Wednesday 4 May 2016

XPDC MENAKLUK TELOK GONG ( DAY 2 )

TARIKH : 1 MEI - 2 MEI 2016

HARI : AHAD & ISNIN

TEMPAT : KELONG PURPLE INN, TELOK GONG.

Assalamualaikum, ada dua orang rakan setugas yang bakal berpindah tahun depan setelah lebih sepuluh tahun bersama. Oleh itu, atas inisiatif En Jafny, kami merancang diadakan satu aktiviti agar dapat kami berkumpul dan berbual mesra merebut peluang sementara detik untuk bersama masih ada. Sehubungan itu, hasil perbincangan ringkas, kami semua bersetuju untuk menyewa satu kelong sebagai tempat kami berkumpul. Ibarat kata sambil menyelam minum air, di samping berkumpul, kami juga mengambil kesempatan unutk memancing. Bagi memeriah dan menghangatkan lagi aktiviti, kami secara tidak sengaja telah mengadakan pertandingan memancing untuk suka-suka agar ada semangat untuk bersaing secara sihat sambil-sambil borak dan makan-makan. Tak seronok kalau bertanding saja-saja tanpa hadiah. Oleh hal yang demikian, dalam jangkamasa yang ada, sempat juga kami cari sedikit sponsor  untuk dijadikan hadiah. Ada dalam kalangan kami yang sponsor makanan tambahan. Kang sponsor Ketam, Tasnim sponsor Ayam Perap untuk dibakar dan dimakan sambil-sambil menunggu umpan diragut ikan.










Kang,, orang yang first bawa naik ikan.. Tapi... ikan tu tak makan umpan sebenarnya. Sangkut kat mata pancing saja kat pipi




Naik jer ikan, siang.. taruk garam kunyit dan terus goreng.. Perghhh.. nikmatnya

Menu Dinner.. Nasi kosong, Ikan Gelama Fresh Goreng, Ketam Rebus dan Sambal Pok Din Gunung


Haaaa... masing-masing dah kebulur..

Lauk untuk Dinner very-very simple tapi sedappppp

Mattas.. Terima Kasih kerana sponsor Ayam Perap

Maggie Ketam daripada Chef MatdinGunung












En Jafny.. juara pengumpul ikan terbanyak


Hadiah t'shirt bersama hadiah iringan Voucher Kenny Roger's


Mattas.. tempat kedua pengumpul ikan terbanyak


Champion.. Juara Keseluruhan mengikut kiraan mata. En Jafny mendapat hadiah tajaan daripada Piraymid Megalaness

Laaa.. semua peserta dapat hadiah kecuali penganjur dan pengadil



Hasil pun cukup banyak



No comments:

Post a Comment