Dalam sejarah sepanjang aku hidup dan pulang berhari raya, aku terperangkap dengan kesesakan lalu lintas tahap gaban. Bertolak dari rumah di Subang Jaya pada pukul 9 pagi sabtu 10 September dan sampai ke rumah di kampung pada pukul 1.15 pagi ahad 11 Serptember 2016. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 17 JAM. Wahhh...memang menguji kekuatan mental dan fizikal. Sepanjang perjalanan bermula di simpang empat Greenwood, kenderaan bergerak amat perlahan sehingga lepas terowong Genting Sepah, lancar sekejap kemudian kembali perlahan, lancar sekejap kemudian kembali perlahan.. bergitulah seterusnya sehingga sampai ke lebuh raya baharu nak masuk ke Merapoh, kenderaan tersadai beberapa jam berselang seli mendapat laluan daripada 5 lorong menjadi satu lorong sahaja. Di tambah pula dengan sikap pemandu yang suka potong Q, lebih memburukkan keadaan..
Ok.. tak mahu cerita panjang dengan kesesakan lalu lintas pada musim perayaan kerana pengalaman indah ini hampir semua rakyat Kelantan yang berada di perantauan dapat merasainya..
Seperti yang dirancang, hari raya kedua, pada hari raya korban aku bersama satu pasukan hardcore meminati aktiviti outdoor telah menyusuri lauan berbukit bukau menaiki sebuah Toyota Hilux menuju ke satu destinasi yang indah dan damai jauh di pedalaman untuk memburu ikan kelah. Ada juga seorang ahli anggota yang menyertai XPDC ini mempunyai misi yang berbeda iaitu memikat burung murai batu untuk dijual..
Jam 10.30, kami berkumpul di rumah ketua XPDC iaitu en Fadhil di Kg Lubuk Bongor, Jeli. Ayah En Fadhil mempunyai dusun yang luas. Rezeki kami... sampai sahaja di rumah Faddhil, dia sudah ready dengan buah durian, rabutan dan buah pulasan untuk santapan para tetamunya.. perghh, sedap betul buah durian dari dusun ayah Fadhil.. durian bukit katakan..
Durian Kucing Tidor |
Buah dokong boleh ambik dengan tangan.. tak payah panjat bawa turun. Makan di pokok shj |
Selepas menikmati durian sepuasnya, kami menaikkan peralatan ke dalam Hilux Fadhil..
Bergotong royong menaikkan peralatan |
Buah durian dan rambutan yang tak habis kami makan pun kami bawa bersama |
Tempat untuk mendirikan khemah |
Amat menenangkan.. |
Suber air bersih dan sejuk |
Sebaik sahaja sampai, kami terus berkemas lebih kurang dan mendirikan khemah ala kadar. Fadil dan Pojan terus pergi menjala ikan untuk dijadikan lauk makan tengah hari. Aku memasak nasi ala kadar dan goreng sedikit daging korban yang disedekahkan. Iwer dan Isan pergi mencari pucuk paku dan petai untuk dibuat ulam.
Apa yang ko buat tu Jann? |
Oh.. potong daging korban rupanyaa.. |
Perghh.. macam pendekar la ko Jan |
Khemah sementara sudah siap dipasang oleh Awie dan Abe Pok Pa |
Konsep Ruang Dapur Terbuka ala Nusantara yang dibina ala kadar dan simple |
Susun satu persatu |
Ulam-ulaman yang dicari oleh Isan dan Iwer dikumpul di pusat pengumpulan hasil untuk dicelur |
Proses mencelur ulam..dilakukan dengan teliti |
MatdinGunung.. pakar masakan hasil hutan |
Haa.. dah siap. Abg Pok Pa tak sabar2 nak makan tengok lauk yang amat menyelerakan |
Perghhh.. A+ lauk.. kata abg Fadil. |
Tempoyak guna durian fresh dari ladang |
Lauk paling nikmat kat dalam hutan ialah Budu, Lada Burung, Asam Limau dan Durian PERghhhhh... |
Pojan.. tukang boh nasik |
Tak sempat baca doa makan.. terus rembat |
Makan macam ni.. tak cukup seperiuk nasi. Ikan dapat seekor je dulu. Hasil jala. Lapar sangat, tak sempat kumpul nak ikan utk dijadikan lauk |
Tambah nasi lagi.. budu duk jauh, keno jongkeng skitt |
Selepas lunch pada hari pertama.. kami berehat dan sembahyang zohor.. selepas tu, masing-masing melakukan aktiviti memburu kelah. Isan pula pergi mencari rezki memikat burung murai batu yang banyak terdapat di sini.
Pakai umpan gewan untuk memancing sebarau |
Iwer..memancing. Isan.. memikat burung.. satu destinasi tapi matlamat berbeza |
Lepas lunch.. abg Fadil cuci mulut dan Durian Bukit |
m
Abg Fadil membawa balik hasil jala |
Eh.. Lumayan juga |
Add caption |
Aikkk.. 2 jam menjala, takkan ni jer yang dapat Abg Fadil? |
Isan juga mampu bawa balik hasil.. bangganya dia. berbaloi-baloi ikuti XPDC anjuran MatdinGunung |
Selepas balik daripada mencari rezki masing2.. kami bersiap untuk aktiviti malam.
Pasang khemah dulu.. takut hujan malam |
lepas pasang khemah.. Isan terus mandi |
Pojan nga Awie ditugaskan untuk menyiang ikan untuk dinner geng2 XPDC |
Selepas mandi dan solat asar.. kami melepak sekejap. Kemudian kami bergotong royong menyediakan makanan untuk makan malam atau dinner, lauk dijangka lebih hebat kerana menunya adalah hasil ikan yang kami mampu bawa naik, kecuali burung kerana Isan sayang nak sembeleh..
Malas nak karang ayat panjang-panjang. Biarlah gambar berbicara kerana stok gambar memang banyak. Kalau mereka yang jenis suka kepada aktiviti yang kami lakukan, tentu kecur air liur.
Berborak-borak bercerita pengalaman lampau sementara tunggu maghrib |
Aku sudah ready nak masuk dapur untuk sediakan dinner |
Goreng pun sedap Ikan Kelah nih... |
Saling bekerjasama |
T.Kasih Pojan bantu tugas kawe |
Nampak macam sudah garing.. hangit nanti tak sedap pulak. Hilang zat ikan Kelah |
Pojan kata.. kalau nak cepat masak goreng ikan, kita kena selang selikan kedudukan kepala dan ekor ikan supaya mereka tidak berbual-bual semasa digoreng. |
Fuhhhhh... tak terkata nikmatnya ikan Kelah goreng ini walaupun saiznya agak kecil |
cukuplahhh.. rezeki kami hasil pancing dan jala |
Lepas makan.. kami bersembang sementara menunggu untuk sembahyang isyak kerana selepas isyak nanti ada aktiviti malam. Pojan, Iwer, Awie dan Pok Pa tak sabar nak casting. Aku dgn Fadhil nak menyuluh binatang liar kot2 nak ada. Isan nak gi suluh burung tido..
Malam tadi.. balik daripada aktiviti, kami bersembang panjang sampai ke pagi sambil minum tea o panas berperisa Strawberi dari Cameron Highland. Tidur sekejap je beralaskan daun pisang di atas hamparan batu. Khemah ada, tapi suka tidur ramai-ramai kat luar berselimutkan embun dingin. Nasib baik cauca pada malam tu ok.. tak hujan.. bulan pun terang.
Mesyuarat ringkas aktiviti untuk hari kedua.. |
Barisan pancing yang ready untuk berkhidmat |
Menu pagi ni ialah Cekodok Goreng bersama Kopi O Kaw.. |
Gas Tin dah habiss.. terpaksa menggunakan api manual |
Memasak di dapur terbuka sambil menghayati bunyi kicaun burung, jeritan monyet dan deruan air jeram.. |
Saling bekerjasama.. jenis geng yang ringan tulang. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, hasil sama dimakan , hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah. |
Goreng Cekodok pagi nih... ermmmm.. |
Lepas makan, kami berpecah semula. Misi hari ni mencari ikan untuk dibawa pulang dan makan tengah hari. Aku tak nak ke mana, aku nak mandi sepuas-puasnya. Biar orang lain yang cari ikan. Hasil tetap dikongsi. Tugas aku cuma memasak..
Isan memperturunkan ilmu memikat burung kepada ahli2 yang berminat agar lebih ramai lagi ahli pemikat burung bakal direkrutnya.. |
Intai apa tu Abg Fadhil? |
Lokasi Kelah.. |
Casting sembarau |
Cantiknyaa.. Tenangnyaa.. Damainyaa.. Indahnya.. hanya yang suka masuk hutan boleh menikmati pemandangan camginii |
sekadar mencubaa.. |
Gaya jer ni yang lebeaaa.. |
step 1 |
step 2 |
step 3 |
mata liar memerhati kat atas-atas pokok |
walau dalam 4X4.. mulut sentiasa bersiul memanggil, mata sentiasa melilau memerhati.. cam kena sampuk. Bahaya orang yang minat benda ni. Minta aku dijauhkan... |
Tempat ini bukan sebarang tempat.. kita kena ada sedikit ilmu hutan dan keberanian. Mulut jaga.. jangan bercakap celupar. Perlakuan jaga, jangan merosakkan alam sekitar. Kita datang ke tempat habitat lain yang sudah berjenerasi tinggal kat sini. Kita menumpang ketenteraman yang dimiliki oleh segerombolan makhluk lain yang sudah lama berada dan berkampung di sini. Rupa-rupanya tempat yang menjadi lokasiku ini adalah tempat laluan gajah.
Lorong yang digunakan kumpulan gajah liar untuk minum dan mandi di lopak air |
Kesan-kesan kehadiran gajah |
Rupanya tempat yang cantik dan indah ini tempat gajah liar bermain-main dan mandi |
Lorong laluan gajah |
Abe Dil menggoreng ikan untuk lunch hari kedua.. banyaknya stok protein kita. Tak berhabisan. Rezeki dari Allah.. |
Aku mandi sepuas-puasnya. Airnya dingin dan segar. Tida tercemar sebab di hulu sungai. Mungkin kencing tikus tak ada kat sini |
Isan sedang cari batu nak buat tuku |
Abg Fadil bersilat dengan percikan minyak panas |
Snookling.. tengok rumpai air dan ikan-ikan berkejaran di celah batu |
Bekalan rambutan masih fresh.. |
Menu utama untuk lunch hari ni.. tinggal budak-budak dah.. mak dan pak budak dah jadi santapan dinner malam tadi. |
menu yang simple present tense tapi amat menyelerakan |
Lunch konsep terbuka berlatarbelakangkan bukit bukau dan air jeram |
Menu istimewa tak lain tak bukan ialah BUDU |
Perghhh... licin seperiuk besar nasi. Memang menyelerakan makan macam ni. Pok Pa kata" kalu baloh nga bini sanggup lagi asal buleh mari tempat lagu ni" |
Hanya mereka yang meminati aktiviti outdoor macam ni sahaja yang tahu betapa nikmatnya kita menikmati hobi kita ini..ibarat kata 'hanya jauhari yang kenal manikammm..' |
Selepas makan tengah hari, kami berkemas-kemas untuk pulang. Segala sampah sarap kami kutip dan kami kumpul kemudian bakar. Tin-tin kami kumpul dan kami timbus. Sisa-siasa makanan kami buang di dalam lubang kemudian timbus. Persekitaran kami kena jaga sebab kalau tidak kami, anak-anak dan cucu-cucu kami akan datang pula. mereka juga ada hak menikmati alam yang bersih dan tidak tercemar seperti yang kami rasai hari ini. Kami datang untuk mengambil sedikit sahaja hasil sungai dan hasil hutan untuk dimakan. Selebihnya kami nak kongsi dengan orang lain. Cukuplah.. kami tak tamak.
Operasi membuka khemah.. |
sampah sarap perlu dikutip.. |
persekitaran perlu dibersihkan bak kata otai hutan.." jangan tinggal sebarang benda kecuali jejak, jangan ambik sebarang benda kecuali gambar" |
Jagalah Hutan Kita.. Jangan ditebang sebarang pokok walaupun POKOK KETUM |
Cintai Alam Sekitar Untuk Generasi Akan Datang |
Bersiap-siap untuk pulang... |
Bergambar kenangan sebelum berangkat pulang |
Kumpul dan bakar sampah sarap.. |
Jangan ditebang sebarang pokok walaupun ketum, hahaha.. yg ni memang kelakar.
ReplyDeleteGuano boh xdok cerito lamo doh?
ReplyDeleteCampsite ni di Sungai Suih ke tuan.. atau dikenali juga sebagai Lata 100?
ReplyDelete