Wednesday 10 May 2017

MELAYAN HOBI BAHARU - GOLF

Assalamualaikum..

Badminton dah.. Basikal MTB dah.. Mendaki gunung dah... Mancing dah.. Mencandat sotong dah..Masuk hutan keluar hutan dah... Main 4X4 dah.. Berburu kat hutan dah... Main Boling dah... sekarang cuba permainan orang kaya pula iaitu GOLF.. rasa macam boleh main jer.. belum cuba belum tahu. 

Mula-mula pegi dulu cari set golf yang murah-murah kat pasar karat atau kedai Cash&Carry. Cari yang jual bundle second hand, atau cari dalam MUDAH.Com yang orang nak buang atau nak upgraded set. Kemudian cari seorang pro yang boleh bagi tunjuk ajar teknik pukul bola.. kemudian pergi trening kat Driving Range. Selepas itu turun padang belajar undang-undang.. dah menguasai semua, cari padang yang murah-murah dulu untuk main 9 lobang.. dah mahir sikit, bolehlah cari padang golf yang mahal sikit.. padang yang mahal lebih cantik dan facilities pun lengkap. Kalau dah mahir lagi, aply handicap..  bila dah dapat handicap.. sertailah kejohanan yang dianjurkan.. Itulah proses kalau nak main golf. Tak payah jadi ahli kelab yang bayar berpuluh-puluh ribu ringgit. Bayar dan main.. tapi ada club yang memerlukan pemain mempunyai handicap.. tak payah pergi yang tu kalau kita tak ada handicap.. Kalau minat, semua boleh. Yang penting.. spend sedikit wang untuk aktiviti yang boleh memenuhi hobi kita. Bila dah terror main, bolehlah upgraded set golf, cari yang berjenama.. 

Set golf yang di jual di car boot sale Stadium Shah Alam.. RM200 jer satu bag tu

Lepas tu pergi la Driving Range mana-mana.. Kalau Driving Range kat Bukit Jelutong rm 10 ringgit jer untuk ketuk 100 bola
Belajar asas cara pegang dan fokus

Kemudian belajar swing pukul carpet tanpa bola
Belajar kedudukan badan 
Belajar putting..
Pergi belajar putting di tempat yang cantik sikit.. senang nak handle bola. bole bergerak lurus ikut line

Belajar juga chipping...



Jangan lupa belajar main sand.. sebab sbg pemain amatur, kalau main di padang sasar, kita tidak boleh elak bola kita daripada jatuh dalam kawasan pasir.
Bila dah mengusai teknik dan sedikit kemahiran, pergi lah ke padang golf sebenar, kerana banyak lagi yang kita harus belajar terutamanya undang-undang main golf,, apa yang menyebabkan kita kena penalti stroke.






























KEJOHANAN GOLF AMATUR 
PIALA SIFU KANG
BERTEMPAT DI GOLF & COUNTRY CLUB, PULAU CAREY
TARIKH ; 10 MEI 2017



































Sekian Terima Kasih.. Kejayaan sulong yang boleh dibanggakan





Permainan sebelum cuti Ramadhan di Lembah Beringin Golf & Country club









































3 comments:

  1. Mcm mana nak apply hadicap tu bang.?

    ReplyDelete
  2. Daftar dgn MGA.. atau kalau ahli club.. daftar dgn club. Nanti dia akan hantar pegawai tengok dan nilai kita

    ReplyDelete