Monday 11 February 2019

BERCAMPING DI HUTAN JELI

Assalamualaikum..

Lama benar Din Gunung tak update blog. Semenjak dapat baby baharu, terbatas sikit pergerakan untuk aktiviti outdoor. Alhamdulillah.. minat yang mendalam terhadap belantara tidak pernah terpadam sejak dari zaman muda hingga kini.. cuma kudrat saja terbatas. Nak naik gunung semacam dah tak berdaya walau ramai kaki gunung yang ajak. Cuma mampu naik bukit sahaja. Paling tidak, bercamping di tepi danau atau tasik buatan.. 

Cuti raya cina baru ni, aku curi sedikit masa untuk masuk hutan. Tapi bukan mendaki gunung atau meneroka hutan belantara.. tetapi masuk untuk masak, makan dan bermalam dalam hutan untuk 2 hari satu malam. Aktiviti santai mantai.. Aktiviti macam ni saja yang mampu aku lakukan sekarang.. aku dah tak berdaya untuk Mendaki Gunung Jasa, Menakluk Gunung Chamah, Menawan Gunung Yong Yap, apatah lagi untuk bermalam di puncak Gunung Tahan. 

Aku perlu akur dengar takdir dan waktu.. pabila usia mula menganjak, lutut-lutut mula longgar, penyakit mula menjengah dan keupayaan mula terbatas. Oleh sebab itu, aku sesuaikan keterbatasan ini dengan aktiviti outdoor yang selari dengan usia. Tempat yang aku masuk ini ialah hutan simpan Jeli. Pada asalnya aku mahu masuk jauh ke dalam hutan, lebih jauh daripada XPDC Memburu Kelah di Hutan Jeli dulu.. tetapi oleh sebab ada budak bawah umur yang mengekori, maka aku terpaksa cari tempat yang sesuai dan lebih selamat kerana di hutan Jeli ada banyak gajah liar mengganas merosakkan kebun penduduk tempatan serta ada Pak Belang dan beruang Matahari..

Ramai juga yang nak ikut aktiviti aku ni walau tak dirancang.. buat secara adhoc.. Din Gunung, Fadil, Zapir, Robi, Pokrie, Jaing, Mamat, Azran, Adib dan Athir yang beriya-iya nak mengikuti XPDC ni. Adib dan Athir adalah anak kepada Din Gunung. Akulah tuh... Saje mereka nak follow aku sebab nak merasa keseronokan bercamping di dalam hutan di samping untuk menghayati panorama alam.








Kalau orang tak biasa dengan hutan, terasa seram berada di dalam hutan malam-malam sebab bunyi ada macam-macam. Tidur pula bertilamkan batu sungai dan berselimutkan kabus embun serta bersilingkan jutaan bintang di langit. Tidak ada khemah, tidak ada sleeping bag yang dibawa bersama. Cuma tidur berbantalkan bag saja. Soal makan no problem.. sebab aku cukup berpengalaman memasak dalam hutan dan tahu bahan makanan yang nak dibawa serta sukatan untuk kapasiti ahli serta sesuaikan dengan lama masa keberadaan di dalam hutan. 








Ok lah, tak nak celoteh panjang-panjang.. sebab sekarang ni orang tak suka baca.. suka tengok gambar jerr.. biarlah gambar-gambar yang berbicara. seronok atau tidak.. tengok impresi muka peserta pada gambar..





Proses yang pertama ialah pilih tempat dulu.. Jauh perjalanan dari bandar Jeli lebih kurang 50 minit. Bermula di Kampung Kubur Datu Jeli, masuk bukit menggunakan hilux melalui jalan balak sejauh 12 KM.  Oleh sebab hari hampir senja, pilih saja tempat yang sesuai dengan keterbatasan waktu..Cantik tempat dia.. di kawasan takungan yang membekalkan sumber air bersih kepada penduduk sekitar. Di sebelah kebun kawan Fadil dan Zafir. Di kelilingi dengan pagar eletrik untuk mengelakkan haiwan liar menghampiri kawasan tersebut untuk membuat onar.















Inilah tempat yang dikenal pasti.. ada ruang untuk bersantai dan ada lubuk untuk mandi. Langkah yang seterusnya ialah kumpul kayu untuk membuat unggun api pada malam hari.





Langkah yang seterusnya ialah.. Cari ikan untuk dibuat lauk dinner. Ikan segar lebih berkhasiat dan banyak protein. Guna pelbagai cara, menjala, memancing dan menjaring. No Tuba, No Bomb, and No Renjatan Eletrik.







Hasil yang berjaya ditangkap.. boleh dibuat lauk untuk dinner.. makan nasi cukup menyelerakan dengan hasil yang ditangkap sendiri. Tukang masak pula padat dengan pengalaman memasak. Gred A+

 Duk dalam hutan atau mana-mana, solat jangan lupa. Semoga Allah melindungi kita semua daripada pelbagai gangguan makhluk pengacau








Hasil yang dapat untuk dinner takde laa banyak mana.. tapi cukup untuk makan 10 orang.  Biarlah kita ambil untuk nak makan kat situ saja.. tak nak tamak sampai membazir. Kalau nak banyak.. bom saja atau tuba.. tapi itu kejam dan bukan dalam kalangan pecinta dan sahabat alam.. kita mahu bersahabat dengan alam.
























Menikmati malam dan pagi hari yang amat dingin.. perlu bantuan unggun api untuk memanaskan badan. Udara nyaman dan segar. Malam hari cukup mendamaikan. Kalau di Kuala Lumpur, dongak ke langit boleh lah lihat beberapa butir bintang di langit pada masa cuaca amat baik.. tapi di hutan, cuba dongak ke langit, kita boleh menikmati jutaan bintang-bintang memenuhi ruang angkasa. Sungguh indah sekali. 



















Long Fadil dan Zafir tunjuk skill memasak dalam hutan






Halus-halus hasilnya.. yang besar penduduk tempatan dah rembat.. ada orang kampung yang cari rezeki sepenuh masa dengan menjual hasil sungai


Lauk ikan hasil tangkapan dan lauk maggie



makan tempat macam ni, selera dia lain macam jadinya

Makanan ruji.. BUDU jangan tinggal







bapak mertua lintas belakang pun tak sedar ni.. menikmati masakan al D' Rimba


Haaaaaa.. itu saja aktiviti outdoor Din Gunung untuk memenuhi satu slot cuti raya cina yang panjang pada tahun ini. Masuk hutan untuk masak, makan dan bermalam. Itu saja aktiviti.. Oleh sebab seronok, maka ramailah yang minta untuk repeat pada cuti raya haji nanti.. katanya nak pegi lebih jauh ke dalam dan persediaan yang lebih rapi. Mungkin peserta akan sekali ganda lebih ramai sebab yang jadi pengikut lebih senang berbanding yang jadi penganjur program. Apapun.. jutaan terima kasih kepada Long Fadil dan Zafir yang entertaint kami. Kita jumpa lagi di lain XPDC. Harap next XPDC lebih aummmmm dan lebih mencabar. Kalau boleh nak yang hard core. Sekian terima kasih..

No comments:

Post a Comment