Monday 10 September 2012

HARI RAYA vs PEPERIKSAAN

Cuti hujung minggu dalam bulan Syawal macam ni biasanya kita dijemput ke rumah terbuka rakan-rakan. Sesetengah orang sehingga ada berbelas jemputan dalam sehari dan terpaksa terkejar-kejar untuk cuba memenuhi semua jemputan sehingga sampai ke malam hari. Pada masa kini, mengadakan rumah terbuka menjadi satu trend bagi warga kota. Sebenarnya, mengadakan rumah terbuka memang banyak manfaatnya dan menimbulkan keseronokan kepada tuan rumah lebih-lebih lagi kalau yang dijemput itu semuanya hadir sama ada jauh atau dekat. Apapun, dengan mengadakan rumah terbuka ini memberi peluang kepada kita untuk berhubung semula dan merapatkan silaturahim dengan kekawan dan saudara mara yang jarang-jarang berjumpa dek kesibukan masing-masing.

Sebut pasal ikatan silaturahim, guru-guru lelaki sekolah aku juga ada buat jamuan hari raya kat Teluk Kemang Port Dickson pada hari ahad lepas (Belakang Pusat Sains Marin UPM ). Walaupun tidak semua rakan-rakan guru lelaki yang mampu hadir kerana ada komitmen masing-masing, namun kemeriahan jamuan ini tidak tercalar sedikitpun. Antara kami ada yang pergi sehari lebih awal dan menginap di Rumah Tamu UPM. 

Kalau semua geng guru laki datang bawak family tentu lagi meriah.

Hubungan baik sentiasa terjalin dalam kalangan isteri kerana banyak program  yang geng-geng kami anjur  melibatkan  seluruh ahli keluarga
Anak-anak dalam kalangan kami juga sungguh serasi bergaul walaupun jarang-jarang berjumpa
Santai... En Ab Rahim sekeluarga. Anak-anak semuanya kat dalam laut. Takkk naik-naik sejak dari pagi. Samalah macam anak aku.
En Rahim tunjuk skill bakar sosej, kambing dan ayam. Katanya rempah perap ayam dan kambing yang aku buat tu sedap. Siap anak En Kang iaitu Si Ester datang suruh ajar resepi macam mana nak buat. Boleh..boleh.. bawak kambing seko datang rumah aku. Nanti aku ajarkan secara teori dan amali.  

Eh..eh..dalam dok sedap-sedap beraya sakan rupanya anak sulung aku dah hampir sangat dengan peperiksaan UPSR. Tapi aku tengok dia macam budak masih belum masuk sekolah, main sepanjang masa. Tak de sikitpun perasan bimbang. Kadang-kadang bini aku marahkan aku sebab biarkan anak main dan tak suruh baca buku. Sebenarnya bukan aku tak suruh, tapi anak aku tu pandai menjawab sehingga membuatkan lidah aku kelu tak dapat berkata. "alaa..abah, Adib dah banyak belajar la abah. Pagi pegi sekolah, petang pegi belajar, malam pegi tusyen. Releks aaa abah. We study smart la abah.. not hard". Terus terdiam aku dengan jawapan yang diberikan bila aku suruh dia pegi baca buku.

Memang betul cakap anak aku tu. Kita belajar kena tahu teknik belajar. Kalau belajar sekadar belajar tanpa menguasai teknik, macam sia-sia saja jadinya ibarat hujan jatuh ke pasir.Ye lah.. kalau kita baca buku banyak-banyak tapi tak masuk otak pun kira macam buang masa la jugak. Kerja sia-sia. Aku pernah tanya anak murid aku yang sangat cemerlang dalam SPM tahun lepas untuk mengorek rahsia bagaimana cara dia belajar sehingga begitu hebat. Hanya dua jawapan ringkas saja dia berikan untuk menjawab pertanyaanku yang panjang lebar iaitu:
                 
                 1) Disiplin masa belajar
                 2) Teknik belajar biar betul

Kalau aku nak kupas setiap jawapan yang diberi memang berjela walaupun jawapan pokok nampak ringkas tapi itulah jawapan yang tepat. Disiplin mungkin maksudnya buat jadual belajar kemudian ikut. Kurangkan main, kurangkan tidur, kurangkan bersosial. Jaga kesihatan diri. Amalkan pemakanan yang sihat.
Maksud teknik belajar yang betul  mungkin beri fokus masa guru mengajar di dalam kelas. Banyak bertanya kalau tak faham, hafal hanya pada tempat yang perlu sahaja, lebihkan menguasai teknik untuk menjawab.

Kalau kita orang Islam, aku tambah satu lagi 

              3) Banyak buat solat hajat minta petunjuk daripada Allah.
                  Selain itu, minta restu daripada ibu bapa dan guru
Kejayaan Yeo Xin Yin 12A+ dalam SPM tahun lepas. Top 10 pelajar terbaik di Malaysia
Ada sesetengah pelajar hanya semata-mata sembahyang dan berdoa kepada Allah. Lepas tu hafal doa penerang hati untuk dibaca masa nak jawab exam. Soal belajar tolak tepi. Banyak main game online daripada menelaah pelajaran. Kerja rumah tah kemana, buku tulis entah ke mana. Kalau macam tu cara belajar mana boleh berjaya kerana Allah dah janjikan untuk memberi kepada mereka yang berusaha.

Sebenarnya, dalam soal peperiksaan anak-anak, ibu bapa yang lebih bimbang macam dia pulak yang nak ambik exam. Ibu bapalah yang melakukan solat hajat mintak petunjuk, dialah yang baca surah Yasin, dialah yang selalu semak jadual peperiksaan, Dialah yang pastikan segala peralatan untuk menjawab peperiksaan berada dalam keadaan ready dan ibu bapalah juga yang asyik dok search google cari kaedah terbaik untuk menjawab soalan peperiksaan. Tuan punya badan yang nak ambik exam cool memanjang. Tak risau sikit pun.

Bila keluar result, ibu bapa yang lebih gembira berbanding anak-anak
Bila gagal.. tahu pulak dia menangis. 
Kenapa ibu bapa jadi over lebih pada anak yang nak ambik exam? sebab ibu bapa tahu betapa sukarnya seseorang yang tak ada pelajaran untuk survive dia punya hidup pada zaman yang serba mencabar ini. Dengan memiliki kejayaan akademiklah setidak-tidaknya sebagai tiket yang boleh membawa kita ke mercu jaya pada hari mendatang. Dalam dunia sekarang, orang cerdik akan ke depan. Nak hidup senang kemudian hari, perlu susah dahulu bermula dari sekarang.

Budak-budak dia tak fikir dan tak sedar, setiap peperiksaan awam itu adalah sangat penting. Ada orang kata " ah... apalah sangat peperiksaan UPSR, dapat semua gagal pun tetap dapat naik ke tingkatan 1". Memang betul cakap dia tetap dapat naik ke tingkatan 1, tetapi kalau kita cemerlang dalam UPSR itu sekurang-kurangnya sebagai batu loncatan untuk kita menempatkan diri di sekolah berasrama penuh. Itulah untungnya budak Melayu. Memang jauh beza budak yang belajar di sekolah biasa dengan budak yang belajar di sekolah berasrama penuh. Biasanya budak lepasan daripada sekolah berasrama penuh lebih menonjol dari segi kebitaraan dan kepintaran sebab mereka dilatih untuk menjadi leader. Orang cina sanggup susah payah menjadi kuli menghantar dan menjemput anak kat pusat tusyen bahkan semua subjek dihantar tusyen untuk memastikan anak-anak berjaya. Sebab dia tahu bahawa masa depan anak-anak berada dalam otak yang pintar. Untuk mendapat otak yang pintar mesti kena berusaha. Orang yang pintar apabila diberi satu objek, dia boleh cipta menjadi sepuluh lagi objek. Tapi orang yang kurang cerdik (bodoh) apabila diberi satu objek dia tak tahu nak buat apa dengan objek tersebut.
So.. kepada anak aku, abah doakan kamu berjaya mencapai kecemerlangan dalam UPSR nanti kerana pada tanggapan abah kamu sudah ready. Kepada anak-anak murid aku yang bakal menduduki peperiksaan PMR sedikit masa lagi, harap bersiap sedia. Kepada anak-anak murid aku yang bakal menduduki peperiksaan SPM juga tak berapa lama lagi, sila pastikan anda berada pada landasan yang betul. Study smart not study hard. You can do it. Do the best. Kejayaan kita di tangan kita.

No comments:

Post a Comment