Wednesday 15 May 2013

SELAMAT HARI GURU


'GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI'   enak betul bunyi tema hari guru tahun ni.  Kalau jemaah nazir datang sekolah dan tanya cikgu-cikgu apa tema hari guru tahun 2023, agak berbelit lidah juga laa nak melafazkannya. Kalau murid tanya maksud tema hari guru tahun ni.. jenuh cikgu nk eksplain..Namun begitu, bunyinya enak tetapi padat dengan maksud yang tersirat.




Masuk saja tanggal 16 Mei, ramailah cikgu-cikgu mendapat ucapan "Selamat Hari Guru". Tidak kira sama ada daripada anak-anak murid sendiri, daripada parent, daripada guru-guru,daripada doktor, jurutera, peguam, hakim, pesuruhjaya tinggi, akauntan, menteri-menteri, pegawai-pegawai di Jabatan Perdana Menteri, pegawai polis, pegawai tentera, pegawai penjara, pegawai bank,penyokong-penyokong parti politik, adun, ahli parlimen, pemain bola, para atlet,penjaga tol, pemandu bas, pemandu teksi, pemandu pelancong dan semuanya kerana kerja mereka pada asasnya lahir dan bermula daripada seorang guru yang dipanggil cikgu.

Trek di atas padang cikgulah juruukur, di pejabat cikgulah kerani, budak bayar yuran cikgulah akauntan, budak cedera cikgulah doktor, budak bergaduh cikgulah hakim, budak hilang barang cikgulah pegawai penyiasat, budak pergi pertandingan cikgulah pemandu, budak menagis cikgulah ibu dan bapa yang memujuk, budak muntah di dalam kelas cikgulah tukang cuci, budak rambut panjang cikgulah tukang gunting,budak lapar lupa bawa belanja sekolah cikgulah ATMnya, Budak menang acara cikgulah jurulatihnya, di dalam kelas cikgu adalah cikgu yang mengajar dan mendidik, pendek kata tugas seorang guru adalah segala-galanya.

Ada kalanya cikgu jadi pokok, ada kalanya cikgu jadi monyet, ada kalanya cikgu jadi gajah, ada kalanya cikgu jadi beruang, ada kalanya cikgu jadi superman, adakalanya cikgu jadi ultraman, ada kalanya cikgu jadi badut, ada kalanya cikgu jadi askar, cuma.. jadi khinzir saja cikgu tak tergamak nak jadi. Semua yang cikgu jadi-jadi itu gara-gara pelajar cikgu yang lembam dan baru-baru nak pandai.    

Cikgu yang disanjung, cikgu yang disayangi, cikgu yang dihormati, cikgu yang dikasihi, cikgu yang dijunjung tinggi, cikgu yang dikenang, cikgu yang dirindu, cikgu yang ingati, cikgu yang dimaki, cikgu yang dicemuh, cikgu yang dibenci, cikgu yang tampar, cikgu yang dipersenda-senda, cikgu yang dicalar body keretanya, cikgu yang dipancitkan tayar keretanya dan cikgu yang diheret ke mahkamah. Semuanya ada kaitan dengan tugas sebagai seorang guru yang digelar cikgu.

 SUNGGUH BESAR RUPANYA JASAMU WAHAI SANG GURU. 

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA RAKAN GURU.

SELAMAT HARI GURU KEPADA GURU-GURUKU YANG MENGAJAR AKU SEHINGGA AKU MENJADI SEORANG GURU.


Pesanan Ikhlas ini dibawakan oleh ; Matdingunung.blogspot.com

1 comment:

  1. Kawe baco doh, tapi buke ssini, baco di wall Fb En Rahim. Panda demo tulih, kawe suko dooh. Selamat menyambut Hari Guru my teacher friend!

    ReplyDelete