Thursday 30 April 2015

SANTAI DI WETLAND PUTRAJAYA

Assalamualaikum...

Lama tak update blog. Selalunya tiap bulan pasti masuk, paling kurang satu entri.. tup..tup..bulan April tahun 2015 tak masuk langsung. Bukan tak der mood.. tapi aktiviti yang dilakukan tak berapa ganasss dalam bulan ni. Nak menulis laras ilmiah,.. rasa cam tak sesuai lagi. Lagi satu, PC aku baru jer lepas reformat. Dekat sebulan PC aku terperap bawah meja di dalam bilik Profesor Bai.  

Apapun.. In Shaa Allah, bulan Mei adalah bulan yang padat dengan aktiviti outdoor. So akan banyak entri yang akan masuk dalam bulan mei. Sebagai mukadimah entri bulan Mei ni yang secara kebetulan jatuh pada hari cuti umum iaitu hari buruh, maka aku buka panggung mei ni dengan Aktiviti Santai Bersama Keluarga sambil Memburu Ikan Timoleh di Paya Wetland Putrajaya.

Haaa... ni nak story, nak gembirakan hati anak-anak tak yah kita habiskan duit untuk bawa mereka pergi melancong ke Switzeland, Nepal, Khashmir, Tibet, Turkey, Holland, Paris atau menikmati bunga Sakura di negara matahari terbit ataupun membawa mereka menonton konsesrt K-Pop di Korea sambil menikmati keindahan Winter Sonata and so on.. cukuplah bawa mereka bercuti dalam negara yang tidak sampai 15Km dari rumah. Itupun sudah cukup seronok mereka. Lagipun.. kerajaan kita suruh rakyatnya jimat berbelanja untuk menyerap kesan kenaikan harga barang. Buat apa ke luar negara, nanti ringgit kita mengalir keluar he..he..

Pakar Motivasi selalu kata" peranan ibu ayah dalam menggembirakan hati anak-anak cukup sekadar menghabiskan sedikit masa untuk bersama mereka

Nah.. sekarang kita realisasikan apa kata penceramah motivasi tu..


Lihatlah Keindahan di Tasek ini...

Suasana Tenang... Damai... Temteram... serta padat dengan facilities

Perbadanan Putrajaya menyediakan satu kawasan yang tenang dan damai untuk dikunjungi oleh orang ramai membawa keluarga menghirup oksigen segar di Taman Tasek ini. Tak yah bawa bekal banyak-banyak, masak hanya beberapa perkara lauk saja sudah cukup kerana makan di tempat terbuka, dia punya selera lain macam laaa...Kalau kita pergi beberapa keluarga, kita boleh agih-agih masak kemudian cantumkan jadi cam port luck gitu.. tak yah banyak-banyak, cukup 3 atau 4 perkara lauk saja untuk mengelakkan berlakunya lambakan lauk yang boleh menjurus ke arah pembaziran. Kalau dah membazir.. gagal lah saranan kerajaan yang menyeru agar rakyatnya berjimat cermat dan jangan membazir. Tak gitu kan...









Makan di tempat awam.. ramai-ramai bersama keluarga...bawah pokok rendang... di tepi tasek..perghhh... amat menyelerakan. Nasi tu masak kat rumah guna beras siam cap burung Serindit. Bungkus dengan daun pisang untuk membangkitkan dia punya aroma.. makan dengan gulai kawah dan budu serta ulam.. terangkatttt.. Rating dia jauh lebih tinggi daripada Pizza, KFC, Mac D dan pelbagai makanan yang diimport dari luar negara.


Gulai kawah yang dimasak Family Mok Nik

Nasi daun pisang dimasak oleh Family aku 


Ayam goreng dadu disediakan oleh family Kak Long macam nasi Kak Wook 
Lepas kita menjamu selera, bolehlah buat aktiviti masing-masing. Yang kaum ibu bersantai sambil berbicara tentang perihal anak-anak, pasal langsir baru, pasal kain tudung, pasal resepi masakan, pasal tempahan baju raya, pasal isu kenaikan harga barang dapur dan sebagainya..




Anak-anak kalau kat rumah tak nak makan.. kalau bawa datang tempat macam ni barulah nak makan banyak

Kaum lelaki pula mereka memancing untuk memburu Temoleh, Sebarau, Toman, Lapam, Pacu dan pelbagai spesis ikan air tawar lagi. Setiap joran dikenakan bayaran Rm 21.20 termasuk GST. Waa... mahal ni. Tang sini yang cacat dan tak kena. Budak-budak mancing apalah sangat yang dapat.. saja seronok-seronok saja. Lagipun bukan dapat banyak ikan, aku cuma dapat dua ekor anak lampam sebesar 3 jari ajer.. tu pun lepas balik.
Kepada Menteri Kabinet atau Pengarah Perbadanan Putrajaya yang terbaca blog aku ni.. aku merayu kepada kalian supaya tak yahlah letak harga mahal-mahal untuk orang yang nak mancing kat sini.. RM5 satu joran, kira harga menang..menang... 


Budak-budak mancing untuk seronok-seronok ajerr

Ni pun bukan pemancing profesional.. ambik ikan kecik yang kat tepi-tepi ajerr

Budak ni hilang RM21.20 sebab macing tak der umpan. Ayah dia masih belum ajar cara memancing yang betul



Budak ni pun kena bayar Rm21.20 yang sepatutnya duit tu digunakan untuk belanja sekolah

Bukan saja penduduk Putrajaya, pengunjung dari luar Putrajaya juga ramai yang datang menikmati keindahan landscape



Ni je lah yang dapat... 2 batang joran yang dibayar untuk menaikan 2 ekor anak lampam. Muka pun cam kecewaaa..


Family pemancing

Membangauu...

stilll sabar.. memancing mengajar kita erti sabarrrr

tukar umpan lain pulak..guna kelapa sawit peram

Abah mengajar anaknya teknik memancing dengan cara yang betul
Okeylah... cukuplah sampai sini, semoga kalau aku datang ke sini lagi, bayaran yang dikenakan untuk pemacing lebih rendah sikit. Kesian mereka... banyak barang keperluan naik. Kos perbelanjaan meningkat terutamanya yang mempunyai ramai anak sekolah. Orang kaya menghabiskan masa lapang mereka dengan main Golf. Orang miskin ajer yang keluar memancing untuk meringankan beban. 









Tempat ni cantik.. laman luas.. indah.. selesa.. segala kemudahan ada.. dan sape2 yang nak bawa keluarga amat sesuai. Semoga akan lebih ramai ibu bapa yang mempunyai kesedaran untuk mencuri masa bersama anak-anak sekurang-kurangnya sebulan dua kali agar anak-anak merasa dirinya tidak terabai secara tidak langsung mewujudkan sifat kasih sayang dalam keluarga. Anak-anak membesar dengan sempurna dan masalah sosial dapat dibendung. 

Sekian terima kasih.. 

1 comment:

  1. best baco blog abe din ni....kawe follow sokmo blog ni...best tgk abe din buat aktiviti n bahaso yg digunapakai adalah natural....terbaikkk abe din...

    ReplyDelete