Wednesday 16 April 2014

SANTAI BERSAMA ANAK-ANAK ( EPISOD 2 )


Assalamualaikum..

Rindu rasanya nak mendaki gunung. Terlalu lama gunung sudah tidak didaki. Stamina sudah tidak ada lagi. Sekali-sekala bermain badminton dengan kawan-kawan sekadar mengeluarkan peluh sahaja tetapi tidak mampu menguatkan otot betis dan peha.

Cuti penggal pertama sekolah baru ni tak tau apa nak buat. Aku ajak anak-anak buah aku mendaki Bukit Panau yang tingginya lebih sikit daripada level Bukit Broga. Ada dua trek yang boleh dilalui. Masa naik aku ikut trek sukar, manakala turun pula aku ikut trek mudah. Wah! penat juga rasanya walaupun mendaki bukit. Rasa dah tak terdaya lagi nak mendaki gunung. Nampak gaya dah kena turun pangkat. Tak boleh lagi digelar MatdinGunung. Nampaknya kena tukar menjadi MatdinBukit la pulak. Tercunggap-cunggap aku dibuatnya. Sikit lagi aku nak gelarkan diri aku sebagai MatdinBukitBukauTasekLombong. Itu je aktiviti outdoor yang aku mampu buat setakat ni. Takpelah.. kalau ada masa yang baik, nak celah sekali untuk ikut Geng Orang Gunung Kuala Lumpur mendaki mana-mana gunung yang rendah-rendah level gred C.

Naik Bukit ikut laluan sukar

Ada sesetengah tempat tu nak kena bergayut
Selepas tercunggap-cunggap menahan semput, akhirnya berjaya juga sampai ke puncak

Yang tengah tu Adib.. anak sulung aku. Kira latih dia laa ni. Nanti nak mewarisi hobi aku 

View bukit ni 180 darjah. Kira tenang la jugak jiwa duduk kat atas ni tengok pemandangan

Kat bawah tu mengalirnya Sungai Kelantan
Turun ikut jalan mudah lah sikit




Habisss cerita pasal bukit. Ni aku nak cerita pasal turun ke tasek pula buat aktiviti outdoor berkayak bersama anak-anak. Berkayak juga merupakan satu aktiviti yang menarik terutamanya kalau berkayak di pulau atau di laut. Berkayak di tasek kurang mencabar tetapi untuk tenangkan fikiran dan santai-santai boleh lah layan.

Minggu lepas aku ke Melaka untuk mengikuti Kem Kepimpinan Pelajar. Oleh sebab dah janji lama dengan rakan guru sekolah dulu, maka aku pergilah juga kat kem tersebut walau aku sudah tidak mengajar kat sekolah tu lagi. Lagipun kat sana nanti, rakan-rakan guru aku nak buat jamuan perpisahan untuk meraikan penghijrahan aku ke PPD. 

Selepas menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang anak sulung aku di KUIS, aku terus berangkat ke Melaka iaitu Kem Lambaian Danau di Jasin pada tengah hari tu. Anak-anak aku sudah tidak sabar lagi untuk tidur di dalam khemah sebaik aku beritahu kepada mereka bahawa aku nak bawa mereka berkhemah. Di dalam kereta, Aina dan Athir bising asyik dok tanya jauh lagi nak sampai tempat berkhemah. Tak sabar-sabar nampaknya mereka.Rupa-rupanya semua anak aku minat dengan aktiviti outdoor.

Sampai petang tu, rakan-rakan sedang menunggu. Aku terus di bawa ke Umai untuk menikmati jamuan yang sudah siap di tempah oleh sahabatku En Rahim. Wah! makan besar kami petang tu. Macam-macam makanan laut ditempahnya. Terima kasih kawan-kawan guru lelaki yang baik hati.Seronok dapat kawan yang baik-baik.

Makan Besar.. Antara kawan yang hadir

Ni satu lagi saf. Semua sekali dua saflah..

Ketam Sweet Sour bersos Tiram

Udang Kertas saiz M panggang

Isi Ikan Merah

Kepah

Macam-macam ada..

Bergambar Kenangan selepas habis menikmati juadah yang ditaja.. Alhamdulillahh..

Sampai di Kem lebih kurang pukul 10.00 malam. Kawan aku sudah sediakan sebuah chalet untuk aku sekeluarga. Malangnya anak-anak aku tidak mahu tidur di dalam chalet tetapi merengek-renggek nak tidur di dalam khemah. En Kang telah arahkan pelajar supaya mendirikan satu khemah untuk anak-anak aku tidur di dalamnya. Di dalam khemah, mereka bergurau senda sehingga ke awal pagi. Sayang nak tidur kerana peluang tidur di dalam khemah bukan selalu mereka dapat rasa.

Bangun pagi sebelum pecah panas, aku terus bawa mereka ke tasik untuk aktiviti berkayak.Memang aktiviti ini mereka tunggu-tunggu. Aina sejak petang semalam lagi sudah merenggek minta nak naik kayak.

Athir dan Haikal walaupun jarang berjumpa tetapi masih kamceng

Aina dan kawan-kawannya seronoknya dapat tidur dalam khemah

Wah! Athir belum aku sampai dia dah naik. En Zul pilotnya. Dahlah pakai jaket keselamatan tak betul.

Aku menunjuk cara pakai jaket keselamatan yang betul kepada Aina

Jom Aina.. abah ajarkan cara mendayung. Weit dan kabir

Athir pula abah ajarkan

Add caption

Sheronoookkknya Amyar main airrr

Amsyar pun nak cuba juga

Abah bawa Amsyar jauh ke tengah yee..

Santaaiiinya anak bongsu aku niii. Aku juga penat bekayuh
Itu saja cerita aku pada kali ni.. walaupun simple, tetapi aktiviti ini memberi erti yang amat besar buat anak-anakku yang sejak kecil sudah menunjukkan minat yang amat mendalam dengan aktiviti outdoor. Buat sahabat.. terima kasih kerana melayan keluarga aku dengan baik sepanjang aku berada di dalam program korang semua.

No comments:

Post a Comment