Assalamualaikum.. tahun 2024 dah separuh berlalu namun satu entri pun kawe belum karang post masuk dalam ni untuk tatapan peminat yang masih tertunggu-tunggu entri baharu.. Sib baik no password nak masuk ke blog matdingunung masih tidak lupa.
Ok.. terima kasih diucapkan kepada peminat blog MatdinGunung kot2 masih ada. Bukan tak ada cerita nak share, banyak sangat sebenarnya cerita atau konten, tapi malas benor skrg nak menulis.
Tahun ni kita mula dengan entri outdoor lah.. Sebut saja Temerloh, mesti ramai yang terbayang dengan ikan patin gulai tempoyak kan..? sebab tu lah ikon Bandar Temerloh ialah bandar ikan Patin. Tapi kebanyakan ikan patin yang disajikan tu adalah ikan patin belaan atau ikan patin sangkar. Kalau ikan patin liar, memang susah nak dapat dan harganya lebih mahal. Oleh sebab itulah, aku bernekad untuk merasa ikan patin sungai Temerloh yang bukan dari sangkar, tapi patin yang hidup bebas dalam sungai Temerloh.. Aku dengar cerita, hidupan aquatik sungai Temerloh adalah yang terbaik di Malaysia termasuk pelbagai jenis ikan.
Bermula bulan januari 2024, aku dan sahabatku yang ku panggil Bajau Sungai mula merancang untuk memburu hidupan air sungai Temerloh kerana pada tahun ni aku dan Pojer nak skip aktiviti mencandat yang biasanya setiap tahun kami gi.. Lamo benar tak turun ke sungai dan hutan. Sebaik sahaja rumah rakit sungai Temerloh berjaya ditempah, kami terus open penyertaan kepada rakan-rakan terdekat sape yang nak follow aktiviti kami. Tarikh yang dipilih ialah 25, 26 dan 27 Mei 2024 bersamaan dengan awal cuti persekolahan. 3 hari 2 malam merupakan satu masa yang ideal untuk menaikkan ikan liar dari dalam Sungai Temerloh.
Persediaan yang dibuat begitu rapi, sementara menunggu tibanya tarikh yang keramat ni, setiap hujung minggu Pojer menyiapkan peralatan sedikit demi sedikit agar tidak tertinggal pada hari kejadian.. Pukat bantal dijahit sendiri, Tauk dia raut elok, Tauk dasar sungai yang Pojer panggil pelampong juga turut disediakan, bukan itu sahaja, rawai juga turut disediakan termasuk jala dan pukat hanyut bahkan pendayung bot pun Pojer raut buat sendiri. Memang senjata berburu amat complete serta kami berada dalam mood yang amat bersedia sebelum tibanya tarikh untuk berperang. Matdin pula bertindak sebagai Quater Master yang akan menyediakan makanan kepada setiap pemburu hidupan sungai yang seramai 8 orang sepanjang menetap di rumah rakit tersebut sudah tahu bahan apa yang hendak disediakan kerana menu makan untuk 3 hari 2 malam sudah ada dalam jadual perancangan.
Hari Pertama, Sabtu 25 Mei 2024, Pojer selaku captain bersama seorang anak buahnya dan turut ditemani seorang anak jantannya bergerak awal ke rumah rakit TokMat Sungai Temerloh dengan membawa segala peralatan lojistik. Rumah rakit tersebut disewa bersama bot yang dipandu sendiri. Pojer sampai ke rumah rakit tersebut pada pukul 11 pagi dan terus turun ke sungai untuk tahan jaring, tahan tajul dan tahan tauk dasar sungai. Tahan benda ni memang ambik masa kerana perlu bersaing dengan nelayan-nelayan sungai yang sedia ada di sepanjang sungai Temerloh tersebut. Tempat-tempat pasang jaring yang strategik kebanyakannya mereka telah sapu.. kita sebagai pendatang luar yang bagai melukut di tepi gantang terpaksa cari lapang yang sekodar-sekodar lebih-lebih orang sahaja dengan bergantung harap pada falsafah " rezeki tak salah alamat " kalau rezeki milik kita, ada laa tu.."
|
Rumah Rakit TokMat di Tebing Sungai Temerloh. Ada dua bilik.. tandas kat luar. Air mandi amat laju.. Facilities lengkap |
Aku bersama anak sulung aku si Adib dan biras aku yang selalu mengikut aku outdoor, ikut bersama aku dan kami bergerak pukul 11 pagi. Jalan jem kat Highway Karak sebab cuti sekolah kan, lagi satu orang baru gaji.. sudah tentu ramai yang nak balik kampung atau nak pergi melancong ke pantai Timur. Satu kereta lagi turun hampir sama masa dengan aku iaitu Amer, Iwan dan Tuan Faizol.. juga turut terkandas di lebih raya Karak. Kami sampai ke rumah rakit pada pukul 3.30 petang dengan ambik masa selama 4 jam setengah.. sepatutnya 2 jam saja waktu biasa kalau tak lekat jem. Pojer dengan awok-awoknya sudah lapar nasi.. sib baik aku sudah sediakan lauk yang dah siap, cuma masak nasi jer kat house boat tu.. semua peralatan memasak dan pinggan mangkuk cawan gelas periuk belaga dan kuali ada disediakan oleh owner rumah rakit tersebut termasuk periuk nasi eletrik.
Sebaik saja nasi masak, rombongan Iwer pun sampai.. sedang molek laa boleh hadap lunch sekali.. lauk pun sedap.. aku masak gulai kawah kambing tempatan, sambal tempoyak dan sotong goreng kunyit.. kebetulan kawan kami si Zafir baru balik daripada mencandat sotong di terengganu, terus singgah bawa sedikit sotong.. bolehlah goreng sotong fresh terus dari Laut Cina Selatan. Kami makan begitu berselera sekali.. kombinasi lauk memang A+. Licin 2 periuk nasi.
|
Sementara nasi masak, makan roti cicah gular kambing dulu.. memer jjadi ah |
|
Menu paling rare.. makan tempat ggini memer A ah.. Ike Bekok |
Petang tu aku keluar kejap tinjau-tinjau bandar Temerloh sambil cari maggi, telur dan sedikit jajan untuk kunyah2 malam. Selepas solat isyak, masing-masing mula pasang pancing kat house boat.. Oleh sebab masing-masing dah kenyang maka tak ada laa masak menu spesel untuk dinner, makan mana yang ada jer.. ada yang masak maggi dan makan buah. Jajan pun tak berhabisan, Air kopi panas dan oren sunquick ais sentiasa siap ada duk dalam termos Coolerman. Nampak kurang, terus buat lagi kasi topup.. macam bercuti kat atas cruise laa pulak.. santai-santai mancing sambil makan-makan.. sambil bawang membawang.
|
Memer santai lahhh.. persiapan sebelum bertarung |
|
Santai.. memancing sambil bercuti.. menikmati suasano yang jarang-jarang kali berpeluang. Tinggal anok2.. tinggal bini.. mari berhealing dengan rakan-rakan menikmati udara nyaman tepi sungai.. Perghh |
|
Apa saja menu yang dihidangkan.. semuanya lazat |
Bukan senang nak dapat peluang bercuti macam ni, kalau tak dirancang awalKalau harapkan pancing, memang macam nak hampa jer makan hasil terus dari dalam sungai Temerloh.. aku dah terbayang kat dalam kepala, kalau pancing tak menjadi, pukat juga tak menjadi, rawai pun tak menjadi.. nak jer ke Pasar Pagi Temerloh beli ikan Patin, Krai dan Temoleh untuk masak kat atas house boat buat mkn tghari kami. |
Membangau itu biasa.. Malam yang indah, cuaca cerah, menenangkan jiwa |
|
Kata orang " bukan pemancing tegar kalau tidak sabar dan tidak bersedia untuk membangau " |
Tunggu punya tunggu.. dekat pukul 4 pagi barulah batang pancing Amer bergetar kuat.. Iwer yang ada berdekatan batang pancing Amer terus sentap dan kayuh pelan-pelan.. Alhamdulillah.. dekat sampai ke ruang pancing sudah nampak kelibat patin.. Faizol terus ambik sauk dan terus sauk.. alhamdulillahh.. rezeki nak makan patin liar sungai Temerloh.. memang dapat sekor tapi tak sebesar mana.. tidak sebesar Patin sungai Langat. Selepas dapat hasil sekor, mana-mana pemancing yang dah bosan tadi, jadi auto bersemangat, masing-masing bingkas bangun pasang umpan kembali dan baling ke dalam air. Tidak lama kemudian, sekali lagi batang pancing Amer bergoyang kuat.. haaaa.. alhamdulillah, dapat sekor lagi patin.
|
Hasil pertama tiba dekat pukul 4 pagi.. seekor ikan patin buah yang bukan dari sangkar. Setengah jam kemudian dapat sekor lagi |
|
Hasil yang kedua datang lebih kurang 4.30 pagi.. juga pancing Amer |
Selepas solat subuh, Pojer dan anak buahnya Khaire atau nama gelaran Eriey iaitu jockey bot terus berlalu meninggalkan house bot untuk tengok hasil. Kami di house bot breakfast dengan roti goreng telur sapu kaya dan kopi panas. Pagi ni mancing pakai umpan kelkatu yang banyak duk hurung lampu malam tadi.. dapat lah beberapa ekor ikan yang halus-halus. Duk tengah besiap nak keluar ke pasar pagi Temerloh cari lauk utk makan tengah hari, dapat wassap drp Pojer tunjuk dah dapat seekor ikan krai yang agak besar.. sekejap kemudian, tunjuk lagi seekor ikan Krai yang dapat.. saiz hampir sama dgn yang dapat mula-mula takdi.. Alhamdulillah.. aku teruus batalkan hasrat untuk ke pasar pagi sebab kalau campur dengan patin awal pagi tadi 2 ekor. sudah lebih drp cukup untuk lauk kami 9 orang.
|
Pagi ni hujan pukul 5 pagi.. pukul 7 pagi ada hujan gerimis yang menenangkan.. mancing berlatarbelakangkan lingkaran pelangi |
|
Hasil pertama dapat melalui kaedah tauk pelampung pemberat di dasar umpan buah ara cucuk macam sate.. Pojer atar wassap cadangkan supaya takyah gi beli ikan kat pasar, sebab pelampong pertama pun dah ada hasil.. |
Tidak berlengah lagi, aku terus siapkan garam kunyit untuk goreng kunyit ikan Krai serta siapkan bahan untuk masak tempoyak patin. Kul 10.15 pagi Pojer siap mendarat di House Boat dengan membawa hasil 3 ekor ikan krai liar, seekor ikan Patin, seekor ikan lampam jawa dan beberapa ekor ikan yang agak halus.. Apa lagi... lepas ambik gambar untuk buat dokumentasi, hidup-hidup Pojer siang ikan patin dan ikan krai serta ikan lapam jawa.. Aku goreng dan masak gulai tempoyak.. Perghhh.. memang A+ Patin Liar dari sungai Temerloh.. sikit pun tak bau dan isi dia putih jernih.. tak sama dengan patin sungai Langat.. Ikan Krai pun memang terbaekkk.. A++.. sisik dia memang rangup mcm keropok seakan ikan kelah.. sedap dan nikmat hanya yang makan jer tau.. tak terucap dek kata-kata.. Missi tercapai.. niat terlaksana dan impian menjadi kenyataan.. takde apa lagi yang nak.. rezeki kepada mereka yang hadir dan join aktiviti aku kali ini.. Takde sedetik pun niat dlm hati nak simpan buat balik.. apatah lagi nak jual.. hasil yang dapat nak habiskan kat sini.. kalau tak abiss makan nanti barulah bawak balik.
|
Antara hasil yang dapat di hari pertama |
|
Bergambar kenangan untuk dokumentasi |
|
Besar laa jugak.. Ikan Krai Kuning Liar Sungai Temerloh.. sekilo boleh tahan harga dia kalau kat pasar Pagi di Temerloh.. tu pun yang sangkar |
|
Raja sungai Temerloh.. Patin Buah dapat dengan hasil jaring.
|
|
Kena pancing 2 ekor.. jaring seekor |
|
Ikan sedang gelepar..Pojer sembeleh.. memang ikan fresh kita sajikan untuk para follower |
|
Masak Tempoyak.. ok lah.. lebih kurang rasa dengan kat kedai Temerloh tapi yang ni lebih original sebab pancing sendiri, masak sendiri |
|
Rupanya.. selain gulai tempoyak, ikan patin sedap juga goreng kunyit.. rasa macam tenggiri. Ikan Krai fresh pun sedap goreng kunyit.. sisik dia rangup macam kerepek ubi |
|
Dalam proses nak gulai tempoyak.. Ikan krai pun ada separuh, nak cuba |
|
Nampak bodoh jer.. tapi kena dengan tekak.. Masak Asam Pedas versi Kelantan Ikan Krai Liar Sungai Temerloh |
|
Gulai ratek.. goreng ratek..kalo tak abiss, ratah.. mlm ni ada pulop hasil.. Esok pun masih ada ..Apedehalll.. makan sampai puas. Biar berbaloi hampir 5 bulan menunggu |
|
Ore kata.. kalu mkn tu sedap sgt, tok tua litah kot blakang tok kabar sobakk... |
|
Lunch.. Patin masak gulai tempoyak, sambal tempoyak.. patin goreng kunyit dan Krai goreng kunyit.. Makan atas sungai sambil melihat arus sungai mengalir |
Habis makan pagi dah dekat pukul 12 tgh hari.. Iwer, Amer, Pokrie, Tuan Faizol di bawa tinjau-tinjau oleh Pojer jauh menyusuri sungai Temerloh dengan bot untuk memancing di tebing sungai. Ikan Krai yang masih berbaki, aku masak asam pedas kuwah kunyit versi Kelantan pulak untuk makan petang.. sebab aku tahu yang pergi mancing kat tebing nanti akan lapar bila balik mancing petang nanti. Potong tembikai siap-siap masuk peti ais.. ikan yang siap sapu garam kunyit, goreng bila dekat nak makan nanti.. Memang tepat sangkaan ku, balik mancing kat tebing kat pukul 4 petang, terus cari nasi.. 'bagai orang nak berak disorongkan jamban'.. nasi sudah siap, lauk asam pedas pun sudah siap..cuma tunggu goreng ikan saja lagi.. mereka makan dgn agak gelojoh sekali..perghhhhh.. memang masuk dan kena dgn tekak ikan krai masak asam pedas versi kelantan ni.. Pojer siap hirup lagi dia punya kuah.. sruppp...srupp... sruppp.. tak nk berenti. sambil2 geleng kepala menikmatinya..
|
Ni ore panggil 'Menu Killer'.. Ikan Krai Liar Sungai Temerloh Masak Asam Pedas Lengkuas Kunyit versi Pantai Timur. Cheff DinGunung yang masak atas TokMat house boat |
|
Lepas makan.. semuanya tertidur kekenyangan selepas merasai nikmat dan puas dapat makan pelbagai menu ikan rare hasil air tangan sendiri, Cari sendiri, masak sendiri kat atas house bot |
|
Ada kalanya kita kena tinggal anak bini untuk kita healing-healing dengan rakan-rakan.. baru enjoy hidup |
Petang dah hampir pukul 5.30.. Iwer, Tuan Faizol, Amer, Adib dan Pokrie sudah bersiap-siap nak balik sebab esok mereka kerja.. tak boleh stay untuk 2 malam.. Tunggu Chip Pojer balik selusur pukat sblm blah.. mesti kena jumpa chip dulu.. nk ucap terima kasih kerana susah payah cari hasil.. hasil segar.. ikan liar.. spesis ikan terbaik dari sungai terbaik.. ptg ni dijangka jem kat tol Bentong dan Tol Gombak.
|
Sebelum berangkat pulang.. Chip bawa anak-anak buah ronda-ronda dengan bot menyusuri sungai Temerloh |
|
Cip bawak anak buah rayau-rayau |
|
Pegi mancing kat tebing nun jauk ke hulu sungai.. sambil ronda-ronda |
|
Cipp layan anak-anak buah.. Terbaekk cip |
Pojer sampai dah dekat pukul 6 dengan membawa beberapa ekor ikan yang kecil2 termasuk ikan Joro dan ikan belida.. antara salah satu spesis ikan rare dari sungai Temerloh. Mereka yang nak balik, tak boleh bawa balik hasil sebab dah habis makan hasil yang dapat pagi tadi.. dapat sini habis sini.. tak abiss makn dgn nasi.. ratah puas-puas.. Amer jer sempat bawa balik separuh bahagian kepala ikan Krai liar sungai Temerloh untuk abah dia rasa yang kebetulan naik KL ziarah cucu bersalin. Tinggalah aku 4 orang iaitu Pojer, anak buah Pojer dan anak jantan Pojer untuk meneruskan pemburuan sehari lagi kerana kami masih cuti terutamanya aku yang cuti berbaki 6 hari lagi.
|
Ada laa sikit rezeki untuk Amer bawa balik bagi kat Abah dia rasa ikan Krai Liar dari Sungai Temerloh yang fresh. Anak Yang Baik Lagi Cerdik kan.. mesti ingat kat orang tua |
Malam ni adalah malam kedua, Lebih separuh ahli sudah pulang sebab esok mereka kerja. Sib baik house boat sebelah masuk penghuni baru, kurang sikit sepinya. Malam ni hujan agak lebat..suhu amat sejuk.. semua kipas dipadam... dinner aku dgn Pojer mlm ni adalah Roti Bakar di sapu telur dan diselek kaya bersama secakir kopi o panas.. perghh.. Anak Pojer dan anak buah Pojer sudah lama terlelap. Nasib baik tak ramai..sebab tempat tidur basah kena tempias.. kami mancing kejap jer.. Pojer pancing dapat ikan lapam Jawa.. oleh sebab dah tak ramai, kami tidur kul 12.. kira tidur awal laa tuh.. Bangun pagi sebelum pergi tengok hasil, kami bersarapan dengan maggi goreng untuk mengalas perut. Pagi ni hasil yang dapat tidak banyak sangat sebab malam tadi hujan agak lebat, banyak pelampong Pojer hilang.. Walau bagaimanapun, Pelampong pertama yang dilihat memberikan hasil yang pertama iaitu ikan Krai yang besarnya lebih kurang kelmarin.. tu pun sangkut skit jer kat bibir.. kira rezeki laa tu.. Kemudian dapat seekor ikan talapia merah yang berat dekat sekilo hasil jaring.. spesis-spesis ikan lain yang seakan ikan krai pun ada laa beberapa ekor lekat kat pukat tapi tidak sebesar mana.. Ikan Joro dapat seko lagi sangkut dekat tauk pelampong dasar.. MatMin pancing kat House Bot pun dapat lagi beberapa ekor ikan pakai umpan kelkatu.. Kira dapat laa bawa balik sikit sorang hasil kami pagi ni.. Kaedah peranyut pukat kami tak buat sebab bagi kami hasil yang dapat sudah cukup.. Kami datang untuk dapat hasil sekadar cukup untuk makan sahaja dan tak nak sapu bersih semua ikan yang ada dalam sungai tu.. Kongsi rezeki dengan orang lain lah.. bagi peluang orang lain dapat hasil macam kami juga.. Rasa nak makan lagi, kami datang lagi nanti..Kul 10.30 pagi.. siap mandi dan kemas.. kami pun bergerak balik.. sebab ptg ni ada orang baru nak masuk ke house bot tu.. Owner dia cakap.. sepanjang minggu ni, full tempahan sehingga buka sekolah minggu depan. Rezeki pengusaha house bot sungai Temerloh.
|
Ikan Krai yang dapat pada hari kedua.. |
|
Aku lupa dah ni ikan apa.. banyak ikan ni dapat, anak Pojer pancing pakai umpan kelkatu |
|
Din Gunung Bergambar Kenangan dengan hasil hari kedua.. sebelum pulang dengan senyuman dan kepuasan. Tapi peranan din Gunung di belakang tabir |
|
Ni ikan Lapam Jawa Albino cipp pancing.. pakai umpan buah ara |
Aku cadangkan kat korang yang nak makan hasil fresh dari ladang macam aku kat sungai Temerloh.. kena guna banyak jenis sejata buruan.. cam jaring, tauk dasar dan rawai..jangan harap kat pancing saja takut keciwa dan kempunan.. Rawai dan tauk dasar, pakai umpan buah ara yang potong2 kemudian cucuk macam sate. Tapi, kalau ada rezeki.. dengan pancing pun boleh banyak hasilnya..
Sebelum aku undur diri, dalam ruangan ni aku nak komen sikit pasal sikap dan mentaliti orang kita menjaga sumber alam seperti sungai.. sepanjang mata aku menghayati ketenangan melihat arus sungai mengalir, renungan mataku tidak pernah lekang daripada melihat sampah sarap yang hanyut di sungai.. kenapa laa sikap orang kita suka ambik mudah dengan membuang sampah terus ke dalam sungai.. sampah botol palstik, botol kaca, bekas-bekas polisterin makanan, kayu kayan, sampah makanan dan pelbagai sampah lagi..bertali arus hanyut menuju ke muara. Jagalah Sungai kita untuk generasi akan datang.
Ok.. sampai sini dulu celoteh aku untuk XPDC Memburu Hidupan Akuatik Sungai Temerloh sehingga jumpa lagi di Next Ekpedition.. Terima kasih semua Peserta Pojer ( Kapten ), DinGunung ( asst cip ), Eriey anak buah kapten sebagai jokey bot, Imie anok Pojer, amer, Iwan, PokRie, Tuan Joe dan Adib..juga Pir yang singgah jenguk sahabat sambil hulur sotong candat.. BYE- BYE.. Wassalam
|
Nilah Jokey bot ERIEY.. mahir megendalikan bot dan sangat banyak membantu untuk memudahkan opersi menahan dan megangkat jaring |
|
Thanks a lot Cipp.. inilah rupa Cipp yang ku gelar Bajau Sungai, aku dan dia macam kentut dgn taik.. mcm irama dan lagu.. kat mana ada aku.. di situ ada dia, kat mana ada dia, di situ ada aku.. Program aku dia follow.. program dia aku follow.. di laut, di sungai, di hutan, di tasek, di lombong.. Kalau kami bergabung.. maka akan lengkap.. memang folower-follower yang lain akan puas hati dan tidak akan kecewa.. pasti akan ada hasil.. sekurang-kurangnya untuk makan kat situ.. |
* Kredit untuk Amer.. gambar-gambar banyak datangnya dari kamera dia.. DSLR aku bawa tapi malas nak guna.. lecer.. dah tak minat main kamera dslr sekarang
LAMPIRAN
|
Senarai Harga Ikan Liar Sungai Pahang yang Cipp petik daripada Sosial Media.. sama ada betul atau tidak, wallahualam.. |