Sunday 3 April 2016

SELAMAT BERSEMADI DI ALAM BARZAKH ANAK SAUDARAKU..UDEEN

Al-Fatihah buat arwah Zahiruddin bin Hadi iaitu anak saudara aku akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengorbankan seluruh keluarga. Apabila ajal sudah sampai, sedetikpun tidak terlebih dan terkurang.

Pada saat aku tulis entri ini, tepat seminggu kemalangan yang berlaku ke atas Udeen sekeluarga yang mana isteri dan anak tunggalnya meninggal di tempat kejadian, manakala arwah Udeen meninggal sehari kemudian selepas koma akibat kecederan serius. Takziah diucapkan kepada keluarga Udeen terutamanya Emak Udeen yang begitu rapat dengan Udeen. Segala harapan dan tempat bergantung dikala usia semakin tua, sepenuhnya bergantung kepada Udeen. Seorang anak yang cukup bertanggungjawab dan sangat mengambil berat tentang ibu dan adik beradiknya. Udeen menjadi tempat kakak dan adik-adiknya mengadu masalah dan tempat untuk menyelesaikan masalah keluarga walaupun Udeen merupakan anak yang ketiga dalam keluarga. Udeen juga begitu rapat dengan sepupu-sepupu serta mak-mak sedara dan bapa-bapa sedara. 

Udeen begitu pakar dalam hal-hal yang melibatkan hutan termasuk berburu binatang hutan yang menjadi makanan eksotik. Dalam bidang sukan, Udeen adalah pemain hoki sekolah yang mewakili negeri selain mewakili sekolah dalam permainan bola sepak. Udeen menjelajah seluruh negara untuk mewakili Felda dalam permainan Pentaque. Udeen juga sudah beberapa kali menaiki podium untuk menerima hadiah sebagai jaguh kayuh beskal.

Kehilangan Udeen benar-benar meninggalkan kesan terutamanya kepada keluarga dan mereka yang rapat dengannya. Udeen mempunyai ramai kenalan di seluruh negeri kerana beliau seorang yang peramah dan aktif bersukan. Aku juga turut terasa kehilangannya kerana aku dan Udeen mempunyai minat yang hampir 90% sama terutamanya melibatkan aktiviti-aktiviti memburu binatang eksotik di dalam hutan termasuk memasang jaring.

Aku doakan agar roh arwah Udeen dan arwah anak isterinya akan damai di 'sana'. Semoga roh mereka di tempatkan dalam kalangan roh orang-orang yang beriman. Aminnn... 


Udeen.. Dirimu Dalam Kenangan





  







Kenangan Bersama Udeen

Add caption

Al-Fatihah buat arwah Udeen











No comments:

Post a Comment