Sunday 1 March 2015

HAPPY UNIVERSARY KE-3 BLOG MATDINGUNUNG

Assalamualaikum wbt...




Pejam celik..pejam celik.. rupanya sudah 3 tahun hayat blog MATDINGUNUNG beroperasi. Sepanjang 3 tahun ini, sebanyak 144 entri berjaya aku karang dan publish untuk dikongsi dengan pembaca sama ada pembaca yang sentiasa mengikuti blog aku atau pun pembaca dalam senyap 'silent reader', termasuk pembaca yang tidak sengaja membacanya iaitu pembaca yang tersesat masuk ke dalam blog aku.

Semenjak dua menjak ni.. pembaca blog aku tidaklah seramai mana kerana minat membaca dalam kalangan masyarakat kita semakin berkurangan selepas hadirnya teknologi aplikasi instagram dan what apps. Kebanyakan mereka lebih gemar membaca yang ringkas-ringkas atau inti pati saja melalui perkongsian ilmu dan maklumat dalam what apps. Ye lah.. masyarakat zaman sains dan teknologi ni kan sentiasa sibuk.. mana ada masa nak baca buku ataupun nak baca blog yang entrinya ditulis panjang-panjang walaupun entri tersebut padat dengan maklumat dan ilmu. Pelajar universiti sekarang pun sudah wujud budaya malas.. asal buat essignment saja, cut and paste daripada carian google. Ambik bahan kajian orang lain, pastu edit skit, pastu hantar. Dah tak nak berusaha mengkaji dan menganalisis bahan seperti zaman aku dan zaman sebelumnya dulu-dulu. Masa dulu, sebaik sahaja dapat tajuk kerja kursus yang diberikan lecturer, kita pun bersilatlah mencari bahan. Buku rujukan bertimbun dipinjam dari perpustakaan. Tak cukup di dalam perpustakan universiti tempat kita belajar, pergi cari buku di perpustakaan universiti lain termasuk ke Arkib Negara, Perpustakaan Negara bahkan sehingga ke Dewan Bahasa & Pustaka. Kutip-kutip bahan, buat analisis, kemudian hasilkan kerja kursus yang dimahukan oleh pensyarah, akhir sekali bentangkan hasil kajian. Itu baru kerja kursus biasa.. bukan lagi penulisan ilmiah tahun akhir yang 8 kredit. Penulisan tahun akhir bukan saja kena baca, cari bahan bahkan kena ikut serta dalam membuat kajian sebelum dianalisis untuk siapkan satu penulisan ilmiah yang complete. Lagi satu.. masa zaman aku, hanya anak orang kaya yang mampu beli komputer. Aku cuma guna mesin taip untuk buat assigment. Satu lagi, masa zaman aku belajar dulu, penggunaan google masih belum meluas kerana baru dicipta. Jadi, rujukan google langsung tak ada untuk diberikan kredit yang membantu kita siapkan assigment kita. Pendek kata, semuanya kena usaha dan otak mainkan peranan untuk berfikir bagi menyiapkan satu-satu kerja kursus yang diberikan pensyarah. Tak ada istilah " tak yah sakit kepala nak pikir-pikir.. copy paste atau download jerr dari google.." Itu istilah budak sekarang. Budak dulu bukan senang nak dapat degree..

Ok.. berbalik kepada kisah blog aku itu, setakat hari ni, page view blog Matdingunung ialah sebanyak 250,901 yang off record dan yang tercatat dalam free counter ialah 114265. Walau bagaimanapun, aku tak kisah walau blog aku kurang pembaca kerana aku berblog cuma untuk suka-suka saja dan tidak mahu income sampingan daripada blog. Aku menulis untuk menajamkan daya ingatan dan juga menjadikan aku lebih banyak membaca selain untuk menjadikan aku lebih kreatif. Selain itu, dengan menjadi penulis blog untuk aktiviti luar, juga turut menggalakkan untuk aku melakukan lebih banyak aktiviti outdoor.

Daripada 144 entri yang aku publish.. cuma 31 entri sahaja yang melebihi 1000 pageview, entri lain-lain tidak 'naik haji' walaupun isu yang aku karang dan kemukakan itu sungguh berguna dan bermanfaat. Entri masakan mendapat pageview yang amat menggalakkan walaupun terciptanya blog ini bukan untuk itu. Antara entri yang mendapat tempat di hati pembaca ialah :

1. CARA-CARA MEMBUAT PUDING GULA HANGUS  30,931 
2. CARA-CARA NAK BUAT KUAH LAKSAM  30,920
3. CARA-CARA NAK BUAT LAKSA JOHOR  19,859
4. CADANGAN LAUK-PAUK UNTUK BERBUKA 12,870
5. CARA-CARA MEMBUAT NASI KERABU  9839
6. CARA-CARA MEMBUAT NASI BUKHARI 6267
7. CARA-CARA MEMBUAT NASI AYAM  6231

Boleh dikatakan hampir semua entri masakan yang aku upload mendapat rating yang paling tinggi. Sejujurnya, aku lebih suka kalau pelayar blog aku membaca entri PENGALAMAN UNTUK DIKONGSI EPISOD 1 HINGGA EPISOD 6 kerana entri ini padat dengan pengajaran yang boleh dijadikan ikhtibar. Dalam banyak-banyak entri, KISAH AKU DULU_DULU mengambil masa yang panjang untuk aku publish kerana entri khas itu aku perlu membuat persediaan yang lebih dari segi susunan plot, penggunaan gaya bahasa, editing dan pengumpulan gambar-gambar yang berkaitan. Oleh sebab itu, tidak hairanlah sekiranya entri tersebut yang memberi aku kepuasan akan hasilnya walaupun entri tersebut cuma mengutip 2,120 pageview sahaja. 

Entri yang menjadi tulang belakang blog aku iaitu mendaki gunung tidak satupun mencecah 1000 page view iaitu MENDAKI GUNUNG LEDANG, MENDAKI GUNUNG KINABALU, MENDAKI GUNUNG WARFU, MENDAKI GUNUNG STONG.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa entri outdoor aku masih mendapat tempat di hati pembaca yang mungkin mempunyai minat yang sama  iaitu melebihi 1000 page view. Entri yang dimaksudkan ialah:

1. XPDC MEMBURU KELAH DI SUNGAI NANGGIRI
2. XPDC MEMBURU KELAH DI KUALA KOH
3. XPDC ARING PART II
4. XPDC MEMANCING DI KELONG GREENWAY

Etri berbentuk ilmiah yang aku publish juga turut mendapat tempat. Mungkin anak-anak murid aku yang menerokanya. Antara entrinya ialah :

1. CONTOH KARANGAN YANG BAIK UNTUK PELAJAR
    TINGKATAN 5      6,130 Pageview
2. SELAMAT MENGHADAPI SPM  2,288 Pageview
3. ISU TELEFON BIMBIT DAN BUDAK SEKOLAH  
    3,946 Pageview
4. 30 DALIL KENAPA IBU KITA MESTI TAAT  5,054 Pageview

Entri berbentuk rencana yang membicarakan isu semasa ada banyak yang aku masukkan, tetapi hanya sebahagian kecil sahaja mendapat tempat di hati pembaca. Maksudnya pageview melebihi 1000, antaranya :

1. BAHANA PIL KUDA   7,466 Pageview
2. RINTIHAN SEORANG SI TUKANG URUT  1,331 Pageview

Entri berbentuk petua dan nasihat juga hanya sedikit sahaja yang mencecah 1000 pageview antaranya:

1. PETUA MASUK HUTAN   5,831 Pageview
2. BERHATI-HATI MEMBELI KERETA TERPAKAI  5,382
3. CARA-CARA NAK UPGRADE AIR KELAPA  1000 Pgview

Entri lain daripada yang lain iaitu HARI KELUARGA ANAK CUCU HJ CHE SOH ramai la pulak orang lihat. Hampir setiap hari ada orang belek entri tu walaupun semua cerita berkisar pasal aktiviti hari keluargaku. Page view yang terkumpul untuk entri itu ialah 5,687.

Walaupun pembaca blog aku tidak sehebat blog otai seperti blog Ben Ashaari, Serius Blog, Beutifulnara,  Aku Stress Gila, Dapur Tanpa Sempadan, Media Orang Kampung, Milo Suam, Dunia Cacamerba dan blog Papa Gomo tetapi aku puas dengan hasil karya aku. 

Kepada pembaca setia blog aku yang duk ada dalam dua tiga ketul.. terima kasih aku ucapkan kerana sudi mengikuti setiap entri yang aku post. Aku berjanji, aku akan terus berkarya selagi Allah bagi aku keupayaan untuk berbuat demikian. Mungkin tahun ini, entri blog aku sedikit padat dengan aktiviti outdoor sebab dalam planner aku tercatat aktiviti-aktiviti seperti memancing kelong dan laut dalam, mencandat sotong, mendaki gunung, memburu selain penganjuran beberapa aktiviti sukan seperti badminton dan boling. Kepada peminat blog aku dalam entri masakan, tidak akan ada lagi resepi di dapur yang akan aku upload sebaliknya aku akan masukan cara-cara memasak makanan hutan termasuk makanan eksotik seperti Pelanduk, Landak, Napuh, Kelah, Udang Galah dan sebagainya ( sekiranya dapat hasil ).

Sekian Terima Kasih..

SELAMAT HARI ULANGTAHUN BLOG MATDINGUNUNG.BLOGSPOT.COM

No comments:

Post a Comment