Monday, 29 September 2014

XPDC MEMANCING DI KELONG GREENWAY PULAU KETAM

Assalamualaikum.. kali ni aku nak kongsi pengalaman dengan kaki pancing pula. Kalau biasa aktiviti aku cuma gunung, bukit, hutan, sungai, pantai, lombong dan Danau.. kini aku cuba beralih angin untuk aktiviti laut dalam pula. 

Waa.. ni sesuatu yang baru ni. Kalau biasa ayat aku berbunyi XPDC memburu Kelah, XPDC memburu Ayam Hutan, XPDC memburu Udang Galah.. kini sudah tukar sikit ayat iaitu XPDC Memburu Senangin, Kerapu, Gelama, Merah dan Pari. Uishh.. ganah bunyi ayat ni. Ini tentu melibatkan laut dalam yang begitu mencabar. Mencabar dari segi meredah ombak, gelombang, ribut dan badai.

Oklah.. tak mo intro panjang lebar.. terus ke rentetan catatan perjalanan yang akan aku tulis berdasarkan kronologi untuk dikongsi.

Persiapan telah dibuat awal agar tidak tertinggal segala peralatan.

Antara kelengkapan yang bakal dibawa

Joran pinjam kepunyaan anak buah


2.15 -  Kang telefon aku tanya bila nak bertolak. Dia dah tak sabar nak memancing. Aku suruh dia sabar.. tak kan lari gunung dikejar. Nak tunggu bini balik kerja dulu.

2.30 - Bini balik kerja dengan membawa sebungkus nasi untuk aku. Aku tak mahu makan sebab dah niat awal tak nak makan apa-apa sebab aku nak masak dan makan di kelong apabila sampai sana nanti. Aku nak makan sambil menghirup udara nyaman angin laut Selat Melaka.

3.10 - Aku dengan Iwan sampai rumah Kang. Dia sudah lama menanti. Tak sabar untuk merendam mata jorannya. Aku tinggal kereta rumah Kang dan naik dia punya Terrano. 

Kang Punya Terrano.. Kenderaan Rasmi untuk Memancing

3.50 - Ptg selamat sampai di Port Klang ikut Highway KESAS. Terus pergi ke Jeti ke Pulau Ketam. Sampai di sana, seorang lagi ahli memancing iaitu Mawa'D masih belum sampai. Bila telefon.. katanya sedang beli umpan dan peralatan memancing. "Waa.. baru nak beli, ingat kan dah beli dari tadi, aku dah tak sabar ni" Celah Kang. Sementara tunggu Mawa'D, kami minum dulu di Jeti sambil menonton beberapa Indon sedang berkaraoke lagu seberang.

Jeti ke Pulau Ketam

4.15 - Mawa'D tiba di jeti dengan serba kelengkapan. Kami mendapatkan bot laju terus ke Kelong GreenWay. Perjalanan dari jeti ke tempat yang dituju cuma mengambil masa 40 minit. Kang bagai orang terlepas.. cukup seronok naik bot. Mungkin selama ini dia terlalu dikongkong isteri. 

Seronoknya Kang dapat pelepasan daripada Bini. Bebasssss Peace yoo

5.10 - Kami sampai di Kelong GreenWay Pulau Ketam. Kami daftar masuk bilik dengan bayaran RM 60 ringgit satu kepala. Selepas meletak barang, kami check line dulu dengan merayau-rayau di segenap penjuru kelong. Sudah ramai orang yang memancing. Cuaca pada masa ini sungguh baik tetapi malangnya arus masih deras. Mawa'D kata arus macam ni tak sesuai untuk memancing kerana susah nak dapat ikan. Kalau nak mancing juga mesti guna batu ladun yang agak berat saiz 20.

Barisan pemancing bergambar kenangan sebelum berjuang


Menunggu air tenang.. sambil tu Mawa'D perambut dulu


5.55 - Sementara menunggu arus perlahan, kami makan dulu mi goreng yang dibekalkan oleh isteri kesayangan Mawa'D dan minum kopi 'o' kaw. Sambil minum.. Kang yang sudah tidak sabar terus melabuhkan mata pancingnya ke dalam laut dengan harapan mendapat beberapa ekor Senangin untuk dibuat lauk dinner. Selepas satu jam memancing.. tak de nampak tanda-tanda nak mendatangkan hasil. Kang beralih ke port yang lain. Aku tengok orang lain pun sama.. macam tunggu buah yang tak gugur, tak ada seorang pun yang berjaya menaikkan ikan. Yang berjaya dinaikkan cuma batang joran complete set tersangkut kat pancing seorang pemancing. Bersorak dia dapat habuan yang tak disangka-sangka. Bagai nak patah batang joran dan tali bagai nak putus ditariknya. Ingat nak dapat ikan pari besar tapi rupa-rupanya batang joran orang hanyut yang dapat.

Kang menjamah Mi Goreng dulu 


8.35 mlm.-. selepas sembahyang isyak, aku pegi masak nasi. Kat sini telah disediakan segala peralatan dapur dan siap dengan dapur tempat memasak. Kami perlu bawa bahan mentah saja. Aku masak seperiuk nasi dan 2 tin sardin sahaja. Ingatkan sebelum isyak dah dapat hasil.. tapi rupanya tiada seekor ikan pun yang dapat selepas 3 jam memancing untuk dibuat lauk tambahan. Kang dah tak tahan lapar. Sebaik aku bawa nasi, dia terus belasah sampai 3 pinggan. Dia kata berselera makan kat situ walau lauk bodoh.

Peralatan memasak yang disediakan

Lalunya makan walau lauk tidak seberapa

Sehingga menjilat jari jemari

Licin seperiuk nasi

Tinggal sudu saja, sardin 2 tin berdesupp

Antara bekalan candu yang dibawa

Pukul 11 malam - barulah arus kembali tenang. Masa ni ramai pemancing sudah mula menaikkan hasil. Begitu juga dengan Mawa'D yang sudah mula menaikkan hasil. Hasil pertama ialah anak pari yang beratnya setengah kilo. Iwan juga berjaya menaikkan anak gelama. Umpan Kang mula dikutis. Tak menang tangan dia menggantikan umpan yang sentiasa kehabisan. Barulah aku nampak Kang mula seronok setelah begitu lama menunggu umpannya dikutis. Tak menang tangan Kang melayan 2 batang jorannya. Walaupun dia tak dapat ikan, tetapi sekurang-kurangnya ada ikan yang meragut dia punya umpan. Kang kata banyak yang terlepas sebab lambat sentap.. 

Hanya ini saja yang dapat selepas lebih 5 jam bertarung


Aku mancing memang out lah. Taruk umpan pun tak betul.. kadang-kadang umpan dimata pancing aku tertanggal di udara lagi. Mawa'D tunjukkan aku cara yang betul pasang umpan. Haa.. baru ada sedikit getaran kat batang joran aku. Aku pacak aku punya joran kemudian pegi main telefon kat buai sehingga terlelap. Sedar-sedar pukul 2 pagi.Mawa'D kejutkan aku. Katanya pancing aku mengena Cucu Ikan Merah. Wah.. tak payah sentap pun kena ke? mungkin ikan tu tak terperasan kot dia kena mata pancing aku. Sedikitpun tak menarik batang. Mawa'D cuma nak tengok umpan aku aje.. tapi terkejut ada ikan kat mata pancing aku.Rezekinyaa..

Perut kembali lapar.. aku masakkan 4 bungkus Mamee Cendawan Ayam dan buat seteko kopi O kaw. Makan bersama dengan kawan-kawan dan jiran pemancing sebelah.Rokok Dunhill dah habis sekotak, Rokok Surya dah habis separuh kotak, Nasi seperiuk habis, Sardin 2 tin licin, Maggi 4 bungkus berdesupp, kopi O dah 3 kali buat, Mi satu tappuwe besar tinggal beberapa urat saja tapi ikan hasil pancing baru dapat 5 ekor. Tu pun saiz ' S '. Kang kata dia tak akan tidur selagi hasil yang dapat tak memuaskan hatinya.

6.30 pagi - aku terjaga daripada tidur di atas buaian kerana terlalu sejuk. Di sebelah kanan aku Mawa'D sedang berdengkur di atas lantai kayu. Di sebelah kiri aku Iwe juga tertidur kecewa di atas lantai kayu. Aku kejutkan mereka sembahyang subuh. Iwe kata dia baru saja melelapkan mata. Aku cari Kang di sekeliling tapi tak de. Aku ingatkan dia tidur kat bilik tetapi dia langsung tak tidur. Dia sedang merayau-rayau. Katanya sejuk tak boleh tidur. 

Sebelum aku pergi sembahyang, Aku  mendapatkan tong putih yang berisi ais. Aku terus membuka tudungnya untuk melihat hasil.. Cissss....aku ingatkan tong tu dah dipenuhi dengan Siakap, Senohong, Gelama, Ikan Duri, Rupa-rupanya hanya ikan malam tadi iaitu seekor cucu Merah, 7 ekor Cucu Gelama dan Dua ekor anak Pari. Maknanya, dari pukul 3.00 pagi sampai 6.15 pagi tak dapat ikan langsung. Perghhh.. memang cekal dan penyabar betul si Pemancing.

7.30 pagi..- selepas sembahyang subuh, Iwe terus sambung tidur di dalam bilik. Aku pula pergi siang ikan hasil yang diperoleh untuk digoreng dan dibuat lauk breakfast. Dengan umpan-umpan sekali aku goreng. Selepas makan pagi.. Kang tidur terlentang di atas buaian. Aku seorang sahaja yang menemani Mawa'D yang tak menang tangan menjinakkan ikan duri. Banyaknya ikan duri pagi ni. Kalau nak suka-suka layan ikan duri memang inilah masa yang sesuai. 

Tong ikan yang dibawa bukan main besar lagi. Aku bangun tidur terus buka penutup nk tengok hasil.. phuii.. hampehh.

Siang hasil perolehan dulu.. rezeki daripada batang kail aku yang tak perlu bersusah payah untuk menjinakkannya

Sekali dengan umpan aku siang untuk dijadikan lauk breakfast

Garam kunyit siap dibawa dari rumah



Nasi aku dengan ikan aku punya. Cucu Ikan Merah


10.45 Pagi..- Ikan Jenahak, Gelama Besar, Kerapu, Senangin, Pari dan Merah belum ada seekorpun yang sangkut sedangkan pukul 11 pagi Bot Laju yang akan membawa kami pulang akan datang. Mawa'D masih berusaha untuk membawa naik ikan selain daripada ikan duri. Sedikitpun di wajahnya tidak menunjukkan seorang pemancing yang berputus asa. Kawan-kawan lain sudah sedia berada di tempat hentian bot. Mawa' D memang pemancing HardCore tapi sayang hasil tak dapat. 

11.15 - Kelibat bot laju menuju ke Kelong sedang kemari. Mawa'D bergegas mengangkat setiap batang jorannya. Nampaknya tong putih yang dibawa untuk membawa hasil pancing terpaksa diguna kembali untuk membawa pulang umpan pancing yang tak habis.

Itulah saja rentetan perjalanan XPDC memancing aku kali ini. Kalau dikira dengan duit yang habis, penat tak tidur, tinggal anak dan bini serta tinggal kerja yang bertimbun memang aktiviti ini yang pertama dan terakhir buatku. Tapi.. aku tidak begitu. Aku dah jangka aku tak akan dapat hasil sebab sejak dari turun rumah lagi aku pergi dengan niat untuk santai melepaskan tension kerja sahaja. Pergi untuk cari pengalaman. Pergi untuk makan angin. Pergi untuk masak-masak dan makan dengan berselera di atas kelong. Pegi untuk berborak-borak dan menemani serta mengkaji si kaki pancing.Pergi untuk merakam gambar sunset dan sunrise. Aku memancing sekadar ambik hati kawan saja. Sebenarnya sedikitpun aku tidak berminat dengan memancing. Hobi aku lebih kepada menjaring ikan. Sebab tu pancing aku punya tu aku biarkan berpacak kat situ aje. Mata dan Tangan aku lebih banyak menekan bijik-bijik aksara pada telefon bimbit aku untuk menghantar laporan setiap jam melalui what apps kepada rakan-rakan kaki pancing yang tak dapat hadir akibat kekangan kerja.

Tambang bot rm 20, Kos sewa bilik RM60, Umpan sorang RM20, Peralatan memancing seperti batu ladun, tasi, mata pancing pelbagai saiz, loceng, dan lain-lain rm25. Semua sekali RM125.00 tidak termasuk kos makanan dan rokok. Kalau wang sebanyak tu kita bawa dan pegi pasar borong Pandamaran, Klang. Kita dah boleh beli Udang Kertas saiz L setengah Kilo, Ketam bunga Sekilo, Kerang saiz XL 2 kilo, Senangin Sekilo, Kepala Ikan Merah, Ikan Pari, Jenahak, Tenggiri dan Gelama. Tapi.. adakah ada kepuasan kalau makan ikan yang orang lain cari walaupun pelbagai? Oh.. tak sama. Jauh bezanya. Aku breakfast pagi tu dengan ikan Cucu Ikan Merah yang aku goreng hasil pancing aku sendiri. Perghhh.. satu kepuasan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tambah nasi lagi tuuuu.. 

Itulah apa yang selalu aku cakap. Wang datang setiap kali dapat gaji tetapi dengan wang kita tidak dapat membeli PENGALAMAN,  KEPUASAN  DAN KEBAHAGIAAN.  

Lampiran Bergambar kat bawah..

Perjalanan pulang.. pemancing hardcore Mr Mawa'D tidak sedikitpun menunjukkan wajah kecewa sebab dia tahu erti kepuasan sebagai seorang pemancing yang berpeluang keluar memancing walau tidak banyak hasil yang dapat.

Gaya seorang pemancing amatur







Gaya seorang pemancing tegar

Ruang bilik yang selesa.. tapi sewa untuk letak beg saja. Tidur kat lantai tepi joran ajee

Amoi pun ada pancing













SEKIAN TERIMA KASIH,  Jumpa lagi NEXT trip.. XPDC TASEK KENYIR. Insyhaa Allah.. raya Deepavali ni sekiranya cukup peserta.

6 comments:

  1. Salam. Hee seronok memancing amoi dipulau ketam.

    ReplyDelete
  2. Bayar kelong ikut kepala.. Rm60 per pax. Tambang bot rm 20 pegi balik.

    ReplyDelete
  3. ade contact no x..untuk pergi kelong ni

    ReplyDelete
  4. Klau ada contact mancing kelong kat klang .. nk pergi ni tp xada geng

    ReplyDelete
  5. Klau ada contact mancing kelong kat klang .. nk pergi ni tp xada geng

    ReplyDelete