Monday 28 May 2012

BENGKEL FOTOGRAFI

Assalamualaikum... cuti sekolah baru bermula, minggu pertama cuti aku tidak balik ke kampung kerana anak sulung aku ada kelas tambahan. Aktiviti untuk panjat gunung pun tak de. Walaupun begitu, aku masih ada lagi hobi yang lain iaitu SENI FOTOGRAFI. Sebagai seorang guru Fotografi di sekolah, aku mesti ajarkan anak-anak muridku tentang fotografi, tetapi malangnya aku sendiripun merangkak-rangkak. Bolehlaaaa... ala kadar sahaja. so, ni aku nak berkongsi cerita sikit tentang minat aku ni.

Sebenarnya, dalam  dunia ni ramai yang boleh ambik gambar tetapi berapa ramai yang mahir ambik gambar? Orang yang boleh ambik gambar dan orang yang mahir ambik gambar adalah dua konsep yang berbeza. Orang yang pandai ambik gambar dia cuma tahu tekan picu kamera kemudian dapatlah hasil gambar yang seadanya.Dalam zaman yang serba moden ini, setiap kamera sudah mempunyai Memory Card. Jadi, gambar2 yang tidak cantik boleh di delete. Orang yang mahir ambik gambar, setiap satu snap yang dirakam mempunyai sentimental value yang sayang untuk di delete. Biasanya mempunyai cerita yang bermakna di sebalik gambar yang dirakam. Orang yang mahir ambik gambar tidak akan membazirkan masa untuk menapis gambar-gambar yang dirakam kerana boleh dikatakan setiap gambar yang diambil boleh dicuci untuk dimuatkan dalam album atau dijadikan Photo book. Jadi.. bagaimana cara untuk menjadi orang yang mahir ambik gambar? syaratnya mudah.. kita kena banyak belajar dan bertanya dengan orang yang mahir.
Kata orang  yang mahir tentang fotografi, untuk mendapatkan gambar yang baik kita perlu menguasai teknik ambik gambar. Penggunaan kamera yang mahal tidak semestinya seseorang itu boleh mendapat gambar yang menarik tetapi kamera dan peralatan yang mahal amat membantu mendapatkan gambar yang baik sekiranya menggunakan teknik yang betul. Ada juga orang dapat ambik gambar cantik dan menarik cuma menggunakan kamera daripada telefon bimbit.
Sejak akhir-akhir ini, kita dapati sudah ramai orang yang menggunakan kamera DSLR. Kamera ini lebih canggih dan hasil gambar yang dirakam juga cantik dan terang. Walau bagaimanapun, sekiranya kita tidak tahu asas penggunaan kamera ini, hasil gambarnya tidak ada beza dengan gambar yang dirakam melalui kamera kompak yang lebih murah.Kamera DSLR pertama yang aku miliki dibeli daripada rakanku NIKON D80. Kamera ini aku beli dengan harga cuma RM600.00 kerana member aku tu tedesak nak pakai duit.

Kamera DSLR kepunyaanku. Model ni dah lapuk tapi sangat OK. 

Langkah pertama yang aku pelajari sebaik saja membeli kamera DSLR ni ialah memahami cara penggunaan ISO, APERTURE dan SHUTTER SPEED. Ketiga-tiga fungsi ini amat penting dalam penggunaan DSLR kerana sekiranya kita mahir membacuh ketiga-tiga fungsi ini sekaligus semasa mengambil gambar menggunakan kamera jenis ini, kita akan mendapat kualiti gambar yang memuaskan hati.Selain itu, adalah menjadi satu kelebihan sekiranya kita tahu menggunakan fungsi lain yang terdapat dalam kamera jenis ini. Mode yang kita gunakan mestilah pada M ( manual ).Ada kalanya Mode yang lain juga amat berguna. Oleh sebab itu, adalah lebih baik kita belajar fungsi setiap Mode dan bila masa yang sesuai untuk digunakan. Kalau pakai DSLR tetapi pakai Mode Auto lebih baik guna kamera kompak aje.Perkara paling asas pada seorang jurugambar ialah cara pegang kamera. Kita kena tahu teknik untuk pegang kamera semasa mengambil gambar supaya gambar yang kita rakam tidak blur.

Profesionalkah wanita ini?


Banyak istilah yang  sering kita dengar sekiranya kita mendalami ilmu fotografi antaranya Foreground framing, bokeh, diffuser panel, raccon eyes, direct flash, focal length, depth of field, rule of thirds, focus point, white balance, meetering dan sebagainya.
Sebenarnya kalau kita mahu menjadikan bidang fotografi sebagai mata pencarian utama, kita perlu banyak menguasai teknik dan kepakaran. Kita juga perlu kreatif dalam segala segi selain mahir megedit gambar melalui beberapa software yang boleh dimuat turun daripada internet atau membelinya di kedai komputer. Salah satu software yang paling terkenal ialah photoshop. Ada sesetengah photographer boleh menjana pendapatan berpuluh ribu ringgit sebulan melalui aktiviti mengambil gambar orang kahwin atau mengambil gambar kelas-kelas di sekolah.Oleh sebab penawaran sudah melebihi permintaan, maka seseorang jurugambar perlu bersaing untuk mendapat event atau tempahan.
Tetapi... aku tak minat untuk menambah pendapatan melalui cara ini kerana aku sedar siapa diriku. Aku cuma boleh ambik gambar saja tetapi belum mencapai tahap mahir lagi. Aku belajar sikit-sikit dengan orang-orang yang telah mahir.Walaupun begitu, aku sudah boleh berpuas hati dengan apa yang aku ada dan kuasai. Berdikit-dikit aku cuba untuk jadi seperti orang profesional. So... caranya ialah, aku cuba  mengikuti bengkel-bengkel yang dianjurkan oleh photographer profesional untuk menceduk ilmu mereka.Aku juga cuba belajar teknik megendalikan DSLR melalui you tube dan membaca blog-blog photographer profesional. Selain itu, aku juga banyak merujuk gambar-gambar yang diambil oleh jurugambar profesional yang dimuat naik dalam flicker.Aku suka tengok gambar-gambar yang dirakam oleh Ustaz Azhar Idrus dalam DIGITAL MUKMIN.Gambar-gambar yang aku ambik juga aku muat naik dalam flicker. Kalau sapa-sapa nak tengok bolehlah buka http://flickrs.photos.matdinfoto.com  tapi gambar yang aku muat naik ala kadar aje laa. Boleh laaaa. Amatur katakan..Perhidmatan tak berbayar.

Di Dalam Hard Disk di atas, beratus ribu gambar yang aku kumpul selama bertahun sejak kamera kompak pertama sehingga kamera DSLR pertama tetapi semuanya terkurung di dalam tu. Tak boleh bawa keluar sebab Hard Disk dah rosak. Betapa ruginya tenaga dan kemahiran aku mengumpul koleksi gambar yang sebanyak itu tapi musnah dalam sekelip mata. Moralnya... setiap gambar yang dirakam dan ada sentimental value harus dicuci dan dialbumkan. Mesti ada back up. Kalau megharap hard disk yang anda simpan tidak akan rosak, maka tanggapan anda silap.Beringat sebelum kena..

Kelmarin aku telah mengikuti bengkel DSLR teknik menggunakan Black & White, White Balance dan Metering. Bengkel percuma selama 2 jam setengah ini dianjurkan oleh AdhadiMohd Resources. Hadi ni merupakan seorang jurukamera profesional yang sentiasa mengadakan kelas-kelas DSLR untuk mereka yang ingin menjadi jurugambar profesional. Kalau saudara saudari nak tahu dengan lebih jelas tentang hal ini bolehlah layari Blog beliau.Bengkel ini diadakan di Taman Tasek Shah Alam dan telah dihadiri kira-kira 28 orang peserta.

CIKGU HADI SEDANG MEMBERI TUNJUK AJAR

BEREBUT-REBUT NAK SHOOT

SELEPAS SHOOT.. TERUS TENGOK HASILNYA SAMA ADA JADI ATAU TIDAK

Sinaran Cahaya Matahari dijadikan Back Lighting effectnya pada rambut dan bahu
Teknik penggunaan metering pada focus point bagi mendapatkan objek yang sharp serta white balance yang sekata
Model terdiri dalam kalangan peserta

Teknik Black & White
Anak kawe juga turut dijadikan model
Setiap gambar yang dirakam, terus ditunjukkan kepada Cikgu Hadi untuk dikomen.
Sebelum bersurai, peserta mengambil peluang untuk bertanya apa-apa sahaja tentang fotografi kepada Cikgu Hadi
Bengkel yang aku ikuti tamat pada pukul 11.30 pagi. Walaupun masa singkat, dapat juga aku menceduk beberapa ilmu tentang teknik fotografi terutamanya subjek yang dipelajari pada hari ini. Aku juga tidak melepaskan peluang untuk betanya beberapa kemuskilan yang berbuku dalam kepalaku kepada sifu Cikgu Hadi. Apapun.. terima kasih Cikgu Hadi kerana menganjurkan bengkel percuma. Kalau ada lagi bengkel insyaAllah.. saya akan ikuti lagi agar dapat menambah baik ilmu dalam seni fotografi ini. Sambil berjalan ke kereta., sempat aku shoot gambar Masjid Negeri buat koleksi.

Masjid Negeri.. malam ni menerima kehadiran Ustaz AZHAR IDRUS  menyampaikan ceramah

No comments:

Post a Comment