. Tiba-tiba muncul seorang Bangla memesan segelas air tebu lalu duduk di kerusi sebelah aku.Sambil minum matanya galak memerhati tuan gerai yang sedang memesin tebu-tebu yang betimbun di dalam guni. Akhirnya terpancullah soalan yang terbuku di dalam pemikirannya..
  
Bangla : " Berapa harga you beli mesin ni boss"?

Tuan Kedai : "Mesin ni saya beli dalam RM1600.00"

Bangla: "oh.. mana you beli?"

Tuan Kedai : "Kat Puchong sana" kenapa?

Bangla : "Saya mahu belilah satu, mahu niaga itu air tebu jugak. Mau cari wang lebih. Itu tebu mana you ambik?"

Tuan Kedai : " Ah, you pendatang asing mana boleh niaga ini negara, jangan nak ngada-ngada. You jadi kuli bolehlah. Jangan cuba nak tutup peluang perniagaan rakyat tempatan. Ini negara kami. Jangan you nak jadi tuan.You datang sini mau cari wang bukan? haa.. jadilah kuli"

Bangla : "apasal tak boleh plak? saya mau niaga kecil-kecil saja. Bukannya mau bukak pasar raya besar boss"

Tuan Kedai : Kalau you mau niaga kat negara ini perlu ada lesen niaga. Bukan boleh main hentam-hentam niaga. Pihak Majlis tak akan bagi lesen kat pendatang asing punyalah.."

Bangla: "Itu kenapa kedai runcit banyak Acheh yang punya. You tengok ini tempat, hampir semua pengusaha kedai runcit Acheh yang sapu bersih. Apa macam? siapa yang bagi lesen dia niaga? itu orang Acheh rakyat Malaysia ka?"

Tuan kedai: " itu lain, Acheh niaga guna lesen orang tempatan. Dia beli lesen sama orang tempatan"

Bangla : " Tak kiralah guna lesen atau tak guna lesen, itu tauke kedai semua untung dia bawa balik Indon jugak. Kalau tak nak kasi orang asing niaga, semua jangan kasilah. Angkat semua barang-barang masuk lori kemudian hantar sana itu deport"

Perbualan terhenti kat situ apabila ada beberapa customer datang untuk beli air tebu. Aku terus bayar dan terus blah. Dalam kereta aku terfikir balik dailog-dailog yang berlaku di depan aku tadi.


RUMUSAN AKU TENTANG DIALOG TADI

Tidak kiralah siapa-siapapun dalam kalangan warga asing, semuanya tidak boleh berniga kerana menutup peluang peniaga tempatan untuk mencari rezeki.Tapi apa boleh buat, anak-anak muda kita lebih suka goyang kaki mengharapkan wang daripada mak bapak. Penduduk tempatan tidak berminat untuk merebut peluang yang ada. Kat-kat mana kita pergi hampir semuanya warga asing yang jadi tauke. Kat kawasan rumah aku tinggal dulu, lepas satu..satu kedai runcit dimiliki oleh warga Acheh. Kat tempat baru aku pun hampir semua kedai runcit dimiliki oleh warga Acheh. Kebanyakan kedai roti canai dan nasi kandar dimiliki oleh warga India. Kebanyakan kedai sayur di pasar-pasar borong telah dimiliki oleh warga Myanmar. Kedai-kedai makan pula kebanyakannya pula disapu bersih oleh warga Thailand. Bukan itu saja, gerai-gerai tepi jalan juga banyak dimiliki oleh warga Filipina. Warga Afrika juga turut tidaklepaskan peluang untukberniaga di negara kita. Pasar raya besar juga banyak dimiliki oleh warga asing yang datang melabur kat dalam negara kita. 




Apa rakyat kita ada? rakyat kita ramai yang jadi tauke pil kuda. Rakyat kita ramai yang hanya buka gerai tepi jalan. Semuanya pakat niaga nasi lemak. Warga kita hanya berniaga di Bazar Ramadhan dan pasar malam. Ramai juga warga kita yang berniaga di Uptown dan Downtown. Tapi.. tahukah kita bahawa warga kita tak kreatif berniaga. Hanya barangan sama yang mereka jual. Oleh sebab tu berlakulah persaingan sengit.   Mereka juga turut bersaing dengan warga asing yang curi-curi berniaga. Peniaga Melayu juga turut terpaksa melayan karenah pihak berkuasa yang datang untuk menyita barang jualan mereka. Yang peliknya.. mengapa warga asing yang berniaga tidak pula diganggu?

Daripada maklumat yang aku dapat, warga Acheh kat sini ada persatuan Acheh. Pengerusi persatuan ini disandang oleh warga Acheh yang mempunyai taraf kewarganegaraan tetapi mempunyai semangat yang kuat terhadap negara asal. Mereka akan beli seberapa banyak kedai daripada penduduk tempatan kemudian beri kepada warga Acheh untuk menguruskannya. Kalau ada lot-lot kedai di kawasan taman perumahan yang baru dibuka, mereka akan beli atau menyewa guna duit persatuan kemudian offer kepada ahli untuk memiliki kedai itu. Modal berniaga persatuan Acheh yang salurkan. Begitulah hebatnya persatuan Acheh yang begitu kuat dan kukuh sentimennya serta mempunyai strategi yang cukup tersusun. Sama dengan kehebatan persatuan mamak. Sapu peluang rakyat tempatan di negara kita, kaut kekayaan di negara kita kemudian hantar wang untuk membangunkan negara mereka.

Hal ini sangat berbeza dengan persatuan yang ada di negara kita yang dimiliki oleh bangsa kita yang asyik bertelagah, berebut jawatan dan kedudukan, saling dengki-mendengki, saling santau-menyantau, saling jatuh-menjatuh,saling fitnah-memfitnah dan saling rasuah-merasuah. Orang kita juga saling berdemo di jalanan. Orang kita juga yang saling keluar masuk penjara dan pusat serenti. Oleh itu.. fikir-fikirkanlah wahai anak-anak muda. 

Teringat aku bait-bait lagu patriotik yang selalu aku nyayikan semasa aku mengikuti kursus Bina Semagat dulu.

WARISAN

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah, bercampur keringat
Bumi dipijak dah milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama lah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi kan merintih sendiri

aku ingat sampai sini saja.. 

Wednesday 19 June 2013

CARA-CARA NAK BUAT KUAH LAKSAM

 Lama benar rasanya tak masuk entri masakan. Nah! ari ni aku akan ajarkan masakan yang paling simple tapi lazat dimakan. Kalau tak tahu cara nak masak memang susah nak buat, tapi kalau dah tahu caranya memang mudah menyediakannya. Macam sediakan mee meggi aje. Ok.. hari ni aku nak ajar cara-cara buat LAKSAM.

BAHAN-BAHANNYA

5  ulas bawang merah besar
2  batang serai
1  inci halia
5 ekor ikan sardin direbus dan dikopek isinya
    sedikit belacan
    sebiji kelapa diambil santannya
    sedikit lada hitam ditumbuk halus
 3 keping Asam keping

Cara-cara membuatnya

Bawang, serai, halia, belacan, ikan sardin rebus dan lada hitam diblender bersama santan. Kemudian masukkan ke dalam periuk. Masukkan sekali asam keping. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih di atas api yang sederhana. Kemudian masukkan satu sudu gula, garam secukup rasa dan sedikit ajinamoto. 

Apabila sudah masak, siaplah kuahnya itu. Buatlah pulak laksamnya. Kalau malas buat.. beli aje kat kedai yang dah siap. Pasar borong Selangor ada jual. Kat kedai di Pantai Dalam pun ada jual. Kedai Makcik Kelantan. Laksa pun ada juga. Guna kuah yang sama aje.
    
Basuh ikan sardin bersih-bersih

Rebus dulu. Semasa rebus masukkan sedikit lengkuas dan sedikit garam serta 3 keping asam keping


Semua bahan tadi masukkan ke dalam blender termasuk isi ikan sardin

Masuk sekali dengan santan

Kemudian blender sampai hancur

Masukkan ke dalam periuk dan jangan lupa masukkan asam keping sekali.

Kena sentiasa kacau dengan api yang sederhana sehingga masak. Jangan lupa masukkan garam, gula dan sedikit ajinamoto.

CARA NAK BUAT LAKSAM

Air dan Sekampit tepung beras untuk makan 6 orang

Adunkan tepung beras dan air

Kacau hingga sebati

Rebus air untuk dikukus

Atas tudung periuk kena sapu sedikit minyak masak. Sapu kasi rata




Ratakan

Kemudian kukus selama lebih kurang 6-8 minit

Dah masak keluarkanlah

Kemudian gulung dengan cermat. Ambik hujung dulu


Susun dengan cantik


Kemudian potong
Sediakan ulam-ulamnya seperti taugeh, timun batang, kacang panjang yang dipotong halus, bunga kantan

Kalau ada sambal lada lagi bagus

Laksam ready untuk disantap

Laksam memang mudah disediakan. Lagi mudah beli je kat kedai yang dah ready made di import dari Kelantan. Kita buat kuah je la. Kalau makan dengan laksa kelantan pun sedap