Sunday 11 October 2020

ANDAI KEBUN INI AKU YANG PUNYA EPISOD 3

       Assalamualaikumm..
Lama kekneh aku dok update tentang kebun boss member aku yang ada kat Kalumpang, Tanjung Malim.. seingat aku sudah 4 tahun aku lupa nak update walau boleh dikatakan beberapa kali setahun aku masuk dalam kebun tu untuk menghabiskan segala macam buah-buahan yang terdapat dalam kebun tersebut.

 

Apa dah jadi dengan kebun tu sekarang eh?

 

Baik.. ni aku nak cerita tentang perkembangan kebun tu.. semalam jer aku pergi. Sekarang baru jer abiss musim durin. Durian kat sini isinya sedap walaupun status durian kampung, tapi yang tak tahannya terpaksa berkongsi dengan binatang yang diberi nama tupai. Sekarang ni boss Fadil sudah membeli sebahagian lagi tanah kebun di sebelah kebunnya yang asal. Bertambah luas laa sikit jadinya. Tapi.. sekarang sedang giat dilakukan renovetion menaik taraf secara besar-besaran untuk dijadikan resort.. tapi resort ni bukan untuk disewa oleh orang luar.. cuma untuk privasi family dia dan kawan-kawan dia.. mungkin termasuk aku sekali hahaha..

 

Sungai yang mengalir di tepi kebun ini telah dinaik taraf menjadi jeram semata-mata untuk mendengar bunyi deruan air yang menenangkan.. Kolam yang ada dalam kebun ni telah dibersihkan dan diperlebar sedikit lagi. Di sebelah kolam ini dibina landscape bertingkat dan dihiasi dengan pokok Jepun.. akan di atur kayu selipar kereta api sebagai tapak pejalan kaki untuk menghirup udara nyaman di sekeling taman itu.. pokok buah-buahan juga turut ditanam sebagai tambahan pokok buah-buah yang sedia ada antaranya termasuklah pokok durian musang king, durian black torn, pokok kelapa mantap dan beberapa jenis pokok lagi.. gazebo juga turut dibina beberapa buah lagi selain upgraded gazebo yang sedia ada. Katanya akan dibina 4 buah rumah resort. Pendek kata, dalam hujung tahun hadapan kita bolehlah lihat betapa tanah kebun ini yang dulunya sekadar kebun semata-mata, akan bertukar wajah menjadi resort dalam kebun. Sekarang ni kerja-kerja penaiktarafan kebun ini sedang giat dijalankan. Katanya Fadil, bossnya ini bakal menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk menaik taraf kebun ini. Fadil telah dilantik sebagai floor manager untuk memantau kerja-kerja menaik taraf tersebut. Semalam aku pergi pun atas dasar menemani Fadil memantau beberapa orang pekerja indosia yang sedang bekerja. Sambil tu.. aku singgah dulu kat padang Golf di Lembah Beringin dulu untuk melepaskan gian main golf.. Padang Golf Lembah Beringin tak jauh dari kebun ini lebih kurang 10km sahaja. Sungguh enak dan segar, penat-penat main golf, terus mandi dan berendam dalam air jeram dalam kebun ni yang airnya sungguh jernih dan dingin sekali.. air bukit katakan.. kaya dengan mineral semulajadi. Fadil sempat menebarkan jala sambil-sambil mengajar Alim menjala.. dapatlah beberapa puluh ekor ikan. Mudahnya nak mencari rezeki.. asal rajin mencari.




Penat-penat balik main golf.. terus berendam dalam air yang sejuk perghhh.. segar badan

Hasil yang dapat terus bagi kat aku untuk disiang dan dilumur garam kunyit.Biasalaa.. mana-mana aku pergi, akulah quater master sebab tu ramai yang nak ikut kalau aku yang buat program camping santai.. Sambil mereka menjala, aku masak nasi dan goreng dulu ikan-ikan yang dapat hasil daripada menjala. Ada macam-macam jenis ikan yang dapat antaranya sebarau, pperah, siar, baung, rong, tengas dan beberapa spesis lagi yang aku tak kenal. Nasi dah masak, ikan dah siap digoreng, sambil tunggu Fadil dan Alim balik menjala.. aku mandi-manda dulu. Tidak lama kemudian, Fadil dengan Alim bawa balik lagi hasil yang lebih banyak.. malas dah aku nak siang.. banyak sangat sapa nak makan nanti..









 

Long Fadil perturun ilmu menjala ko Abe Alim
Pelbagai jenis ikan yang berjaya dibawa naik hasil daripada menjala
Genius jugok budak botak ni.. sekejap jer belajar terus pandai
Perut pun dah lapar.. dah pukul 3.30 ptg, kami pun terus makan.. perghhhhhh.. sedap betul makan nasi tepi sungai dengan lauk ikan fresh dari ladang hasil daripada usaha sendiri.. makan dengan sambal belacan sebagai lauk sampingan.. bertambah-tambah Alim makan macam orang bela hantu raya..
Banyak budak botak ni mkn nasik.. mentang-mentang hasil tu dia yang bawak naik
Lauk mcm ni pun cukup setakat nak tambah 3 kali.. makan kat tepi sungai cam ni cukup lauk cam gini ajerr..
Lepas menjamu selera ikan-ikan segar.. pegi pulak mancing di tasik dalam kebun tu.. waaa, banyak ikan rupanya dalam tasik ni.. dapat banyak ikan puyu saiz giant.. ikan haruan pun dapat banyak. Alim nak tarik pukat dalam tasik ni.. aku tak bagi sebab takut banyak sangat, nanti membazir.. ambik sekadar untuk makan saja.. simpan baki yang ada untuk next time..Lepas puas mandi manda dan mancing.. kami pun baliklaaa dengan riangnya. Sayang, kami cuma 3 orang, kalau ramai lagi angkut geng.. bertambah-tambah seronok. Dah ajak dalam group, cuma mereka tak nak datang, masing-masing ada hal.. sombongg.. bila tengok gambar dlm group yang Alim hantar.. mula laaa " uishh, tak ajak.. "alamakkk..ruginyaa tak gi.." "minggu depan jom repeat..gi pulak " hahaha.. program ad hoc macam ni mana boleh ulang sokmo-sokmo.. dah tak best.. kita mesti buat tanpa dirancang baru best kannn..??
Ikan haruan dan pepuyu yang berjaya dibawa naik dari dalam kolam
Terima kasih Datuk Naem boss Fadil.. terima kasih Fadil ajak aku datang sisi selalu.. terima kasih Alim sebab sudi nak follow.. Untung yerr jadi orang kaya, sebut saja dimulut nak buat apa.. jadiii.. untung juga jadi sahabat orang kaya dapat sikit tempias.. untung juga yang ada sahabat yang sahabatnya orang kaya.. juga sedikit sebanyak dapat tempias.. macam aku hahahahaah. Aku tak kenal Datuk Naem pemilik kebun ini.. apatah lagi nak berhabat dengannya.. tapi aku kenal Fadil yang bersahabat dengan Datuk Naem.. tapi kebun milik Datuk Naem aku dapat manfaat sedikit sebanyak hasil daripada bersahabat dengan Fadil iaitu sahabat Datuk Naem.. dan sahabat-sahabat aku yang selalu ikut aku juga sedikit sebanyak dapat manfaat sebab aku bersahabat dengan Fadil hahahaha

No comments:

Post a Comment